CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2948|Reply: 14

[Tempatan] Adam Rosly berdepan tindakan displin jika bersalah....?????

[Copy link]
Post time 22-4-2017 10:08 PM | Show all posts |Read mode
Edited by rashiman at 22-4-2017 10:31 PM

Kalau aku jadi Adam Rosly,
Aku tanya balik Si Nurul Izzah nie....
Kenapa tindakan dispplin tidak diambil keatas ayahnya yg sudah didapati bersalah.
Adakah PKR parti milik keluarganya. Kalau PKR parti milik keluarganya, jangan ada
perkataan rakyat dalam nama parti. Itu betul-betul mengelirukan rakyat.


Adam Rosly berdepan tindakan disiplin jika bersalah

22 APRIL 2017

[url=]
[/url]







Nurul Izzah


KUALA TERENGGANU - Ketua Angkatan Muda Keadilan Ampang, Datuk Adam Rosly mungkin berdepan tindakan disiplin oleh PKR jika beliau terbukti bersalah bagi enam pertuduhan berkaitan rasuah.
Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar berkata, pimpinan parti itu tidak akan berkompromi dengan isu yang membabitkan kes rasuah kerana agenda parti adalah berpegang teguh kepada integriti, telus dan akauntabiliti.
"Jawatankuasa Disiplin PKR akan mengambil tindakan terhadap mana-mana anggota parti yang didapati bersalah melanggar undang-undang terutamanya kes rasuah.
"Sudah tentu, kita mahu sesiapa sahaja yang didakwa diberi layanan saksama namun, jika didapati bersalah parti akan menjunjung (keputusan mahkamah) kerana agenda integriti, ketelusan dan akauntabiliti adalah utama bagi parti.


"Sesiapa sahaja yang didapati bersalah melanggar undang-undang Malaysia termasuk yang membabitkan kes rasuah sudah tentu akan diadili oleh jawatankuasa disiplin parti," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Konvensyen Keadilan Terengganu 2017 di sini, hari ini.
Turut hadir Pengerusi PKR Terengganu, Azan Ismail.
Nurul Izzah yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai Adam, yang juga ahli perniagaan, yang didakwa di  Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur dua hari lepas bagi enam pertuduhan memberi pernyataan dan dokumen palsu dalam siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung pembelian banglo mewah di Ampang.
Mengulas kedudukan Adam sebagai sebagai Ketua Pemuda AMK Ampang, Nurul Izzah berkata perkara itu sudah dibincangkan di peringkat AMK tetapi ia akan dibincang dengan lebih lanjut di peringkat pusat tidak lama lagi. - Bernama



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-4-2017 10:25 PM | Show all posts
ini pkr parti haramjadah kaki main belakang




Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2017 10:46 PM | Show all posts
PKR ngan UMNO sama je kekdah nya...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-4-2017 11:35 PM | Show all posts
cucukjarum replied at 22-4-2017 10:25 PM
ini pkr parti haramjadah kaki main belakang

PKR sepatutnya tukar nama kepada PKA ( Parti Keluarga Anwar )

Ketua Umum, Timbalan Presiden, Naib Presiden ( Suami/Isteri/Anak )
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2017 11:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Bagus la amek tindakan drpd umngok dah terbukti bersalah pon dok simpan lagi smpai kiamat. Bodoh jugak cacai2 ni ingat semua manusia maksom cam hadi bawang ke?
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2017 11:45 PM From the mobile phone | Show all posts
ciwi1166 replied at 22-4-2017 10:46 PM
PKR ngan UMNO sama je kekdah nya...

Alahaii ni individu punya masalah. Lagipon kau nak cite pasal benda buruk, mmg semua parti ada je org2 bermasalah dlm parti. Cumanya dasar utama parti tu je yg diambil kira. Kalau kira lojik kau, nak tggu nabi turun lagi ke baru turun undi parti nabi?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-4-2017 11:49 PM | Show all posts
dodolgemok replied at 22-4-2017 11:45 PM
Alahaii ni individu punya masalah. Lagipon kau nak cite pasal benda buruk, mmg semua parti ada je  ...

peduli ape aku.

ini opinion ak. ko tak setuju lantak ko ler.

nak men logic nabi plak dah.


Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2017 11:54 PM From the mobile phone | Show all posts
ciwi1166 replied at 22-4-2017 11:49 PM
peduli ape aku.

ini opinion ak. ko tak setuju lantak ko ler.

Pedulik apa aku dgan kau   
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-4-2017 12:17 AM | Show all posts
UMNO parti 1mdb, pkfz, lembu fidlot, AP, skandal2 lain..  tahniah umno champion
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-4-2017 12:40 AM | Show all posts
CiliPadiSedap replied at 23-4-2017 12:17 AM
UMNO parti 1mdb, pkfz, lembu fidlot, AP, skandal2 lain..  tahniah umno champion



Umno memang champion
Ketirisan tak sampai 1% dari Bajet negara. yg tak sampai 1% diperbesar-besarkan.

Ketirisan perbelanjaan kurang satu peratusOleh SM AMIN
Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah menafikan jumlah ketirisan berdasarkan Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) berjumlah RM 25 bilion seperti didakwa Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Menurut Husni, sekiranya benar terdapat ketirisan di dalam belanjawan negara, jumlah tersebut jauh lebih rendah daripada apa yang diperkatakan oleh Anwar.
“Bila bercakap mengenai RM 25 billion ia merupakan satu jumlah besar dan sumber yang dirujuk oleh Ketua Pembangkang adalah Laporan Ketua Audit. Bila kita kaji kedua-dua siri laporan itu secara keseluruhan, kita dapati teguran oleh Ketua Audit Negara hanya melibatkan jumlah RM 1.5 bilion sahaja,” katanya semasa menggulung perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2014 bagi Kementerian Kewangan di Dewan Rakyat, Rabu.
Husni berkata, Anwar seharusnya memahami maksud sebenar teguran dibuat oleh Ketua Audit Negara dan bukannya terus mendakwa kerajaan gagal mengurus tadbir kewangan negara denga baik sehingga menyebabkan ketirisan.
“Apabila kita meluluskan suatu bajet di Parlimen, bajet ini akan digunakan. Penggunaan bajet tersebut ianya mestilah menepati kepada sasaran ataupun prinsip bajet itu diluluskan,” katanya.
“Teguran Ketua Audit bermaksud bahawa mereka mendapati perbelanjaan tersebut tidak mengikut kepada sasaran dan juga prinsip. Oleh sebab itu, yang perlu dilakukan oleh kementerian adalah membuat kajian sama ada ianya tidak menepati sasaran atau pun tidak.
“Sekirannya ia tidak menepati sasaran, sekarang ini kita ada 100 pegawai kerajaan yang akan diambil tindakan dan 25 kes Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM). Kita tidak mahu kerana beberapa pegawai kerajaan merosakkan ekonomi negara kita dan kesejahteraan rakyat terjejas,” tegas beliau.
Ahli Parlimen Tambun itu berkata, jika RM 1.5 bilion diambil sebagai asas kepada ketirisan, nilai tersebut hanya meliputi 0.6 peratus daripada keseluruhan Bajet 2012 yang berjumlah RM 251 bilion.
Husni…persoal angka RM25 bilion didakwa Ketua Pembangkang

Bagaimanapun, jelas beliau walaupun jumlah andaian ketirisan itu sangat kecil, kerajaan tidak memandang rendah perkara tersebut.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak selaku Menteri Kewangan telah menubuhkan satu Jawatankuasa Perolehan yang mempunyai dua peringkat iaitu peringkat di kementerian pelaksana seperti Kementerian Kerja Raya dan Kementerian Kewangan.
“Kementerian pelaksana yang menerima tender akan akan membuat tiga penilaian untuk memilih yang terbaik di mana bukan sahaja lulus dari segi teknikal tetapi juga harga yang terbaik.
“Kemudian tender tersebut akan di bawa ke Kementerian Kewangan untuk dikaji, semak dan imbang. Berdasarkan kepada kajian tersebut barulah keputusan dibuat,” kata ahli Parlimen Tambun itu.
Menurutnya, sehingga kini sebanyak 85 peratus daripada projek-projek yang telah diluluskan adalah di bawah anggaran harga yang telah disediakan oleh pihak kementerian.
Selain itu, pegawai di dalam Jawatankuasa Perolehan juga dikehendaki membuat akujanji tidak terlibat dengan sebarang projek yang diluluskan dan SPRM bebas untuk menyiasat sekirannya didapati terdapat unsur-unsur rasuah.
Husni juga menempelak ahli Parlimen PKR Ampang Zuraida Kamarudin yang cuba menimbulkan persepsi negatif bahawa Datuk Seri Shahrizat Jalil terlibat di dalam skandal projek National Feedlot Centre (NFC) yang diberikan kepada suaminya.
“Saya berharap yang berhormat dapat pergi bertemu dengan Ketua Audit Negara, tanya dia definasi apakah itu teguran? Pergi tanya. Kita duduk di Parlimen, kita menentukan masa depan negara.
“Perkara ini sedang dalam proses mahkamah, kita tidak boleh bincang di dalam    Parlimen,”  tegas beliau.
Rang Undang-Undang Perbekalan 2014 peringkat dasar diluluskan malam tadi selepas tiga hari perbahasan. -13/11/2013


Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2017 07:49 AM | Show all posts

dah tak peduli tak payah la quote aku punya post bodo.


Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2017 09:09 AM From the mobile phone | Show all posts
Kenapa lah nak disamakan AdamRosly dengan Anwar.
PKR tu memang ditubuhkan untuk membacking Anwar. Jadi tak timbul isu tindakan disiplin ke atas orang yang dah dijel tu.

Ia samalah dengan UMNO yang sudah menukar prinsip kepada Presiden sentiasa betul tiada lain melainkan sepanjang masa betul belaka, maka Presiden mesti disokong dan dibela sepanjang masa.
And guess what, ia dibentuk dipupuk dibina oleh Mahathir.
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2017 11:25 AM From the mobile phone | Show all posts
ciwi1166 replied at 23-4-2017 07:49 AM
dah tak peduli tak payah la quote aku punya post bodo.

Aku xkesah dgan kau punya xkesah lah bodoh
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2017 12:29 PM | Show all posts
dodolgemok replied at 23-4-2017 11:25 AM
Aku xkesah dgan kau punya xkesah lah bodoh

ngaku je la lu dah tersipu2 malu cambabi sebab amk jagoan pkr lu pangai cambabi.


Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2017 12:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Ini semua konspirasi politik.
Adam rosly ada hak untuk kaya macam ahlulpolitaik yg lain.
#prayforadam
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 08:46 AM GMT+8 , Processed in 0.076649 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list