CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: ciklaser

Aku ni tak normal ke?

[Copy link]
Post time 24-4-2017 08:36 AM From the mobile phone | Show all posts
ciklaser replied at 23-4-2017 01:22 PM
Yes. Aku admit mmg aku tak pandai nk handle situation cm ni. Aku tahu dugaan rumahtangga nanti lg  ...

Ko jeles kat dia sbb dia melebih2 dr ko.yg bakal bini abg ipar kau tu x buat perangai lagu tu..so ko x rasa tercabar.

Buanglah perangai dengki ni dek..nanti dh kawen kalau kau carry on ngan perangai ni silap2 satu family kau porak peranda..nk dengki ape?kalau dia baik ngan mak mertua baguslah..kalau dia saja wat dengki kat kat kau,kau xperlu nk terkesanlah..nanti kau jd victim dia lek lek je tepuk tangan tgk kebodohan kau. Buat bodow je spesis nk compete x kena tempat ni..anggap je budak tu baru tumbuh bulu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-4-2017 08:47 AM From the mobile phone | Show all posts
ciklaser replied at 23-4-2017 11:00 PM
Ada kejadian yg buat aku malu dan rasa nk tumbok budak tu. hari tu rumah bakal mak mertua aku buat m ...

Hahahah..dia saje nk buat dengki kt kau.konbuat bodow je..selamat berkenalan ngan biras in hell uolsss
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2017 09:10 AM From the mobile phone | Show all posts
ciklaser replied at 23-4-2017 11:04 PM
tunang aku ni memang dgn family dia akan jd YES BOSS . Tu je aku ckp. Aku malas nk cakap hal duit, ...

Just as a reminder that where money is concerned, it shall spark a very sensitif issue n situation. Kalau selama ini tunang tt memang pemurah hati, seorang yg selalu membantu family dia financially, tt tak berhak untuk melarang selagi keperluan tt tak diabaikan.  Dia memberi duit pun kpd mak dia, dia membantu pun kpd famili dia bukan orang lain. Jgn ada feeling nak protest n ask your hubby to stop the practice. jgn jdi queen control  dn tt kena ingat, bagi seorang anak, isteri boleh diganti ttpi ibu dan adik beradik tidak.  Nampaknya banyak hal u kena adjust yourself to be in the family.  Good luck.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-4-2017 09:20 AM From the mobile phone | Show all posts
zawara replied at 24-4-2017 04:25 AM
pemalasnya hang..  pinggan mkn sendiri pon org lain basuhkan

Hello, aku princess kot. Wakaka tak dak la, even wife bakal abg ipar aku pun diorang tak bg buat kerja kalau balik. So dh 5 tahun kenal, dh terbiasa mcm ni.
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2017 09:20 AM From the mobile phone | Show all posts
edee_91 replied at 23-4-2017 11:11 PM
cuba bincang dengan tunang kau. kalau dia tak ada kekuatan, biar kau je yang hantarkan mesej dalam ...

Perkara mcm tu sebenarnya lebih bijak dibincangkan di peringkat keluarga.  Kenapa pula nak menyamar2 wasap,. Nanti kalau terkantoi, lagi buruk padahnya, belum apa2 tunang dia dah tunduk kpd kemahuan tt.  After all, benda tu bukan an offical  suggestion, cuma apa yg diterbaca dlm wasap je.  Kenapa terlebih menggelupornya?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-4-2017 09:25 AM From the mobile phone | Show all posts
munchkin replied at 24-4-2017 12:05 AM
Ok paham kenapa ko marah. Sebab dahlah nak tumpang pastu nak ikut kepala hotak depa nak percepatkan  ...

Actually banyak benda remeh yg buat aku angin. Benda tu makan dalam wooo. Aku bukan jenis simpan dlm hati sgt, tp bila org2 yg aku syg tu buat lebih kurang kt aku, aku jd sensitif.

Nk ckp lebih2 dgn tunang, kang ckp aku ni queen control la apa la. Tp sendiri mau ingat la, awat hg kena p dok ikut ckp budak 19 tahun tu kan.

So cuma kt sini la aku luahkan walaupun dikecam. Wakakaak
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-4-2017 09:25 AM | Show all posts
bab basuh pinggan tu mungkin dia takde niat nak perli pun..
sesetengah orang bendul sikit & kalau mak pesan gitu maka dia pun follow gitu..
mungkin jugak menda gitu yang bukak hati PIL uols untuk terima budak tu..

aku pun jenis tak pandai buat kerja rumah, tak pandai masak, tak pandai beramah mesra ngan makcik2 so kalau balik kg berkepit ngan laki je..
tapi basuh pinggan tu even berkali2 dorang cakap jangan basuh jangan basuh pergi rehat je, tetap aku akan pekakkan telinga dan basuh..
sebab? tu je menda yang aku terer buat..haha

pastu kau 25, dia 19 - sama je bbnu korang ni..
tolonglah abaikan sebanyak mungkin yang boleh..
memula cakap sakit ati dorang nak buat majlis sekali..
kena hencap, kau cakap dorang tumpang majlis..
kena hencap pasal tumpang majlis, ko cakap dorang nak tukar tarikh...

yang sebenarnya, tt nak dengar orang hencap budak 19yo tu je kan?
enough is enough tt..
aku plak yang hangin dengan orang cam kau ni..

apa kau ingat hebat sangat ke kau nak demand orang bagi fully attention kat kau je?
kalau ko yang pergi jemput sorang2 tetamu datang kenduri, pastu sendiri kemas rumah, pastu sendiri setelkan masalah dapur, sediakan baju untuk semua orang pakai kenduri, tak pun kenduri kat dewan ke yang tak kacau langsung umah laki tu, yeee ko ada hak untuk bising2 demand2 jangan tumpang kenduri aku..

masalahnya sekarang kenduri kau pun, dah menyusahkan bakal pil tu..
penat ooo nak gi memanggil orang datang kenduri, nak risau makanan tak cukup, makanan tak sedap, orang sakit perut masa kenduri..
penat ooo nak layan tetamu datang sedangkan pengantin syok2 atas pelamin amek gambar pastu keluar gi outdoor photoshoot..

deyyyy...untuk kenduri korang, even laki ko yang keluarkan 100% duit pun kau rasa mampu ke kau balas ihsan / tenaga yang semua orang habiskan untuk pastikan korang jadi raja sehari?
sila sedar diri, hidup ni bukan pasal ko sorang je..
penat gila kalau jadi tuan rumah kenduri okeh!
kalau dorang tu terburu2 kahwin pun, so what? apa kaitan ngan kau?
kalau dorang cerai berai pun, so what? apa kaitan ngan kau?
kau yang bayar nafkah dak pompuan tu ke?
sila jaga hal sendiri je!

dorang nak tukar tarikh? dah confirm tukar ke?
belum pun kan..dorang tak bagitau korang pape pun lagi kan?
kalau dorang cepatkan majlis side lelaki, apa kaitan ngan majlis sebelah pompuan?
lainlah dorang nak lewatkan majlis sebelah lelaki, memang ada effect kat majlis side pompuan...
yang ko gedik nak sakitkan hati sendiri kenapa??
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-4-2017 09:27 AM From the mobile phone | Show all posts
munchkin replied at 24-4-2017 12:08 AM
So yg keluar duit utk majlis pihak lelaki ur tunang or your bakal mil? Kalau bakal mil then your tun ...

setahu aku, mmg tunang aku punya duit la. Sebab dia bg tau, bonus dia mmg utk kenduri jaa.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-4-2017 09:27 AM From the mobile phone | Show all posts
ciklaser replied at 23-4-2017 07:28 PM
Actually tunang aku ada la tersalah cakap yg buatkan aku terasa hati. Ada sekali tu tunang aku cak ...

Ow..ye ke..dh mcmana pulak tunang kau tahu cter diaorg tu? Adk dia mmg jnis cter..heboh kat org ke?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-4-2017 09:37 AM From the mobile phone | Show all posts
spankee_fili replied at 24-4-2017 09:25 AM
bab basuh pinggan tu mungkin dia takde niat nak perli pun..
sesetengah orang bendul sikit & kalau m ...

Hello, aku bukan minta pun org hencap budak tu. dari awal lg aku ckp mmg ada banyak kejadian yg buat aku sakit hati dgn budak tu. lepas satu satu, so benda tu makan dalam bg aku. so aku just cerita keadaan sebenar.

Somehow aku terfikir untung jd org bendul dan 19 tahun. Alasan jd bendul dan 19 tahun ni valid kalau tetiba tersakitkan hati org.

Sampai hari ni tak dak org tahu pun apa masalah aku, termasuk my parents. So kt sini ja aku meluahkan walaupun dihencap aku tak kisah.

Ingat seronok ke jd hati busuk cm ni hidup tak aman tau. So aku tgh cari solution ni.  
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2017 09:37 AM From the mobile phone | Show all posts
ciklaser replied at 23-4-2017 11:25 PM
Done block dan unblock bakal biras. So lepas ni aku harap tak la sakit sangat hati aku yg hitam ni ...

Tak boleh nak salahkn orang lain.  U sebenarnya yg hitamkan dn gelapkn hati u. U yg berlebih2an menanggapi situasi dn berburuk  sangka.  Sikap begitu tak baik untuk keharmonian rumahtangga dn hubungan keluarga ipar duai mentua taya. Either u block or unblock bakal biras, ttpi bila sudah ada bibit2  jealousy d hati, iblis syaitan akan tetap menggelitik perasaan n minda tt menjadi tak tenang dn tak senang. Banyakkanlah berzikir dn terimalah mereka seadanya. Jgn cemburu berlebihan dn jgn persoalkan lebih2an kenapa biras tt begitu begini. Terimalah hakikat bahawa tt adalah tt dan bakal biras, dia adalah dia.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-4-2017 09:38 AM From the mobile phone | Show all posts
mrizumi replied at 24-4-2017 09:27 AM
Ow..ye ke..dh mcmana pulak tunang kau tahu cter diaorg tu? Adk dia mmg jnis cter..heboh kat org ke ...

Whatsapp group family la kot.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-4-2017 09:42 AM From the mobile phone | Show all posts
nolya replied at 24-4-2017 09:37 AM
Tak boleh nak salahkn orang lain.  U sebenarnya yg hitamkan dn gelapkn hati u. U yg berlebih2an me ...

part last tu betul. Setiap menantu ada kelebihan kekurangan dia.

Bibit bibit cemburu tu mmg ada, cuma aku tgh control ni.

Btw thanksss
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-4-2017 09:48 AM From the mobile phone | Show all posts
sepertiitu replied at 24-4-2017 12:25 AM
Tt, sebagai orang yg sebaya or umur lebih kurang kau, meh aku nak cakap sikit.

First, kau mmg bus ...

Aku kenal family diorang dh 5 tahun. Dgn akak ipar aku, aku kenal dia dari dia sebelum kawin. Kitorang masak sama2, dia ajar aku buat kek la. Aku tak pernah busuk hati kt dia. Dan aku minta sgt takkan ada masalah antara kami. Dan aku tau sgt, mak mertua aku syg sangat kt dia. Sumpah aku tak jeles sebab aku pun sayangkan dia.

Busuk hati dan attention seeker tu betul,dan aku tgh cari solution utk semua tu. aku nk hidup happy mcm dulu tak nak rasa cm ni semua.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-4-2017 09:52 AM From the mobile phone | Show all posts
CardiGans85 replied at 24-4-2017 06:52 AM
Tt,u ni sbnrya overly CONCERN. Chill n just learn to b the best Isteri. lyn la MIL mcmana tt treat i ...

Yes, apa jd dlm family diorang mmg i x masuk campur. Even tunang i pun dh pesan biar dia yg handle.

Dh kenal lama dgn family diorang, and mmg dah treat diorang mcm family sendiri. Kekadang lama tak pg rumah diorang, tgk2 diorang dh sampai KL dtg melawat i.
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2017 10:06 AM | Show all posts
ciklaser replied at 24-4-2017 09:37 AM
Hello, aku bukan minta pun org hencap budak tu. dari awal lg aku ckp mmg ada banyak kejadian yg bu ...

so kau nak bersihkan hati kau kan, sekarang apa kejadian yang buat kau sakit hati?

sebab dia bangun pukul 5 pagi masak untuk bf dia?
sebab dia terhegeh2 nak kawen cepat2?
sebab dia nak tumpang kenduri yang pakai duit laki kau?
sebab dia basuh pinggan?
sebab mil kau ngan dia selalu spend masa bersama sedangkan kau jauh?
sebab dia nak cepatkan kenduri kahwin? ni tak confirm pun, ko yang stalk dia & buat assumption awal kan..
sebab kau kekurangan kasih sayang & sekarang budak tu rebut semua dari kau?

dah dia memang 19yo - memang umur bbnu, gedik, poyo, wicet, bendul..
kalau dia 29yo tapi perangai bbnu, memang layak dihencap..
sedangkan mak2 orang pun gigih upload segala bagai dalam socmed, apetah lagi budak tu..
dia tengah miang nak kahwin, memang gitulah gayanya..
cth : ws group family aku, those yang 24jam komen bersembang acah2 mesra tula pencetus pergaduhan setiap kali..
kalau kau tatau socmed ni lagi banyak cons dari pros kalau kita tak pandai handle, mungkin kau tak lepas lagi phase bbnu tu..

dalam banyak menda yang kau cerita, kau pilih untuk sakit hati/dengki/terasa tu kenapa?
kalau budak tu nhati jahat, esok lusa orang pun taula..ingat senang nak tutup hati bangkai?
abaikan jela biras tu..park dulu hal kahwin & buat menda2 yang happykan kau dulu..
bila kau dah mood happy, baru sort balik hidup kau, apa yang kau nak..
kalau kau nak jadi menantu kesayangan yang rajin basuh pinggan, isteri yang bangun 5 pagi buat bekal untuk laki, ko buat..
kalau kau nak jadi diri sendiri dan proceed je cara sekarang (since laki ko pilih ko pun sebab diri ko sekarang), so go on je..
yang pasti, hati kau sakit ke tak tu atas pilihan kau..
kalau dia nak jadi jarumhalus pun, tapi hati kau kuat dan tak peduli, tak lut pun!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-4-2017 10:09 AM From the mobile phone | Show all posts
ciklaser replied at 24-4-2017 09:48 AM
Aku kenal family diorang dh 5 tahun. Dgn akak ipar aku, aku kenal dia dari dia sebelum kawin. Kito ...

Nak rasa bahagia tu sebenarnya bermula dari dlm diri sendiri, bgaimne u kendalikan perasaan pd sesuatu keadaan.  U sendiri dah kenal famili PIL selama 5thn dulu, so kenapa dgn anak 19thn boleh rasa tergugat.  Nampaknya ada banyak perkara yg perlu u pelajari dn fahami.  Dah ambik kursus kawen ke belum ni.  Selain tu cubalah fahami apa yg dimaksudkan dgn institusi keluarga. Jgn tamak perasaan mengikut keselesaan sendiri, harus ada tolak ansur sesama keluarga suami. Kalau terasa diri tu special sangat, maka buatlah baik berpada2, buat jahat jgn sekali.
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2017 10:13 AM | Show all posts
ciklaser replied at 23-4-2017 01:17 PM
Tu la masalah aku kak, aku jenis nak org bg attention kt aku. Ni tengah cari solution  cemana nk b ...

its good you sedar kenapa semua tu terjadi, cuma sekarang macammana nak kawal perasaan tu kan?  Anggap ajelah dia budak belum matang yang semua benda nak letak dalam sosial media.   Mungkin dia jenis ceria dan lurus, dan tak bermaksud pun nak menunjuk2, cuma nak share apa yang tengah rasa sekarang.  Gembira yang amat sangat kan.  Dah jangan jenguk ig atau facebook dia lagi, buat bertambah sakit hati je.  

Macam akak sekarang tak ada wassap, takde ig, ada facebook itupun untuk business, senang hati tak perlu nak jeles kat sapa2 pun, dan tak tau apa2 pasal kes umpat mengumpat, tunjuk menunjuk,  sesama sedara atau jiran tetangga.  

Paling penting sekarang jaga hubungan dengan bakal suami dan ambil hati mertua.   Hormat pada bakal mertua itu yang paling penting, kalau ada yang tak setuju, bincang elok2 dengan merendah diri, dan redha jika masih kena beralah.  Orang tua ni hati sensitif, dia lagi suka anak muda yang bodoh tapi pandai ambil hati dan hormatkan dia,  dari pandai tapi  ego dan meninggi diri.  Akak pun dah tua, dah 50s.
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2017 10:19 AM From the mobile phone | Show all posts
ciklaser replied at 24-4-2017 09:48 AM
Aku kenal family diorang dh 5 tahun. Dgn akak ipar aku, aku kenal dia dari dia sebelum kawin. Kito ...

U wont know what will happen in future. So, aku harap kau takdelah nnti nak dengki dgn kakak ipar kau lepas kawen ye.

So kau tau kau busuk hati n attention seeker, ape solution kau? Mungkin kau kena check balik hubungan kau dengan Tuhan, hubungan kau dengan mak ayah kau, sesama manusia lain, check solat kau. Insyaallah kalau kau lebih tumpukan dekat benda lain, hati kau tenang.
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2017 10:31 AM | Show all posts
ciklaser replied at 23-4-2017 08:37 PM
Sorry,bukan share. Tumpang. Sebab tu nk sekalikan majlis, sebab nk tumpang. Share is hg keluaq dui ...

kalau tunang tt sendiri dengan ikhlas dan rela hati nak buat kenduri sama2 adik dia, biarlah.  Mungkin dia rasa gembira sebab dapat bersedekah pada saudara sendiri, dan tolong saudara sendiri dirikan masjid.  Bersedekah ni keutamaan adalah pada sedara sendiri, lepas tu baru pada orang lain.  Kalau dia ikhlas, dah dua pahala dia dapat kat situ.

Dan akak tak rasapun duit tunang tt yang diguna seratus peratus untuk majlis, tu, tentu ada campur2 juga dengan duit parents, lebih2 lagi kalau mereka orang berada.  Kalau mereka orang susah, mungkinlah bergantung harap sepenuhnya dengan tunang tt.  Majlis kenduri sekarang kena puluh2 ribu kalau nak meriah. Lainla kawin kat masjid dan hidang mihun goreng je.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Cinta & Perhubungan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 03:21 PM GMT+8 , Processed in 0.069387 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list