CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1639|Reply: 3

[Jenayah] [DELETE: DAH ADA BEBENANGNYA] Nur Syahida, 12, tengah sedap-sedap MAKAN dalam ru

 Close [Copy link]
Post time 24-4-2017 08:21 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Kentang.Goreng at 24-4-2017 08:35 PM


Pemburu tak ada otak...

Terkejut muka anak saudara berdarah
Isnin, 24 April 2017 @ 3:46 PM

Alor Setar: “Saya ingat bunyi bahan sampah yang sedang dibakar meletup sebelum terdengar bunyi bising di hadapan rumah dan melihat bahagian muka anak saudara berlumuran darah,” kata Rodiah Zainon, 43.

Dalam kejadian 6.30 petang semalam, Nur Syahida Bakar, 12, cedera di muka dan beberapa bahagian badan selepas terkena peluru penabur sesat ketika sedang makan di dapur rumahnya.

Wanita itu berkata, ketika kejadian dia sedang berbual bersama keluarganya di bahagian belakang rumah sebelum terdengar satu bunyi letupan yang kuat.

"Pada mulanya ingat ada bahan sampah yang meletup kerana kami sedang bakar sampah sebelum terdengar bunyi bising dari hadapan rumah mangsa.

"Saya terus ke hadapan rumah sebelum melihat keadaan mangsa yang berlumuran darah di muka dan beberapa bahagian badan yang lain akibat terkena peluru," katanya.

Katanya, dalam keadaan kelam kabut suaminya, Mohd Rahmat Othman, 40, terus menghantar mangsa bersama ayahnya ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB).

Rodiah berkata, kawasan berhampiran rumah memang menjadi tumpuan orang untuk menembak dan menangkap burung ayam-ayam.

"Selalu mereka datang untuk menembak dan menangkap burung ayam-ayam pada 4 atau 5 petang. Tetapi belum pernah ada lagi kejadian seperti ini dan saya harap tindakan segera dapat diambil bagi mengelakkan perkara seperti ini berlaku lagi," katanya.

Mohd Rahmat berkata, tembakan itu dilepaskan dari kawasan bendang di bahagian belakang pintu rumah mangsa.

"Jarak tempat lelaki itu lepaskan tembakan dengan pintu belakang rumah mangsa sangat dekat kira-kira 20 meter sahaja," katanya.



Terkena tembakan ketika makan

Isnin, 24 April 2017 @ 12:23 PM

Alor Setar: Kanak-kanak perempuan parah terkena tembakan 13 butir peluru penabur sesat dilepaskan daripada senapang patah jirannya di Kampung Lubuk Keriang, Mukim Lesong, Pokok Sena, semalam.

Dalam kejadian 6.30 petang itu, mangsa, Nur Syahida Bakar, 12, sedang makan bersama ahli keluarganya di rumah mereka yang terletak di tengah bendang.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Mohd Rozi Jidin berkata, bapa mangsa, Bakar Saad, 45, memberitahu ketika sedang makan, dia terdengar bunyi letupan di dapur rumah.

Katanya, selepas membuat pemeriksaan, bapanya menemui butir peluru berterabur di peti ais rumah dan terkena muka serta badan anak perempuannya.

"Mangsa cedera di paha, kedua-dua betis, lengan kanan, kepala serta dada dan kini dirawat di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) dan keadaannya dilaporkan stabil," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Mohd Rozi berkata, ketika kejadian pintu dapur rumah mangsa terbuka dan mangsa bersama ibu dan dua lagi adik beradiknya sedang makan di dapur dalam keadaan bersila dilantai.

"Tidak lama kemudian dua lelaki yang tinggal berhampiran rumah mangsa datang sambil membawa sepucuk senapang meminta maaf kerana tersalah sasaran iaitu niat mereka hendak menembak burung," katanya.

Susulan itu, Mohd Rozi berkata, polis menahan tiga lelaki berusia 52, 46 dan 74 bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 37 Akta Senjata 1960.

"Hasil siasatan lanjut mendapati pemilik senjata berusia 74 tahun itu mempunyai lesen sah dan  tidak tahu senjatanya digunakan oleh anaknya dan dibebaskan," katanya.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 24-4-2017 08:34 PM | Show all posts
Opppsss....

Dah ada bebenangnya.

Jiran Tersalah Tembak, Budak Cedera Parah Terkena 13 Peluru Penabur Sesat
https://mforum.cari.com.my/forum ... &extra=page%3D2

@spiderman80


Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2017 08:36 PM | Show all posts
thread dah da

@spiderman80
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2017 08:37 PM | Show all posts
mana boleh menembak di kawasan tempat tinggal orang..


tahan jerat la weiii
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 12:24 AM GMT+8 , Processed in 0.050710 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list