CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 561|Reply: 3

[Tempatan] Parti Bebas Rasuah yg diminta siasat pasal rasuah..

[Copy link]
Post time 22-4-2017 04:05 PM | Show all posts |Read mode
Macam mana nie Ezam...awal-awal lagi  baru sebulan jagung dah diminta siasat berkaitan rasuah.


SPRM diminta siasat punca kewangan Mohd. Ezam


[size=1.125]




[size=0.75]21 April 2017 11:42 PM
[url=][/url][url=][/url][url=][/url][url=][/url][url=][/url][url=][/url]







KUALA LUMPUR 21 April – Pihak berkuasa diminta menyiasat dakwaanpenipuan yang dilakukan oleh Datuk Mohd. Ezam Mohd. Nor dan pihak-pihak yang bersekongkol bersama beliau berhubung penggunaan alamat pejabat, tanda tangan dan anggota parti palsu baru-baru ini.

Presiden Parti Generasi Baru, Datuk G. Kumar mendakwa, beliau yakin ada pihak yang ‘membiayai’ Mohd. Ezam, kerana sebagai bekas penjawat awam mana mungkin beliau mampu mempunyai wang yang ba-nyak untuk melunaskan segala bentuk bil yang hadir.
“Pihak Suruhanjaya Pen-ce-gahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu siasat sumber kewangan Mohd. Ezam sama ada ia datang daripada pembiayaan sendiri atau duit ra-suah.



“Saya hairan di mana letaknya maruah Mohd. Ezam Mat apabila menyamar diri sebagai Presiden Parti Generasi Baru,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Mohd. Ezam baru-baru ini dilarang menggunakan Parti Bebas Rasuah (PBR) untuk sebarang aktiviti kerana Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) belum mengiktiraf pertukaran kepemimpinan parti itu daripada parti terdahulu iaitu Parti Generasi Baru kepada PBR.
Ketua Pengarah ROS, Datuk Mohammad Razin Abdullah berkata, pihaknya sudah menerima permohonan daripada pihak Mohd. Ezam untuk menukar Ahli Majlis Ter-tinggi parti tersebut termasuk untuk menukar nama kepada PBR dan menggunakan logo baharu.
Bagaimanapun katanya, setelah diteliti, terdapat ke-raguan dalam permohonan yang dibuat melalui Setiausaha Agung Parti Generasi Baru, S. Gobi Krishnan pada 31 Mac lalu iaitu lokasi Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) yang tidak wujud dan status dua ahli jawatankuasa yang meragukan.
Sebelum itu, Kumar men-dakwa PBR yang ditubuhkan Mohd. Ezam dan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan tidak sah kerana ‘merampas’ daripada parti asal, Parti Generasi Baru dengan membuat pertukaran nama tanpa persetujuan kepimpinan asal parti itu.









Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-4-2017 07:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Mcm2 parti pulok kt msia ni..cam zaman rock kapak...yg ada je band baru muncul....mmmm....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-4-2017 11:26 PM | Show all posts
Skuau replied at 22-4-2017 07:34 PM
Mcm2 parti pulok kt msia ni..cam zaman rock kapak...yg ada je band baru muncul....mmmm....

Rasanya...matlamat diorang nie...nak jadi Ketua...nak jadi Presiden Parti,  tak kisah walaupun ahlinya 10 orang.
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2017 11:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Xpe kalau dia memilih utk berkawan dgan umngok, pasti otomatis dia akan jad suchi murni
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 02:28 PM GMT+8 , Processed in 0.286564 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list