CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 13573|Reply: 83

Dilema nak resign lagi....

[Copy link]
Post time 18-4-2017 08:21 PM | Show all posts |Read mode
Assalamuaikum,

Aku baru jer dapat kerja kat sebuah bank yg merupakan GLC kat KL. Sebelum ni aku dah 6 bulan tak bekerja sebab tamat kontrak. Kat bank ni aku baru jer kerja dalam 2 minggu lebih.  Aku sebelum ni finance executive kat small medium company. Buat akaun payable. Akaun payable tu proses invois supplier, staff claim, pastu buat payment online or pakai cek.


Dekat bank yg aku baru kerja tu, aku kena buat GST. Mmg pure on GST . GST bank mmg susah siot. Pening kepala otak aku. Aku punya expectation akan ada orang guide aku macam mana nak guna sistem diorang, guide proses banking or ada proper dokumentation mcm mana nak buat kerja.
Memang SOP semua tu x der!! Budak yang aku replace tu mmg dah 2 bulan blah pastu baru aku masuk.

Ada sorang mamat poyo ni. Dia team aku la buat GST. GST ni aku ngan dia jer yg buat. Dia tak nak ajar aku weh. Dia sorang jer yg tau nak buat report GST tuh. Dia dulu fresh grad, terus masuk bank ni. so dia kira senior la dah dekat 2 tahun. Dia bengang kat management sebab offer aku gaji yg lagi tinggi dr dia. Aku rasa dia dapat detect gaji aku. So dia mmg x nak ajar aku buat kerja.

Aku mmg tau aku punya limitation ability utk buat kerja. Dalam negative environment tu, pagi2 nak pi kerja aku rasa malas, pastu nak pi kerja pun dalam ketakutan. Aku decide mcm nak resign lg. Aku mmg x der komitmen apa2. Nak tanya korang, kalau aku mmg x leh buat kerja maksud aku under perform, apa bank akan buat? Dalam offer letter cakap dalam tempoh sebulan, bank boleh tamatkan perkhidmatan dengan memberi sebulan gaji jika belum komfem. Hmmmmm.. Ada alternatif lain tak? aku penat la nak mencari kerja baru.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-4-2017 09:40 PM | Show all posts
ubah ur strategy.. hack je akaun mangkuk lelaki tu.. lepas tu dah tahu baru buat biasa.. keep survive..
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2017 10:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by umbut at 18-4-2017 10:12 PM

Jumpa manager or assistant.. Ckp problem tak tau buat, xda org ajar.. Bertahanler.. Dah ada experience leh try tempat lain..
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2017 10:22 PM From the mobile phone | Show all posts
ko keje bank apa? bahagian finance ke deknon. mesti la bank ada SOP ataupun standard manual. ko jd kelam kabut sebab ko xde experience dlm banking. ko reti tak baca GL dlm system? GST diakui agak kelam kelibut jgk masa bank mula2 kena buat. sebab fees income yg bank dapat akan ada GST. bukan ko sorg je serabut. branch pun serabut jgk. tp tu la sian plak kt ko yg masih mentah dlm banking industry
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-4-2017 10:54 PM | Show all posts
CiliPadiSedap replied at 18-4-2017 09:40 PM
ubah ur strategy.. hack je akaun mangkuk lelaki tu.. lepas tu dah tahu baru buat biasa.. keep surviv ...

iols benci la mamat tu.. ni la.. asal dengki jer melayu.. sorry to say..
igt kan melayu sama melayu nak tolong melayu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-4-2017 10:57 PM | Show all posts
umbut replied at 18-4-2017 10:10 PM
Jumpa manager or assistant.. Ckp problem tak tau buat, xda org ajar.. Bertahanler.. Dah ada experien ...

iols dah jumpa manager tu td. dia cakap diorang mmg high expectation on me. dia suruh buat jer dulu. kalau salah nanti diorang betulkan.
masalahnya, iols mmg susah nak faham working excel diorang tu. xder formula. figure petik dr langit kah?
kalau ada formula at least iols boleh cuba trace balik. rasa mcm dah give up. nak resign jer dalam sehari dua nih
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 18-4-2017 11:05 PM | Show all posts
zuri154 replied at 18-4-2017 10:22 PM
ko keje bank apa? bahagian finance ke deknon. mesti la bank ada SOP ataupun standard manual. ko jd k ...

sorry x leh sebut bank nama apa. tapi bank gomen la. brp kerat jer bank gomen. aah maybe betul aku gelabah sebab x pandai baca GL sistem diorang.
big2 company ni biasa la pakai SAP. bank gomen ni mmg SOP out la.. tapi kalau mcm maybank tu iols mmg yakin dokumentation tip top mesti ada ISO lg.

iols rasa patutnya bank kena ada proper dokumentation mcm mana nak buat kerja la. kalau org tu resign, org baru masuk baca benda tu dah boleh take over kerja.. iols is pasrah sekarang ni..

sebelum masuk join bank tu lg iols nih dah rasa xsedap hati. something goes wrong somewhere. tgk2 naluri iols tu mmg betul. iols rasa position iols tu kambeng hitam jer. yg bank ni pun satu, hire la iols before budak lama tu berambus at least dia boleh knowledge transfer kat iols
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2017 11:22 PM | Show all posts
iwan007 replied at 18-4-2017 10:54 PM
iols benci la mamat tu.. ni la.. asal dengki jer melayu.. sorry to say..
igt kan melayu sama mela ...

ala kalau bangsa lain pun ada dengki juga.. buat jelah kerja sendiri n fokus.. jgn salahkan melayu.. kita cari jalan cmne nk survive..

u ada dua option :
>> berhenti risiko menggangur amat tinggi di kala zaman jibun mengambang
>> bekerja dan survival , u akan puas bila dpt naik pangkat dan dpt belajar mcm2 ilmu.. duit datang dan pergi .. ilmu melekat di badan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-4-2017 12:10 AM | Show all posts
kalau staff lama tu boleh survive  buat report tu, kenapa awak tak boleh..
cuba dulu fahamkan report then cuba cari formula macam mana dapat figure this and that..
do your own formula kalau perlu..
try la dulu.. jangan cepat mengalah..
kalau dah mengalah, sila remove ciri-ciri ni dalam resume:
- able to work under pressure..
- self starter/ fast learner..
- independent
- able to work under minimum supervision

Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2017 07:09 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by zuri154 at 19-4-2017 07:25 AM
iwan007 replied at 18-4-2017 11:05 PM
sorry x leh sebut bank nama apa. tapi bank gomen la. brp kerat jer bank gomen. aah maybe betul aku ...


mesti ada SOP atau manual standard procedure. kalau takde camne department compliance ataupun department nk pastikan yg staff bank buat keje ikut SOP. mcm juga nk buat GST ni. takkan nk cincai je. antara masalah u ni x tau nk mula dari mana, nk cari data kat mana, tak tau nk tgk system yg bole provide data sebelum nk buat report. kira takde panduan.

gini je la. sebagai staff baru, u kena rendah diri sket. apakata u buat baik dgn senior u tu. pi mkn dgn dia. belanja dia mkn. u belikan dia sarapan ke. borak2 dgn dia buat kawan. tak semestinya pasal hal opis je, borak la hal apa2. try ambik hati dia skit supaya dia bole salurkan skit ilmunya kt u.

isunya skrg senior u tu tercabar la dgn u. dia senior gaji skit dari u padahal pengalaman lagi byk dari u. dia berasakan u gaji byk patut lagi tau mcm2 dari dia. u usahakan sampai dia nk buat u jadi kawan. sampai dia bole terima u. jgn sesekali burukkan senior u kt manager. pastu u doakan hati senior u tu lembut hati nk ajar ilmunya.
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2017 11:01 AM | Show all posts
bersabar dan kena rajin explore sendiri..
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2017 12:48 PM | Show all posts
tt kena jumpa manager, ckp u x boleh buat kja sb xde guide. bgtau dia matila sy kena dipaksa brenti sb sy dh tempoh percubaan dalam masa sebulan tp x pandai apa2.

jgn resign. mmg u pun tau skg kja susah. mmg u x de tanggungan.

tp bad impression if u g iv, majikan baru akan pk u jenis x serius bekerja, x pandai bawak diri sb tu asik resign n kerja x tetap. majikan baru takkan ambik kisah psl mslh2 lama u sblm ni kat tempat kja lama.

apepun sy cum abg pendapat. yg rse, u. dan hanya u yg tahu kemampuan diri nk hadapi situasi tu.

ape2 pun update sini ye perkembangan uols mcmne. resign ke, dpt follow step kja n x jadi breti ke.. dpt job lain ke.. ok?
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2017 01:58 PM | Show all posts
tebalkan je muka gi tanya berkali2 kt senior tu..sampai dia rasa terganggu n terpaksa jawab. benci tu simpan dalam hati je. ko keja dlm ofis tu x kan 2 org je kot. kalu ko gi tanya berkali2 dia tp dia buat donno je mesti staf lain pun pandang serong je kat dia. work etiquette yg betol mana boleh mcm tu. kita dbayar gaji bukan setakat buat kerja rutin kita je..knowledge sharing, teamwork sume kena ada. kalu aku jadi bos korang aku dh luku dh budak senior tu.

aku rasa ko pun ego kot nk approach budak tu tnya byk kali. sbb ko xde komitmen ko rasa boleh lari dgn berenti keja. kalu ko terdesak mcm akak ni nk bayar rumah, keta tiap2 bulan, ko akan letak tepi ego tu, gi je tanya senior, member2, baca2 kt internet dan mcm2 lagi inisiatif ko.

sape lah yg interview ko ni boleh ambik staf yg cepat give up n kurang inisiatif.
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2017 02:01 PM | Show all posts
mmg payah bila satu company tu xde proper SOP or workflow, mcm aku kt tmpt baru ni pun mmg terkapai2 nk tanya kt org satu2 keje.
Ikutla cadangan @chinta89 tu, bodek sket senior tu.
Mmg kerja tu susah, tp kalau boleh survive yg ni, dh kira upgrade diri sendiri tu.
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2017 02:10 PM | Show all posts
iwan007 replied at 18-4-2017 10:54 PM
iols benci la mamat tu.. ni la.. asal dengki jer melayu.. sorry to say..
igt kan melayu sama mela ...

ko ni ko g je direct je kt manager ko tu...ckp ko 1 hapak xtau tp mamat tu tak nak ajar ko pape

benda2 mcmni kene bgtau..jupe 1-1 ngn manager.. nnt manager tu mesti ckp kt mamat

mmg la ko xde komitment tp takkan sbb tu nk resign..prcaya la mamat tu pn nk org dlm team bole buat keje sama2

tp dia ego kan rasa dia senior

pastu ko rapat2 ngn boss ko biar boss ko tiaw dia plak
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2017 04:00 PM | Show all posts
iwan007 replied at 18-4-2017 10:54 PM
iols benci la mamat tu.. ni la.. asal dengki jer melayu.. sorry to say..
igt kan melayu sama mela ...

cuba ko justify sket, apesal mamat tu kena tolong ko yang gaji tinggi dari dia?

kalau ai, ai pun tak tolong. sbb ai pikir, ai patut naik pangkat & gaji tinggi dari orang baru.

mamat tu saja nak tengok ko boleh survive ke tak tu.
kalau ko behenti, misti dia bertepuk tangan sambil belanja kawan2 lain yang dah letak wang taruhan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-4-2017 04:05 PM | Show all posts
iwan007 replied at 18-4-2017 11:05 PM
sorry x leh sebut bank nama apa. tapi bank gomen la. brp kerat jer bank gomen. aah maybe betul aku ...

kalau sykt swasta aku, orang behenti dulu. pastu baru orang baru masuk. baru le ada ruang kosong.
mmg orang baru akan terkapai2. kalau terer, boleh survive.
sorry le orang lama akan tolong. TIDAK ok. TIDAK akan tolong sama sekali.

choice ko ada 2 aje.
sama ada BOS yang hire ko tu ajar or ko gi tanya orang2 lain yang dept lain.


Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2017 04:08 PM | Show all posts
Star_el replied at 19-4-2017 02:01 PM
mmg payah bila satu company tu xde proper SOP or workflow, mcm aku kt tmpt baru ni pun mmg terkapai2 ...

owh u kja tempat baru jugak ke. aduh mg susah xde sop kan?.. smoga tabah n teruskan kerjaya dgn sebaiknya.
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2017 04:09 PM | Show all posts
iwan007 replied at 18-4-2017 10:57 PM
iols dah jumpa manager tu td. dia cakap diorang mmg high expectation on me. dia suruh buat jer dul ...

maybe sebelum ko masuk, staff lama tu buat sabotage sket.
semua tu, dia copy & paste. so, hilang la formula.
kot2 dia yang create formula tu. pastu dia still gaji maintain, pastu datang pulak orang baru gaji naik?
harus ke dia maintain formula. haruslah select all > copy > paste as value.

Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2017 04:19 PM | Show all posts
ni kes pernah terjadi kepada diriku..dlu pon mcmni.. dan ea aku mmg terpaksa buat muke tak malu tny org..

macam yang semua nasihat d beri, buat muka tebal jek tanya senior ko tu.. lantak la dia nak belagak tahap dewa ke apa ka.. janji keja ko jalan..

buang la perasaan nak berenti tu.. mainan perasaan jek tu.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Cinta & Perhubungan


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Dividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
AbahmungDividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
Views : 1718 Replies : 0
Emma Maembong mohon maaf, tersilap langkah 'voice note' Ruhainies isu Bella Astillah
YgBenarEmma Maembong mohon maaf, tersilap langk
Views : 7791 Replies : 115
Tragedi Helikopter Terhempas Diketawakan Warga Singapura
beggTragedi Helikopter Terhempas Diketawakan
Views : 17796 Replies : 113
Hanya cakap "apa khabar" sudah dapat kerja...  pempengaruh Imran Bard kata kita terlalu mengagung orang luar seperti Korea berbanding layanan mereka terhadap orang kita.Anda setuju?
YgBenarHanya cakap "apa khabar" sudah dapat ker
Views : 8980 Replies : 62
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 54968 Replies : 2755
Belum masanya Malaysia laksana aturan waktu kerja fleksibel
ultra78Belum masanya Malaysia laksana aturan wa
Views : 6359 Replies : 25
Restoran Kantan Datin Isma
AngelFreakyAFRestoran Kantan Datin Isma
Views : 18022 Replies : 90
Elia Jejari Runcing
friedfishsoupElia Jejari Runcing
Views : 86188 Replies : 307
Lelaki 45 tahun ada lebih RM1 juta KWSP cetus inspirasi
ultra78Lelaki 45 tahun ada lebih RM1 juta KWSP
Views : 21722 Replies : 166
FATTAH FAZURA FATIMA bergandingan dalam drama HERO SEORANG CINDERELLA 2.0
FORUMCARIIIFATTAH FAZURA FATIMA bergandingan dalam
Views : 281866 Replies : 9530

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 03:05 PM GMT+8 , Processed in 0.435225 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list