CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 9598|Reply: 49

7 Lokasi Mempesonakan, Kenapa Jarang Dikunjungi Pelancong?

[Copy link]
Post time 14-4-2017 04:58 PM | Show all posts |Read mode
Besarnya kuasa Tuhan, terlalu banyak tempat dan pemandangan cantik di atas muka bumi ini. Malah, banyak lagi tempat cantik yang tidak berapa dikenali di kalangan pelancong kerana agak sukar untuk menjejakkan kaki ke sana.


Walau apapun, beberapa gambar ini cukup untuk membawa anda mengelilingi dunia untuk mencuci mata.


1. Blagaj, Bosnia-Herzegovina

Foto: Brightside/RossHelen  



Foto: Pinterest




Perkampungan kecil ini terletak di antara air terjun kecil dan dikelilingi tasik biru. Memang suatu pemandangan mendamaikan.




2. Huacachina, Peru

Foto: Brightside/depositphotos



Huacachina merupakan sebuah bandar oasis di tengah-tengah padang pasir yang luas. Ia mengambil masa lima jam perjalanan dari ibu negara Peru, Lima. Bandar ini sesuai bagi mereka yang mahu menjauhkan diri dari kesesakan orang ramai kerana ia hanya didiami seramai 200 penduduk sahaja.




3. Pulau Marieta, Mexico

Foto: Pinterest



Foto: Tourism on the Edge



Pantai tersembunyi (Playa de Amor) ini adalah pantai rahsia dengan airnya yang sangat jernih dan menjadi habitat pelbagai jenis burung. Hanya beberapa minit perjalanan menaiki bot merentasi gua, pengunjung akan menemui pantai yang sangat menakjubkan ini!




4. Popeye Village, Malta


Foto: Brightside/Tobias Scheck  



Foto: chevron.co.uk




Perkampungan Popeye ini terdiri daripada rumah-rumah kayu kecil yang pada asalnya dibina sempena sesi penggambaran filem muzikal Popeye pada 1980. Kini ia dijadikan sebagai sebuah resort dengan taman hiburan, kapal layar di sekeliling teluk. Anda pasti terpegun melihat keindahan pemandangan di perkampungan ini, bukan?




5. Taman Negara Lencois Maranhenses, Brazil


Foto: Amusing Planet



Foto: When On Earth




Terletak di pinggir Lautan Atlantik timur laut Brazil, beribu lagun biru ini akan muncul di antara bukit pasir setiap kali tiba musim hujan.




6. Setenil de las Bodegas, Sepanyol


Foto: Brightside/depositphotos



Foto: Youtube




Pekan kecil ini terletak di dalam batu di selatan Sepanyol berkurun lamanya! Pekan ini diberi julukan oleh penduduk tempatan sebagai "pekan di bawah batu". Dinding dan bumbung rumah merupakan sebahagian daripada batu kehitaman terbentuk daripada leleran gunung berapi yang melindungi penduduk daripada panas mentari.




7. Gua Saint Marcel d’Ardeche, Perancis


Foto: Brightside/Grotte de Saint Marcel d'Ardèche  


Terletak dalam kawasan Rhone di Pergunungan Alps, gua ini ditemui oleh seorang pemburu Perancis pada 1836.




Dapat tengok gambar tempat-tempat menarik dan mempesonakan ini pun sudah cukup buat kita mengagumi mahakarya Sang Pencipta. - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-4-2017 06:03 PM | Show all posts
Hanya yang suka nature je suka gi ke tempat2 seperti ini.  Knowing Malaysian nak2 geng rombongan cik kiah sah2 tempat2 soping je pilihan utamanya.
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2017 06:12 PM | Show all posts
Artemesiaa replied at 14-4-2017 10:03 AM
Hanya yang suka nature je suka gi ke tempat2 seperti ini.  Knowing Malaysian nak2 geng rombongan cik ...

Hahahaa, betul! Geng-geng cik kiah kalau tak nampak kedai untuk shopping takda nya minat nak pergi tempat macam ni. I lagi prefer nature dari shopping. Shopping dekat Malaysia pun boleh.
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2017 06:27 PM | Show all posts
cantiknyyyaaaa. bilo dpt pegi. cam xdpt je. tgu jela di syurga nnti. hihiks
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2017 08:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Cantiknye.

Teringin nk g Bosnia
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2017 09:46 PM From the mobile phone | Show all posts
cantikkk...mmg cantikkk...ade kesempatan bole ajk geng pegi...huhuhu..suke klu nature2 nie..tenang..nyaman..peerrgghh
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-4-2017 11:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Cantik gilerrrrrr...
Jom geng cari..
Kita buat trip ke sinun...
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2017 11:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Cantiknya.. rasa nak g honeymoon lagi skali ke tmpt2 cenggini
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-4-2017 11:18 PM | Show all posts
cantik no 1 - bosnia, no 5 - yg taman negara tu ...
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2017 12:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Cantik gilerrr in fact i prefer pegi places lile this
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2017 01:47 AM | Show all posts
Rasa nak like byk kali je. Tp xde butang like
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2017 12:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Cantik2 semuanya..
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2017 03:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Cantiknya Bosnia
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2017 06:07 PM | Show all posts
scarynya tengok lagoon2 kat brazil tu,
airnya mcm hitam jer....
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2017 10:21 PM | Show all posts
Tgk haramain bacpack tu cantiknyaaaa blagaj..dahla mode hd..teringin nak p!
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2017 10:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Ksemua yer cantik!!! Bila laa nak ke sna... Hihihi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-4-2017 12:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Subhanallah Bosnia tu cantiknya la haii..mcm dlm lukisan ..
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2017 02:37 AM From the mobile phone | Show all posts
memang cantik
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2017 09:30 AM | Show all posts
amazing view...
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2017 01:03 PM | Show all posts
amboi popeye the sailorman pun ade
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 09:38 AM GMT+8 , Processed in 0.085909 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list