CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2994|Reply: 25

China Haramkan Bayi Diberi Nama Islam

[Copy link]
Post time 26-4-2017 10:55 AM | Show all posts |Read mode
Terbaru China mengenakan peraturan baharu di wilayah paling ramai dihuni umat Islam dengan melarang mana-mana bayi diletakkan dengan nama Islam, kononnya untuk mematahkan kumpulan ekstremis.


The New York Times melaporkan, dokumen bertajuk ‘Peraturan Nama bagi Etnik Minoriti’ melarang nama digunakan orang Islam seluruh dunia, termasuk Imam, Hajj, Islam, Quran, Saddam dan Medina.


Memetik laporan Kumpulan pemantau yang berpendapat tindakan itu mengehadkan hak-hak asasi manusia berkata, peraturan berkenaan dilaksanakan di wilayah Xinjiang di mana Parti Komunis China mengenakan peraturan ketat terhadap Islam, kononnya untuk menyekat gerakan ekstremis, selain pejuang Uyghur.


Mana-mana bayi yang memiliki nama ‘agama keterlaluan’ akan dihalang daripada didaftarkan dalam sistem pendaftaran isi rumah yang mengawal akses kepada penjagaan kesihatan dan pendidikan, kata seorang pegawai polis Urumqi kepada RFA.


“Anda tidak dibenar memberi nama yang mempunyai rasa agama yang kuat, seperti Jihad. Perkara yang paling penting di sini adalah konotasi nama seperti perang suci atau pemisahan,” katanya.


Senarai nama yang diharamkan itu sebelum ini diperincikan di wilayah Hotan pada 2015, tetapi kini dilaksanakan di seluruh Xinjiang, yang dihuni kira-kira 10 juta umat Islam.- CARI

sumber : www.independent.co.uk

sumber : www.telegraph.co.uk
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-4-2017 11:05 AM From the mobile phone | Show all posts
nama islam atau nama Arab?

org yg kurang budaya mmg senang2 tukar jadi arabian
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2017 11:09 AM From the mobile phone | Show all posts
Ok la tu.ko bukan islam buat apa nak acah2 nama islam.nanti ko berak tepi jalan yg dapat malu nama orang islam jugak.malu sehh
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2017 11:09 AM | Show all posts
baru dengar nama dah takut...apa punya tarak jati diri punya kaum daaa.

Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2017 04:15 PM | Show all posts
sulaiman ada bunyi cina ok
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2017 07:58 PM From the mobile phone | Show all posts
propaganda Us dan yahudi berjaya akhirnya..china pun dah termakan dengan agenda buruk2 kan nama islam
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-4-2017 09:05 PM | Show all posts
ramai je cina kekal gune nama asal bila msuk islam
so pprt sungguh pihak berkuase sana
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2017 09:19 PM | Show all posts
Kalau kat Msia pulak, Melayu totok terasa mcm berdosa bukan Melayu revert Islam tapi masih guna nama asal ikut bangsa.
Melayu totok yang duduk bawah tempurung, yang masih fikir Melayu ialah Islam.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-4-2017 09:31 PM | Show all posts
ini bukan cabaran biasa ke dalam negara yg mengamalkan ideologi komunis - i mean bukan kah ini sesuatu yg expected?

even soviet dulu pun?

kan?


so - boleh bagi nama asalkan nama tu tak simbolik pada  idea yg ' keterlalaun' - depa ni takut sikit  agama. understood sebab secular.
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2017 09:39 PM From the mobile phone | Show all posts
iman orang lemah sgat kot....gigil dengar nama islam...
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2017 09:41 PM From the mobile phone | Show all posts
hukaloh...dgn nama pun takut.....harapkan kapal perang jer besar...hati macam tikusss
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2017 09:41 PM From the mobile phone | Show all posts
hukaloh...dgn nama pun takut.....harapkan kapal perang jer besar...hati macam tikusss
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2017 09:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Nama arab tu. Nama islam plak
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2017 11:28 AM | Show all posts
cmf_acura replied at 26-4-2017 09:41 PM
hukaloh...dgn nama pun takut.....harapkan kapal perang jer besar...hati macam tikusss

mengekek ketawa baca uols
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2017 12:40 AM | Show all posts
mbhcsf replied at 26-4-2017 01:31 PM
ini bukan cabaran biasa ke dalam negara yg mengamalkan ideologi komunis - i mean bukan kah ini sesua ...

tak laa sezalim muslim indon yg mengharamkan terus nama china   
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2017 12:41 AM | Show all posts
cmf_acura replied at 26-4-2017 01:41 PM
hukaloh...dgn nama pun takut.....harapkan kapal perang jer besar...hati macam tikusss

muslim indon langsung mengharamkan penggunaan nama china utk umat tionghua  
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-4-2017 12:55 AM | Show all posts
cmf_acura replied at 26-4-2017 01:39 PM
iman orang lemah sgat kot....gigil dengar nama islam...

Apa bezanya dengan negate Arab tu? Non Moslem nak makan di bulan puasa pun dalam shopping comp pun tak boleh.

Sama aja.
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2017 01:00 AM | Show all posts
Edited by FOTHER-MUCKER at 27-4-2017 05:04 PM
mbhcsf replied at 26-4-2017 01:31 PM
ini bukan cabaran biasa ke dalam negara yg mengamalkan ideologi komunis - i mean bukan kah ini sesua ...

Sama juga dengan pak dan mak arab tu kan di negara mereka kan? Non Moslem di paksa ikut cara mereka ..kekononya untuk menghormati isle, tapi bila bangsa arab sampai eropah mereka lupa dari dari tanah mana mereka datang. Bulan puasa selamba je atok nenek suami isteri dan anak anak makan minum di public tak Ada rasa bersalah dan malu dengan bangsa mereka sendiri. Konon isle sangat! Jadi isle di negara sendiri sebab takut kena hukum..buat apa? Memalukan pada ummah kafer lahanat eropah je!

Sama aja.
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2017 01:02 AM | Show all posts
Muhammad Dipenjara 16 Tahun, 10 Sebatan Kesalahan Merogol




sokmo.net  October 18, 2016         Berita
Anggota Tentera Dipenjara 16 Tahun, 10 Sebatan Kesalahan Merogol



Mahkamah Sesyen Kota Bharu hari ini menjatuhkan hukuman penjara 16 tahun dan 10 sebatan terhadap seorang anggota tentera atas tuduhan merogol.

Hakim Ahmad Bazli Bahruddin mengenakan hukuman tersebut ke atas Muhammad Hafizan Pauzi, 23, selepas mendapati pihak pembela gagal menimbulkan keraguan yang munasabah.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan.

Mengikut pertuduhan, Muhammad Hafizan yang bertugas sebagai anggota tentera di Temerloh merogol seorang wanita berusia 22 tahun di loji air Merbau Chondong, Pulai Chondong, Machang jam 6.30 petang pada 16 Februari 2015.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Siti Hajar Alias, meminta hukuman setimpal dikenakan terhadap tertuduh memandangkan kejadian itu dirancang, bukannya disengajakan.

Peguam tertuduh, Ahmad Zubairi Salleh memohon hukuman berkenaan ditangguhkan sehingga rayuannya didengar di Mahkamah Tinggi.

Mahkamah kemudian membenarkan permohonan tertuduh dengan jaminan RM20,000. – 18 Oktober 2016.

https://sokmo.net/2016/10/18/anggota-tentera-dipenjara-16-tahun-10-sebatan-kesalahan-merogol/
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2017 01:03 AM | Show all posts
FOTHER-MUCKER replied at 27-4-2017 05:00 PM
Sama juga dengan pak dan mak arab tu kan di negara mereka kan? Non Moslem di paksa ikut cara merek ...

mmg jijik dgn puak2 nie   
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 12:10 AM GMT+8 , Processed in 0.244908 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list