CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5089|Reply: 93

[Jenayah] Penjara 6 bulan, denda RM1,000 jika berpakaian jolok mata di Melaka

[Copy link]
Post time 20-4-2017 10:43 PM | Show all posts |Read mode
Penjara 6 bulan, denda RM1,000 jika berpakaian jolok mata di Melaka
Bernama | April 20, 2017
Rahimin Bani turut meminta masyarakat bukan Islam dan pelancong asing mematuhi etika berpakaian di tempat awam supaya tidak menjolok mata dan menjaga sensitiviti masyarakat sekeliling.

jaim_sexy_60021


MELAKA: Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim) sedang menguatkuasakan undang-undang di bawah Seksyen 71 Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka 1991 bagi membendung perbuatan tidak sopan, terutama berpakaian tidak senonoh di tempat awam.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasaan Jaim, Rahimin Bani berkata, langkah ke atas umat Islam itu selaras undang-undang Jaim sedia ada dan kempen menutup aurat serta etika berpakaian yang sudah lama dilaksanakan di negeri ini.

“Penting bagi kita terutama wanita Islam untuk menutup aurat bagi memelihara kehormatan mereka dan ia adalah sebahagian daripada hukum syarat yang wajib dipatuhi.

“Berpakaian sopan atau menutup aurat juga adalah bagi mengelak sebarang kejadian buruk menimpa mereka. Selain itu, kita tidak mahu insiden bogel yang berlaku di Bentong, Pahang awal tahun ini berulang walaupun ia melibatkan lelaki,” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata, umat Islam yang melakukan perbuatan, berkelakuan atau berpakaian tidak sopan di tempat awam bertentangan hukum syarak boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 71 enakmen sama, iaitu didenda maksimum RM1,000 atau penjara sehingga 6 bulan atau kedua-duanya.

Mengulas lanjut, Rahimin berkata, berdasarkan statistik, kes perbuatan tidak sopan, termasuk berpakaian tidak senonoh di Melaka menurun daripada 352 kes pada 2015 berbanding 195 kes tahun lepas.

Beliau berkata, penurunan berkenaan ekoran langkah peringatan dan kempen yang giat dijalankan Jaim dan pihak berkuasa tempatan (PBT) secara berterusan, termasuk pemasangan papan peringatan berkaitan perbuatan tidak sopan dan etika berpakaian di tempat awam.

Dalam pada itu, beliau berkata, masyarakat bukan Islam juga diminta mematuhi etika berpakaian di tempat awam kerana ia turut tertakluk di bawah beberapa udang-undang, termasuk di bawah Seksyen 268 Kanun Keseksaan, iaitu satu kesalahan yang menyebabkan kegusaran am kepada orang awam.

“Papan tanda berkenaan turut menjadi peringatan kepada semua rakyat di negeri ini, termasuk pelancong dari dalam dan luar negara yang berkunjung ke Melaka agar bersama menjaga etika berpakaian supaya tidak menjolok mata dan menjaga sensitiviti masyarakat sekeliling,” katanya.

Selain itu, katanya, masyarakat bukan Islam juga diminta mematuhi etika berpakaian dan tidak melakukan perbuatan tidak sopan di tempat awam kerana ia tertakluk di bawah Rukun Negara ke-5, iaitu Kesopanan dan Kesusilaan agar masyarakat berbilang kaum dapat hidup dalam suasana aman dan harmoni.

http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2017/04/20/penjara-6-bulan-denda-rm1000-jika-berpakaian-jolok-mata-di-melaka/



Melaka Serambi Mekah   
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 20-4-2017 10:45 PM | Show all posts
camne baru patuh shariah?  

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2017 10:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Eloklah tu... Ke arah kebaikan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-4-2017 11:01 PM | Show all posts
imransulaiman replied at 20-4-2017 02:58 PM
Eloklah tu... Ke arah kebaikan

pak lebai yg mau pi syurga, apasal tak suruh saja dema pakai burqa utk lelaki?  

Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2017 11:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Itu ajalah kerja jabatan agama. Kalau tak khalwat, aurat. Kalau tak aurat, khalwat.
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2017 11:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Itu ajalah kerja jabatan agama. Kalau tak khalwat, aurat. Kalau tak aurat, khalwat.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-4-2017 12:11 AM | Show all posts
Silap besar lah lobai hanya mementingkan berpakaian sopan untuk menutup kelakuan sebenar! ...  sivic mana? Moral yang sebenar dimana?

Kalau macam ni cara lobai berfikir untuk membentuk moral dan sivic ummah suchi.. saya dah tak mau lagi menjadi ummah suchi kerana ianya sangat memalukan menjadi ummah suchi malaya! jadi acong lagi best!.
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2017 12:20 AM | Show all posts
Kenapa cara lobai  mendidik ummah tersangat BODOH? Sorry. Memang terlalu BODOH. PATUTLAH orang melayu semayam berpuasa naik haji 50 kali tapi mereka tetap hidup dalam rasuah merasuahi.

Seriously Saya lagi hormat dan kagum cara ummah kapir lahanat barat mendidik anak mereka tampa agama. Mereka mengutamakan sivic, moral jujur, jangan menipu diri sendiri... bla..bla..bla.

Nak jadi naik dan jujur tak perlukan agama. Lagi ditekan di control ..lagi mereka memberontak untuk memcari kebenasan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-4-2017 12:50 AM From the mobile phone | Show all posts
~boolean replied at 20-4-2017 11:51 PM
Itu ajalah kerja jabatan agama. Kalau tak khalwat, aurat. Kalau tak aurat, khalwat.

Lobai2 dalam kopala dia takda bende lain, kesah menutuh aje 24jam ...   :
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2017 12:56 AM | Show all posts
bahlol2 yang mak bogel, kakak seksi, adik puang pakai cam ayam lorong mesti tarak suka undang2 ni.



Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2017 01:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Pelacur mesti marah dengan undang2 baru ni
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2017 02:25 AM | Show all posts
kalau seorang tu tak bertudung ..
macam mana nak tau dia Islam?
terutama berpakaian tidak senonoh di tempat awam


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-4-2017 05:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Nasi_Lemak_Kau at 20-4-2017 09:22 PM
FanTasyCreaTioN replied at 20-4-2017 06:25 PM
kalau seorang tu tak bertudung ..
macam mana nak tau dia Islam?


Acik2 dlm thread Easter tu bukan bertudung?  
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2017 05:35 AM From the mobile phone | Show all posts
FanTasyCreaTioN replied at 21-4-2017 02:25 AM
kalau seorang tu tak bertudung ..
macam mana nak tau dia Islam?

Betul juga. Especially since Melaka tu ramai juga Portugis Kristian yg rupa mcm Melayu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-4-2017 05:47 AM | Show all posts
cmf_almondpecan replied at 20-4-2017 09:35 PM
Betul juga. Especially since Melaka tu ramai juga Portugis Kristian yg rupa mcm Melayu.

bertudung tak semestinya islam   
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2017 06:41 AM | Show all posts
tak terkesan ke nant ipada industri pelancongan...dengan ramai pelancong kokosen dan China berpakaian mendedahkan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-4-2017 06:42 AM | Show all posts
cmf_almondpecan replied at 21-4-2017 05:35 AM
Betul juga. Especially since Melaka tu ramai juga Portugis Kristian yg rupa mcm Melayu.

portugis melaka lebih kpd keling drp melayu...sorry to say la
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2017 07:36 AM | Show all posts
AbukRokok replied at 21-4-2017 06:42 AM
portugis melaka lebih kpd keling drp melayu...sorry to say la

Yang rupa macam India pun ramai. India pun ramai yang Muslim. Sama je dgn konsep yang tadi.

Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2017 07:47 AM | Show all posts
gambar jolok mata pls
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2017 07:51 AM | Show all posts
Malacca the next serambi mekoh?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 08:25 PM GMT+8 , Processed in 0.310735 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list