View: 1603|Reply: 5
|
Atur Keputusan Perlawanan, Bekas Pemain Bola Sepak Negara Direman
[Copy link]
|
|
Bekas pemain bola sepak negara direman tujuh hari bermula hari ini (Sabtu), berhubung kes mengatur keputusan perlawanan bola sepak Liga Perdana membabitkan kelab Majlis Sukan India Malaysia-Persatuan Bola Sepak India Malaysia (MISC-MIFA).
Majistret Nik Isfahanie Tasnim Wan Abd Rahman mengeluarkan perintah reman berkenaan di Mahkamah Majistret Putrajaya.
Foto: BH Online
Suspek, 43, diiringi beberapa pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), tiba di mahkamah pada jam 9.20 pagi.
Memetik BH Online, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Azam Baki mengesahkan suspek menyerah diri selepas pihaknya mengeluarkan kenyataan media bagi mengesannya untuk membantu siasatan, semalam.
Terdahulu, seorang 'bookie', 49, direman sejak 7 April lalu sehingga Isnin ini bagi membantu siasatan kes sama.
Sementara itu, tiga lagi pemain kelab terbabit termasuk seorang pemain import dibebaskan dengan jaminan SPRM pada 12 April lalu selepas direman tujuh hari bagi membantu siasatan berhubung kes mengambil rasuah daripada 'bookie'.
Siasatan dibuat mengikut Seksyen 16 (b)(A) Akta SPRM 2009. - CARI |
|
|
|
|
|
|
|
slalu berapa keuntungan y dieorg nie dpt..berjuta ker? kire untung ats angin ker mcm mane tue?? |
|
|
|
|
|
|
|
Tak ada kerja lain ka nak buat |
|
|
|
|
|
|
|
byk ke yg dapat??
sape yg jawab korang mmg berisiko nak kena hadap SPRM (read:wanted) |
|
|
|
|
|
|
|
pesta gol mggu lps apa kes...sjk bos baru ni |
|
|
|
|
|
|
| |
|