CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 19246|Reply: 32

TOP 10 "Romantic Comedy Queen" - Who is your favorite?

  [Copy link]
Post time 21-4-2017 03:33 PM | Show all posts |Read mode
Edited by dauswq at 21-4-2017 03:35 PM

Top 10 Ratu Komedi Romantik dari drama Korea – Mana satu pilihan anda?
by        daus    ·                            Published April 21, 2017              · Updated April 21, 2017               
                                    



1. Gong Hyo Jin

Memulakan karier sebagai model, pelakon ini sudah pun menapak di industri lebih senior daripada rakan-rakannya. Kebarangkalian untuk dramanya sukses adalah agak tinggi lantas membuatkan produksi drama korea jarang bertepuk sebelah tangan apabila nama Gong Hyo Jin menitip dalam senarai lakonan sesuatu drama. Mereka akan bersusah payah mendapatkan hak penyiaran dramanya. Siapa dapat lupakan The Greatest Love, Pasta, Jealousy Incarnate, Master’s Sun, It’s Okay That’s Love dan Thank You. Masing-masing mempunyai keunikannya tersendiri. Gong Hyo Jin terkenal dalam membawakan watak yang ‘innocent’  tapi juga tegas dalam diam , dan pada masa sama secara ‘subtle’ mentertawakan kita dengan gaya lakonannya. Orangnya tidaklah cantik tapi hebat dalam memberikan lakonan yang sangat berkesan . Maka, penulis tidak ragu-ragu meletakkannya di tempat pertama mengatasi yang lain-lain.
Sejarah pembabitan dalam CARI Kdrama Awards:
  • (Pencalonan) Best Actress – SBS Master’s Sun
  • (Pencalonan) Best Actress – SBS It’s Okay That’s Love
  • (Pencalonan) Best Actress – SBS Jealousy Incarnate
  • (Menang) Popular Actress – SBS Master’s Sun

2. Jun Ji Hyun /Giana Jun
Giana Jun, pelakon yang sememangnya dinanti-nantikan kemunculannya di dalam drama. Siapa sangka You Who Came From The Star , drama pertama beliau sejak lebih 10 tahun tidak berkecimpung telah menitipkan kembali namanya di bibir masyarakat. Gandingan bersama Kim Soo Hyun bukan setakat hubungan kimia tetapi lakonan sengal secara spontan yang ditunjukkannya juga meninggalkan kesan mendalam. Legend of The Blue Sea walaupun tak sehebat You Who Came From The Star tetap juga menyerlahkan ke’diva’an aktres cantik ini dalam mempamerkan lakonan romantik komedi yang menarik.
Sejarah pembabitan dalam CARI Kdrama Awards:
  • (Menang) Best Actress – SBS You Came From The Star
  • (Menang) Popular Actress – SBS You Came From The Star

3. Park Shin Hye
Park Shin Hye merupakan pelakon kanak-kanak yang agak berjaya. Memulakan langkah dengan watak sedih dan melodramatik di dalam Stairway to Heaven dan Tree in Heaven, Park Shin Hye perlahan-lahan menangkap perhatian produser drama untuk meletakkan namanya ‘laku’ dalam senarai pelakon drama. Flower Boys Next Doors dan You’re Beautiful  sebagai pemula segala bicara, Heirs sebagai jambatan manakala Pinocchio dan Doctors merupakan puncak kejayaan aktress ini. Walaupun selalu dikritik kerana membawa watak yang ‘cliche’ , namun tiada pelakon sebaya dengan usianya ketika ini mampu menandingi populariti Park Shin Hye yang pastinya akan membawa pulangan besar dalam drama romantik komedi lakonannya.
Sejarah pembabitan dalam CARI Kdrama Awards:
  • (Pencalonan) Best Actress – SBS Pinocchio
  • (Pencalonan) Popular Actress – SBS Heirs , SBS Pinocchio ,  SBS Doctors.


4. Park Bo Young
Park Bo Young seperti juga Park Shin Hye memulakan lakonan sejak mereka kecil lagi. Namun yang membezakan mereka, Bo Young lebih menyerlah menerusi perfileman. Filem pertamanya yang mencatat kutipan box office tertinggi pada tahun itu, Speedy Scandal bersama Cha Tae Hyun telah memperkenalkan  pelakon kecil-kecil cili padi ini di khalayak ramai. Tidak cukup dengan filem, Park Bo Young menceburkan diri pula dalam area drama di mana taruhannya dalam Oh My Ghost  telah berjaya membuka mata produser. Bak kata Park Bo Young, kekerdilannya tidak menjadi penghalang untuk menunjukkan karismanya  asalkan masih di dalam kemampuannya sebagai pelakon. Menariknya, kelincahannya dan kecomelannya itu telah menjadikan Strong Woman Do Bong Soon sesuatu yang sukses.
Sejarah pembabitan dalam CARI Kdrama Awards:
  • (Menang) Best Actress – tvN Oh My Ghost
  • (Pencalonan) Popular Actress – tvN Oh My Ghost


5. Seo Hyun Jin
Another Oh Hae Young telah menaikkan aktres ini ke tahap tertinggi sebagai ratu komedi romantik. Kebolehannya melakonkan watak oh hae young yang boleh ubah mood dalam sekelip mata dengan riak emosi berbeza. Kadangkala nampak sewel, kadangkala simpati, kadangkala terlalu gedik, kadangkala nampak ‘kosong’ menjadikan “Oh Hae Young” watak yang sukar dilupakan. Dia tampil sekali lagi dalam Romantic Doctors Teacher Kim yang juga agak berjaya dalam mencatat rating tertinggi pada tahun 2016.
Sejarah pembabitan dalam CARI Kdrama Awards:
  • (Pencalonan) Best Actress – tvN Another Oh Hae Young
  • (Pencalonan) Popular Actress – tvN Another Oh Hae Young


6. Hwang Jung Eum
Hwang Jung Eum seperti juga Gong Hyo Jin aktress senior yang akan menjanjikan kesuksesan drama lakonan mereka. Hwang Jung Eum pula lebih menyerlah dengan lakonan melodramatik terutamanya menerusi Can You Hear My Heart dan Secret Love. Kendatipun begitu, Kill Me Heal Me dan She Was Pretty telah mengubah persepsi bahawasanya aktress ini juga mampu membawa watak romantik komedi dengan kelakuan gila-gila yang sukar dibayangkan. Dengan imej parodi dan prop rambut gerbang kerinting sebagai ‘Jackson’ dalam She Was Pretty, Hwang Jung Eum melangkaui apa yang tiada pada aktress sebaya dengannya.
Sejarah pembabitan dalam CARI Kdrama Awards:
  • (Menang) Best Actress – KBS Secret Love
  • (Pencalonan) Best Actress – MBC She Was Pretty
  • (Menang) Popular Actress – MBC Kill Me Heal Me, MBC She Was Pretty


7. Shin Min Ah
Memiliki kaki yang agak panjang, model dan juga pelakon ini tidak pernah puas menghiburkan kita dengan drama-drama lakonannya itu. Kekurangannya hanya pada keberkesanan lakonan yang ditonjolkan tetapi beliau tetap  kekal seksi dan menggiurkan. My Girlfriend is Nine-Tailed Fox, Arang The Magistrate, Oh My Venus, A Love To Kill dan Tomorrow With You antara senarai resume kejayaannya setakat ini.
Sejarah pembabitan dalam CARI Kdrama Awards:
  • (Pencalonan) Best Actress – MBC Arang The Magistrate


8. Ra Mi Ran
Tidaklah menyedari bagaimana Ra Miran mula muncul dalam industri, tetapi beliau tersangat menyerlah sebagai pelakon pembantu sehingga kadang-kala “mencuri” perhatian penonton filem mahupun drama. Dengan lakonan sebagai mak cik yang kuat berleter di dalam Reply 1988 hampir mirip lakonan acik Kungfu Hustle, sekurang-kurangnya penulis pastinya terbahak-bahak memperhatikan gelagatnya. Mungkin ada berpendapatan agak tidak sesuai meletakkannya dalam senarai ratu romantik komedi, tetapi pelakon veteran juga harus mempunyai cinta hatinya terhadap orang yang sebaya dengannya. Janji dia mentertawakan kita.
Sejarah pembabitan dalam CARI Kdrama Awards:
  • (Pencalonan) Best Supporting Actress – tvN Reply 1988
  • (Menang) Popular Ahjumma – tvN Reply 1988


9. Kim Seul Gi
Nama ini mungkin tak popular di kalangan marhaen kerana tak pernah pegang watak heroin drama. Beliau telah mencuri perhatian walaupun sekadar debut sebagai editor webtoon di dalam Flower Boys Next Doors. Namun, Oh My Ghost dan Splish Splash Love telah memperkenalkan namanya secara umum. Lakonannya sebagai hantu yang ingin balas dendam di dalam Oh My Ghost agak setanding dengan Park Bo Young dalam drama berkenaan membuatkan penulis ternanti-nanti apakah drama komedi romantik yang akan mendekatkan penulis dengan Kim Seul Gi pada tahun 2017 ini. Moga lebih sukses untuknya.


10. Lee Bo Young
Lakonan isteri kepada Ji Sung ini di dalam I Can Hear Your Voice telah membuatkan penulis tertarik padanya. Lee Bo Young berjaya menghasilkan kimia agak berkesan dengan hero yang muda lebih sepuluh tahun daripadanya iaitu Lee Jong Suk. Telatahnya sebagai peguam bela sesuatu yang tidak mudah dilupakan. Namun, aktress ini mencabar versaliti lakonannya ke arah watak yang penuh emosi dan suspens terutamanya dalam God Gift 14 Days dan Whisper.
Sejarah pembabitan dalam CARI Kdrama Awards:
  • (Pencalonan) Best Actress – SBS God Gift 14 Days

Siapa yang korang akan pilih?

https://kmania.info/2017/04/21/top-10-ratu-komedi-romantik-dari-drama-korea-siapakah-pilihan-korang-pula/

Multiple Polls: ( Max 3 choices ), Total 88 Users voted
Your User group have no permission to vote

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 21-4-2017 03:36 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2017 04:53 PM | Show all posts
dauswq replied at 21-4-2017 03:36 PM
@idakamaruddin @wima @Syik_Gojet @qis13 @wonto @ichi @ayushuhada04 jemput mengundi

mst la undi ahjumma
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2017 05:18 PM | Show all posts
Done..........
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-4-2017 05:33 PM | Show all posts

kau ni suka sgt jatuh hati dgn org2 tua?

lee sang yoon tu jek special case erk
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2017 10:58 PM | Show all posts
dauswq replied at 21-4-2017 05:33 PM
kau ni suka sgt jatuh hati dgn org2 tua?

lee sang yoon tu jek special case erk


xtau la knp..ahjussi n ahjuma smua sengal2 belaka klu blakon
LSY tu @makdik2301 pnya
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 21-4-2017 11:00 PM | Show all posts
wonto replied at 21-4-2017 10:58 PM
xtau la knp..ahjussi n ahjuma smua sengal2 belaka klu blakon
LSY tu @makdik2301 pnya  ...

tp avatar kau tetap pki muka yg masam tu gak
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2017 11:03 PM | Show all posts
dauswq replied at 21-4-2017 11:00 PM
tp avatar kau tetap pki muka yg masam tu gak

mls nk tukar..
nk tukar avvy CK ari tu tp rmai plak guna
avvy SY pn mcm tu
dak @inaniloquent ja pkai avvy ahjussi dia
nnt la tukar avvy ahjussi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-4-2017 08:40 AM | Show all posts
iols da undi..top 3 feveret iols

GHJ
Gianna Jun
Hwang Jum Eum

Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2017 08:50 AM | Show all posts
dauswq replied at 21-4-2017 03:36 PM
@idakamaruddin @wima @Syik_Gojet @qis13 @wonto @ichi @ayushuhada04 jemput mengundi

apa lagi Miss Cheetah ler jd pilihan kak ayu
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2017 08:52 AM | Show all posts
done.....
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2017 09:03 AM | Show all posts
wonto replied at 21-4-2017 10:58 PM
xtau la knp..ahjussi n ahjuma smua sengal2 belaka klu blakon
LSY tu @makdik2301 pnya  ...

oh oppa masham berkerut i like 1000X



ko pon sama kan setia smpai skg kat oppa
masham nie..*tgok avvy



Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2017 09:07 AM | Show all posts
dauswq replied at 21-4-2017 11:00 PM
tp avatar kau tetap pki muka yg masam tu gak

aku dh votepart ahjuhsi xde ke weh?



@wonto tu dh vote belom?


Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2017 11:13 AM | Show all posts
demm susahnya nk buat pilihan antara PBY dgn GJ.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-4-2017 05:14 PM | Show all posts
makdik2301 replied at 25-4-2017 09:07 AM
aku dh votepart ahjuhsi xde ke weh?

ahjussi yg tua kerepot ker atau yg sado mcm abg jo @inaniloquent tu?
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2017 06:39 PM | Show all posts
makdik2301 replied at 25-4-2017 09:03 AM
oh oppa masham berkerut i like 1000X

aku mls nk tukar..
tggu drama ruler nnt
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-4-2017 06:43 PM | Show all posts
makdik2301 replied at 25-4-2017 09:07 AM
aku dh votepart ahjuhsi xde ke weh?

oitt..awal2 aku dh vote
klu x, x seru la korang
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2017 09:30 AM | Show all posts
dauswq replied at 25-4-2017 05:14 PM
ahjussi yg tua kerepot ker atau yg sado mcm abg jo @inaniloquent tu?

dua2 weh..abgjo sado??

@inaniloquent @wonto


lama weh x ngutuk abgjo korg


Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2017 09:31 AM | Show all posts
wonto replied at 25-4-2017 06:39 PM
aku mls nk tukar..
tggu drama ruler nnt

drama ruler???


Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2017 09:32 AM | Show all posts
wonto replied at 25-4-2017 06:43 PM
oitt..awal2 aku dh vote
klu x, x seru la korang

wow bagusnyaaa wonto..
ko org pes ke yg vote?


Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 10:13 AM GMT+8 , Processed in 0.348427 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list