CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 594|Reply: 2

[Tempatan] Rakyat pilih jenama Perodua, kuasai pasaran 35.9 peratus

[Copy link]
Post time 25-4-2017 10:57 AM | Show all posts |Read mode


KUALA LUMPUR 24 April - Perusahaan Otomobil Ke­dua Sdn. Bhd. (Perodua) menguasai 35.9 peratus pasaran kenderaan daripada keseluruhan jualan industri berjumlah 140,000 buah kenderaan bagi suku pertama 2017.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Aminar Rashid Salleh berkata, Perodua merekodkan jualan sebanyak 50,300 buah kenderaan pada suku pertama 2017 berbanding 47,200 buah kenderaan bagi tempoh sama tahun lalu.

Beliau berkata, prestasi tersebut sama seperti tahun 2016, namun jualan keseluruhan industri hanya berjumlah 131,300 buah kenderaan.

“Jika dibuat perbandingan bulan ke bulan, jumlah jualan pada bulan Mac meningkat 13 peratus kepada 19,500 buah ken­deraan berbanding 17,300 buah kenderaan bagi tempoh sama 2016.

“Peningkatan jualan dipacu oleh pengenalan model Axia yang dipertingkat dan melaksanakan promosi secara agresif bagi ke­semua model Perodua,” katanya dalam kenyataan di sini baru-baru ini.

Tambah Aminar Rashid, perniagaan selepas jualan bagi suku pertama turut meningkat dengan Pusat Servis Perodua menerima 518,201 pelanggan manakala jualan alat ganti meningkat lima peratus berbanding RM65 juta untuk tempoh sama tahun lalu.

Katanya, hasil perolehan perniagaan kerangka dan mengecat meningkat 17 peratus berbanding suku sama 2016 mencerminkan kejayaan yang telah diambil untuk mengembangkan perniagaan itu pada tujuh tahun lalu.

“Dalam tempoh tiga bulan pertama, Perodua telah mengeluarkan 49,218 buah kenderaan berbanding 48,300 buah kenderaan untuk tempoh sama tahun lalu. Peningkatan tersebut didorong oleh permintaan tinggi terhadap model Axia yang dipertingkat dan Bezza.

“Buat masa ini, sebanyak 941 buah kenderaan telah dieksport ke enam buah negara, namun jumlah tersebut menurun 41 peratus berbanding 1,600 buah kenderaan bagi tempoh sama tahun lalu. Kami tetap optimis mampu mencapai sasaran awal iaitu mengeks­port 5,000 buah ken­deraan tahun ini,” ujarnya.

Dalam konteks sama, Ami­­nar Ra­shid ber­kata, Perodua me­ngekalkan sasaran jualannya sebanyak 202,000 unit tahun ini,

‘’Jualan kumpulan meningkat tahun ke tahun, mencatatkan pertumbuhan 6.6 peratus meskipun suku pertama 2017 yang mencabar,’’ katanya.

“Bagaimanapun, kami tetap mengambil pendirian berhati-hati bagi tempoh tiga suku akan datang disebabkan oleh persekitaran semasa yang mencabar,” kata beliau.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-4-2017 11:10 AM From the mobile phone | Show all posts
Nak pakai keta jepun x mampu, pakai keta bau2 jepun pun cukup la.
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2017 01:03 PM | Show all posts
tepuk poket msg2 ye.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 03:40 PM GMT+8 , Processed in 0.061071 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list