|
|
Antara pencuci mulut yang sangat enak dan dalam masa sama boleh menghilangkan dahaga tekak ialah puding berkuah. Nyum, menyebutnya sahaja boleh membuatkan kita terbayang kelazatannya.
Campuran susu, kastad dan buahan segar menjadikan ia satu menu yang sesuai dihidangkan terutamanya tetamu yang bertandang. Namun, jika ingin nikmatinya sendiri, lagi best!
Tak susah, hanya campur bahan berikut dan boleh dinikmati segera. Pasti sudah tak sabar kan, semak resipi berikut:
Foto: Carian internet
Bahan-bahan:
1/2 cawan tepung kastard
1 tin susu cair
1 cawan susu segar
1 cawan gula
Esen vanilla
Buah-buahan (strawberry, anggur merah, anggur hijau dll - ikut citarasa)
Sumi Jelly
Koktel dalam tin
Cara-cara memasaknya:
1. Campurkan susu cair dan gula dalam periuk. Tepung kastad dibancuh dengan 2 cawan air (anggaran) agar tidak berketul ketul.
2. Kemudian masak atas api sehingga kuah menjadi likat. Campurkan susu segar dan esen vanilla.
3. Apabila kuah likat, bermakna tepung kastad tadi dah cukup masak.
4. Matikan api dan sejukkan kuah tadi. Buahan, sumi, koktel dimasukkan ke dalam bekas.
5. Kemudian curah kuah yang telah sejuk tadi ke dalam bekas berisi buahan tersebut. Sedia untuk dimakan. Sedap dimakan ketika sejuk.- CARI
Kredit resipi: FB Resepi Viral |
|