CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 452|Reply: 2

[Tempatan] Penguatkuasa DBKL terlalu lemah punca lorong teks, bas disalahguna

[Copy link]
Post time 26-4-2017 09:58 AM | Show all posts |Read mode


KUALA LUMPUR 25 April - Kewujudan lorong khas bagi bas dan teksi di beberapa jalan utama di sekitar ibu negara antara lain bertujuan memastikan rangkaian sistem pengangkutan yang komprehensif dan efisien.

Bagaimanapun, kemudahan eksklusif kepada pengangkutan awam berkenaan terus diceroboh dan disalah guna pemandu ken-deraan persendirian.

Tinjauan Utusan Malaysia di beberapa jalan utama di Jalan Sultan Azlan Shah, Jalan Pahang, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Jalan Tun Tan Cheng Lock dan Jalan Syed Putra mendapati, masih ramai pengguna jalan raya yang ing­kar terhadap peraturan tersebut.

Walaupun tanda ‘BAS, TEKSI SAHAJA’ dicat dengan jelas di permukaan jalan raya, peringatan itu tidak ubah sekadar hiasan sahaja.

Bahkan papan tanda yang dipasang mengenai penggunaan lorong bas iaitu dari pukul 6 pagi 8 malam kecuali Ahad dan pelepasan am di sepanjang jalan juga tidak diendah.

Sepanjang pemerhatian selama hampir dua jam, ramai pemandu kenderaan persendirian dengan selamba menyalahgunakan laluan khas yang disediakan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) itu.

Lebih mengecewakan apabila ada segelintir mereka menjadikan lorong khas tersebut sebagai tempat letak kenderaan.

Sikap itu sekali gus menyebabkan aliran trafik di pusat bandar raya terjejas teruk.

Situasi itu juga ternyata menyusahkan pemandu teksi dan bas bandar yang mahu berhenti mengambil dan menurunkan penumpang di hentian sepanjang jalan itu.

Kedegilan pemandu kende­raan yang ingkar terhadap peraturan ditetapkan seolah-olah men­-
cabar pihak berkuasa.

Utusan Malaysia difahamkan, perbuatan itu berlaku kerana kurang atau boleh dikatakan tiada pemantauan dan tindakan penguatkuasaan oleh pihak-pihak berwajib.

Sehubungan itu, DBKL bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) digesa lebih tegas dan agresif menangani masalah ini .

Jika beginilah sikap warga kota dan pihak berkuasa yang tidak mengambil serius, sampai bila pun usaha menjadikan ken-deraan awam sebagai pengangkutan utama tercapai.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-4-2017 10:09 AM From the mobile phone | Show all posts
Ronda ronda kuala lumpur, terlepas xleh patah balik haha.
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2017 10:20 AM | Show all posts
Tegas sgt nnti monyet2 kasi viral
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 06:44 AM GMT+8 , Processed in 0.060909 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list