CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5503|Reply: 14

CUCU TAUKE BERAS [AZREL ISMAIL, ZAHIRAH MACWILSON][JUMAAT - AHAD] 7 - 8 PM.

[Copy link]
Post time 22-4-2017 09:58 AM | Show all posts |Read mode
Edited by hijau88 at 22-4-2017 09:59 AM

Drama Cucu Tauke Beras telah mula disiarkan di Slot Dahlia TV3 bermula 15 April yang lalu, bagi menggantikan Drama Meh Sandar Pada Aku yang telah tamat episodnya. Drama 20 episod ini dilakonkan oleh Zahirah Macwilson, Azrel Ismail, Tania Hudson, Ariff Aziz, Afzan A. Rahman, Idris Mad Diah, Catriona Ross, Zizan Nin, Farisha Irwayu, Qazem Nor dan ramai lagi. Drama ini akan disiarkan setiap Jumaat hingga Ahad, jam 6.58 petang dan diarahkan oleh Khalid Nazri serta diterbitkan oleh A.Aida Production Sdn Bhd. Suka tengok poster drama ini, cantik, dan dari sinopsis drama ini, nampak macam menarik je drama ni, apa pun jom tengok sinopsis drama ini di bawah ye..


Sinopsis Drama Cucu Tauke Beras Slot Dahlia TV3


Satu Kolej riuh dengan berita Irsya (Zahirah Macwilson), pelajar paling cantik, vogue dan kaya yang akan bercuti di luar negara ketika cuti semesternya seperti biasa. Walaubagaimanapun, semua itu hanya kekal sebagai khabar angin apabila ayah Irsya menyuruhnya untuk bekerja kerana perniagaan keluarga mereka sedang mengalami masalah. Irsya tidak boleh menerima nasib yang menimpa keluarganya dan enggan bekerja di Kuala Lumpur, kerana dirinya tidak mahu terserempak dengan rakan - rakan kolejnya. Memahami kerenah anaknya itu, ayah Irsya memberi cadangan padanya untuk bekerja dengan atuknya di kampung. Oleh kerana upah yang ditawarkan agak lumayan, Irsya bersetuju untuk pergi ke kampung dengan hati yang berat. Harris ( Azrel Ismail), sepupu kepada Irsya telah menjemputnya ke rumah datuk mereka. Irsya terkejut melihat Harris yang dahulunya montel, kini sudah menjadi lelaki segak dan kacak. Namun, kejutan untuk Irsya tidak terhenti di situ kerana dia baru tahu yang datuknya ialah seorang pemilik kilang beras. Kesemua hasil keluarannya dipasarkan ke seluruh Malaysia.

Irsya yakin bahawa kerjanya sangat mudah. Dia berangan untuk menjadi ketua di sebuah pejabat dengan kondisi yang selesa dan berhawa dingin. Harapannya meleset apabila datuknya mahu Irsya mempelajari proses menanam padi dari mula. Irsya langsung tidak berminat untuk mendalami semua itu, apatah lagi dia perlu berguru dengan Harris yang menganggap gadis bandar ini tidak dapat menyesuaikan diri dengan hidup di kampung. Apa yang berlaku seterusnya? Mampukah Irsya bertahan dengan segala tugasan yang diberikan oleh datuknya itu? Adakah dia akan berputus asa dan pulang ke bandar?
credit to: http://mulan-sahbanu.blogspot.my/2017/04/sinopsis-drama-cucu-tauke-beras-tv3.html

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-4-2017 12:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Sinopsis dh best, tp ai kenal zahirah n tania je.+ acik farisha. Memang x tengok meainkan ada yg buka dlm rumah ni
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2017 06:46 PM | Show all posts
Zahirah best lak jadi mengada2
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-4-2017 06:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Lakonan zahirah mmg best pun. Tp aku je lum ada masa nak follow cerita ni.
Hihik.
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2017 12:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Suka sangat tgk Cerita ni
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2017 07:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Cte lain dr yg lain.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 7-5-2017 08:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Hehe. Lawak cerita ni.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-5-2017 08:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Lakonan dorg pun ok. Ok la zahirah bw watak irsha.
Haha.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-5-2017 10:22 PM | Show all posts
mak aku suka gila dgn cite ni. zahirah pun not bad la. best jugakkk
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2017 08:21 AM | Show all posts
check in .. aku pun dah sangkut cite nie.. cume aku nak tanya lah , camne si irsya nie leh bebaik ngan nenda dia tu? leh lak aku terlupa nk tengok ari jumaat lepas ..
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2017 12:56 AM From the mobile phone | Show all posts
Bosan pulak si zahirah suka dengan makenik.
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2017 09:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Bestlah cerita ni... suka dgn Zahirah sbb tgk cerita ni.

Kawan2nya Kaka dan Ardi tu best lah... rileks berlakon tak overdo...

Tania pun mmg menjadi...
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2017 11:57 AM | Show all posts
sekarang ni irsya konflik dengan kakak ..
irsya dah kembali ke perangai asal .. xsabar nk tunggu episod seterusnya ..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-5-2017 07:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Hari ni dah final epi. Mmg happy ending la ni utk harris n irsya. Hiks.
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2017 09:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Suka tengok zahira ni...muka exotic cute...badan tinggi lampai...pakai baju ape pun kena je...pandai berlakon....cute je...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 09:28 PM GMT+8 , Processed in 0.086754 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list