CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1769|Reply: 15

[Dunia] Reputz CNN tak buat research ke, manusia tertua di dunia sebenarnya ada di Mala

[Copy link]
Post time 26-4-2017 10:29 AM | Show all posts |Read mode





Baru-baru ini pada tanggal 17 April 2017, laman berita CNN telah melaporkan tentang kematian seorang manusia tertua yang pernah hidup di abad ini. Emma Morano yang dilahirkan pada 29 November 1899 dikhabarkan telah meninggal dunia pada umur 117 tahun. Pihak iluminasi.com telah membuat sedikit carian di internet mengenai manusia tertua di dunia namun tidak dijumpai yang melebihi rekod Emma Morano (untuk abad ini sahaja).




Namun, berita yang dilaporkan BERNAMA mengenai seorang nenek berumur 115 tahun dan masih mampu membancuh kopi sendiri pada lima tahun lepas masih segar di ingatan penulis. Dan lebih mengejutkan lagi apabila mengetahui individu tertua di Malaysia ini masih hidup sehingga kini. Jadi terbukti laporan CNN adalah tidak benar sama sekali mengenai manusia tertua di dunia itu.






Manusia tertua di dunia berumur 121 tahun
Puan Binti Ahmad dilahirkan pada 12 April 1896 di Kodiang, Kedah. Menurut laporan TheStar Online, Puan Binti Ahmad atau lebih dikenali sebagai Tok Puan,pernah memiliki enam orang suami. Beliau menceritakan bahawa rahsia kesihatan tubuh badannya adalah dengan mengamalkan makan ulam-ulaman sejak kecil. Beliau juga cuma mengamalkan perubatan tradisional untuk masalah kesihatan yang tidak kritikal.

Pendengaran Tok Puan masih baik walaupun sudah berumur 121 tahun. Cuma penglihatannya agak kabur sedikit. Tok Puan masih mampu bergerak tanpa pertolongan sesiapa dan mampu memasak serta membancuh kopi untuk dirinya sendiri. Dewasa kini, disebabkan sudah berumur Tok Puan lebih memperbanyak berehat dari membuat kerja-kerja rumah.

Puan yang menetap di Kuala Sanglang mempunyai empat anak berusia antara 58 dan 70 tahun serta 19 cucu dan 47 cicit, dilaporkan baru menyambut ulang tahun kelahiran ke-21 pada 12 April lalu ekoran kekeliruan pada MyKad miliknya itu.




Masalah sistem pendaftaran
Menurut laporan dari SinarHarian pada tahun 2012, sistem pendaftaran telah mengesahkan bahawa Puan Binti Ahmad hanya berumur 15 tahun justeru membuatkan beliau gagal untuk memohon BR1M pada ketika itu. Disebabkan perkara inilah menyebabkan Puan Binti Ahmad menjadi tular pada tahun 2012 yang lalu. Hal ini bagaimanapun telah diselesaikan dengan baik.





Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-4-2017 11:31 AM From the mobile phone | Show all posts
apa kata msian book of record
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2017 12:57 PM | Show all posts
org zaman dulu bukan tepat sgt tahun kelahiran dorg dlm surat beranak tu..kadang2 surat beranak hilang 5 kali, 5 kali lah tukar tahun kelahiran.

nenek aku sdiri x ingt/ buat2 x ingt bila tahun dia lahir (sbb xnak mengaku tua). katanya dlm ic tu x betol.
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2017 03:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Kokosen memang dabel stendet
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-4-2017 04:08 PM | Show all posts
matchstick replied at 26-4-2017 12:57 PM
org zaman dulu bukan tepat sgt tahun kelahiran dorg dlm surat beranak tu..kadang2 surat beranak hila ...



boleh pulak xnak mengaku tua.

pergi check JPN la



Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2017 04:16 PM | Show all posts
umur 121 tahun.
anak  4 org,  umur 58-70 tahun

kalau yg umur 70 tahun tu anak sulung, bererti  nenek ni branak pada umur 51tahun lah...
ke anak yg 58-70 th tu yg masih hidup lagi?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-4-2017 04:47 PM From the mobile phone | Show all posts
wajevo replied at 26-4-2017 03:20 PM
Kokosen memang dabel stendet


bukan dabel standard.tp utk dpt iktiraf Guiness world record kena ada bukti rasmi surat beranak assal yg  ada catat tarikh lahir tu.kalo stakat birth date kat ic moden mmg diorang tak kira
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2017 04:54 PM | Show all posts
reddots replied at 26-4-2017 04:16 PM
umur 121 tahun.
anak  4 org,  umur 58-70 tahun

logik jgk pengiraan chuolls tu....takkan zaman dulu umo 51 tahun baru nak beranak sulung...unless nenek ni andartu, umo 50 baru dpt jodoh, 51 beranak sulung....

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-4-2017 05:26 PM | Show all posts

cnn mana nak iktiraf ummah moslem. rekod2 dunia nak bagi puak dia je
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2017 05:37 PM | Show all posts
Kalau nak diikutkan Indon lagi mendunia.. Mbah Gotho usianya dah mencapai 146 tahun.....


Oleh kerana takde bukti yang sahih surat beranak jadi x dapek lah nak diiktiraf sebagai manusia tertua................
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2017 05:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Ape ke bongok sistem pendaftaran
, tua kertu mcm tu dikatenye 15 tahun.
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2017 06:16 PM From the mobile phone | Show all posts
matchstick replied at 26-4-2017 12:57 PM
org zaman dulu bukan tepat sgt tahun kelahiran dorg dlm surat beranak tu..kadang2 surat beranak hila ...

ya. zaman british dulu masa buat kad pengenalan atau dulu dipanggil pasport tarikh lahir main tanya dan catat je.tak ada soal jawab dan bukti pun.umor pun boleh tipu tipu je. bukti arwah ayah aku lahir 1944 tapi tulis 1945.tarikh lahir hanya tulis' somewhere in julai 1945'. uncle aku umor 19 tahun bila nak masuk jadi ashkar boleh plk tipu kata umor 21 tahun.
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2017 10:23 PM From the mobile phone | Show all posts
krustykrab replied at 26-4-2017 04:54 PM
logik jgk pengiraan chuolls tu....takkan zaman dulu umo 51 tahun baru nak beranak sulung...unless  ...

Amboi subur nya... Umur 51 baru nak branak sulung
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2017 10:30 PM From the mobile phone | Show all posts
reddots replied at 27-4-2017 10:23 PM
Amboi subur nya... Umur 51 baru nak branak sulung

Tu kalau kira ikut apa yg onyang ni claim la
Eh tp nek ta subuq jgk walau kertu
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2017 11:11 PM | Show all posts
paling tua 70 tahun (lahir masa makcik ni umur 50 tahun) .. anak bongsu umur 58 tahun (lahir masa makcik ni umur dlm 60 tahun) ..

????
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2017 11:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by EJALTI at 27-4-2017 03:33 PM

Halllowwww....indon jongos pakar claim mengelaim dah cuba claim manusia tertua dari keturunan indon jongos okehhhh.

Tapi sayangnya indon jongos tak mampu bagi bukti,  cuma mampu sembang kencang dan berak merata2 jewww...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

23-4-2024 07:25 PM GMT+8 , Processed in 0.575945 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list