CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 13141|Reply: 206

[Tempatan] Peluang atau Ancaman yang bakal dibawa oleh Jack Ma ke Malaysia?

[Copy link]
Post time 18-4-2017 07:21 PM | Show all posts |Read mode
Edited by bryantpl2 at 19-4-2017 01:25 AM



Perbincangan antara Jack Ma dan menteri-menteri kini fokus kepada eksport barangan buatan Malaysia ke China dalam konsep DIGITAL FREE TRADE ZONE. Perdagangan Bebas Digital atau Free Trade Zone versi Malaysia kini melaungkan betapa besarnya peluang peniaga Malaysia untuk menembusi pasaran Cina melalui pasaran atas talian dan penyelesaian logistik yang sempurna di China.

Adakah situasi ini benar atau logik???

Saya seorang pemasar atas talian yang jalankan perniagaan online di Malaysia, tiap-tiap hari saya terima banyak email dari kilang-kilang di China yang ingin mengeksport barangan kepada saya dan rakan-rakan kongsi perniagaan saya. Mereke sanggup mengambil risiko untuk lakukan pemintasan internet untuk ekses Google (Google dan Facebook dilarang dan tidak boleh diekses di China) bagi mencari pembeli-pembeli di luar negara.

Tetepi pengilang-pengilang Malaysia dikatakan akan mencapai kejayaan besar dengan penjualan ke pasaran China??!!
OK, ia mungkin benar untuk barangan keluaran unik Malaysia seperti sarang burung, durian ataupun tongkat ali...tetapi apakah ia berkenaan dengan industry pembuatan Malaysia secara keseluruhan?

Maka saya berasa amat terganggu oleh beberapa soalan berikut:

1) Bolehkan kos barangan buatan Malaysia menjadi lebih rendah daripada kos buatan Cina yang sedang dihasilkan dalam skala yang jauh lebih besar dan optimum daripada pengilang di Malaysia? Belum lagi tambahnya kos pengangkutan dari Malaysia ke Cina...

2) Berapa orang pembeli di China yang sudah biasa membeli di kedai-kedai atas talian yang pupular di Taobao (mempunyai ribuan ulasan pengguna yang baik) akan membeli barangan import dari penjual baru yang tidak dikenali? ataupun barangan jenama buatan Malaysia?

3) Perdagangan Bebas Digital berfungsi secara dua hala iaitu termasuk import dan eksport, mungkinkah udang di sebalik batu Jack Ma ialah untuk membantu pengilang China untuk mengeksport barangan buatan China ke Malaysia dengan lebih mudah, murah dan effisien? Sedangkan sekarang banyak penjual-penjual di Malaysia pun mengimport barangan dari China dan menjual di 11street, Lazada, Lelong dan sebagainya...


4) Jikalau no.3 itu benar-benar berlaku, apa akan terjadi kepada industry pembuatan di Malaysia? Apa akan terjadi kepada mereka yang menjual barangan buatan China?

Adakah anda tidak kisah tentang harga barangan dan masih membeli dari penjual Malaysia/ membeli barangan buatan Malaysia dengan harga yang lebih tinggi?
Apakah masalah yang bakal timbul boleh diatasi dengan semangat patriotik orang Malaysia semata-mata?
Perlu saya tekankan bahawa syarat Perdagangan Bebas ialah tiada cukai tambahan/ melampau boleh dikenakan ke atas barangan buatan kedua-dua pihak, maka semangat "patriotik" orang Malaysia yang "dipaksa" terhadap kereta Proton tidak akan berulang apabila barangan yang memasuki pasaran Malaysia melalui Perdagangan Bebas Digital yang pertama di rantau Asia Tenggara ini jauh lebih murah daripada barangan buatan tempatan...
Cuba bayangkan kereta Honda yang tidak dikenakan cukai tambahan menjadi seharga dengan kereta Proton...yang mana satu kamu akan beli?



May the force be with us....Somoga kuasa bersama kita untuk mengharungi apa jua yang bakal menimpa...

Sekian.















Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-4-2017 08:23 PM | Show all posts
cina tetap untung xkira cina mana pun
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2017 09:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak perlupun Jack Ma utk kembangkan ekonomi Mesia.
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2017 10:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Maknanya beginikah?  Iaitu  entreprenur china dah boleh penetrate sini directly... dan dah x perlukan carousel. Lazada. 11street . Lelong bla bla...yg nmpk mcm 3rd party dah...   then akan ada  taobao malaysia atau alibaba malaysia yg cross border then  dpt jual lg murah dr lazada...11street etc ? ..
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2017 10:40 PM | Show all posts
so far i shopping guna taobao adman2 aja.. murah.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-4-2017 12:54 AM | Show all posts
AbukRokok replied at 18-4-2017 08:23 PM
cina tetap untung xkira cina mana pun

Isu ini bukan mengenai perkauman sepenuhnya, tetapi signifikan juga. Kaum yang paling terjejas ialah kaum yang paling banyak terima bantuan kerajaan.
Apabila sesebuah negara di bawah pimpinan yang korup, secara keseluruhannya manfaat rakyat akan dikurangkan seperti subsidi, cukai tambahan, lanjutan bayaran tol dan sebagainya. Jikalau barangan import China yang murah betul-betul bertambah secara mendadak seperti yang saya huraikan di atas, business tempatan terjejas teruk dan pengangguran semaking meningkat...Kaum Cina di Malaysia tidak akan terjejas seteruk kaum melayu dan india.

Kebanyakkan orang cina sudah biasa hidup berdikari sejak zaman persekolahan lagi, sehingga perlu meminta derma untuk sekolah mereka tiap tiap tahun...Jikalau cukai seperti GST ataupun harga minyak naik lagi, tahap penyesuaian terhadap peningkatan kos kehidupan orang Cina akan lebih tinggi kerana secara keseluruhannya mereka berpendidikan lebih tinggi, gaji lebih tinggi dan mempunyai tabiat menabung.



Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-4-2017 01:05 AM | Show all posts
rezeki dari tohan.... bukan dari jack ma..... amithaba  
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-4-2017 01:14 AM | Show all posts
Edited by bryantpl2 at 19-4-2017 01:53 AM
ohnoLia replied at 18-4-2017 10:08 PM
Maknanya beginikah?  Iaitu  entreprenur china dah boleh penetrate sini directly... dan dah x perluka ...


Berkemungkinan besar barangan buatan China akan disalurkan melalui Lazada kepada pengguna. Alibaba melaburkan USD1B untuk menjadi taukeh terbesar Lazada. Ia merupakan perlaburan luar negara yang terbesar Alibaba.

11street milik Celcom, akan menghadapi cabaran yang semakin hebat.
Carousell ni berbeza, modelnya lebih fokus kepada C to C (consumer to consumer), maksudnya pengguna jual kepada pengguna, contohya seorang guru menjualkan buku teks SPM kepada ibubapa apabila guru tersebut sudah bersara. Jadi untuk pasaran barangan terpakai, Carousell tidak terjejas.

Hakikatnya, dengan pelaburan taukeh besar yang berpengalaman dalam eCommerce, perkhidmatan kourier akan menjadi lebih efficient. Tidak lama lagi, kamu boleh menempah sesuatu di awal pagi dan terima barangan tersebut di petang nanti bila balik kerja, tambahan pula penghantar akan call dan tanya bila kamu akan sampai rumah untuk terima barangan. Ataupun dengan app di smartphone anda, boleh tahu lokasi barangan, nama dan number telephon penghantar... semua ini sudah pun menjadi biasa China dan akan diduplikasikan di rantau Asia Tenggara tidak lama lagi...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 19-4-2017 01:18 AM | Show all posts
nashrudean replied at 18-4-2017 10:40 PM
so far i shopping guna taobao adman2 aja.. murah.

boleh bagi site taobao admin itu untuk rujukan saya?
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2017 01:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Memula peluang, bila taring dah panjang,  akan jadi Ancaman lar.... takkan tak boley baca ...
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2017 07:56 AM From the mobile phone | Show all posts
bryantpl2 replied at 19-4-2017 01:14 AM
Berkemungkinan besar barangan buatan China akan disalurkan melalui Lazada kepada pengguna. Aliba ...

Thanks bryan. Baru lah ai nampak.dgn jelas ..
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2017 09:04 AM | Show all posts
nko online marketeer or seller; focus on your area lah.

pedoli dgn manufacturers. yg nko tak tahu ujung pangkal tp nak pecah kepala pasal manufacturers pesal? so much pree taim ahh?
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2017 09:07 AM | Show all posts
bryantpl2 replied at 19-4-2017 12:54 AM
Isu ini bukan mengenai perkauman sepenuhnya, tetapi signifikan juga. Kaum yang paling terjejas ial ...
Isu ini bukan mengenai perkauman sepenuhnya, tetapi signifikan juga. Kaum yang paling terjejas ialah kaum yang paling banyak terima bantuan kerajaan.
Apabila sesebuah negara di bawah pimpinan yang korup, secara keseluruhannya manfaat rakyat akan dikurangkan seperti subsidi, cukai tambahan, lanjutan bayaran tol dan sebagainya. Jikalau barangan import China yang murah betul-betul bertambah secara mendadak seperti yang saya huraikan di atas, business tempatan terjejas teruk dan pengangguran semaking meningkat...Kaum Cina di Malaysia tidak akan terjejas seteruk kaum melayu dan india.

Kebanyakkan orang cina sudah biasa hidup berdikari sejak zaman persekolahan lagi, sehingga perlu meminta derma untuk sekolah mereka tiap tiap tahun...Jikalau cukai seperti GST ataupun harga minyak naik lagi, tahap penyesuaian terhadap peningkatan kos kehidupan orang Cina akan lebih tinggi kerana secara keseluruhannya mereka berpendidikan lebih tinggi, gaji lebih tinggi dan mempunyai tabiat menabung.


bukan ke bebenang ni dibuka utk buat propa supaya kelestarian peniaga kaum cina malaysia tidak terjejas dgn persaingan ?

nak kencing sapa?


prffthhh.


takpe pg 4 nanti buleh change tune to meratib hiba cina mainland masuk = cina mesia kene gantung
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-4-2017 10:01 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by bryantpl2 at 19-4-2017 10:06 AM
kasibiman replied at 19-4-2017 09:07 AM
bukan ke bebenang ni dibuka utk buat propa supaya kelestarian peniaga kaum cina malaysia tidak ...


Ini bukan isu perkauman, tapi isu nasional. Satu Malaysia akan terjejas, tetapi sesetengah orang/ kaum akan terjejas dengan lebih serious.

Macam mana bebenang yang dibuka untuk menjelaskan keadaan dan memberi amaran kepada publik ni dapat mengukuhkan kedudukan peniaga Cina di Malaysia? Sedangkan semua orang Malaysia akan dapat membeli barangan murah secara terus daripada penjual di China nanti, banyak shopping malls akan terjejas, banyak pengusaha kecil dan sederhana akan berasa susah untuk meneruskan peniagaan sehingga membuang pekerja untuk jimat kos...

Sila ulaskan pendapat anda dengan objektif.
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2017 10:44 AM From the mobile phone | Show all posts
bryantpl2 replied at 19-4-2017 10:01 AM
Ini bukan isu perkauman, tapi isu nasional. Satu Malaysia akan terjejas, tetapi sesetengah orang ...

Ulasan saya mmg objektif. Sme, retailer Dan peniaga majority cina.

So? Bukan ke bebenang ini semata2 agenda propa utk kepentingan kaum cina Malaysia sesambil kutuk gomen?


Kalu nak objektif sangat Tanya diri sendiri who are you and where is Malaysia to be able to stand against the tide of globalisation and world trade?

Takat nak menten mentalities ACCIM, Rehda or protectionist lobbying of local rebar players korang boleh pegi mampos. Ini 2017 mentaliti lapuk dah out of place.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-4-2017 11:38 AM From the mobile phone | Show all posts
kasibiman replied at 19-4-2017 10:44 AM
Ulasan saya mmg objektif. Sme, retailer Dan peniaga majority cina.

So? Bukan ke bebenang ini se ...

Yes, you are correct in the sense that most SME boss is Chinese in MY. But is it true that the majority of workers are Chinese too?

When the protection like Proton is gone, Chinese taukeh in MY can close shop but still holding much cash in hand, but what will happen to the poor workers who kais pagi makan pagi?

Kutuk or praise gomen is not the point. Who build Proton and now invited Jack Ma in?

Why invited Jack Ma in? Is it really for the goodness of the people of Malaysia or simply returning a favour in the exhange of financial aid in 1MDB issue?

We cant fight globalisation, no chance in this highly connected world now. Maybe it's the right time to remove the "tongkat" and face the reality...could be painful but can keep the people going on.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-4-2017 11:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Nasi_Lemak_Kau replied at 19-4-2017 01:05 AM
rezeki dari tohan.... bukan dari jack ma..... amithaba

Betullah rezeki tu memang dari tuhan tapi tak pecahkan ruyung tak akan dpt sagunya.
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2017 11:55 AM | Show all posts
aku klu tau brgan dr china terfikir low kelass jah
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-4-2017 12:11 PM From the mobile phone | Show all posts
surwanis replied at 19-4-2017 11:55 AM
aku klu tau brgan dr china terfikir low kelass jah

Banyak....Terlalu banyak barangan keluaran Japan, Korea ataupun MY sekarang berasal dari China dan dibungkus di "negara keluaran", hanya untuk labeling sahaja dan kelihatan sebagai keluaran negara tempatan tersebut...
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2017 01:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Lagi bagus barang china boleh terus masuk pasaran malaysia. Pengguna akan dapat beli barang murah. Kos akan turun.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 10:10 AM GMT+8 , Processed in 0.259107 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list