CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 7086|Reply: 56

Pelajar 16 Tahun Maut Dipukul Abang Kekasih

[Copy link]
Post time 24-4-2017 05:11 PM | Show all posts |Read mode
Seorang pelajar lelaki berusia 16 tahun maut dipercayai akibat kecederaan parah selepas dipukul oleh abang kepada kekasihnya di padang Kampung Sentosa, Tawau.


Mangsa, Mohd Ayieruchizamsyah Lambang ditemui mati oleh ibunya pada jam 7.30 pagi ketika mahu mengejutkannya bangun dari tidur.


Fadil Marsus, Foto: Berita Harian


Ketua Polis Tawau, Asisten Komisioner Fadil Marsus, berkata berdasarkan keterangan ibu mangsa, anaknya pulang ke rumah dengan kesan lebam di pipi selain hidung berdarah pada jam 7.30 malam semalam.

"Mangsa juga ada memaklumkan ibunya bahawa dia dipukul oleh seorang yang tidak dikenali sebelum terus masuk ke bilik pada jam 8 malam. Bagaimanapun mangsa didapati meninggal dunia pada jam 7.30 pagi tadi apabila ibu cuba mengejutkan mangsa," kata Fadil.


Menurut laporan Berita Harian, motif kejadian adalah disebabkan suspek marah mangsa berkawan dengan adik perempuannya.


Suspek dikatakan marah apabila adiknya sering keluar rumah mengikut teman lelaki menyebabkannya bertindak memukul mangsa di bahagian tengkuk menggunakan sebatang kayu apabila ternampak mereka berdua-duaan di padang berkenaan.


Suspek utama kes pembunuhan itu yang berumur 18 tahun dan bekerja sebagai buruh kasar sudah ditahan reman untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. -CARI

Gambar Hiasan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-4-2017 05:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesiannya...
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2017 05:46 PM | Show all posts
cinta monyet..

budak umur 16, ko panggil gertak je, dia dah takut, xperlu pukul2..
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2017 05:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Gilos. Ko oukul Kat twngkuk pakai kayu memang innalillahiwainnailaihirajiun la
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2017 05:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalo cedera bhg kepala Berdarah hidung..berdarah telinga..bahaya oo..besar kemungkinan retak di rahang muka melarat sampai ke tengkorak..pendarahan otak
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2017 05:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Nak bg warning tp sampai membunuh. Tak pasal2 je
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-4-2017 05:59 PM From the mobile phone | Show all posts
ok ready la utk naik stage tali gantung. Next.
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2017 06:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Adakah ini dikata;'cinta sampai mati'???
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-4-2017 06:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Innalillahi wainna ilaihi rajiun  
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2017 06:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Gangster sgt. Besar sgt ke salah org tu...
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2017 07:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Alahaaiii. Teringat zaman2 sekolah dulu. Ada member yg abangnye protective gini. Tiap kali nak deting aku kene kaver dia dari abg sheols. Ujung2 kantoi dgn aku skali kena maki hamun dgn abangnya ittew. Abang2 yg protective gini bila dia bercinta takpe. Bila adek pompuan dia bercinta meroyan. Takot boipren adek dia buat mcm ape dia buat kat makwe dia ke sampai macam tu skali punya risau.
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2017 07:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Kerlast nama
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2017 07:32 PM | Show all posts
إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ.


i suspect brain trauma - injury - bleeding

jgn pukul tengkok lah...ya allah tu pun dia pukul kat bhgn tengkok

isk


yg pukul  tu buruh usia 18 thn ye...muda tu lagi.

Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2017 07:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Elokla ang duk dlm pnjara x pun mati esok2 ..lg sakan adik pompuan berjimba..terus x dpt protect langsung..sia2 ja duk protect selama ni..haihhh!
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2017 08:17 PM | Show all posts
budak sekolah gatal cekpit sibuk nak berlaki. Keluar rumah ke hulu ke hilir ikut boyfriend cakap famili taknak dengar. Sekarang boyfriend ko dah meninggal, abang ko pun silap2 kena hukum gantung. Apa perasaan ko dekk???
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2017 08:20 PM | Show all posts
kesiannya..16 thn tu budak lg kot..ko yg 18 thn tu mcm x pernah brcinta monyet kot..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-4-2017 08:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Bodoh xpyh La pukul
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2017 08:48 PM From the mobile phone | Show all posts
dakewa replied at 24-4-2017 07:14 PM
Alahaaiii. Teringat zaman2 sekolah dulu. Ada member yg abangnye protective gini. Tiap kali nak detin ...

ye bettttolllllll....dan konpiden tahap tahi anjing yg adik mereka tu cantik sangat sampai budak2 lelaki tergila2 mereka...lahaiii...konpiden sangat adik dia sesuci embun walhal sama rabak jugak kot dgn awek2 mereka..aku sangatla menyampah dgn abg2 spesis gini..merosak anak dara org boleh tp adik dia bkn main lagi...sila mereput la..dah la muka hodoh..sorry iols terlebih emosi..ada kenal yg spesis gini..huhu
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2017 08:56 PM | Show all posts
Ayieruchizamsyah

nama orang ka nama saintifik?

Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2017 08:59 PM From the mobile phone | Show all posts
adik pmpn bahlol.
dh tau abg prangai gtu..upahla kwn pmpn tekel abg dia dlu.bru dia jln.

skrg dua2 hilang.
abg msuk lokap,kekasih lak meninggal.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Mengumumkan..  Berakhirnya Hikayat Seekor Primadonna Wannabe
tumpanglalu74Mengumumkan.. Berakhirnya Hikayat Seeko
Views : 32206 Replies : 616
Tan Sri? Zainuddin Md Noh
ZORRO5555Tan Sri? Zainuddin Md Noh
Views : 3291 Replies : 39
...BICARA KEMANUSIAAN...
seribulan...BICARA KEMANUSIAAN...
Views : 39519 Replies : 129
Kisah iblis betina yang tak pernah tidur pt.2
manoppKisah iblis betina yang tak pernah tidur
Views : 7581 Replies : 2
Cafe Chef Wan
GigihadidntCafe Chef Wan
Views : 20600 Replies : 60
ALL TRAVEL SERVICE'S BY KUKKU
kukukud450ALL TRAVEL SERVICE'S BY KUKKU
Views : 1616 Replies : 0
Kuil haram besar ceroboh tanah rizab gunung, ganggu ketenteraman penduduk. Orang India sendiri tertekan apabila kuil haram dibina di depan rumahnya
ultra78Kuil haram besar ceroboh tanah rizab gun
Views : 45716 Replies : 57
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 356639 Replies : 3525
Wanita Cina hantar anak ke Tadika PASTI Cha’ah buat netizen terkesima
YgBenarWanita Cina hantar anak ke Tadika PASTI
Views : 63569 Replies : 74
Brother Kat Threads Ni Heboh Pasal Bau "Bunga Orked" Rakan Ofis
tumpanglalu74Brother Kat Threads Ni Heboh Pasal Bau
Views : 4089 Replies : 100

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2026 08:12 AM GMT+8 , Processed in 0.059538 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list