CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Nasi_Lemak_Kau

[Tempatan] Kaki Pelajar Terpaksa Dipotong Selepas Cedera Disebat Oleh Pembantu Warden Denga

[Copy link]
Post time 22-4-2017 11:05 PM | Show all posts
naina replied at 22-4-2017 09:30 PM
hr ni ada update. msa kt rumah budak tu sakit kaki pahtu mak dia bg ubat tahan sakit mak dia pnya ya ...

ade dimaklumkan ubat tahan sakit tu nama apa, ke?

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-4-2017 11:06 PM | Show all posts
famri7 replied at 22-4-2017 10:58 PM
Masih tiada improvement lepas kes dr cuai sis ??memng xbleh straight forward kah? Semoga sis rasa  ...

kenapa? anda marah? tak perlu bongkak kalau sendiri pun menerima nikmat Allah.
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2017 11:11 PM From the mobile phone | Show all posts
ok takpe..kita tunggu laporan doktor dan siasatan polis..
memang simpati sgt dgn budak ni
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2017 11:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku selalu mmg nak bashing je bab2 sekolah agama ni..

Tp ni rare sgt kes ni... aku rase ade sebab lain
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2017 11:32 PM | Show all posts





'Mama abang takut kena rotan'


Felda Wani tidak dapat menahan sebak menceritakan keadaan anaknya.

JOHOR BAHRU - "Mama abang nak pindah, abang takut kena rotan," Felda Wani Ahmad, 40, menceritakan semula rintihan anaknya yang merayu supaya dibawa pulang selepas mendakwa sering dirotan oleh pembantu warden sebuah madrasah di Kota Tinggi.

Felda Wani berkata, dia menghantar anak ketiganya, Mohamad Thaqif Amin Mohd Gaddafi, 11, mendaftar ke madrasah berkenaan kerana cita-citanya untuk menjadi seorang hafiz sebelum membawa anaknya keluar dari madrasah itu pada 31 Mac.

"Pada mulanya dia sangat gembira kerana dapat belajar di pusat tahfiz berkenaan, namun sejak akhir-akhir ini dia berubah dan meminta saya mengeluarkannya dari situ setelah dia dan rakannnya sering dipukul oleh seorang pembantu warden di tapak kaki dan betis dalam keadaan sujud.

"Saya akhirnya membuat keputusan mengeluarkannya daripada tahfiz tersebut pada 31 Mac lalu setelah mendapati keadaan anak saya tidak lagi seperti dahulu dan seolah-olah ketakutan untuk kembali ke sana," katanya ketika ditemui di Hospital Sultan Ismail (HSI) di sini, hari ini.

Bagaimanapun katanya, kesihatan anaknya mula merosot selepas dibawa keluar dari madrasah itu dan sering mengadu mengalami sakit dan bisa pada bahagian kaki sebelum kedua-dua kakinya dipotong akibat darah beku dan jangkitan kuman.

"Kedua-dua kaki anak saya menjadi lebam kemerahan dan doktor yang merawat mengatakan terdapat darah beku dan jangkitan kuman yang telah merebak ke buah pinggang anak saya.

"Doktor terpaksa melakukan pembedahan semalam bagi memotong kedua-dua belah kaki anak saya untuk mengelakkan kuman itu dari terus merebak," katanya.


Katanya, dia sedang menunggu laporan perubatan bagi mengetahui sama ada kejadian yang berlaku ke atas anaknya merupakan kesan daripada hukuman rotan berkenaan dan turut mempertimbangkan untuk mengambil tindakan undang-undang.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintenden Rahmat Othman berkata, pihaknya akan memanggil pembantu warden tersebut bagi membantu siasatan berkenaan dan mendapatkan laporan hospital bagi membantu siasatan.


http://www.sinarharian.com.my/semasa...rotan-1.664018

Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2017 11:34 PM | Show all posts
FOTHER-MUCKER replied at 22-4-2017 03:32 PM
'Mama abang takut kena rotan'



JOHOR BAHRU - Polis telah menahan seorang warden sebuah madrasah tahfiz di Kota Tinggi bagi membantu siasatan berhubung laporan merotan pelajar menggunakan getah paip.


Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Asisten Komisioner Rahmat Othman berkata, warden berusia 29 tahun itu ditahan di rumahnya di Felda Lok Heng Barat, Kota Tinggi kira-kira jam 4 petang, tadi bagi membantu siasatan kes berkenaan.

"Kertas siasatan telah dibuka selepas laporan polis dibuat ibu mangsa pada Selasa lalu dan kes ini disiasat di bawah Seksyen 31(1) Akta Kanak-kanak 2010," katanya.

Rahmat berkata, siasatan awal mendapati warden berkenaan telah memukul mangsa bersama kira-kira 15 pelajar yang lain pada bahagian kaki kerana membuat bising di surau madrasah, tiga minggu lalu.

"Ketika itu, mangsa tidak mengalami apa-apa kecederaan hinggalah pada 17 April mangsa memaklumkan dia mengalami sakit dan bengkak pada bahagian kaki.

"Setelah mendapatkan rawatan di klinik, ibu mangsa meletakkan ais pada kaki anaknya atas nasihat doktor klinik terbabit sebelum kaki mangsa bertukar menjadi biru dan dirujuk ke Hospital Sultan Ismail," katanya.

Rahmat berkata, pihaknya telah mengambil rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di pusat tahfiz berkenaan selain menunggu laporan penuh daripada HSI berhubung punca sebenar penyakit yang dialami mangsa sebelum tindakan seterusnya diambil.

Sementara itu, Pengerusi jawatankuasa Agama negeri, Abd. Mutalib Abd. Rahim berkata, madrasah tahfiz berkenaan merupakan institusi persendirian dan pihaknya akan menyemak sama ada ia berdaftar di bawah Jabatan Agama Islam Johor (JAIJ) atau sebaliknya.

"Saya sudah menerima maklumat mengenai perkara itu dan siasatan lanjut akan dijalankan. Tindakan wajar akan diambil sekiranya madrasah berkenaan berdaftar dengan JAJ kerana mengikut peraturan ditetapkan, memukul pelajar menggunakan rotan memang tidak dibenarkan," katanya di sini hari ini.

Dalam pada itu, beliau turut menasihatkan ibu bapa agar lebih berwaspada dan melakukan semakan terperinci sebelum menghantar anak-anak ke mana-mana pusat tahfiz bagi memastikan institusi berkenaan berdaftar dengan pihak berwajib.


http://www.sinarharian.com.my/semasa...rasah-1.664074

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-4-2017 11:48 PM | Show all posts
Edited by FOTHER-MUCKER at 22-4-2017 03:49 PM
FOTHER-MUCKER replied at 22-4-2017 03:32 PM
'Mama abang takut kena rotan'

Saya tak faham lah kenapa mesti memukul di tapak kaki sedangkan tapak kaki adalah salah satu bahagian anggota manusia yang sangat sensitive.
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2017 11:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Simpati dgn anak ni lbh2 lg dlm ramai2 dia yg menanggung akibat dan sengsara.

Aku mcm blh paham dan relate dgn situasi anak dn mak ni.

Anak aku pun trauma dan fobia lps tgk kawan satu batch dipukul senior, tgk je bkn dia dipukul pun. Kaunselor persendirian yg aku bwk anak aku suggest aku buat police report dan saman sklh, siap offer to write report tp masa tu aku x sampai hati sbb memikirkan si pemukul ambk spm tahun tu. Walaupun jauh di sudut hati aku doakan dia gagal spm , hehe.
Natijahnya, anak aku x sama mcm dulu. rebellious, pemarah, dan yg plg aku sedih, dh hilang minat dan semangat utk bljr. Sorry the OT.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-4-2017 12:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Kenapa lepas 3 minggu?
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2017 12:10 AM | Show all posts
Aku tahan je hati aku dari nak menghamun the so-called "ustaz"2 dan cikgu2 jenis gila sakit jiwa waktu taip ni.....aku tak hencap semua aaa...tak dinafikan ada ustaz/cikgu yang betul2 layak digelar pendidik....ni aku nak maki hamun manusia yang patut jadi gengster tapi terlepas masuk maktab ke KPLI ni.......

Aku dah berapa kali komen dah ada ramai cikgu2 dan ustaz2 yang sakit jiwa kat Malaysia, tapi ada forumer yang hencap aku....

Aku dulu budak asrama, sekolah agama, ustaz2 aku ada sorang dua cam ni lah jugak, getah paip tak pernah kena, rotan biasa, alasan nak didik jadi manusia, ni ustaz2 dan cikgu gila, sakit jiwa, tak mendapat kepuasan seks di rumah kot.....ajar lain buat lain.....

Time study dulu aku tak faham apasal Ustabur2  (Ustaz bur**) ni perangai macam ni, ajar pasal Rasulullah ajar pasal kasih sayang la, rahmatullilalamin la tapi diorang sendiri apa2 hal capai rotan dulu....dah besar baru aku tau, orang2 cenggini ada penyakit jiwa, dari sudut psikologi, diorang ni ada "COGNITIVE DISSONANCE" (boleh google sendiri).

"In psychology, cognitive dissonance is the mental stress or discomfort experienced by an individual who holds two or more contradictory beliefs, ideas, or values at the same time, or is confronted by new information that conflicts with existing beliefs, ideas, or values."

Tu sebab ada ustaz2 dan cikgu2 yang siang2 dia mengajar pasal Rasulullah (SAW) suka budak2, penyabar dan sebagainya tapi when the rubber hits the road, bila berhadapan dengan situasi sebenar diorang tak dapat aplikasikan apa yang diorang ajar, main pukul je....

Aku nak tanya la cikgu2 dan ustaz2 ni, hang tak malu ka hentak budak2? Hang tak malu ka balik rumah syok sendiri dengan bini "Abang hero hari ni, dapat henyak satu budak sampai lunyai, jom main sayang dengan abang hero ni"......

Ubat dia satu je, orang Islam stop la dimomok momokkan dengan kesyumulan dan keberkatan ustaz2 ni, sori ya, saban hari dimomok kan dengan berkah guru, kalau tak berkah tak berjaya dan sebagainya, sedarlah wahai mak bapak semua, ustaz dan cikgu2 ni pun tak lebih dari anda semua, kalau tak ada gaji tak pegi kerja, jadi jangan sanjung lebih2 la, sampai anak patah riuk pun dibiarkan......

Ustaz, cikgu warden sama je macam orang2 lain...tertakluk pada undang2 gak....

Soalan aku yang serius la kepada yang mengaku ustaz2 ni....zaman nabi dulu, zaman salafussoleh dulu cenggini ke cara ngajar Quran? Hoi, setad, ni aku nak tanya betul2 la, hangpa pi ngajaq hadith dengan anak murid hangpa pernah jumpa tak macam mana Nabi (SAW) treat atau menyikapi badwi yang pi kencing dalam mesjid nabi? Tak kan la nak orang tak tinggi ngaji macam aku ni ajar korang pulak setad, tau pun kan cam ne nabi layan....ade nabi pi belasah sampai lunyai?tak de kan......
abih apsal bila anak murid baru bising sikit korang dah naik gila naik hantu.....bini tak bagi pussy ke setad malam tadi?
Korang memang p***mak la setad2 yang macam ni...memang merosakkan nama guru2 agama yang lain...yang betul2 layak dipanggil ustaz......untuk yang pakai kepiyah kunun2 ustaz tapi perangai tak serupa bikin aku ada satu istilah baru  "UstaBur"......pandai2 la korang interpret Bur tu ape ..burtuqaliyyun ke ape ke ...
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2017 12:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Allah. Speechless. Tak tergambar dgn kata2 perasaannya kalau duduk di tempat anak kecil, maknya, si syafiq, jugak pngetua
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2017 12:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Radzor replied at 22-4-2017 11:24 AM
kaki kan tempat urut refleksologi byk urat2 sambung ke organ badan?

Yelah..ble bca komen yg rasa benda ni lwk mgkin dieorg x bygkn klu adek@ank dieorg kena ptong kaki..atleast mak ayh budk ni x meroyan slhkn madrasah..
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2017 12:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Maknya ada bg ubat tahan sakit org bersalin????

What was she thinking?????
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2017 12:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Changa replied at 22-4-2017 10:33 AM
Percaya lagi orang keagamaan

Kannn sis.....
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2017 01:03 AM From the mobile phone | Show all posts
mbhcsf replied at 22-4-2017 11:05 PM
ade dimaklumkan ubat tahan sakit tu nama apa, ke?

X sebut plak ye..klu stakat paracetamol x penah plak dgr ade yg allergic smpai thp ni..
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2017 01:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Kenapa perlu gunakan kekerasan dalam mendidik? Dengan cara tu budak2 lagi senang masuk ajaran ke apa? Dan emaknya boleh plak bagi ubat tahan sakit yang diprescribed untuk dia?

Moga adik & keluarga ini tabah. Moga para pendidik lebih tersuluh hati & jalannya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-4-2017 02:31 AM | Show all posts
JOHOR BARU: An 11-year-old pupil from a private religious school in Kota Tinggi who had both of his legs amputated on Friday has slipped into a coma.

Health, Environment, Education and Information committee chairman Datuk Ayub Rahmat said Mohamad Thaqif Amin Mohd Gadaffi is currently in a coma and the infection had spread to his right arm.

"The infection has caused his blood cell and tissue to be damaged and his condition remains critical," he said in a statement on Saturday.

Johor CID chief Senior Asst Comm Datuk Kamarulzaman Mamat said police detained a 28-year-old suspect at around 4pm.

He said the suspect would be remanded Sunday to assist in the investigations.

Mohamad Thaqif's mother, Felda Wani Ahmad, 40, claimed that her son was beaten several times on both of his legs during incidents that happened in March.

She said the incidents came to light when her son begged her to take him home as he could not bear it any more.

She said she took her son home on March 31 as he was looking very weak and worried.

She said that her son had suffered from fever since his return and both of his legs swelled due to blood clots.

"I took my son to Sultan Ismail Hospital for treatment on April 19, and he has been hospitalised until today," said Felda Wani, adding that her son's legs were amputated during an operation on Friday.

http://www.thestar.com.my/news/nation/2017/04/22/johor-baru-boy-alleged-beating-by-school-warden-slips-into-coma/
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2017 02:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Ai saspek ini budak ade penyakit lain., dlm nst kata mak bawak ke traditional treatment
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2017 02:41 AM | Show all posts
unRESTworld replied at 23-4-2017 02:35 AM
Ai saspek ini budak ade penyakit lain., dlm nst kata mak bawak ke traditional treatment
dalam Bernama pun ada bgtau gtu

April 22, 2017 18:18 PM     

Pelajar Madrasah Dipercayai Dipukul Warden, Kini Koma

JOHOR BAHRU, 22 April (Bernama) – Seorang pelajar lelaki, dari madrasah swasta yang kisah kedua kakinya hitam dipercayai akibat dipukul warden dan menjadi viral di media sosial sejak semalam, disahkan koma hari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar, Pendidikan dan Penerangan Johor Datuk Ayub Rahmat berkata Mohamad Thaqif Amin Mohd Gadaffie, 11, dipotong kedua kakinya semalam kerana mahu mengelakkan jangkitan kuman naik ke atas.

"Terkini, murid itu koma dan tangan kanannya telah hitam kerana proses jangkitan kuman pada tisu dan sel darah," kata beliau dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mohamad Thaqif Amin, yang dimasukkan ke Hospital Sultan Ismail (HSI) Rabu lepas, menjadi viral di media sosial dipercayai mengalami kesakitan di bahagian kaki sejak dua minggu lalu selepas dirotan oleh pembantu warden.

Ayub berkata pihak HSI sedang sedaya upaya memberikan perkhidmatan terbaik kepada Mohamad Thaqif Amin.

Ayub berkata keadaan pelajar terbabit amat kritikal dan pihak hospital juga sedang menyiasat sama ada dia mempunyai penyakit lain kerana keadaan penyakitnya tidak hanya terhad kepada tempat  yang dikatakan dipukul.

"Untuk makluman, pesakit ini (Mohamad Thaqif Amin) dimasukkan ke wad di HSI selepas lebih dari dua minggu kejadian yang mengatakan dia dipukul oleh warden.

"Ibunya menyatakan yang mereka telah membawa pesakit berubat secara tradisional terlebih dahulu sebelum ke hospital," kata beliau.

Ayub berkata Mohamad Thaqif Amin mempunyai darah beku dan terkena jangkitan hingga melarat ke bahagian buah pinggang sehingga merosakkan fungsi buah pinggangnya.

Beliau berkata masalah pembekuan darah tersebut bukan sahaja di kaki iaitu bahagian yang dikatakan di pukul tetapi juga tangan.

"Dimaklumkan juga kaki pesakit telah dipotong dan dialisis sedang dilakukan manakala laporan polis juga telah dibuat berhubung kejadian terbabit," katanya.

Sementara itu, warden yang dipercayai memukul pelajar lelaki tersebut akan ditahan untuk membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Supt Rahmat Othman berkata pada 18 April lalu, pihaknya menerima laporan dari ibu mangsa, Felda Wani Ahmad, yang mendakwa anaknya Mohamad Thaqif Amin Mohd Gadaffi, 11, dipukul oleh warden sekolahnya dengan paip getah  pada 24 Mac.

Beliau berkata temu bual ke atas pengadu, mangsa, dan doktor telah dijalankan, selain  merakam gambar kecederaan mangsa serta memperolehi rakaman CCTV.

Menurutnya, kenyataan warden akan diambil dan warden akan ditahan untuk membantu siasatan.

"Hasil siasatan awal mendapati warden telah memukul mangsa dan rakan-rakan pelajar lebih kurang 15 orang di bahagian kaki lebih kurang tiga minggu lepas. (Bagaimanapun), mangsa tidak mengalami apa-apa kecederaan ketika itu," kata beliau dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Rahmat berkata pada 17 April, mangsa memaklumkan bahawa dia mengalami sakit  dan bengkak di kaki dan lanjutan dari itu, ibu mangsa telah meletakkan ais di kaki mangsa atas nasihat doktor dari klinik.

"Selepas meletak ais, kaki pengadu bertukar menjadi biru. Doktor masih belum memberi pengesahan berhubung punca dan sebab penyakit yang dialami mangsa," kata Rahmat.

Menurutnya, mangsa juga diberi ubat tahan sakit milik ibu mangsa yang baru lepas bersalin setelah   mengadu sakit-sakit badan.

"Dua minggu kemudian, kesihatan mangsa bertambah serius sehingga melibatkan gangguan fungsi buah pinggang, kaki dan tangannya," kata Rahmat lagi.

Beliau berkata rakaman CCTV juga telah diteliti dan mendapati mangsa dan rakan-rakannya dipukul oleh guru  secara ringan pada kaki mangsa dengan getah paip dan rakan-rakan yang lain.

Rahmat berkata bagaimanapun, polis menunggu laporan penuh pihak hospital berhubung punca sebenar penyakit yang dialami mangsa sebelum tindakan seterusnya diambil.

Kes itu disiasat di bawah Sek 31 (1) Akta Kanak-Kanak 2010.

-- BERNAMA

Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2017 02:45 AM | Show all posts
Mary_jane replied at 23-4-2017 01:31 AM
Kenapa perlu gunakan kekerasan dalam mendidik? Dengan cara tu budak2 lagi senang masuk ajaran ke apa ...

Ooo...ko ni aku rase bukan melayu ni......, tak pun ko ni melayu mentaliti baru ni...tu pasal ko tak tau.......jawapan senang je, Melayu punya psyche ni, psyche hamba, hidup pulak dalam kelompok yang mengamalkan budaya feudal, macam api di simbah RON 97 la, ada satu puak suka jadi hamba, satu puak lagi suka jadi tuan....dalam hal ini, masyarakat Melayu ni seolah macam ada kelas/tingkatan, guru/pendidik antara yang menduduki level tertinggi dalam masyarakat, so ko mungkin seorang lawyer, atau jurutera proses, atau doktor tapi as against/ vis-a-vis cikgu anak ko, ko punya level bawah dari diorang....lepas tu dimomok-momok kan pula dengan konsep keberkahan guru, ini absolute/mutlak dalam masyarakat Melayu, pendidik ada kuasa "magis" memberi berkah pada yang dididik, nanti hidup tak jadi dan sebagainya, mak bapak Melayu pulak reinforce kepercayaan ini..."belajar elok-elok, jangan lawan cikgu"...tu sebab waktu kes MH370 dulu antara satu yang dikomen oleh pakar aviation ialah sikap co-pilot2 bangsa Asia (termasuk Melayu) adalah salah satu punca kemalangan jugak sebab diorang tak berani tegur kesilapan siapa2 yg lagi senior dari diorang (pilot)....sama cam kes gini la "tak pe, ustaz nak mendidik tu, x nakal, kalau x tak nakal ustaz tak pukul".......tak dinafikan budak2 ni nakal, tapi patut solution dia buang sekolah/pindah sekolah tak payah sampai membunuh/patah riuk....ada budak2 menyinar dalam bidang akademik, ade yang dalam bidang vokay...ni anak orang jadi tahfiz, ko nak jugak anak ko jadi tahfiz, budak2 tu mungkin tak minat, mungkin minat agama tapi tak minat jadi tahfiz, masukkan je ke sekolah agama/pondok non-tahfiz, atau sekolah biasa.....patut ade sape2 nak buat PhD buat la longitudinal study atrition rate budak2 masuk tahfiz ni berapa percentage yg betul2 keluar dapat hafaz satu Quran.....

Bab kekerasan dalam mendidik ni pendidikan agama ni, aku pun pelik, aku tak fikir zaman Rasulullah dulu sampai lembik kena hentak budak2 mengajar agama ni....aku punya teori la, ini cara pendidikan agama dari sekolah2 pondok Indian sub-continent, Pakistan etc..budaya diorang memang keras...klu ikut style Arab xde cam ni.....budak2 yg aku kenal belajar pondok kat Tarim xde cam ni diorang cakap......

Tapi macam aku komen kat satu posting asing kat atas.....setad2 ni memang sakit jiwa.....tu klu ko tengok ajaran diorang tak selari dengan apa yang nabi bawak.....dalam Islam nyawa dengan tubuh badan ni is of paramount important...tak boleh sesaja bunuh/cederakan orang.....tapi yang setad2 gila ni buat terbalik...rotan tu senang2 je melayang, aku rasa la diorang ni repressed...tertekan, terpaksa berlakon jadi baik walau hati meronta2 nak jadi gila....iye la kalau ko orang biasa, bukan setad, buat gila menggatal sana sini orang tak cakap, setad2 ni kena jaga thiqah, dalam hati tengok setazah bujang rasa terdetik jugak, tapi kena jaga perangai, jadi the pent-up emotion last2 bertukar jadi marah dsb dilepaskan pada golongan kelas2 yang lebih rendah lagi (anak murid)....jadi aku nasihatkan la isteri2 para setad ni, puaskan la nafsu seks suami anda supaya setad2 ni tak gila...atau senang bagi je suami2 antuna semua kawen satu lagi, cari la ukhti2 antuna yang boleh jadi bini no.2.....ke antuna-antuna semua sebok berusrah sampai nafsu seks suami tak terlayan dan suami jadi setad gila?

Ingat semua ukhti2 semua, ana sindirkecam sindirkecam jugak, tapi nasihat ana bagi jugak, dalam Quran cakap Qu anfusakum wa ahlikum naraa...jaga DIRI KAMU DAN AHLI KELUARGA kamu dari api neraka, jangan sebok berusrah nak betulkan orang lain dulu, kena betulkan diri sendiri dan keluarga sendiri dulu, baru boleh gi usrah...ini ana nengok banyak akhawat2 yang gi usrah kecam orang tak pakai tudung dsb tapi terlupa suami sendiri tak dapat cukup kat rumah.......kasi perfect rumah dulu baru gi usrah okey....kalau kat rumah perfect, suami pegi keje pun senang hati, murid buat perangai pun ustad sengih je....

orait, sori kalau ade sesape terase, aku tak ada sakit hati dengan usatz atau cikgu melainkan dengan setad dan cikgu gila, nak terima tak terima apa aku cakap aku tak pedulik pun, aku bukan duk kat melesia lagi pun.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 06:22 AM GMT+8 , Processed in 0.080981 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list