CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Nasi_Lemak_Kau

[Tempatan] Kaki Pelajar Terpaksa Dipotong Selepas Cedera Disebat Oleh Pembantu Warden Denga

[Copy link]
Post time 25-4-2017 11:17 AM | Show all posts
kesian adik ni
masih koma kan uols?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-4-2017 03:57 PM From the mobile phone | Show all posts
tnga tunggu hupdate
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2017 05:05 PM | Show all posts
JOHOR BAHRU - Selepas pembedahan memotong kedua-dua belah kaki pelajar madrasah tahfiz di Kota Tinggi, Jumaat lalu, kini tangan kanan pelajar berusia 11 tahun itu juga berkemungkinan dipotong akibat jangkitan kuman.

Mangsa, Mohamad Thaqif Amin Mohd Gaddafi, 11,  yang kini di Wad Dependensi Tinggi (HDU) Hospital Sultan Ismail, di sini dilaporkan masih berada dalam keadaan kritikal.

Ibu saudaranya, Dzuraidah Ahmad, 38, berkata status mengenai tangan kanan Mohamad Thaqif hanya akan diputuskan menjelang jam 8 malam ini (semalam).

“Tadi doktor ada jumpa kami, sekarang tangan belah kanannya dah hitam dari jari sehingga sebelum siku. Jadi kita semua kena berdoa kerana doktor melakukan pemantauan sehingga jam 8 malam ini, kalau keadaan masih sama, jadi kena potong.


“Doktor ada maklumkan yang penting nyawa… jadi kami tidak buat keputusan lagi, kita ikut pada doktor, tetapi kita tak putus doa kerana mungkin keajaiban berlaku kerana doktor sedaya upaya untuk selamatkan tangannya untuk tidak potong,”katanya.

Mohamad Thaqif sebelum ini menjalani pembedahan memotong kedua-dua belah kakinya pada Jumaat lalu, yang kemudiannya pembedahan di tangan kanan dan diberi ubat cairkan darah bagi ketulan darah beku dibahu kirinya.

Sehari selepas pembedahan tangan kanan, Mohamad Thaqif menunjukan perkembangan positif di mana buah pinggang, jantung dan tekanan darah dilaporkan berada dalam keadaan stabil.

“Semalam, dia ada sedar sekejap dan dia meronta untuk buka tiub, jadi doktor beri ubat supaya dia tidak sedar.

“Kita berserah, yang penting nyawanya dapat diselamatkan,”katanya.
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2017 05:08 PM | Show all posts
Assalamualaikum....wbt..
Alhamdullillah pagi ini, DYMM Raja Zarith Sofiah binti Almarhum Sultan Idris Shah, Permaisuri Johor telah berkenan berangkat bercemar duli melawat Thaqif... semoga dgn kedatangan Permaisuri.. memberi impak yg positif kpdnya...
Hari ke 7 - 25 April 2017
Tegok muka Thaqif nampak sihat...cuma ada kebimbangan bila tengok jari jemarinya tangan kanannya makin kecut....Ya Allah ...berilah keajaiban utknya...
Selepas perjumpaan dgn Dr Saadon... hati mama makin pilu....camnelh Abg nk hadap...bila abg sedar nanti.... Allahuakbar...kaulh Maha Mengetahui yg terbaik buat ankku dan diriku...
Thaqif demam... suhu semakin meningkat... tangan kanan.....otot-otot dh mati... doktor tgu sehingga jam 8 malam ni... pemantauan setiap jam...sekiranya tiada perubahan jua... terpaksalh memilih pilihan terakhir....
Allahuakbar.... Allahuakbar... Allahuakbar
Ya Allah... Engkaulh Maha Penyembuh....berilah kesembuhan buat anaku.... kurniakanlah kekuatan buat diriku... aamiin... aamiin... aamiin ya rabbal alamiin...
Mohon doa rakan-rakan...utk keajaiban tangan kanannya dan diberi kesembuhan buat dirinya..
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2017 05:17 PM | Show all posts
getah paip jenis apa yg dia guna sebat anak org sampai jadi mcm tu..kena potong kaki bagai..
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2017 06:07 PM From the mobile phone | Show all posts
gujiwa replied at 25-4-2017 05:08 PM
Assalamualaikum....wbt..
Alhamdullillah pagi ini, DYMM Raja Zarith Sofiah binti Almarhum Sultan Idr ...

Sdeynye.. Terbayang cmne bila thaqif sedar nnti.. Tgok2 tnpe kaki.. Besarnya dugaan ko dek... Aku yg skadar membaca ni pun menitik aer mata..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-4-2017 08:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Ada update terkini tak psl tgn kanannye?
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2017 09:25 PM | Show all posts
Nak sangat tau hal sebenar. Sekarang dah melarat sampai nak potong tangan. Mungkinkah anak ini memang ada penyakit lebih awal tapi diburukkan lagi dengan peristiwa sebatan itu? Wallahu alam.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-4-2017 09:45 PM | Show all posts
Kenapa budak ni macam ada meningitis jah?
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2017 12:58 AM | Show all posts
alahai.... sayu bace kisah kau dek...
hrp boleh la selamatkankan tangan 2....

hrp lps ni ader la jutawan2 yg sudi sponser kaki palsu kt ko dek....
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2017 08:10 AM | Show all posts
KakiSelpi replied at 26-4-2017 12:58 AM
alahai.... sayu bace kisah kau dek...
hrp boleh la selamatkankan tangan 2....

X perlu..mak dia kakitangan awam..anak dia layak dapat kaki palsu percuma kerajaan tanggung.
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2017 08:14 AM | Show all posts
annadonna replied at 25-4-2017 09:25 PM
Nak sangat tau hal sebenar. Sekarang dah melarat sampai nak potong tangan. Mungkinkah anak ini meman ...



Kena tunggu result darah sis..doktor pun belum tahu apa punca sebenarnya..ada kemungkinan tak ada kena mengena pun dengan isu dipukul getah air tu. Kita biar laporan perubatan yg menentukan warden tu bersalah atau tidak..jangan dia dihukum sebelum kesalahannya dapat dibuktikan. Apa2 pun please pray for adik Thaqif..kesian sgt tengok dia..budak baik tu. Tangan kanan tu macam dah teruk sgt..kemungkinan besar kena potong sampai siku.
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2017 08:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Ya Allah ringankanlah beban kesakitan yg ditanggung adik thaqif, berilah kesembuhan kepada adik ni...moga famili adik ni tabah dn kuat semangat utk menempuh duggan berat ni..Aamiin.
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2017 09:27 AM | Show all posts
tangan die pulak kena potong

JOHOR BAHRU - Pelajar madrasah tahfiz di Kota Tinggi yang didakwa dipukul pembantu warden sehingga menyebabkan kedua-dua belah kakinya dipotong akibat jangkitan kuman kini menjalani pembedahan memotong tangannya.

Perkara itu disahkan ibu saudaranya, Dzuraidah Ahmad, 38, yang memaklumkan pembedahan akan berlangsung pagi ini.

Katanya, keputusan tersebut diambil selepas mendapat nasihat doktor Hospital Sultan Ismail yang sebelum ini telah melakukan pemantauan ke atas  tangan kanan kanak-kanak berusia 11 tahun itu.

“Doktor ada maklumkan yang penting nyawa… jadi kita ikut pada kata doktor meskipun usaha telah dilakukan sedaya upaya untuk selamatkan tangannya untuk tidak dipotong,” katanya meskipun keluarga sebelum ini enggan membenarkan anggota tubuh kanak-kanak itu dipotong selepas kehilangan kedua-dua kakinya.


Mohamad Thaqif Amin Mohd Gaddafi, 11,  sebelum ini menjalani pembedahan memotong kedua-dua kakinya pada Jumaat lalu, diikuti pembedahan tangan kanan bagi membuang darah beku, beberapa hari kemudian.
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2017 09:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Moga adik nih tabah....
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2017 10:24 AM | Show all posts
Edited by kibodwatriuh at 26-4-2017 10:30 AM

adik ni macam ada meningitis jah
semoga adik tabah. meningitis ni datang menggila tetiba jah.
[youtube]huUHipUnv5I[/youtube]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-4-2017 10:31 AM | Show all posts
menitis air mata baca kisah ni.. x tau le..ape agaknye perasaan parents die sendiri.. doakan semoga dipermudahkan semuanya.. sedih .. agaknya bila sedar tgk fizikal sendiri kurang ..
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2017 11:03 AM | Show all posts
Nauzubillahiminzalik..beri lah kesembuhan kepada adik ni...sedihnya...
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2017 11:11 AM | Show all posts
Moga urusan keluarga ni dipermudahkan
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2017 11:12 AM From the mobile phone | Show all posts
Ya Allah semoga Allah permudahkan kehidupan adik ini n kuarganya slps ini. Apa sakit meningitis ni smpai jd gitu ye?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-5-2024 10:36 PM GMT+8 , Processed in 0.083979 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list