View: 1426|Reply: 7
|
Pingat Olimpik Kedua Buat Atlet Rusia Ditarik Balik IOC
[Copy link]
|
|
Isu penyalahgunaan dadah dalam sukan kini bukanlah perkara baharu. Ini kerana, dalam tahun 1967, Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa telah bersetuju untuk mengharamkan atau mengehadkan penggunaan sesetengah bahan atau kaedah yang boleh meningkatkan tahap keupayaan seseorang atlet.
Atlet berisiko disingkirkan dari menyertai pertandingan atau ditarik balik pingat yang dimenangi sekiranya didapati positif mengambil dadah atau bahan terlarang melalui ujian yang dibuat secara rambang.
Terbaru, atlet heptathlon wanita Rusia, Tatiana Chernova kehilangan pingat gangsa yang dimenanginya sembilan tahun lalu di Sukan Olimpik 2008 di Beijing, China apabila disahkan positif doping oleh Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) di Switzerland kelmarin.
Wanita besi berusia 29 tahun itu diarah memulangkan pingat tersebut selepas ujian semula yang dilakukan ke atas sampel air kencingnya mendapati terkandung dadah terlarang jenis turinabol steroid.
Chernova meraih pingat gangsa tersebut selepas pemenang pingat perak acara sama, Lyudmila Blonska dari Ukraine turut positif dadah jenis steroid. Kini pingat gangsa itu bakal menjadi milik atlet Britain, Kelly Sotherton yang menduduki tempat kelima.
Sebagai rekod, Chernova sebelum ini juga telah ditarik balik pingat perak yang dimenanginya di Olimpik London 2012 selain pingat emas kejohanan dunia 2011 di Daegu, Korea Selatan.- CARI
sumber : http://www.sbs.com.au |
|
|
|
|
|
|
|
9 tahun simpan air kencing?
|
|
|
|
|
|
|
|
asalkan dpt merasa the moment of glory kan.. |
|
|
|
|
|
|
|
Pergh semua pingat kena tarik |
|
|
|
|
|
|
|
rse simpati tapi x adil kan guna ngelat mcm ni.. |
|
|
|
|
|
|
|
kena panggil doping test ni secara rawak kan?
sib baik latuk tak kena tarik pingat mase menang olimpik dulu |
|
|
|
|
|
|
| |
|