CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1340|Reply: 2

hmm...interesting

[Copy link]
Post time 18-4-2017 05:52 AM | Show all posts |Read mode
Edited by mbhcsf at 18-4-2017 05:55 AM

Agenda Sekular, NGO Dana Asing? Penganjur “Constitutional Day 2017” Menjawab Isu Dibangkitkan By Wartawan Menara - April 16, 2017

Read more at: https://www.menara.my/agenda-sek ... itutional-day-2017-



Petaling Jaya: Sempena Hari Perlembagaan Universiti Malaya Ahad ini, MyConsti, salah sebuah Jawatankuasa yang ditubuhkan bagi tujuan program celik Perlembagaan di bawah Majlis Peguam, menganjurkan Hari Perlembagaan 2017. Ia juga bersempena dengan Sambutan 60 Tahun usia Perlembagaan Malaysia. Pelbagai acara telah dijadualkan sepanjang hari termasuk pembentangan oleh penceramah-penceramah terpilih. Walaubagaimanapun, beberapa persoalan timbul berkenaan penganjuran acara ini yang dilihat seperti mahu mengetengahkan pemahaman serta tafsiran tertentu mengenai Perlembagaan Persekutuan Malaysia.







Pihak Menara.my mendapatkan penjelasan lanjut dari penganjur. En Thomas selaku Timbalan Presiden MyConsti, ketika dihubungi menjelaskan bahawa program ini dianjurkan bagi membantu masyarakat untuk lebih celik Perlembagaan. Menurutnya, kebanyakan rakyat Malaysia ketika ditanyakan tentang perkara-perkara berkenaan Perlembagaan, majoriti daripada mereka menyatakan bahawa mereka tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sedangkan Perlembagaan juga merupakan salah satu daripada lima rukun penting di dalam Prinsip Rukunegara bagi rakyat Malaysia. Acara turut menampilkan Prof Emeritus Datuk Dr Shad Saleem Faruqi, Prof Madya Dr Azmi Shahrom dan Saudara Syahredzan Johan. Ketika ditanyakan  kenapa pemilihan penceramah yang agak berat sebelah dengan penceramah yang condong kepada tafsiran Perlembagaan bersifat sekular dan liberal, Thomas berkata, mereka tidak membuat pilihan begitu.




“Kami hanya mahu mendengar dari bidang-bidang lain, contohnya kami ada pensyarah dan peguam profesional seperti Profesor Emeritus Datuk  Dr. Shad Saleem Faruqi, Prof Madya Dr Azmi Sharom dan Peguam Syahredzan Johan selain dapat memberi  maklumat dari sudut akademik, dan mengambil perspektif yang positif dari mereka sahaja. Selain peguam sebagai panel penilai, dua professor ini boleh memberi pandangan dari sudut akademik mengenai perlembagaan yang lebih praktikal, kerana mereka mempunyai pengalaman dari sudut itu,” katanya. Mengenai penglibatan beberapa NGO dan Syarikat Sendirian Berhad yang pernah mendapat dana dari Softpower Organization Amerika Syarikat, National Endowment For Democracy (NED) dan Open Society milik George Soros di dalam acara ini, Thomas menjelaskan, pihaknya menjemput mereka disebabkan mereka sebuah NGO dan hanya mahu mendengar perspektif dari mereka sahaja. Tiada campur tangan asing sama sekali. Sama ada mereka ada kontroversi atau tidak, itu pihak penganjur tidak peduli sangat.



SUARAM dan Lawyers For Liberty (LFL) pernah terlibat dengan kontroversi sebelum ini apabila ada pihak yang membuat pendedahan bahawa kedua-dua entiti ini mendapat sumbangan asing. Wisma Putra pernah membuat penegasan kepada Duta Besar Jerman Dr Guenther Georg Gruber pada 2012, bahawa Malaysia memandang berat berkenaan isu sumbangan yang diberikan oleh Kedutaan Jerman kepada Suara Inisiatif Sdn Bhd (SISB) yang berkait langsung dengan badan bukan kerajaan (NGO) Suara Rakyat Malaysia (Suaram).




Walaubagaimanapun, Duta Besar Jerman tersebut menyatakan bahawa semua sumbangan yang diberikan ialah bagi menjalankan aktiviti-aktiviti yang selari dengan nilai-nilai Jerman seperti perjuangan hak asasi manusia. Penjelasan sebelum ini pernah diberikan bahawa semua bentuk sumbangan yang diterima SUARAM adalah dengan syarat tidak ada campurtangan dengan kerja-kerja SUARAM.


Apabila diajukan pertanyaan apakah hasrat utama yang hendak dicapai dengan penganjuran ini serta sambutan yang diterima acara Constitutional Day 2017 setakat ini, Thomas menjelaskan sebagai berikut. “Kami takda musuh dan berasa bertanggungjawab sebagai seorang rakyat tempatan, menganjurkan program ini yang merupakan identiti Negara yang terpenting sekali, sebab undang-undang bukanlah tak penting.” Beliau berkata, setakat ini sambutan amat menggalakkan yang dijangkakan  telah lebih 130 pendaftaran penyertaan setakat ini untuk sertai forum esok dan mungkin yang tak daftar juga akan datang esok.




Dengan tema “60-Year Milestone Of Constitutionalism :  “Are Your Rights All Right” di Fakulti Undang-undang Bangunan Sultan Azlan Shah, acara ini akan dilangsungkan bermula jam 8:30 pagi hingga 5:30 petang pada 16 April 2017. Acara ini mendapat kerjasama Majlis Peguam Malaysia, Education For Malaysia Student dan turut diluluskan serta diiktiraf oleh Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Read more at: https://www.menara.my/agenda-sek ... b-isu-dibangkitkan/menjawab-isu-dibangkitkan/


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 18-4-2017 05:54 AM | Show all posts
Ibrahim Ali, PERKASA dan ISMA ada hak untuk menjadi Dungu – Azmi Sharom By Some Random Guys - April 17, 2017

Petaling Jaya: Ibrahim Ali, PERKASA dan ISMA digambarkan sebagai dungu, suka memecah-belahkan masyarakat dan bersifat rasis, itu merupakan pandangan salah seorang pensyarah Undang-undang Universiti Malaya, Prof. Madya Azmi Sharom.

Beliau yang pernah dihadapkan ke Mahkamah suatu ketika dahulu atas tuduhan menghasut mengutarakan pandangannya itu terhadap Ibrahim Ali dan dua NGO Melayu Islam pada satu program sambutan Perlembagaan Persekutuan ke 60, ‘Constitutional Day 2017’ yang bertajuk “Are Your Rights, All Right?” “Saya tidak suka apa yang Ibrahim Ali atau PERKASA atau ISMA cakapkan. Saya dapati ianya moronic, divisive and rascist tetapi hakikatnya saya tidak berhak untuk melarang mereka daripada memperkatakan semua itu.



It is their right to be a moron.”




Sambil disambut gelak ketawa hadirin yang rata-rata terdiri daripada anak muda dan juga sekumpulan pelajar sekolah menengah yang dijemput pihak penganjur MyConsti Team. Salah seorang daripada pihak penganjur yang hanya mahu dikenali sebagai Thomas berkata, mereka tidak mempunyai sebarang niat jahat walaupun hanya menjemput panelis yang terdiri daripada kumpulan liberal dan sekular pada program tersebut tetapi hanya mahu memberi pengajaran kepada rakyat Malaysiauntuk lebih celik Perlembagaan Persekutuan.
Read more at: https://www.menara.my/ibrahim-ali-perkasa-dan-isma-ada-hak-untuk-menjadi-dungu-azmi-sharom/

















Read more at: https://www.menara.my/ibrahim-ali-perkasa-dan-isma-ada-hak-untuk-menjadi-dungu-azmi-sharom/

Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2017 04:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Saja nak bagitau, sudah tengok
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 11:07 PM GMT+8 , Processed in 0.082408 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list