CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3049|Reply: 17

salam israk mikraj - Pengertian, Perihal Polemik Perjalanan Roh vs Jasad - Muft

[Copy link]
Post time 24-4-2017 04:08 AM | Show all posts |Read mode
Edited by mbhcsf at 26-4-2017 02:43 AM




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 24-4-2017 04:12 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-4-2017 04:13 AM | Show all posts
KEWAJIPAN SEMBAHYANG 5 WAKTU

Riwayat : Bukhari
Kategori : Ibadah
Hadis : Dari Anas r.a katanya, "Rasulullah SAW telah bersabda, (Selain dari apa yang telah aku saksikan semasa aku dibawa Israk dan Mikraj pada malam itu), maka Allah fardhukan (atasku) dan atas umatku lima puluh sembahyang...lalu aku memohon kepada-Nya (supaya dikurangkan lagi bilangan sembahyang itu yang telah pun dikurangkan sehingga tinggal lima sahaja); maka Allah SWT berfirman:Sembahyang fardhu (sehari semalam) itu tetap lima (dari segi bilangannya) dan ia juga tetap lima puluh (dari segi pahalanya); keputusan-Ku itu tidak dapat diubah atau ditukar ganti."

Huraian Hadith:
1. 27 Rejab mencatatkan lakaran sejarah penting yang berlaku ke atas Rasulullah S.A.W kerana pada tarikh tersebutlah berlakunya peristiwa Israk dan Mikraj ke atas baginda. Ia berlaku pada tahun yang dinamakan Tahun Dukacita di mana baginda telah kehilangan dua orang insan yang telah banyak memberi pertolongan dan bantuan sepanjang menjalankan dakwah suci iaitu isteri baginda Siti Khadijah dan bapa saudara baginda Abu Talib.

2. Di dalam peristiwa ini banyak perkara telah berlaku dan yang paling utama adalah mengenai sembahyang yang merupakan salah satu daripada rukun Islam yang lima. Baginda S.A.W telah menerima kewajipan sembahyang lima waktu ketika Mikraj sebagaimana yang digarapkan oleh imam Bukhari di dalam sohihnya.

3. Jika kita perhatikan mengenai kewajipan ini maka fahamlah kita tentang betapa besarnya ganjaran dan peranan sembahyang di mana sembahyang itu jika dikerjakan dengan sempurna mampu mencegah umat Islam daripada melakukan perkara yang dilarang oleh Allah SWT.

4. Peringatan Rasulullah S.A.W mengenai sembahyang ini harus dititikberatkan memandangkan sekarang ini ramai di kalangan umat Islam yang mengabai dan memandang mudah terhadap sembahyang lima waktu apatah lagi menunaikannya secara berjemaah. Pengaruh keduniaan telah menghantui mereka sehingga sanggup meninggalkannya demi mengejar habuan dunia yang tidak seberapa.

Rujukan : Koleksi e-Hadis Jakim, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) http://www.islam.gov.my/e-hadith/kewajipan-sembahyang-solat

Kredit Foto : Nadia Zahari Photography Jom Solat [ Nadia Syazwani Binti Zahari, 1988 - 2013, Al-Fatihah ]

https://www.facebook.com/JAWIWP/ ... ?type=3&theater
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-4-2017 04:26 AM | Show all posts
Setiap kali munculnya tanggal 27 Rejab, umat Islam di Malaysia akan mengambil kesempatan mengadakan sambutan Israk dan Mikraj. Pada malam tersebut, Rasulullah SAW melakukan perjalanan yang jauh, iaitu dari Mekah ke Baitulmaqdis di Palestin. Seterusnya, baginda naik ke langit yang dinamakan Mikraj. Dimulai dengan la-ngit yang pertama, hinggalah ke langit yang ketujuh.

Peristiwa yang berlaku dalam masa singkat dan luar biasa itu adalah satu mukjizat yang besar Nabi Muhammad SAW kerana belum ada manusia yang melakukannya sebelum ini. Hal ini dirakamkan di dalam ayat pertama surah al-Isra’. Ini juga mengingatkan kita kepada bermulanya perintah solat fardu lima waktu sehari semalam. Istimewanya perintah solat adalah kerana Allah menjemput kekasihnya ke arasy untuk menerima secara terus kefarduannya, bukannya melalui perantaraan malaikat Jibril.

Umat Islam tahu kewajipan solat tetapi masih ramai yang masih leka dan dilalaikan oleh hal dunia. Berapa ramai yang boleh bangun tengah malam untuk menonton perlawanan bola sepak Liga Perdana Inggeris atau Piala Dunia selama 90 minit tetapi tidak mampu untuk solat tahajud? Walhal purata masa untuk kita solat hanyalah lima ke 10 minit. Terasa liat dan berat sungguh nak solat.
Benarlah firman Allah yang bermaksud: Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan solat; sesungguhnya solat itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk. (al-Baqarah: 45)

Ibadah solat pada mulanya difardukan sebanyak 50 kali sehari semalam. Nabi SAW berulang kali mengadap -Allah SWT memohon supaya diringankan. Lalu, Allah SWT memperkenankan permintaan baginda dengan mengurangkannya kepada lima kali sahaja. Bayangkan, jika Allah kekal dengan perintah untuk solat 50 waktu, maka kita wajib solat setiap 28 minit sehari semalam. Soalnya, adakah kita mampu? Untuk solat fardu lima waktu sekarang pun ramai yang gagal dan terbabas.

Apakah jawapan kita apabila berhadapan dengan Allah semasa ditimbang amalan kelak sedangkan kita maklum yang solat itu adalah perkara pertama yang akan dipertanggungjawabkan. Ia pula bukan seperti soalan dalam peperiksaan di dunia yang boleh kita duduki semula jika gagal kali pertama. Di akhirat kelak, jika gagal soalan pertama ini, nerakalah tempat kita.

Solat adalah batas pemisah antara orang mukmin dan kufur. Ia juga suatu ibadah yang dilakukan dengan menggerakkan seluruh jasmani dan rohani. Apabila setiap gerak badan dan bacaan yang kita lakukan dengan ikhlas, sempurna, khusyuk dan penuh kesedaran, maka semuanya itu akan mempengaruhi diri, jasmani, rohani dan pemikiran serta akhlak sehingga solat itu benar-benar dapat mencegah daripada perbuatan keji dan mungkar. (rujuk al-Ankabut ayat 45)

Dalam dunia kini yang penuh dengan cabaran, kita tidak dapat bayangkan natijah jika umat Islam terus leka dan meninggalkan solat. Media Rabu lalu melaporkan kajian pengguna internet oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) tahun lalu mendedahkan purata golongan belia negara ini menghabiskan selama empat jam sehari melayari media sosial. Sejak 2015 hingga Oktober 2016, SKMM menyekat 5,044 laman kerana pelbagai kesalahan.

Yang membimbangkan, 4,277 daripadanya melibatkan laman web lucah, jelik dan mengancam keselamatan manakala 767 lagi berkaitan judi, pelacuran dan cetak rompak. Pastinya, ini mengundang kekhuatiran ibu bapa yang mempunyai anak remaja. Mana mungkin ibu bapa mampu mengawasi pergerakan anak-anak 24 jam sehari lebih-le-bih lagi dalam dunia siber.

Sebab itu, amat penting mendidik anak-anak menunaikan solat sejak usia mereka tujuh tahun sebagaimana hadis nabi SAW. Berbekalkan ibadat solat, insya-Allah anak dan cucu kita tidak akan hanyut oleh pelbagai tarikan negatif baik dalam kehidupan bermasyarakat atau pun di alam maya.

Antara keajaiban yang diperlihatkan kepada nabi SAW ketika peristiwa Israk dan Mikraj adalah baginda Rasulullah melihat satu kaum memecahkan kepala mereka sendiri kemudian kepala mereka kembali seperti sebelumnya. Lalu Jibril berkata: “Itulah mereka yang kepala mereka sangat berat untuk menunaikan solat”.



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/rencana/utama/solat-bukti-keimanan-1.471966#ixzz4f6em4oC1
© Utusan Melayu (M) Bhd
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-4-2017 02:45 AM | Show all posts
Al-KAFILI AL-FATAWI

AL-KAFI #612: BENARKAH AL-ISRA’ DAN AL-MI’RAJ BERLAKU DENGAN ROH RASULULLAH SAHAJA ?



Ditulis oleh Muhammad Fahmi Rusli
Diterbitkan: 25 April 2017


http://www.muftiwp.gov.my/index.php/ms-my/perkhidmatan/al-kafili-al-fatawi/1572-al-kafi-612-benarkah-al-isra-dan-al-mi-raj-berlaku-dengan-roh-rasulullah-sahaja



Soalan:

Adakah isra’ dan mi’raj berlaku dengan roh dan jasad Rasulullah S.A.W atau hanya secara roh sahaja ?



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-4-2017 02:48 AM | Show all posts
Jawapan:

Alhamdulillah, segala puji dan syukur kami panjatkan kepada Allah S.W.T. Selawat dan salam kami ucapkan ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W, para isteri dan ahli keluarga baginda, para sahabat seterusnya golongan yang mengikuti jejak langkah baginda sehingga hari kiamat.

Dalam isu ini, tidak dapat dinafikan bahawa terdapat beberapa pandangan para ulama yang berbeza di antara satu sama lain. Sebahagian mereka berpendapat bahawa Rasulullah S.A.W diperjalankan daripada Masjid al-Haram menuju ke Masjid al-Aqsa adalah dengan roh sahaja dan bukannya dengan jasad baginda. Manakala pendapat lain pula menyatakan bahawa baginda S.A.W diperjalankan oleh Allah S.W.T dengan roh dan juga jasad. Di antara ayat yang menjadi fokus perbincangan di dalam isu ini adalah firman Allah S.W.T:

سُبْحَانَ الَّذِي أَسْرَى بِعَبْدِهِ لَيْلاً مِنَ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ إِلَى الْمَسْجِدِ الْأَقْصَى الَّذِي بَارَكْنَا حَوْلَهُ لِنُرِيَهُ مِنْ آيَاتِنَا إِنَّهُ هُوَ السَّمِيعُ الْبَصِيرُ



Maksudnya: Maha suci zat yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam daripada Masjid al-Haram ke Masjid al-Aqsa yang telah Kami berkati kawasan sekelilingnya, untuk Kami tunjukkan kepadanya sebahagian daripada tanda-tanda kebesaran Kami, sesungguhnya Dia adalah Tuhan yang Maha Mendengar lagi Maha Melihat.


Surah Al-Isra’(1)
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 26-4-2017 02:49 AM | Show all posts
Ketika menafsirkan ayat ini, Imam Al-Thabari Rahimahullah berkata: Para ulama berbeza pendapat berkenaan sifat (cara-cara) Allah S.W.T memperjalankan Nabi-Nya S.A.W daripada Masjidil Haram ke Masjid al-Aqsa.

Sebahagian mereka berkata: Allah memperjalankan baginda dengan jasadnya. Maka Nabi S.A.W diperjalankan pada satu malam dan baginda berada di atas buraq daripada Baitullah al-Haram menuju ke Al-Aqsa sehinggalah baginda sampai ke sana.


Lalu Allah menunjukkan kepada baginda apa yang dikehendaki dari sudut keajaiban-keajaiban perintah-Nya di samping keagungan dan kebesaran kerajaan-Nya.


Kemudian baginda berkumpul di sana bersama dengan para Nabi, dan solat bersama mereka di sana. Kemudian Nabi dinaikkan ke atas langit sehingga ke langit yang ketujuh.








Kemudian Allah mewahyukan kepada baginda di sana, dengan kadar yang Dia kehendaki dan seterusnya baginda pulang semula ke masjid al-haram pada malam yang sama dan baginda solat subuh di sana.

Kemudian Imam Al-Thabari menukilkan pendapat yang kedua yang menyatakan bahawa Rasulullah S.A.W tidak diperjalankan dengan jasad baginda akan tetapi dengan roh baginda.



Ini sebagaimana yang diriwayatkan daripada Saidina Mu’awiyah bin Abi Sufian apabila beliau ditanyakan berkenaan dengan isra’ Nabi S.A.W beliau menjawab: Ia berlaku dengan cara mimpi yang benar.

Manakala Umm al-Mu’minin Aísyah R.anha pula berkata: Tidaklah hilang jasad Rasulullah S.A.W akan tetapi Allah S.W.T memperjalankannya dengan rohnya.

Berkenaan dengan kenyataan daripada Saidina Mu’awiyah dan juga Umm al-Mu’minin A’isyah R.anha, ia diriwayatkan oleh Muhammad bin Ishak dengan katanya:

حَدَّثَنِي بَعْضُ آلِ أَبِي بَكْرٍ أَنَّ عَائِشَةَ كَانَتْ تَقُولُ مَا فُقِدَ جَسَدُ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، وَلَكِنَّ اللَّهَ أَسْرَى بِرُوحِهِ


Maksudnya: Telah menceritakan kepada aku sebahagian daripada keluarga Abu Bakar, bahawasanya A’isyah R.anha berkata: Tidaklah hilang jasad Rasulullah S.A.W. Akan tetapi Allah memperjalankannya dengan rohnya.


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-4-2017 02:50 AM | Show all posts
Edited by mbhcsf at 26-4-2017 02:52 AM

Athar ini diriwayatkan daripada Ibn Hisyam di dalam kitabnya Sirah Al-Nabawiyyah (2/46). Riwayat ini bagaimanapun dikritik oleh ramai ulama besar. Kata Al-Syeikh ‘Alawi Al-Saqqaf: Athar ini dhaif, ia diriwayatkan oleh Ibn Ishaq dengan sanad yang terputus. Lihat Takhrij Ahadiith al-Zhilal (Hlm. 246).

Bahkan melalui riwayat tersebut juga jelas kelihatan bahawa Ibn Ishaq tidak menamakan individu dari keluarga Abu Bakr yang menceritakan kepadanya. Ia dianggap sebagai mubham iaitu terdapat kesamaran pada perawi. Jika dinamakan sekalipun, kita perlulah meneliti berkenaan status individu tersebut, adakah ia thiqah ataupun sebaliknya. Maka jelaslah bahawa riwayat ini dhaif dan tidak boleh untuk dijadikan hujah sebagai sandaran.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 26-4-2017 02:55 AM | Show all posts
Edited by mbhcsf at 26-4-2017 02:56 AM

Imam al-Thabari apabila mengeluarkan pendapat beliau dan mentarjihkan kedua-dua pendapat di atas beliau mengatakan: Pendapat yang tepat di sisi kami adalah: Sesungguhnya Allah S.W.T memperjalankan hambanya Muhammad S.A.W daripada Masjid al-Haram ke Masjid al-Aqsa sebagaimana yang telah Allah khabarkan kepada para hamba-Nya.
Dan sebagaimana yang telah jelas perkhabaran-perkhabaran daripada Nabi S.A.W, bahawasanya Allah S.W.T meletakkan baginda di atas buraq sehinggalah Nabi sampai dengan menaikinya serta solat di sana (Masjid al-Aqsa) bersama-sama dengan para Nabi dan Rasul, serta Allah S.W.T menunjukkan kepadanya tanda-tanda kebesaran-Nya.

Maka tiada makna bagi golongan yang berpendapat: Nabi diperjalankan dengan rohnya dan bukan dengan jasadnya.

  • Ini kerana, sekiranya keadaannya sedemikian rupa, sudah tentu perkara tersebut tidak menjadi suatu dalil kenabiannya serta tidak ada hujah ke atas kerasulan baginda.

  • Maka Allah S.W.T apabila mengkhabarkan di dalam al-Quran bahawa Dia memperjalankan hamba-Nya, dan Dia tidak menyatakan yang Dia memperjalankan roh hamba-Nya.

  • Maka tidak boleh untuk seseorang itu untuk berlebih-lebih terhadap apa yang dikatakan oleh Allah kepada pendapat lainnya. Lihat Tafsir al-Thabari, Ibn Jarir (17/328).

  • Demikian juga Imam al-Thabari berpendapat bahawa dalil-dalil yang sahih telah jelas menunjukkan bahawa baginda Rasulullah S.A.W diperjalankan di atas haiwan yang dinamakan sebagai buraq. Sekiranya isra’ itu berlaku dengan roh baginda, nescayalah roh tidak dipikul di atas buraq. Ini kerana, haiwan tidak menanggung selain daripada jisim.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-4-2017 02:57 AM | Show all posts
  • Berkenaan perjalanan Nabi S.A.W dengan menaiki buraq tersebut, hal ini dinyatakan di dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik R.anh bahawa Rasulullah S.A.W bersabda:

ثُمَّ أُتِيتُ بِدَابَّةٍ أَبْيَضَ يُقَالُ لَهُ الْبُرَاقُ فَوْقَ الْحِمَارِ وَدُونَ الْبَغْلِ


Maksudnya: Kemudian aku didatangkan dengan seekor haiwan yang berwarna putih yang dinamakan sebagai al-buraq. Bentuknya lebih tinggi berbanding keldai dan rendah sedikit berbanding baghal.


  • Hal ini jelas menunjukkan bahawa baginda melihat dengan jelas warna, bentuk, dan keadaan haiwan yang didatangkan kepada baginda. Kemudian baginda S.A.W menceritakan bahawa baginda dibawa naik ke atas belakang haiwan tersebut dengan sabdanya:

فَحُمِلْتُ عَلَيْهِ ثُمَّ انْطَلَقْنَا حَتَّى أَتَيْنَا السَّمَاءَ الدُّنْيَا


Maksudnya: Aku dibawa naik ke atasnya (Buraq) kemudian kami pun bertolak sehinggalah kami sampai ke langit dunia.


Riwayat Muslim (164)

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-4-2017 02:59 AM | Show all posts
  • Sebagaimana yang dinyatakan oleh Imam al-Thabari sebelum ini, perkataan menaiki dan duduk di atas sesuatu itu jelas menunjukkan yang ia berlaku dengan jasad dan bukannya dengan roh sahaja.
  • Inilah juga pendapat yang dipersetujui oleh Imam Al-Nawawi Rahimahullah apabila mensyarahkan hadis ini. Beliau menukilkan pendapat daripada Imam al-Qadhi ‘Iyadh Rahimahullah yang berkata: Para ulama berbeza pendapat berkenaan isu isra’ Rasulullah S.A.W. Maka dikatakan bahawa: Keseluruhan  peristiwa itu berlaku di dalam mimpi.


  • Kebenarannya, yang dipegang oleh majoriti manusia, kebanyakan para salaf, serta ramai dari kalangan para fuqaha, ahli hadis, dan para mutakallimin bahawa baginda S.A.W diperjalankan dengan jasadnya.


  • Athar-athar jelas menunjukkan kepada perkara ini bagi sesiapa yang meneliti dan mengkajinya. Dan adalah tidak boleh untuk mengalih hal ini daripada zahirnya. Bahkan tiada kemustahilan untuk ia berlaku sehingga memerlukan kepada takwil. Lihat Al-Minhaj Syarah Sahih Muslim, Al-Nawawi (2/357).

Kesimpulan

Setelah kami meneliti beberapa pendapat yang dikemukakan di atas, kami cenderung kepada pendapat yang menyatakan bahawa kejadian isra’ (perjalanan) Rasulullah S.A.W daripada Masjidil Haram ke Masjid al-Aqsa itu berlaku dengan roh dan jasad baginda S.A.W.


Ini dengan mengambil kira penelitian yang dilakukan terhadap nas ilahi di samping hadis-hadis yang sahih lagi jelas yang menyatakan hal tersebut. Semoga Allah S.W.T memberikan kefahaman yang jelas kepada kita dalam beragama.


Ameen.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-4-2017 09:16 PM | Show all posts
Edited by mbhcsf at 27-4-2017 09:20 PM

Peristiwa yang menguji keimanan

oleh JAIS

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/rencana/agama/peristiwa-yang-menguji-keimanan-1.474130#ixzz4fSIEi8iE
© Utusan Melayu (M) Bhd



MASJIDILAQSA, Palestin menyaksikan peristiwa bersejarah bagi umat Islam iaitu Israk dan Mikraj.




BAYANGKAN ketika sedang berbual di kedai kopi, datang seorang rakan kita memberitahu dia baru pulang dari Mekah. Dia juga mengakui bertolak ke Tanah Suci itu pada malam tadi dan selamat pulang pada malam yang sama.

Apakah reaksi kita? Pastinya akan menganggap rakan itu hilang akal. Masakan tidak, perjalanan yang lazimnya mengambil masa lebih lapan jam satu hala itu dapat ditempuhi pergi dan balik pada satu malam.
Namun, itulah antara analogi peristiwa yang menguji keimanan para sahabat ketika Rasulullah SAW menceritakan perjalanan baginda dalam peristiwa Israk dan Mikraj.

Allah SWT telah melakukan suatu perjalanan mulia kepada Nabi Muhammad dari Mekah, Arab Saudi ke Baitulmaqdis, Palestin sebelum diangkat ke langit hingga Sidratulmuntaha dengan diiringi malaikat Jibril.
Seterusnya Baginda naik ke Mustawa seorang diri untuk menerima perintah penting iaitu solat.




Peristiwa yang berlaku 11 tahun selepas Baginda diangkat menjadi Rasul itu dirakamkan dalam surah al-Isra ayat 1 bermaksud:

“Maha Suci Allah yang telah menjalankan hamba-Nya (Muhammad) pada malam hari dari Masjidilharam ke Masjidilaqsa, yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihat kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) kami. Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.”

Apa yang menakjubkan masyarakat Quraisy ketika itu ialah perjalanan mengambil dua bulan iaitu sebulan pergi dan sebulan balik tetapi berlaku pada satu malam.











Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/rencana/agama/peristiwa-yang-menguji-keimanan-1.474130#ixzz4fSI3tJoY
© Utusan Melayu (M) Bhd


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-4-2017 09:16 PM | Show all posts
Peristiwa agung ini menyimpan rahsia besar yang perlu diambil iktibar. Pengembaraan Israk dan Mikraj memberikan beberapa pengajaran yang menggambarkan balasan dosa-dosa dilakukan oleh umat Nabi Muhammad semasa hidup di dunia.

Demikian juga ditunjukkan ganjaran Allah bagi mereka yang berjihad, bersedekah dan melakukan amal soleh. Rasulullah juga dibawa melihat ke suatu lembah yang nyaman dan dingin, anginnya membawa bauan wangi harum semerbak kasturi, serta kedengaran suara riang gembira.

Apabila Baginda bertanya, Jibril a.s. lantas menjawab itulah suara syurga yang merayu memohon agar Allah membalas apa-apa dijanjikan. Walaupun mereka sedang menikmati perbagai nikmat syurga, namun tetap memohon nikmat lebih besar sebagai ganjaran kepada golongan beriman



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-4-2017 09:20 PM | Show all posts
PENGHULU SEGALA RASUL

Menurut riwayat Anas Bin Malik, setelah Rasulullah SAW tiba di Baitulmaqdis dengan menaiki buraq, iaitu seekor binatang berwarna putih, Baginda masuk ke dalam Masjidilaqsa dan melakukan solat sunat dua rakaat.

Menurut Ibnu Mas’ud r.a, malaikat Jibril memimpin Baginda ke hadapan untuk menjadi imam solat bersama para Rasul. Ini merupakan petunjuk bahawa Nabi Muhammad datang membawa syariat dan secara tidak langsung menamatkan syariat terdahulu.

Sebelum Mikraj, Nabi Muhammad dipertemu dengan Nabi Adam a.s. yang diperkenal oleh Jibril sebagai bapa kepada seluruh umat manusia. Ini memberi pengajaran kepada kita bahawa apabila bermusafir, perlulah lebih dahulu menemui ibu bapa atau ahli keluarga lebih tua untuk memohon restu mereka.

Menurut nukilan daripada Tafsir al-Maraghiy, peristiwa ini menunjukkan bahawa walaupun berlainan keturunan dan zaman, semua rasul bersatu di sisi Allah.



Peristiwa selanjutnya datang pula Jibril membawa dua jenis minuman, arak dan susu. Maka Nabi memilih susu. Malaikat Jibril menyatakan bahawa Nabi telah memilih fitrahnya dan susu juga melambangkan kesucian.
Kemuncak daripada peristiwa Israk dan Mikraj, Allah memfardukan solat 50 waktu sehari semalam. Tetapi dalam perjalanan pulang, Baginda bertemu lagi dengan Nabi Musa a.s. yang mengusulkan agar baginda mohon keringanan Allah kerana perintah itu berat bagi umat Muhammad.
Setelah rayuan dibuat akhirnya Allah memperkenan hanya lima waktu sahaja,tetapi ganjarannya sama dengan 50 waktu. Dalam pelaksanaan solat, badan, fikiran dan perhatian serta lafaz yang telah ditentukan ditujukan khusus kepada Allah semata-mata.




Kerana solat adalah ibadat utama yang diibaratkan seperti tiang dalam sesebuah bangunan. Hadis daripada Umar al-Khattab r.a. bahawa Rasulullah bersabda:
“Solat itu tiang agama, sesiapa yang mendirikannya bermakna maka dia mendirikan agama, sebaliknya mereka yang meninggalkannya seolah-olah meruntuhkan agama.” - Riwayat Baihaqi
Anggota tubuh yang paling tinggi dan berharga secara simboliknya ialah kepala. Dengan sebab itu ramai orang berani mempertaruh nyawa, merasa begitu sukar jika kepalanya dipermain orang.
Tetapi lain halnya ketika di hadapan Allah. Dengan penuh kesedaran, kepala rela direndahkan di tempat paling bawah sejajar dengan tempat berpijak.
Selepas peristiwa Israk dan Mikraj, Rasulullah bertambah gigih menjalankan dakwah, walaupun menghadapi pelbagai rintangan dan cabaran dari pada musuh. Baginda tetap tabah ibarat membujur lalu melintang patah untuk berdakwah ke seluruh Semenanjung Tanah Arab.
Ini memberi iktibar kepada kita dalam melaksanakan kerja kebajikan mestilah dengan semangat juang yang tinggi dedikasi dan tanggungjawab, sedia menghadapi apa jua cabaran.













Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-5-2017 01:24 AM | Show all posts
upkan.................................
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-3-2021 10:50 PM | Show all posts
Salam Israk Mikraj

27  Rejab 1442 Hijrah...

but mind you - ni hijrah kiraan di madinah  but Islam bertapak di Mekah  13 thn sebelum

so Islam = 1442 + 13 = 1455 usia nye ye...

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 10-3-2021 11:00 PM | Show all posts
The Prophet Muhammad SAWhttps://www.facebook.com/963438850483407/videos/171733623867105





Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-3-2021 11:47 PM | Show all posts
Edited by mbhcsf at 10-3-2021 11:49 PM

Perihal majlis ilmu  - Israk And Mikrajpautan asal:
https://www.facebook.com/watch/l ... ref=watch_permalink

Antara intipatinya

- Konteks kehidupan Rasulullah SAW semasa berlakunya Israk and mikraj
- Signifikan peristiwa pengembaraan Malam Hari dalam menerima 'decree' atau perintah ketetapan solat 5 waktu
- Signifikan solat 5 waktu
- Implikasi aqidah dalam menghayati  peristiwa ini








Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 06:07 AM GMT+8 , Processed in 0.486196 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list