CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 8043|Reply: 59

[Edisi Konsert] SHEILA MAJID KEMBALI MENYENGAT

[Copy link]
Post time 17-4-2017 02:31 PM | Show all posts |Read mode
Sheila Majid kini kembali aktif setelah sekian lama menyepi dan tiba-tiba terbaru yang memanaskan telinga adalah komen pedas ditujukan kepada radio station tempatan yang kata beliau radio station tempatan sekarang ini bersikap diskriminasi terhadap artis senior dalam menghadkan lagu-lagu dari artis senior di udara. Station Radio sekarang lebih suka memainkan lagu untuk pendengar muda dan yang penting asal boleh diterima tanpa memandang dari segi kualiti lagu tersebut. Dan kita pun tau lagu-lagu macam ni kejap je popular lepas tu kita akan terus lupa. Sheila juga kata ramai artis lama mengambil sikap mendiamkan diri kerana bimbang diboikot oleh station radio. Bagi Sheila, Muzik adalah muzik, ianya adalah universal. Jangan sentiasa perlu mempolitikkan semua perkara. Jangan jadikan muzik sebagai medan politik kerna muzik menyatukan rakyat dari semua lapisan masyarakat sama seperti sukan.

Kini artis lama dan satu-satunya Ratu Jazz negara ini akan bakal mengadakan konsert solo pada 5 Ogos 2017 bertempat di Stadium Negara. Ini adalah bersempena dengan terbitnya album baru beliau berjudul "BONEKA"
Kepada peminat Sheila Majid mari turun padang ramai-ramai bagi sokongan terhadap beliau. Disamping menyusur inostalgia lagu-lagu lama hit yang masih lagi sering meniti dibibir peminat seperti 'Sinaran', 'Pengemis Muda', 'LEGENDA'...etc.. apakah masih ingat lagu-lagu ini?



Ratu Pop-Jazz Malaysia yang tidak asing lagi, Dato’ Sheila Majid memulakan karier nyanyiannya pada tahun 1985 dan telah me-lahirkan 8 album - termasuk album terkini ‘Boneka’ - dan pernah men-gadakan lebih daripada 40 konsert dan showcase di serata dunia.

Selepas konsert solonya di Dewan Filharmonik Petronas pada tahun 2010, Dato’ Sheila Majid terus sibuk memenuhi undangan di luar negara. Namun beliau tetap menaruh harapan untuk mengadakan konsert di Stadium Negara sekali lagi selepas konsert pertamanya ‘Legenda’ pada tahun 1991.

Kini beliau kembali dengan ‘Sheila Majid: The Concert Kuala Lum-pur 2017’ yang menjanjikan persembahan vokal mempersona, lirik menarik dan melodi rancak untuk peminat setianya di Stadium Nega-ra pada 5 Ogos 2017. Dato’ Sheila juga menjanjikan kejutan dengan album terbaharunya, ‘Boneka’ selepas 13 tahun!

Dato’ Sheila Majid merupakan legenda industri muzik Malaysia dan masih aktif dalam karier nyanyian selepas 3 dekad. Lagu-lagunya yang malar segar seperti ‘Sinaran, ‘Warna, dan ‘Legenda’ diminati semua tidak kira bangsa mahupun umur, menjadikan nama beliau sentiasa meniti di bibir peminat dalam dan luar negara.  Berinspirasi-kan moto “May Music Keep Us Together”, peminat boleh menjangka-kan set lagu yang hebat yang terdiri daripada lagu-lagu hit dan lagu-lagu dari album terbaharunya.

Konsert ini dianjurkan oleh IME Malaysia, diterbitkan oleh More En-tertainment, dan disokong oleh syarikat pengurusan artis Magada Entertainment. Dato’ Sheila Majid mahukan hanya yang terbaik untuk para peminat beliau dalam konsert yang ditunggu-tunggu ini. Konsert ini menggabungkan sistem audio berkualiti tinggi, 100 para professional, dan ahli muzik terhebat dunia yang diterajui Penerbit Muzik tersohor, Mac Chew.  

Dengan suaranya yang unik dan bertenaga, persembahan yang memukau dan bakat yang luar biasa, ‘Sheila Majid: The Concert Kuala Lumpur 2017’ menjanjikan malam yang istimewa yang tidak patut dilepaskan!

Jualan tiket bermula pada 14 April 2017, jam 10:00 pagi, di www.ticketcharge.com.my. Untuk pertanyaan tentang penjualan tiket, hubungi TicketCharge di +603 9222 8811.

Sheila Majid The Concert Kuala Lumpur 2017
Tarikh                : 5 Ogos, 2017
Masa                        : 8:00 PM
Lokasi                : Stadium Negara
Tiket                        :        
Premium RM888 (Tempat Duduk Terhad)
VVIP      RM688
VIP         RM488
CAT 1    RM388
CAT 2    RM288
CAT 3    RM188
CAT 4    RM98        
                                       
*Semua harga tiket adalah termasuk 6% GST tetapi tidak termasuk yuran pemprosesan RM4

Press Release oleh : IME Publication

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-4-2017 03:11 PM From the mobile phone | Show all posts
yeaay...ade tgk kat rtm n melodi kelmarin..sbb sheila majid..ade aura tersndri..suka sheols..cool jer..
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2017 03:16 PM | Show all posts
I rasa nak pergi tapi rege tiket beliau aummmm juga dengan lokasi dekat stadium negara tu. I rasa macam serik sebab pegi konsert backstreet boys, hujan lebat gila, air menitik2 jatuh dari atap. Sudahnya buka payung uols~

I wonder siapa la artis jemputan beliau. Beliau kan bff dgn Afgan.
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2017 03:22 PM From the mobile phone | Show all posts
BebeQ replied at 17-4-2017 03:16 PM
I rasa nak pergi tapi rege tiket beliau aummmm juga dengan lokasi dekat stadium negara tu. I rasa ma ...

beli lah rain coat chuols
dua hengget jer pun...
hujan lebat pun tak kisah...
tetap kering  
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2017 03:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Ayoo...tone sore dah garau chuols..ada ke stamina lagi dato? Bagi la laluan kat kayda jah..

Meols tetap cannot 4get her all time feveret songs yg ala2 harvey malaiholo like gemilang. Kekasih baru (first album). Kehilangan.
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2017 03:35 PM | Show all posts
tintalangit replied at 17-4-2017 03:22 PM
beli lah rain coat chuols
dua hengget jer pun...
hujan lebat pun tak kisah...

motip duduk dalam indoor stadium tapi gigih beli/bawa raincoat? stadium negara ni berbumbung uols, aircond.untuk concert (stadium terbuka) selalunya raincoat disediakan oleh penganjur. ikutkan payung pun tak boleh masuk dalam stadium tapi sebab dah menitik2, gigih merayu dekat pakcik rela untuk keluar ambil payung.
bila concert habis, hujan renyai yang tak seberapa tu baru la depa bagi raincoat dekat exit stadium. untuk apa tak dapat dipastikan, dapat la selfie seketul dua dengan raincoat sebelum sampai ke parking.

moga depa dah repair atap.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-4-2017 03:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Best kee auntie Shila Majid ni punya konsert? Ke top up dengan effect2 lampu sorot di pentas saja untuk nampak wow? Haha eh akaq peminat beliau ya!
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2017 03:38 PM | Show all posts
BebeQ replied at 17-4-2017 03:16 PM
I rasa nak pergi tapi rege tiket beliau aummmm juga dengan lokasi dekat stadium negara tu. I rasa ma ...

Tau xpe.Ganja pegi Konsert Avril kat Stadium Negara tu.
Tak hujan pun time tuh, tapi sangat la azab stadium negara tu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-4-2017 03:41 PM From the mobile phone | Show all posts
BebeQ replied at 17-4-2017 03:35 PM
motip duduk dalam indoor stadium tapi gigih beli/bawa raincoat? stadium negara ni berbumbung uols, ...

iols ingat stadium merdeka chuols  
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2017 03:44 PM | Show all posts
bestla stadium negara. konsert ct n friends hari tu pun kat situ. ok je.
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2017 03:45 PM From the mobile phone | Show all posts
tintalangit replied at 17-4-2017 03:22 PM
beli lah rain coat chuols
dua hengget jer pun...
hujan lebat pun tak kisah...

Bawak daun pisang jekk

Kang ngan suami ade ler memori daun pisang

Iiiijinnnnnnnnkan.laaaaaa aaaa aaahh
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2017 03:54 PM | Show all posts
GegarVaganja replied at 17-4-2017 03:38 PM
Tau xpe.Ganja pegi Konsert Avril kat Stadium Negara tu.
Tak hujan pun time tuh, tapi sangat la az ...

uzur dah nampaknya stadium tu, mentenen pun tak seberapa la tu.

i ingat acik shila yang dianggap diva oleh reporter itu akan julung kali buat concert dekat lokasi yang lebih baik. Plenary hall ke, istana budaya 3 malam ke, even dewan merdeka pwtc pun selesa.
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2017 04:00 PM | Show all posts
iols dah penah tengok konsert kt stadium negara, kalau nak tiket murah tapi seat clear sket, bleh amik rm188 & rm288 (yg line belakang)...sebab masa konsert ritu iols duduk area rm98 tepi kiri, x nampak skrin kat tengah stage, retis pon nampak sipi2 jah sentap sangat nasib baik tiket free area seat rm488 & rm688 rasanya macam panas sket sebab nampak diorang gigih berkipas2 gitew sampai ke akhir konsert...stadium ni panas uolss...iols nak pesan sila bawak kipas tangan sendiri ok
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2017 04:02 PM | Show all posts
eddysheddy replied at 17-4-2017 03:44 PM
bestla stadium negara. konsert ct n friends hari tu pun kat situ. ok je.

Konsert tokti and friends tu free tiket uols. Ni acik shila berbayar.Tengok semua konsert memang tak dinafikan best tapi kalau keselesaan tak setara dengan harga tiket, kena la fikir banyak kali.
Konsert rancak2, free standing, boleh lompat2 menari2 lain keadaannya.

Konsert lagu mendayu, duduk saje, sesekali satu dua lagu diajak berdiri sama, keselesaan tu penting juga.
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2017 04:08 PM | Show all posts
hyie replied at 17-4-2017 04:00 PM
iols dah penah tengok konsert kt stadium negara, kalau nak tiket murah tapi seat clear sket, bleh am ...

lagi satu masa beli tiket kita tak boleh bajet dekat mana kedudukan speaker gedabak tu.

kawan i ke i sendiri (i ingat2 lupa konsert apa time tu) penah duduk depan speaker. menyumpah sampai ke sudah sebab serupa tak nampak apa.
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2017 04:12 PM | Show all posts
nek shila ni sebutan T dia jadi chi khuenz... meols tak minat..next
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-4-2017 05:46 PM | Show all posts
I suka lagu-lagu sheila majid. Tapi, last I dengar dia nyanyi live ayooo tak sedap dah suaranya. Faktor usia barangkali.
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2017 05:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Berani betul dia buat konsert dekat stadium negara.. dia yakin ke tiket sold out nanti?
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2017 05:53 PM From the mobile phone | Show all posts
BebeQ replied at 17-4-2017 03:54 PM
uzur dah nampaknya stadium tu, mentenen pun tak seberapa la tu.

i ingat acik shila yang diangga ...

Yeah, exactly.
Tapi mungkin sebab kos la tu.
Stadium Negara ni sewa murah dari tmpt2 lain tu. Itupun harga tiket dah mcm tuh kan, klu kat Plenary Hall, silap2 tiket jadi 3x ganda. Haha
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2017 06:12 PM | Show all posts

dah berapa umor dia ni. tengok kat tv hari tu macam berkedut dah leher... tua dah kot
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

16-4-2024 07:25 PM GMT+8 , Processed in 0.081936 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list