CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8408|Reply: 88

Sembilan jam tertinggal dalam van sekolah berakhir dengan kematian.

[Copy link]
Post time 23-4-2017 04:16 PM | Show all posts |Read mode




Muhammad Iqram meninggal dunia dipercayai akibat lemas selepas sembilan jam tertinggal dalam van.

Gombak: Budak lelaki berusia enam tahun ditemui tidak sedarkan diri sebelum disahkan meninggal dunia selepas sembilan jam tertinggal dalam van di Bandar Country Homes, Rawang, Gombak, Jumaat lalu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Gombak Superintendan Mohd Marzuki Mohd Mokhtar berkata, mangsa, Muhammad Iqram Danish menaiki van berkenaan bersama tiga kanak-kanak lain ke tadika di Jalan Desa, Bandar Country Homes, Rawang, di sini, kira-kira 8 pagi.

"Pemandu van berkenaan berusia 21 tahun dikatakan tidak menyedari kanak-kanak itu yang tidur masih berada di dalam van berkenaan dan hanya menyedari perkara itu kira-kira 5 petang ketika mahu menjemput mereka balik dari tadika berkenaan.

"Ketika ditemui, kanak-kanak itu tidak sedarkan diri dan dihantar ke Hospital Sungai Buloh oleh pemandu van berkenaan. Namun, ketika menerima rawatan, dia disahkan meninggal dunia dipercayai akibat lemas," katanya.

Katanya, pihaknya sudah mengambil keterangan daripada pemandu van itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 31 (1) Akta Kanak-Kanak 2001 kerana kecuaian.


http://www.hmetro.com.my/node/223821


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 23-4-2017 04:18 PM | Show all posts
Tak semua lah kan, tapi dari pemandu taxi sehingga pemandu van sekolah sememangnya pemalas.
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2017 04:26 PM | Show all posts

Pemandu Tak Perasan, Budak Maut Dibiarkan 9 Jam Dalam Van

Selepas sembilan jam tertinggal di dalam sebuah van, seorang kanak-kanak lelaki ditemui tidak sedarkan diri sebelum disahkan meninggal dunia.


Dalam kejadian itu, mangsa , Muhammad Iqram Danish menaiki van berkenaan bersama tiga kanak-kanak lain ke tadika di Jalan Desa, Bandar Country Homes, Rawang.


Foto: Harian Metro


Timbalan Ketua Polis Daerah Gombak Superintendan Mohd Marzuki Mohd Mokhtar berkata,

"emandu van berkenaan berusia 21 tahun dikatakan tidak menyedari kanak-kanak itu yang tidur masih berada di dalam van berkenaan dan hanya menyedari perkara itu kira-kira 5 petang ketika mahu menjemput mereka balik dari tadika berkenaan."


Memetik laporan Harian Metro, mangsa kemudiannya dikejarkan ke Hospital Sungai Buloh tapi menghembuskan nafas terakhir ketika menerima rawatan.


Keterangan sudah diambil daripada pemandu van dan kes disiasat mengikut Seksyen 31 (1) Akta Kanak-Kanak 2001 kerana kecuaian. -CARI
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2017 04:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Sedihnya... Lagi2 skrg musim panas. Mcm sauna dlm van agaknya.
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2017 04:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Ya  Allah kesian nye budak tu..boleh bayangkn 9jam duk dlm van tu panas takleh brnafas sume smpai pelan2 stop bernafas buat selamanya
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2017 04:32 PM | Show all posts
Lagi2 kes cuai, plis la driver van ka bas ka tolong la buat double check sekeliling kenderaan korang. Kot2 la ada budak tertido ka apa. Adoii... Kesiannya.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-4-2017 04:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Comeynyer arwah. Tempat mu disyurga dik sob... sob
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2017 04:38 PM From the mobile phone | Show all posts
3 org je pun ke tadika yg sama. Xkan tu pun kau xleh tgok whai pmandu van yg pemalas
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-4-2017 04:43 PM | Show all posts
habis..budak2 tu turun ke tadika, driver ni xcheck tgk ke..
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2017 04:46 PM | Show all posts
thread dah ada la...

@spiderman80 @perang_sivil


bersepah berita, kenapa ko nak copypaste juga wartawancari weh.
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2017 04:58 PM From the mobile phone | Show all posts
ronapink replied at 23-4-2017 04:46 PM
thread dah ada la...

@spiderman80 @perang_sivil

sebab berita dari wartawan masuk dlm portal cari.
yg ditepek oleh marhaen hanya masuk porom.com

kan?
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2017 05:06 PM | Show all posts
sofiazara replied at 23-4-2017 04:58 PM
sebab berita dari wartawan masuk dlm portal cari.
yg ditepek oleh marhaen hanya masuk porom.com
...

knp adaa double standard mcm tu.

kalau gitu patut senang keje wartawancari..copypaste je la..ptt pun..


bersepah berita kat metro kat sinar BH..knp yang forumer tepek, itu jg yg wartawan tepek..
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2017 05:09 PM | Show all posts
drebar baru 21 tahun..spisis bbnu lg ni yg buat keje sambil lewa sebab asyik menghadap whatsapp socmed 24 jam kat smartpon.. x pasal2 mati anak orang
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2017 05:15 PM From the mobile phone | Show all posts
ronapink replied at 23-4-2017 05:06 PM
knp adaa double standard mcm tu.

kalau gitu patut senang keje wartawancari..copypaste je la..pt ...

aku rasa..diorg buat cari ni mcm portal berita. dan wartawan buat berita sendiri dgn menceduk2 berita lain. susun ayat sendiri. cantu kot?
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2017 05:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Hancur hati mak bapak..nak2 anak meninggal sbb kecuaian org lain.
Innalillahiwainnalillahirojiun utk anak syurga..
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2017 05:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Salah Mak dia juga ke?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-4-2017 05:20 PM | Show all posts
sofiazara replied at 23-4-2017 05:15 PM
aku rasa..diorg buat cari ni mcm portal berita. dan wartawan buat berita sendiri dgn menceduk2 ber ...

nak buat portal pun xpe, tapi ambik la berita lain, yang agak berkualiti,
ni berita mati dalam van..

tu yang kat kongsi tular, berita fitnah, lagi dahsyat..kalau orang tu saman...
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2017 05:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Allahu. kesiannya. driver van ka bas ka tolong lah double check aduhh.
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2017 05:31 PM From the mobile phone | Show all posts
kesiannya.. budak kecik nak bukak pintu atau tekan hon tak reti.. campur dengan takut keliru semua..
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2017 05:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Adik ni tak dtg tadika, cikgu tak chek dgn parents ke? Or mmg tadika tak check attendance? Kalau cikgu and parents communicate maybe sempat selamat adik ni
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 08:36 PM GMT+8 , Processed in 0.081587 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list