CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 950|Reply: 17

[Tempatan] Malaysia bakal dipenuhi warga tua miskin, sakit

[Copy link]
Post time 26-4-2017 09:29 AM | Show all posts |Read mode
Adakah anda BAKAL tergolong sebagai warga tua Malaysia yang miskin atau sakit atau kedua-duanya sekali??

Miskin - yg miskin kita rakyat biasa yg kerja kuli sahaja. Yang kaya hanya pemimpin dan keturunannya.
Sakit?? - yang ni termasuk dengan pemimpin dan keturunannya.
miskin & sakit - SIAPA?



Selasa, 25 April 2017 @ 5:39 PM

Malaysia bakal dipenuhi warga tua miskin, sakit



Oleh Ahmad Suhael Adnan
ahmad.suhael@bh.com.my

KUALA LUMPUR: Malaysia mungkin dipenuhi dengan rakyat berusia yang miskin, sakit dan terpaksa bekerja tanpa sokongan anak atau cucu apabila menjadi 'negara tua' menjelang tahun 2035.

Pengarah Urusan, yang juga Ketua Ekonomi DM Analytics, Dr Muhammed Abdul Khalid, berkata keadaan itu akan berlaku jika tiada perubahan atau penyesuaian dasar dilaksanakan ketika ini.

Beliau berkata, tempoh Malaysia dianggarkan menjadi 'negara tua', iaitu apabila lebih 15 peratus rakyat berusia 60 tahun ke atas, adalah antara terpantas di dunia, manakala persediaan ke arahnya pula kurang diketengahkan.

Katanya, keadaan diburukkan dengan penurunan kadar kesuburan, yang akan mengurangkan jumlah kanak-kanak menjelang tahun 2050, sekali gus memberi kesan pada keadaan sosial, industri pekerjaan serta pertumbuhan ekonomi negara.

"Populasi Malaysia yang berusia 60 tahun ke atas bakal mencecah lebih 15 peratus pada tahun 2035 berbanding lapan peratus ketika ini, hanya dalam tempoh kira-kira 25 tahun...sangat pantas dan jarang berlaku.

"Jika dibandingkan negara lain, Perancis mengambil masa 115 tahun untuk menjadi negara tua, Amerika Syarikat pula 70 tahun, United Kingdom 45 tahun dan Afrika Selatan 40 tahun.

"Keadaan di Malaysia berlaku lebih pantas dan dasar semasa pula tidak bersedia sama sekali untuk menghadapi situasi ini," katanya.

Beliau berkata demikian pada Forum 'Populasi Malaysia Menjelang 2050: Apakah Kesannya Pada Sosioekonomi?' di ibu pejabat Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa (ISIS), di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Pengerusi dan Ketua Eksekutif ISIS, Tan Sri Rastam Mohd Isa; Timbalan Perwakilan dan Pakar Dasar Sosial Kanan Tabung Darurat Kanak-Kanak Antarabangsa Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) Malaysia, Dr Amjad Rabi.

Selain itu, Timbalan Setiausaha Bahagian Dasar (Pembangunan Masyarakat) Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Chua Choon Hwa. Muhammed berkata, Malaysia perlu memberi penekanan pada peningkatan mobiliti sosial dan jurang ketidaksamarataan supaya setiap rakyat menikmati taraf hidup lebih baik menjelang tahun 2050.

"Banyak kesan negatif jika ia tidak diatasi, termasuk dari segi jangka hayat. Contohnya, lelaki yang tinggal di Kelantan, iaitu negeri miskin, mempunyai jangka hayat lima tahun lebih rendah dari lelaki di Kuala Lumpur (negeri kaya)," katanya.

Sehubungan itu, katanya, dasar Transformasi Nasional 2050 (TN50) perlu fokus ke arah perkara itu dengan menetapkan objektif lebih jelas dan mengambil kira perubahan struktur populasi di Malaysia.

"Sebagai contoh, kita perlu putuskan mahu tambah lebih banyak sekolah atau hospital, tambah lebih banyak pusat jagaan kanak-kanak atau pusat kebajikan warga emas," katanya.

Katanya, terdapat dua pilihan bagi Malaysia untuk mengatasi masalah pertumbuhan ekonomi negara apabila Malaysia menjadi negara tua, iaitu sama ada mendesak peningkatan produktiviti atau mengambil pekerja asing.

"Kebanyakan negara lain yang menghadapi masalah sama akan mengambil pekerja asing berkemahiran tinggi, namun Malaysia ketika ini banyak bergantung pada pekerja asing berkemahiran rendah," katanya.


INFO
Antara isu perlu ditangani menjelang tahun 2050
        7.8 juta rakyat Malaysia berusia 60 tahun ke atas, menjadikan Malaysia 'negara tua'
        Perbezaan kehidupan antara negeri miskin dan kaya berjarak sehingga lima tahun
        Kekangan kewangan warga emas - 70 peratus miliki kurang RM50,000 apabila bersara,
        20 peratus miliki kurang RM7,000
        1 daripada 5 orang tidak mampu bertahan lama selepas bersara jika dianggarkan perbelanjaan bulanan pada kadar RM1,000
        1 daripada 3 lelaki berusia 65 tahun hingga 69 tahun perlu terus bekerja
        Pertumbuhan gaji graduan perlahan; hanya dua peratus dari tahun 2007 hingga 2015
        1 daripada 3 orang berdepan masalah hipertensi
        1 daripada 3 orang memiliki masalah mental, kadar di Kelantan dan Kedah lebih tinggi
        1 daripada 5 individu berusia 18 tahun ke bawah memiliki masalah mental
        12 peratus kanak-kanak berusia lima tahun ke bawah berhadapan masalah obesiti
        30 peratus kanak-kanak berusia lima tahun ke bawah terbantut atau kurang berat badan
        Kadar kesuburan dijangka berkurangan daripada dua anak bagi seorang wanita kepada kepada 1.7 anak

Selanjutnya di : https://www.bharian.com.my/node/275715

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-4-2017 09:33 AM | Show all posts
adalah tu yg nak dipropose to kerajaan...harap mereka ikhlas..
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2017 09:34 AM | Show all posts
Ai rasa perkhidmatan kesihatan perlu diberi perhatian lar, uols. Other than that kita perlukan anggota keselamatan lebih banyak contohnya macam askar. Ai pelik nape kau taknak serapkan NS dalam tentera jer? Please lar uols benda ni important untuk Malaysia
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2017 09:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Ada org kata biar miskin tapi gumbira.


Kan acom kan..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-4-2017 09:36 AM | Show all posts
Simunggu replied at 26-4-2017 10:33 AM
adalah tu yg nak dipropose to kerajaan...harap mereka ikhlas..

mana la tau kot dia buat macam system negara barat...
untuk yg mmg dah miskin sejak muda, mungkin ada elaun warga tua dan bantuan2 khas yg boleh diiwujudkan oleh kerajaan.
yg sakit tu, masa ni la jabatan kesihatan kena mainkan peranan yang lebih tegas.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-4-2017 09:37 AM | Show all posts
Bedah.Cun replied at 26-4-2017 10:34 AM
Ai rasa perkhidmatan kesihatan perlu diberi perhatian lar, uols. Other than that kita perlukan anggo ...

yes. Setuju.

Kementerian kesihatan kena lebih cergas dan tegas melaksanakan pelbagai kempen kesedaran untuk masyarakat.


Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-4-2017 09:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by wajevo at 26-4-2017 09:40 AM

Tapi acik-acik kepam meleise selalu hencapan, " dah tau tak mampu,  buat apa beranak banyak'.
Bodohkan acik-acik kepam meleise ni.  Hati busuk.  
Budak-budak la yang akan bekerja untuk produktiviti negara pada masa akan datang tak kira anak sapa, even anak haram. So,  kerajaan kena bantu ibubapa besarkan anak-anak,  bagi pendidikan, sehatkan budak-budak ni. Tu bukan sabsidi,  tapi tanggungjawab. Negara maju dah paham.
Anak-anak orang kaya mungkin dah migrate.  Atau mungkin dah tak berapa nak kerja hanya mengabihka  harta mak bapak aje. Tinggal anak-anak marhain lah nak harap bekerja dan menyumbang dengan upah below par.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-4-2017 09:40 AM | Show all posts
white_musk replied at 26-4-2017 10:36 AM
Ada org kata biar miskin tapi gumbira.

itu cogan kata orang malas nok..
malas keje..malas berusaha..
yg buat kerja2 pembersihan kebanyakkan orang luar aka pendatang..
rakyat malaysia pergi kemana??
Dadah & pelbagai masalah sosial.
kerja2 kotor ni jijik bagi mereka.
sudahnya RM makin jatuh.. sebab banyak mengalir ke luar negara.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-4-2017 09:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Ramai yg nk petua umur panjang. Mati lambat. Kenapa?
Bila tua, xde kudrat, pancaindera merosot...nak ke
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-4-2017 09:42 AM | Show all posts
wajevo replied at 26-4-2017 10:39 AM
Tapi acik-acik kepam meleise selalu hencapan, " dah tau tak mampu,  buat apa beranak banyak'.
Bodo ...

bullshit sangat acik2 kepam meleise yg hencap orang beranak ramai...
dah rezeki dia beranak ramai..mungkin dalam ramai2 anak dia, ada yg jd polis, askar, bomba, doktor, nurse..
daripada ko nak simpan duit beranak sorg dua tp 2-2 jadi penyumbang kepada maslaah sosial.


Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2017 09:44 AM From the mobile phone | Show all posts
annabellaruz2 replied at 26-4-2017 09:40 AM
itu cogan kata orang malas nok..
malas keje..malas berusaha..
yg buat kerja2 pembersihan kebanya ...

Pekerja cleaner kat jepun mampu hidup macam pegawai kerjaan kat meleise. Pekerja cleaner kat meleise macam mana pulak gaji dan treatment masyarakat meleise?
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2017 09:46 AM From the mobile phone | Show all posts
annabellaruz2 replied at 26-4-2017 09:42 AM
bullshit sangat acik2 kepam meleise yg hencap orang beranak ramai...
dah rezeki dia beranak ramai ...

Kat ci ni pun ramai.  Tapi belagak diva.  Eduketed katanya.  
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2017 09:46 AM | Show all posts
annabellaruz2 replied at 26-4-2017 09:36 AM
mana la tau kot dia buat macam system negara barat...
untuk yg mmg dah miskin sejak muda, mungkin ...

semua kerajaan nak terbaik utk rakyatnya...tapi tengok juga kemampuan kan....

perubatan hospital kerajaan aku rasa cukup terbaik skg...murah lagi...tahniah jbt kesihatan..
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2017 09:49 AM | Show all posts
white_musk replied at 26-4-2017 09:36 AM
Ada org kata biar miskin tapi gumbira.

ada ker miskin tp gumbira..
bg aku susah hati lagi ada la, segala benda nak risau
da risau lagik byk penyakit dtg...
da sakit lagik nak duit...
nak hidup ni mana ada benda percuma..
bernafas je kut tu pun kalau masih sihat
kalau da sakit semput2, nak bernafas pun kena bayar
ada ke hospital nak bg kita duduk n guna peralatan n ubat dia dgn percuma


Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2017 10:15 AM | Show all posts
Yg aku nmpk insurance sector tersenyum lebar dgr statement camni untuk increase premium. Baru2 ni aku dapat surat dari insurance company katanya premium akan naik 15% based on medical inflation yg skrg ni katanya dah cecah 16%. Next year 18% plak. Boleh eh camni? Studies pun conducted by 3rd party..
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2017 10:29 AM | Show all posts
wajevo replied at 26-4-2017 09:39 AM
Tapi acik-acik kepam meleise selalu hencapan, " dah tau tak mampu,  buat apa beranak banyak'.
Bodo ...

agreed on that..100% right to the point
generasi baru yg ada kena dididik sebaiknya..diorglah yg bakal mewarisi kehidupan mendatang. dididik agar menjadi insaniah cekal dan penuh jati diri.. apa acik-acik kepam tu igt beranak sekadar bagi susu baju makan pakai elok je ke..nilai2 murni disiplin diri perlu dititikbertkan dari awal lagi.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 26-4-2017 10:55 AM | Show all posts
Simunggu replied at 26-4-2017 10:46 AM
semua kerajaan nak terbaik utk rakyatnya...tapi tengok juga kemampuan kan....

perubatan hospita ...

ya betul..
mana yang baik kita puji..
rakyat yang kaya raya pun pg spital gomen.
Tp yg berlagak macam penyamun maki hamun pekerja hospital sebab servis lambat, nak layanan 1st class, jgn kedekut, pg swasta..

Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2017 12:18 AM From the mobile phone | Show all posts
annabellaruz2 replied at 26-4-2017 09:40 AM
itu cogan kata orang malas nok..
malas keje..malas berusaha..
yg buat kerja2 pembersihan kebanya ...

Ada...yg penting lumayan...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 11:45 AM GMT+8 , Processed in 0.068748 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list