View: 2836|Reply: 32
|
Bina Saluran Air 10 Kilometer, Ketua Kampung Habiskan Masa 36 Tahun
[Copy link]
|
|
Selama 36 tahun lelaki ini dikatakan menggali saluran air sepanjang 10 kilometer yang merentasi tiga buah gunung berikutan masalah bekalan air.
Ia juga disebabkan kedudukan kampungnya yang terletak jauh di kawasan pedalaman di pergunungan wilayah Guizhou.
Memetik laporan portal Oddity Central, demikian usaha gigih yang dilakukan ketua kampung Caowangba yang dikenali sebagai Huang Dafa semata-mata untuk menyelesaikan kekurangan air yang dihadapi oleh penduduk kampung disebabkan musim kemarau yang sering melanda kampung tersebut.
sumber : Oddity Central
Walaupun pada awalnya tindakannya itu dianggap sia-sia oleh penduduk lain, Dafa tetap meneruskan usahanya demi kemudahan orang kampungnya.
Tempoh 10 tahun pertama menyaksikan penduduk kampung melaksanakan kerja sia-sia apabila sekadar menggali saluran air sejauh 100 meter menggunakan peralatan kuno, tetapi hasil yang mereka harapkan tidak menjadi.
Akhirnya pada 1995, saliran air sejauh 7,200 meter dan saliran kecil sepanjang 2,200 meter siap sepenuhnya dan air mula melimpahi kampung Caowangba.
Malah saliran itu juga memberi manfaat kepada tiga kampung lain sepanjang laluan dan usaha tersebut dinamakan sebagai Terusan Dafa sebagai penghormatan kepada pencetus idea usaha berkenaan.
"Jika kita mampu melakukan sesuatu, maka teruskan. Jangan menunggu. Saya mungkin membazirkan tempoh berpuluh-puluh tahun tanpa melakukan perkara bermanfaat," kata lelaki berusia 82 tahun itu.
Menurut portal Oddity Central, saluran air tersebut memberi manfaat kepada 1,200 orang dan meningkatkan pengeluaran beras antara 25,000 hingga 400,000 kilogram setiap tahun.-CARI
sumber : Oddity Central |
|
|
|
|
|
|
|
gila lah, gigih pakcik! thumbs up |
|
|
|
|
|
|
|
Patut la cina menguasai dunia |
|
|
|
|
|
|
|
bagusnya..org mcm ni lah patut jadi wakil rakyat. bukan tau cakap je |
|
|
|
|
|
|
|
ada oorg 70 tahun jadi biawak hidup.. gigih jd penganggur |
|
|
|
|
|
|
|
Wah..ni macam citer manjii.. the mountain man..kisah benar.. lepas isteri dia meninggal sbb jarak jauh...dia korek gunung untuk buat jalan..guna prralatan traditional jugak... sama jugak org kampung kutuk2 dia..skrg dorg pon guna..xmalu...
|
|
|
|
|
|
|
|
Duk cina mmg x leh harapkan kerajaan sbb kawasan2 pedalaman mcm ni susah nk dpt access.. Nak tak nak kena gigih buat sendiri.. Teringat kisah kt india ke cina ek yg ada sorg lelaki ketuk bukit setiap hari utk buat terowong sbb bini dia dulu mati kena lalu jalan jauh.. |
|
|
|
|
|
|
|
Ketua mcm ni la yang layak Jadi pemimpin. |
|
|
|
|
|
|
|
asfaz replied at 25-4-2017 06:42 PM
Ketua mcm ni la yang layak Jadi pemimpin.
Ketua kita muncul 5 tahun sekali jer bila 2-3 bulan lagi nak pilahanraya... abis pilihanraya, kita bleh tgk ketua kita berjoget kat sana... berkaraoke kat sini, pusing makan angin keliling dunia... |
|
|
|
|
|
|
|
Hebatnya dik ketua kampung |
|
|
|
|
|
|
|
Sama macam kisah di utara india.
Btw...nampak seperti mereka hasilkan simen sendiri. |
|
|
|
|
|
|
|
Kipidap pakcik,salut spring sama lu |
|
|
|
|
|
|
|
Kat melaya ni ketua kampung kejanya songlap selagi ada |
|
|
|
|
|
|
|
sewajarnya say aberharap di amenerima hidayah dan ya allah berikan hidayah - Mu.
dan usahanya patut diberikan Nobel Prize - for Outstanding 'Peace' - Wellbeing achievement. patut dapat tansri , tun atau datuk sekiranya rakyat Malaysia...unsung hero...
sebab - selflessness....
|
|
|
|
|
|
|
|
oh yes - dalam thread kat CI ni jugak kan? yg beliau lakukan setelah isteri meinggal dan perjalanan jauh benar dari kampungnya ke hospital...
|
|
|
|
|
|
|
|
kenapa tak doa kan lebih byk org2 isle sudah dpt hidayah jadi cam dia?
|
|
|
|
|
|
|
|
Orang yang hebat, berwawasan & tidak putus asa. Syabas tok ketua. |
|
|
|
|
|
|
|
mbhcsf replied at 26-4-2017 03:15 AM
oh yes - dalam thread kat CI ni jugak kan? yg beliau lakukan setelah isteri meinggal dan perjalana ...
Ye..betul u...ada movie boleh tgk
Sedih tgk citer tu..betapa sygnya dia kat isteri dia.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|