Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Kolumnis
Search
1461
View
112
Reply

[Pelbagai] Mood Kerja

[Copy link]

Author: scarletz       Show all posts   Read mode

Author
Post time 21-4-2017 04:25 PM | Show all posts |Read mode
Edited by scarletz at 21-4-2017 04:31 PM

I think dh boring kerja sekarang dengan office politik yg favor certain person je. Any idea utk atasi masalah takde mood nak kerja? Sementara nak cari keja lain

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2017 04:42 PM | Show all posts
Edited by seribulan at 21-4-2017 03:48 PM



Kalam Muallaf
Aku berkata-kata kerana ALLAH, aku berdiam kerana ALLAH, aku menulis kerana ALLAH dan aku menegur kerana ALLAH.
Khamis, 4 Disember 2014Politik Pejabat

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Segala puji bagi ALLAH Subhanahu Wa Taala, Tuhan semesta alam; Selawat dan Salam ke atas Rasulullah Sallallahu Alayhi Wasallam, Rahmat ke seluruh alam; Juga kepada ahli keluarga baginda dan para sahabat Radhiallahu 'anhumyang telah bertebaran di merata alam.

Alhamdulillah, syukur kepada ALLAH Subhanahu Wa Taala, kerana nikmat dan kasih sayang-NYA, masih lagi kita dapat berpijak dan hidup dibumi milik-NYA ini. Tanpa belas kasihan-NYA terhadap kita sudah tentu kita terumbang-ambing disepanjang perjalanan kita tanpa arah tujuan. Syukur tidak terhingga juga kerana diri ini masih lagi dapat berkongsi luahan rasa. Semoga anda semua dalam keadaan sihat sejahtera, samada iman, hati dan mahupun tubuh badan.

Mungkin ramai diantara anda, sahabat setia yang mengunjungi laman blog saya ini bertanya-tanya ke mana saya menghilang? Terlebih dahalu saya ingin memohon maaf kerana telah lebih 3 minggu saya tidak mengupdatekan blog ini. Kekangan masa, kesibukan di pejabat dan faktor kesihatan sedikit sebanyak menjadi tembok penghalang kepada diri saya untuk meluangkan sedikit masa di blog saya ini.

Namun Alhamdulillah, hari ini saya diberi peluang sekali lagi menyumbang entry baru untuk blog saya ini. Hari ini, apa yang saya cuba kongsikan bersama sahabat semua adalah berkaitan dengan politik di pejabat.




Mengapa saya memilih tajuk ini? Setelah lebih enam bulan saya berada di College tempat saya bertugas sekarang ini, saya dapat lihat wujudnya suasana politik di pejabat dimainkan oleh setiap staff College. Tidak kira di peringkat atasan mahupun di peringkat bawahan seperti saya ini. Dan apa yang menyedihkan, oleh kerana politik pejabat ini lah, ada yang sanggup berhenti kerja kerana tidak mampu menanganinya. Ini berlaku dalam tempoh saya tidak mengupdatekan blog saya ini.



Sebelum saya menulis lebih jauh, rasanya ada baiknya saya sentuh terlebih dahulu kenapa politik dalam pejabat ini boleh berlaku? Bukan ke ramai di antara kita menganggap bahawa politik itu kotor, dan perlu dijauhi, tetapi bila melibatkan tempat kerja, tempat kita cari makan - boleh pula kita terlibat sama dengan politik dalam ofis. Kenapa ya?

1. Menjaga Kepentingan Peribadi

Tak lain dan tak bukan, semua ini berlaku sebab pelakunya ada sesuatu kepentingan yang perlu dijaga dalam syarikat tempat dia bekerja tersebut. Ada sesuatu yang disembunyikan dan ada sesuatu yang dia tak nak ada orang lain tahu tentang aktiviti di sebalik tabir yang dilakukan sepanjang dia berkhidmat dalam syarikat itu. Jadi untuk menutup aktiviti tersebut, maka dia perlulah berpolitik.

2. Mengekalkan Kuasa

Point ini sebenarnya berkait rapat dengan point demi menjaga kepentingan peribadi. Setengah orang akan merasa risau bila ada orang lain yang boleh buat kerja lagi baik as compare to dengan apa yang dia boleh hasilkan. Kalau kita ikut pertimbangan yang sihat, kita akan menganggap perkara sebegini sebagai perkara yang normal. Biasalah kan, kalau kita hebat, akan ada orang lain yang lagi hebat dari kita. Cuma kita masih belum berjumpa dengan orang itu saja. Bila orang-orang yang cuba mengekalkan kuasa ini mula rasa tergugat, dia akan bermain politik. Dia akan mula menyebar fitnah, mencari kesalahan, dan menjatuhkan moral atau motivasi orang yang memberi cabaran tersebut. Cara terbaik sepatutnya - bila ada orang yang lagi baik dari kita, kita bukan jatuhkan dia, tetapi kita belajar dari dia dan sama-sama menaikkan performance supaya meningkatkan produktiviti. Akan tetapi ramai orang prefer ambil jalan pintas dengan mencantas orang-orang yang bagus.

3. Meluaskan Pengaruh

Ini pun merupakan salah satu sebab kenapa orang bermain politik dalam pejabat. Dia ingin menjadisuperstar dalam ofis. Dia inginkan semua orang kenal dia, hormat pada dia, dan tunduk pada dia. Boleh jadi sebab dia merasakan dengan mempunyai pengaruh yang luas, kedudukan dia dalam satu-satu syarikat akan lebih terjamin. Bermakna syarikat tidak akan sesekali berhentikan dia dari kerja, dan sekiranya ada peluang kenaikkan pangkat, dia akan jadi salah seorang candidate yang akan termasuk dalam short list.

4. Sebab Peribadi

Rasanya tidak keterlaluan kalau saya katakan orang yang beriya-iya bermain politik di tempat kerja ini berbuat demikian hanya untuk kepentingan peribadi. Dia tidak pernah untuk fikirkan orang lain langsung, asalkan diri sendiri senang nak buat kerja maka itu sudah cukup baik bagi dirinya. Senang kata mereka ini memang mementingkan diri sendiri. Tak ada sebab lain.

Tapi pada pendapat peribadi saya, orang yang main politik dalam ofis ini sebenarnya dia tak berminat untuk bekerja. Sebab itu dia main politik. Kalau dia sememangnya minat untu bekerja, saya yakin dia tidak ada masa nak berpolitik, sebab fokus dan tumpuannya difokuskan pada kerja yang perlu disiapkan. Kalau dia ada masa nak main politik, sebenarnya dia cuba mengelat dalam kerja. Nampak tak logik nya disitu?

Bagaimana seseorang boleh terlibat dalam politik tempat kerja?


Ironinya, setengah orang dia tidak perasan pun dia telah terlibat dalam office politic.


Tahu-tahu esok pagi apabila dia sampai di pejabat, layanan yang diterima dari kawan-kawan sekerja bertukar dari hari-hari sebelumnya. Member yang duduk di depan meja dia tidak mahu bertegur sapa dengan dia. Kawan-kawan yang duduk sebelah-menyebelah juga tiba-tiba tidak mahu bercakap dengan dia. Kalau keadaan seperti ini berlaku, maka fahamdiri anda perlu sedar bahawa ini mungkin satu petanda yang anda telah menjadi mangsa dalam permainan politik yang berlaku di tempat kerja anda. Kebiasaannya punca politik tempat kerja ni berlaku atas sebab yang kecil sahaja. Antaranya :


1. Gosip

Kadang-kadang apabila kita makan bersama-sama dengan kawan-kawan tempat kerja, kadang-kadang mulut kita ini ringan sangat nak bergosip atau lebih tepat mengumpat.

Orang yang diumpat itu pula bukan orang lain, kawan sekerja kita juga. Katakanlah kita keluar makan beramai-ramai. Andaikan semua sekali ada 6 orang. Kita pulak buka cerita mengenai seorang staff yang tidak join sekali. Mentang-mentanglah orang itu  tidak ada bersama, denganconfident kita katakan dia ini bodoh, pemalas, tidak pandai buat kerja, kaki ampu dan macam-macam lagi.

Persoalan dia ialah, adakah kita kenal 100% latar belakang kawan-kawan yang lagi 5 orang yang duduk makan sekali dengan kita. Entah-entah salah seorang yang ada bersama kita itu sebenarnyabest friend kawan yang kita asyik kutuk-kutuk tadi. Atau mungkin jugak sebenarnya dalam salah seorang yang keluar makan sekali dengan kita tu sebenarnya ada bau-bau bacang dengan orang yang kita kutuk itu tadi. Bila perkara yang kita kutuk ini sampai kepada pengetahuan orang yang kita kutuk itu, maka jadilah kita berpuak-puak bila bekerja nanti.
Anda pernah main permainan telefon rosak? Mula-mula kita kena berbaris, kemudian orang yang depan sekali akan menyampaikan mesej dan mesej tersebut perlu disampaikan hinggalah kepada orang yang paling belakang sekali.

Ayat asal mungkin ialah Kawan saya tak pandai buat kerja dengan sempurna dan kerap buat salah.

Apabila mesej itu sampai kepada orang yang paling akhir, boleh jadi ia akan bertukar kepadaKawan saya ni sangat bangang, tak tau buat kerja dan tunggu masa je nak kena buang kerja
Bukan sahaja mesej itu telah berubah, malahan telah  ditokok tambah. Siapa yang pernah main permainan ini mesti akan faham apa yang cuba saya sampaikan.

Bercakap mengenai berpuak-puak tadi, mungkin akan timbul dua puak ditempat kerja kita iaitu puak A dan puak B. Puak A adalah puak kita, dan puak B pulak adalah puak orang yang kita kutuk tu tadi.

2. Kuat Mengadu

Ini juga satu penyakit. Penyakit barah dalam organisasi. Sikit-sikit mengadu kepada boss. Benda kecil sekalipun tetap dilapor kepada  boss.

Kalau apa yang diadu itu benda yang betul-betul serius dan boleh menjejaskan produktiviti dan operasi syarikat, itu memang patutlah kalau kita kena selalu mengadu. Ini kalau benda tak ada apa-apa, bukan perkara besar pun untuk mengadu, at least perkara sebegini boleh membuatkan orang meluat dan menyampah dengan kita.



3. Rasa Tak Puas Hati

Dua perkara diatas yang saya sebutkan diatas tadi, semuanya bakal menimbulkan rasa tidak puas hati. Bila masing-masing ada rasa tidak puas hati dalam diri, feel untuk buat kerja pun jadi susah. Masing-masing buka mata luas-luas bila waktu kerja semata-mata nak cari kesalahan orang lain.

Cuma ALLAH Subhanahu Wa Taala sahaja yang tahu betapa susahnya bekerja dalam satuenvironment dimana setiap ahli yang ada dalam persekitaran tersebut asyik mencari kesalahan, kuat mengadu dan asyik ada perkara yang tidak puas hati dengan kita.

Susah

Kesan Politik Dalam Pejabat

Politik pejabat apabila ianya terkawal, dan terarah kearah positif, ia boleh meningkatkan produktiviti, menaikkan motivasi bekerja, dan menaikkan semangat kesetiakawanan. Semangat kekitaan akan timbul dan semangat keakuan akan tenggelam. Itu kalau politik dalam pejabat dapat dikawal, akan tetapi politik tempat kerja ini yang biasa kita dengar, semuanya buruk. Lazimnya sifat manusia sememangnya begini iaitu, yang baik tidak didedahkan, tetapi yang buruk itu yang diwar-warkan.


Politik tempat kerja ini akan beri kesan negatif terutama sekali kepada mereka-mereka yang lemah daya tahan, yang memiliki confident level yang rendah, dan mereka-mereka yang cepat sensitif. Apabila ditekan dengan keadaan persekitaran yang mendesak mereka akan mudah merasa stress. Biasalah, boss sesama boss bergaduh, kita orang bawahan yang perlu terima kesan dia secara langsung. Boss kerja dia bercakap sahaja, kemudian bagi arahan. Orang bawahan yang perlu buat kerja. Kalau orang atasan tidak memberikan kerjasama, macam mana orang bawahan dapat melaksanakan kerja dengan efficient?


Kalau staff itu berani,  dia akan sound balik boss dia.

"Tuan, saya difahamkan yang tuan ada konflik dengan Manager Bahagian Account. Sekarang ni saya datang sebab ada perkara yang perlu diselesaikan. Kalau tuan tak nak bagi kerjasama disebabkan oleh konflik tuan dengan dia, saya akan terus report kepada boss yang lagi tinggi dari tuan. Sekarang ni terpulang pada tuan nak bagi kerjasama dan selesaikan masalah ni ataupun nak saya bertindak membelakangi tuan?"


Berani nak sound balik macam tu? Haha sorry lah, sound belakang-belakang beranilah. Kalau taksound belakang-belakang sekalipun,  luahkan apa benda yang tidak puas hati tu  dalam blog peribadi atau dekat facebook. Tulis dalam blog untuk apa, orang yang kita tidak puas hati itu bukan baca blog kita. Kalau kamu rasa kamu betul, dan apa yang kamu buat itu adalah yang terbaik pada masa itu, tidak perlu takut, bagi sahaja dekat muka boss kita yang banyak kerenah tu. Dia punya pasal, sebab dia ada krisis politik tempat kerja, kita pula yang susah.


Tidak berbaloi

Saya pernah dengar beberapa kes sampai terpaksa berhenti kerja dan tukar kerja semuanya sebab tidak mampu nak handle pressure politik tempat kerja ini.

Kesian

Macam mana nak berhadapan dengan politik di tempat kerja?


Seperti yang saya dah sebutkan diawal-awal tadi, politik ditempat kerja adalah sesuatu yang lumrah. Macam manapun kita perlu hadapi, bukan lari. Macam mana nak hadapi?

Saya tidak ada cara terbaik untuk berhadapan dengan politik ditempat kerja, akan tetapi saya boleh beri serba sedikit pendapat. Kalau pendapat ini boleh pakai, sila try. Kalau tidak sesuai boleh abai.

1. Jangan Tunjuk Minat

Kadang-kadang ada sesetengah kawan sekerja kita ini akan datang keada kita dan akan cucuk kita dengan kisah-kisah gosip terkini yang melibatkan rakan sekerja.

Kalau perkara sebegini berlaku, sila jangan tunjukkan respons yang anda betul-betul berminat ingin tahu dengan lebih lanjut walaupun hakikatnya anda memang betul-betul desperate ingin tahu.

Cukuplah sekadar beri respons seperti

Oh ye ke?

Entah
Tak pastilah

Tak taulah..
Ok lah.. ada kerja sikit nak buat ni

Manusia ini sifatnya boleh berubah-ubah. Hari ini dia gosip si A sebab dia tidak suka dengan si A. Besok-besok kalau dia dah baik dengan si A dan ada krisis dengan kita, kita pulak yang akan jadi mangsa gosip kawan kita tu tadi.


Kerja dalam ofis, kita tidak boleh selalu beranggapan bahawa kawan kita itu akan sentiasa menjadi kawan kita sampai bila-bila. Manusia itu akan berubah bila-bila masa sahaja. Langkah awal ialah amalkan sifat DTA ataupun nama panjangnya Dont Trust Anybody.

Kalau anda ada pekara yang  anda rasa tidak puas hati dengan staff dalam ofis tu sekalipun, dan anda tidak tahan sangat, bila dipendam akan jadi stress. Kalau diluahkan juga, luahkanlah kepada adik beradik, suami/isteri dan pendek kata hanya luahkan pada orang-orang yang tidak ada kena-mengena dengan staff tempat kita kerja.


Zaman sekarang ini, kalau kita tersilap meluahkan masalah, dinding pun boleh bersuara. Anda tahu dinding apa yang boleh bersuara? Jawapan dia ialah wall Facebook. Itu pun dikira sebagai dinding juga!


2. Jangan Ambil Side
Kalau kita tahu ada pihak tengah bertelagah, sebaik-baiknya mainkan peranan untuk jadi pendamai, dan sekiranya kita tidak mampu untuk memainkan peranan sebagai pendamai, jangan ambil mana-mana side. Bila kita pilih side, itu akan menyusahkan kita buat kerja.

Kerja dalam satu ofis ada masanya memerlukan kita untuk saling bekerjasama. Lebih-lebih lagi bila ada hal mustahak yang perlukan kita ambil cuti. Kalau hubungan sesama staf tidak baik, kita nak ambik cuti susah, dia nak ambik cuti juga payah.

Jadi jangan pilih mana-mana side dan buat baik dengan semua orang.

3. Tak Perlu Ambik Serius

Mana-mana informasi yang kita dapat yang langsung tiada kena mengena dengan kerja, tidak perlu diambi serius sangat. Buat endah tak endah pun kita tidak akan rugi apa-apa. Buat macam masuk telinga kiri, keluar telinga kanan. Itu sudah memadai.

4. Diam

Salah satu perkara yang saya suka mengenai diam ini ialah orang tidak akan berani untuk kacau kita. Bayangkan, orang kutuk kita, kita diam. Orang puji pun kita diam. Orang buat apa-apa dekat kita sekalipun, kita diam.

Kita tak react atau bertindakbalas dengan permainan mereka. Ramai sebenarnya orang yang takut dengan orang-orang yang diam ini. Pertama, kita tidak tahu apa yang dia fikirkan, kedua kita tidak tahu apa kemampuan dia, dan ketiga bila dia bersuara nanti, maybe kita sendiri akan terlentang. Sebab apa yang dikatakan itu semuanya point sahaja.
Mat Salleh kata silent is gold. Ada betulnya disitu,


5. Kerja Sebagai Ibadah

Sebagai orang Islam, kita perlu faham pekerjaan kita ini adalah satu ibadah yang besar nilainya disisi ALLAH Subhanahu Wa Taala.  Dari kerja yang halal yang kita tengah buat sekarang ini lah kita mampu untuk teruskan kehidupan, bersedekah, bagi nafkah, bagi duit belanja kepada mak bapak dan macam-macam lagi.

Disini saya sertakan firman ALLAH Subhanahu Wa Taala di dalam Al-Quran berkaitan tuntutan bekerja.



Katakanlah wahai Muhammad: Beramallah kamu (akan segala yang di perintahkan), maka ALLAH dan Rasul-NYA serta orang yang beriman akan melihat apa yang kamu kerjakan; dan kamu akan dikembalikan kepada (ALLAH) yang mengetahui perkara yang ghaib dan yang nyata, kemudian DIA memberitahu kepada kamu apa yang kamu telah kerjakan.
(Surah At-Tawbah: 105)





Kemudian setelah selesai solat, maka bertebaranlah kamu di muka bumi (untuk menjalankan urusan masing-masing), dan carilah limpah kurniaan ALLAH, serta ingatlah ALLAH sebanyak banyaknya (dalam setiap keadaan), supaya kamu berjaya (di dunia dan akhirat).
(Surah Al-Jumuah: 10)


Jadi janganlah rosakkan ibadat kita dengan mencampuri urusan orang-orang yang berbuat khianat dalam bekerja.

Macam Mana Cara Bekerja Yang Baik?


Mesti ada cara kerja yang baik. Betul tak? Yang mana bila kita buat, kita akan mengurangkan masalah-masalah untuk datang kepada kita, atau mungkin kita akan jadi kalis politik kotor tempat kerja.


Sekali lagi, ini hanya pendapat saya semata-mata. Boleh jadi silap, dan boleh jadi ianya boleh dipraktikkan.


1. Blending in

Bayangkan dalam satu mangkuk ada buah pisang, strawberry, anggur, epal dan air susu. kesemua ini kita kisarkan bersama. Apa hasilnya?

Adakah kita akan rasa ia sebagai air pisang? Nope. Air anggur? Pun Bukan.


Air yang baru terhasil ini ialah sejenis air yang baru hasil campuran lima jenis bahan-bahan itu tadi. Itu yang perlu kita buat. Apabila kita masuk dalam mana-mana syarikat, belajar untuk bergaul. Try to blend in into that group. Macam mana cara berbuat sedemikan?

Yang itu saya tidak tahu, mengikut kepandaian masing-masing. Saya dengan cara saya dan mungkin anda ada cara anda sendiri untuk bergaul dengan rakan-rakan setugas yang baru anda kenali.

Fikirkan

Tujuannya ialah supaya anda boleh bekerjasama secara harmoni dalam satu kumpulan tanpa ada pengaruh politik dan perbezaan-perbezaan yang tidak dapat dielakkan.


2. Toleransi

Tak perlu terlalu rigid dalam berhubung sesama rakan sekerja.

Kita tidak perlu untuk sentiasa berdebat, lagi-lagi dalam benda-benda yang langsung tiada kena-mengena dengan urusan kerja atau projek yang tengah kita buat.

Setengah orang apbila berdebat bukan sebab dia merasakan diri dia betul, tetapi sebab dia ingin menang. Hal-hal macam ini sila elakkan. Ada masanya diam itu lagi baik.
Silent is gold.



3. Cipta Suasana Bekerja Yang Selesa

Bila kita bekerja, kita akan berurusan dengan pelbagai manusia yang berbeza latar belakang, budaya, agama dan fahaman politik. Banyak sangat yang berbeza, dan ada masanya perbezaan-perbezaan tu yang akan jadi penghalang untuk kita bekerja dengan baik.

Jadi saranan saya, ciptalah satu suasana bekerja yang mana kita akan rasa selesa bekerja dalam persekitaran tersebut, dan orang lain pun selesa bekerja dalam suasana tersebut.

Berbaik-baik dengan semua orang yang akan terlibat secara langsung dalam kerja-kerja kita. Yangconfirm kita akan perlu sentiasa berhadapan dengan dia. Kalau yang kita tidak perlu berurusan, rasanya tidak payahlah untuk libatkan sekali. Macam yang saya kata tadi, cuba untuk berbaik-baik, ambil berat, berkenalan dengan dia, dan kalau ada duit lebih sesekali beli makanan lebih untuk diberikan kepada mereka. Biskut pun jadilah.

Tujuannya, bukan nak bodek tetapi kita nak bina rapport atau satu perhubungan yang baik sesama ahli keluarga syarikat kita bekerja. Tidak rugi buat sebegitu, sebabnya kita adalah owner bagi persekitaran yang kita ciptakan. Apabila apa yang kita usahakan ini berjaya, maka kita kerja pun akan jadi lagi senang, dan orang lain akan seronok bekerja dengan kita. Masa tu, kita pun akan rasa seronok bekerja dengan orang lain.


Bila semua ini kita dapat buat Insha Allah konflik dapat kita elakkan. Konflik tak ada, corn flake ada! (Sekadar lawak)

Hanya sebagai peringatan, kalau kita masih ingat lagi satu masa dulu, kita seorang diri datang ke syarikat tempat kita kerja sekarang ini. Tiada sesiapa yang kita kenal, dan yang pasti kita pernah merasa perasaan keseorangan pada waktu tu.


Kita kerja sendiri-sendiri, dapat gaji pun sendiri-sendiri. Semuanya sendiri.

Apabila masa berganti masa, barulah semuanya berubah. Kita mula ada kawan, bermula dari seorang, bertambah jadi dua, kemudian tambah lagi jadi tiga, empat, lima dan seterusnya.

Bila kita tidak ada kawan, kita cari kawan. Tapi bila kita tiada musuh, janganlah mula cari musuh dengan bermain permainan politik tempat kerja ini semua.


Buat mereka yang sedang tertekan dengan suasana politik tempat kerja sekarang ini. Cuba ambil mudah perkara ini. Anggaplah sebegini sahaja:

Aku datang kerja ni pun sebab nak ambik gaji itu je. Orang lain nak buat apa, itu hal diorang, tak ada kena mengena dengan aku. Selagi aku kerja kat sini dan selagi gaji aku masih lagi dibayar, yang lain-lain boleh pergi jahanam.


Baiklah, sampai sini sahaja dulu perkongsian mengenai budaya politik di tempat kerja. Mana yang baik boleh sila praktikkan, dan mana yang tidak baik moga-moga boleh diberi teguran.


Semoga artikel yang tidak seberapa ini bermanfaat.

Wallahu a'lam bish-shawabi.

Nota Kaki: Do not argue with an idiot. He will drag you down to his level and beat you with experience.

Oleh kerana kita tidak mampu lari dari permainan politik pejabat, anda boleh cuba apa yang saya dan rakan-rakan sepejabat sentiasa buat. Keluar makan bersama, at least rapport tu dapat dibina diantara ahli dalam sesebuah syarikat.







Farish Nur Islam Bugangdi 8:17 PG

















Arifni NafsiiFarish Nur Islam Bugang

"Jika aku tidak  menulis dengan jari, maka aku akan menulis dengan hati. Aku tidak pandai berbahasa sastera maka aku berusaha berbahasa taqwa. Aku menulis bukan untuk mengkayakan bahasa tapi menulis untuk melakar imaan didalam jiwa. Biarlah sekalipun kita tidak hebat menulis,yang penting setiap ilmu yang disampaikan terus ditulis. Menulis sesuatu yang perlu bukan menulis mengikut nafsu. Apabila kita sentiasa manfaatkan sesuatu yang ada disisi, segoresan pena sekalipun banyak memberi erti kepada yang memerlukan".

Kalam ku karang bukan kerana nama, kalam disusun kerana ALLAH Subhanahu Wa Ta'ala.
Lihat profil lengkap saya






Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 21-4-2017 10:08 PM | Show all posts
seribulan replied at 21-4-2017 04:42 PM
Kalam Muallaf
Aku berkata-kata kerana ALLAH, aku berdiam kerana ALLAH, aku menulis kerana ALLAH ...



Thank you!! Nice article
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2017 08:37 AM From the mobile phone | Show all posts
seribulan replied at 21-4-2017 04:42 PM
Kalam Muallaf
Aku berkata-kata kerana ALLAH, aku berdiam kerana ALLAH, aku menulis kerana ALLAH ...

Wow good info pencerahan .. tq
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2017 10:57 AM | Show all posts
Tajuk yang sangat menarik. Mood koda skrg pun dah ke laut dalam. May be sbb terlalu lama di tempat yg sama dan buat kerja yg sama. Perlukan environment yg baru kot.

Mmg tak ambik port politik kerja atau gossip di opis. Selalu jd the last person to know. Ingat pesanan my ex boss..stay away from gossip2 office and pls dont expect dpt semua staf yg bagus / baik2 belaka. Yg x baik, gunting dlm selimut bagai etc akan menjadikan kita lebih matang untuk berurusan dengan semua orang.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2017 09:33 AM | Show all posts
kaka Scarletz.. senang je nak bagi mood tu naik. pikir kan bill2 yang nak kena settle ja.
hehe. itu lah cara i untuk motivate diri sendiri untuk bangon pagi dan tuju ke opis hari2.
opis i ni pon byk politiknya. mana dgn penjilat boss, dengan spy2 boss, dgn orang2 yg lokek kerja and nak nama depa je naik.
adoiii.. boleh sakit mental kalo pikirkan hal dorang.
but i datang keje on time, buat keje dgn betol, tepat waktu i balik.
tu je cara yg i tau.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2017 06:33 PM | Show all posts
iolls keje seminggu 2 kali jer... dgn atok-atok kertu yg berumur 60an keatas dan berpangkat orangnya... diorang IT tak savvy langsong tapi xsuka kita tunjuk pandai kat diorang... meluat pun ada tapi bila fikir, iollss ada lagi hutang kereta nak bayar... iolllss layan jer...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2017 12:07 AM From the mobile phone | Show all posts
Buat hal sendiri. Fokus siapkan kerja. Sampai waktu balik..balik. thats it. Peduli org nak ckp blkg ke apa. Yg penting kerja aku siap. Aku tak kacau org. And semoga satu hari nnt aku boleh keluar dr sini.


Tp..ofis politik ni ada di mana2 sbenanya. Kadang2 dlm rumah sendiri pun ada politiknya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2017 04:18 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2017 04:19 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2017 04:21 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2017 08:59 PM | Show all posts
kalau x mau terlibat politik kerj asorang x meibatkan org aja spt berkebun, menulis buku,

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2017 01:44 AM From the mobile phone | Show all posts
kat mana2 tempat keje akan ada mslh...selalu kena fikir lau ta rs tempat keje ni teruk,ada tempat yg lagi teruk r tempat kita...t kita akan ada rs motivasi untuk trs bekerja...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2017 08:20 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2017 03:51 PM | Show all posts
kat mana2 tmpt keje pun ada stressnya. tinggal orang tunjuk dengan tak tunjuk je.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2017 04:13 PM | Show all posts
Lets examine these 2 major causes of conflict:

Communication: If you reflect back upon conflicts you have encountered over the years, youll quickly recognize many of them resulted from a lack of information, poor information, no information, or misinformation. Lets assume for a moment that you were lucky enough to have received good information, but didnt know what to do with itThat is still a communication problem, which in turn can lead to conflict. Clear, concise, accurate, and timely communication of information will help to ease both the number and severity of conflicts.

Emotions: Another common mistake made in workplace communications which leads to conflict is letting emotions drive decisions. I have witnessed otherwise savvy executives place the need for emotional superiority ahead of achieving their mission (not that they always understood this at the time). Case in point - have you ever witnessed an employee throw a fit of rage and draw the regrettable line in the sand in the heat of the moment? If you have, what you really watched was a person indulging their emotions rather than protecting their future.

The very bane of human existence, which is in fact human nature itself, will always create gaps in thinking & philosophy,  and no matter how much we all wish it wasnt soit is. So the question then becomes how to effectively deal with conflict when it arises. It is essential for organizational health and performance that conflict be accepted and addressed through effective conflict resolution processes. While having a conflict resolution structure is important, effective utilization of conflict resolution processes is ultimately dependant upon the ability of all parties to understand the benefits of conflict resolution, and perhaps more importantly, their desire to resolve the matter.

The following tips will help to more effective handle conflicts in the workplace:

1. Define Acceptable Behavior: You know what they say about assumingJust having a definition for what constitutes acceptable behavior is a positive step in avoiding conflict. Creating a framework for decisioning, using a published delegation of authority statement, encouraging sound business practices in collaboration, team building, leadership development, and talent management will all help avoid conflicts. Having clearly defined job descriptions so that people know whats expected of them, and a well articulated chain of command to allow for effective communication will also help avoid conflicts. Clearly and publicly make it known what will and won't be tolerated.

2. Hit Conflict Head-on: While you cant always prevent conflicts, it has been my experience that the secret to conflict resolution is in fact conflict prevention where possible. By actually seeking out areas of potential conflict and proactively intervening in a just and decisive fashion you will likely prevent certain conflicts from ever arising. If a conflict does flair up, you will likely minimize its severity by dealing with it quickly. Time spent identifying and understanding natural tensions will help to avoid unnecessary conflict.

3. Understanding the WIIFM Factor: Understanding the other professionals WIIFM (Whats In It For Me) position is critical. It is absolutely essential to understand others motivations prior to weighing in. The way to avoid conflict is to help those around you achieve their objectives. If you approach conflict from the perspective of taking the action that will help others best achieve their goals you will find few obstacles will stand in your way with regard to resolving conflict.

4. The Importance Factor: Pick your battles and avoid conflict for the sake of conflict. However if the issue is important enough to create a conflict then it is surely important enough to resolve. If the issue, circumstance, or situation is important enough, and there is enough at stake, people will do what is necessary to open lines of communication and close positional and/or philosophical gaps.

5. View Conflict as Opportunity: Hidden within virtually every conflict is the potential for a tremendous teaching/learning opportunity. Where there is disagreement there is an inherent potential for growth and development. If youre a CEO who doesnt leverage conflict for team building and leadership development purposes youre missing a great opportunity. Divergent positions addressed properly can stimulate innovation and learning in ways like minds can't even imagine. Smart leaders look for the upside in all differing opinions.

refer:https://www.forbes.com/sites/mik ... flict/#525786e11e95

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2017 04:24 PM | Show all posts
setiap pagi sebelum pergi kerja, pernah terfikir tentang mood kerja? happy, sweet sour, half-half, mad and so on. Kalau bebanan kerja yang tinggi tetapi persekitaran kerja yang baik dari segi rakan sekerja, majikan, facilities bukan masalah bagi kita dan sentiasa bersemangat untuk bekerja. Cuma, bergantung kepada tempat dan situasi..ada yang dapat tempat kerja yang bagus dan ada yang tidak.
iols pon pernah juga dapat tempat kerja yang sebegini....stress weii..tp i x join puak2 nie..biarlah..

kat sini, ada bagitaw tentang suasana tempat kerja...

refer:http://theotherkhairul.blogspot. ... gatasi-politik.html

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2017 04:28 PM | Show all posts
What is workplace Politics ?

Office politics arises when employees tend to misuse their power to gain undue attention and popularity at the workplace.

Employees indulge in work politics simply to tarnish their colleagues reputation to obtain advantages and come in the good books of their superiors. If you really have the potential, there is nothing stopping you.

Politics reduces the productivity of individuals and eventually the organization is at a loss. People tend to spend their maximum time in pulling each others legs and playing nasty politics at work.

Individuals find it difficult to concentrate on work due to unnecessary politics at the workplace. Remember the organization pays you for your hard work, and not for playing politics at workplace.

It majorly affects the relationship amongst the individuals. Friends turn foes due to politics. People stop helping and most importantly trusting each other.

Office politics also increases conflicts and tensions at the workplace. Employees do not enjoy at the workplace and treat work as a burden.

Politics never helps in the long run. Ultimately it is an individuals hard work and intelligence which benefits him.

Employees must enjoy a healthy relationship with their colleagues to give their best. Discussions are important to reach to the best option. Due to politics people avoid interacting with their fellow workers and thus fail to reach to innovative conclusions. The concept of team work and working in groups get nullified in cases of work politics.

Criticism increases as a result of office politics and people tend to crib more.

One should not favour any of his team members just because he offers him a lift daily to work. One should keep his personal and professional lives separate.

Office politics promotes negativity at the work place.

Reasons for Office Politics

- Employees aspiring to come in the limelight easily without much hard word depend on politics.
- Politics arises when employees aspire to achieve something beyond their authority and control in
   a short span of time.
- Lack of supervision and control at the workplace.
- Too much of gossip at work lead to politics.
- Arrogant superiors
- Jealous colleagues

refer:http://www.managementstudyguide.com/workplace-politics.htm

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2017 04:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Iols  pun dah bosan dgn office politic.....dgn ada yg kuat mengumpat....tp biar jelah theyols. Iols  buat keje iols  jelah. Kalau tukar kerja pun belum tentu lg ok. Cara utk menghadapi ketepuan kerja....iols  pergi gym after work....pergi shopping & x lupa juga doa byk2 lps solat. Asalkan kita ada duit...yg lain2 tu remeh temeh je (yelah duit tetap penting utk byr mcm2 even org ckp duit x jamin happiness). All the best uols

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2017 04:41 PM | Show all posts
betul cakap forummer kt sini.
mana2 tempat kerja ade politik nya.
yg penting kita buat je kerja kita, jgn jadi nasi tambah ke apa nk laga2 kan org.
dtg on time, buat kerja smpai siap, dah balik.
kita pikir je tanggungjawab kita tu nak byr bill kereta bagai tu.
tp kalau ade peluang dapat kerja lebih baik, why not kan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2017 07:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Kat tempat aku ni, we are supposed to develop human being, but the kpi is dehumanising us , tu belum masuk office politics, hypocrisy... nk cari mood kerja kena pikir all the little thrills that you get day by day, kalau tak mau memoncong sampai pukul 5 ptg

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2017 11:29 AM | Show all posts
Best tajuk kat sini..
Politik kat tempat kerja memang selalu buat aku down..
Kadang2 malam sebelum tido, nangis.. mengenangkan esok kena keje..

Direct bos aku yang tak de direction..
Asyik melayan staf aku yang juga scandal dia.
Scandal dia.. apa2 pun report  kat dia.. bermain2 msj..
Merepek giler..

So, biasa aku cari MD.. pastu set je direction utk Dept aku.
Direct bos aku suka or not.. peduli lar..
Janji aku keje dgn betul.

Lepas lama pendam rasa..
Aku terfikir..apa aku dapat..
Yg scandal masih rancak ngan scandal..
Aku jer bergelut keje mcm nak mati.. dengan hati yg sengsara..

Nov.. aku pedulikan je..
Niat dalam hati.. kerja kerana Allah..
Kalau buat salah, say sorry.. improve..
Tak yah nak rasa beban or stress sgt..
Sampai masa balik, balik..
Janji keje sungguh2 kerana Allah..

Nov.. aku rasa aku tenang je keje..
Even workload mmg sangatlah tggi..
Tapi.. tak pe.. Allah pasti bukakan jalan..
Bila stress.. aku pejam mata..
Doa.. Ya Allah..permudahkan lar urusan aku..
Alhamdulillah.. sentiasa ada jalan penyelesaian..
Syukur..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2017 12:24 PM | Show all posts
Kadang2 mmg susah nak lari dr terlibat dari politik dlm ofis
Especially sektor gomen.. dgn skt la.. target tu target sini
Mood akan kelaut je if bos jenis yg suka micromanage
Semua benda nak kawal
So setiap kali rasa demotivated ke apa duduk diam tarik nafas ingat je yg kita bekerja kerana Allah n nak cari rezeki halal. Semua cabaran yg ada kat ofis tu adalah dugaan dariNya

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2017 11:44 AM | Show all posts
Macam sama je..

I come to work just come and then go back...

My mind and soul ada kat tempat lain
I love sewing and I have put lots of project to be implemented...

Now with office politic lah  apa lah lagi lah buat malas nak datang keje

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2017 01:58 PM | Show all posts
saya punye mslh bukan politik/ofismate tp bos!!! B to the O to the S

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2017 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.055381s Gzip On
Quick Reply To Top Return to the list