CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: NormanJB

[Tempatan] Pelajar Tahfiz Dipercayai Dipukul Warden Meninggal Dunia

[Copy link]
Post time 26-4-2017 11:40 PM From the mobile phone | Show all posts
OsHiN_hOnEy replied at 26-4-2017 11:38 PM
ye katanya mak dia bawa gi klinik sebab arwah tak boleh nak pijak pun lantai sebab sakit

kal ...

Xtaula dah ada org tepek belum ni...


Viral tentang budak tahfiz yg kena pukul dgn getah paip tempoh hari & kaki dia jadi hitam....... Baca cerita d bawah.

Gangren / Apabila Sel sel mati
Biar kita tersilap ampun dari kita tersalah hukum.

Saya kongsikan cerita ini hampir 14 tahun saya simpan. Tidak ada siapa tahu suatu ketika dulu keluarga saya berada di bawah pemantauan kementerian kesihatan kerana penyakit yang dijangkiti oleh maid saya.

Ingin saya berkongsi cerita tentang gangren. Gangren ini berlaku apabila sel sel telah mati menyebabkan daging busuk. Daging busuk tadi disebabkan oleh kuman.

Kiranya kuman ini memang sudah lama ada di dalam tubuh seseorang tetapi duduk rehat/ pasif.

Suatu hari maid saya terjatuh , terjelepok kelantai menyebabkan kakinya sakit. Katanya terseliuh. Salah urat. Cuma disapu minyak panas dan urut sikit sikit.

2 hari selepas tu maid saya demam. Saya bawa ke klinik, doktor kata demam denggi. Kakinya bengkak dan kehitam hitaman. Doktor kata seperti berlaku pendarahan. Sepatutnya nampak kemerah merahan tetapi kulit maid saya gelap, warna merah jadi warna hitam. Bimbang akan lebih mudarat doktor menasihati agar dibawa ke hospital. Oleh kerana maid warga asing, saya masukkan maid ke hospital swasta. Hospital Pakar Johor.

4 hari berada di wad. Doktor pakar benar benar melakukan siasatan kenapa kaki maid saya yang asalnya cuma terseliuh boleh bengkak dan bertukar warna hitam. Doktor memaklumkan kepada saya bahawa sel sel telah mati. Kaki maid jadi gangren. Doktor pakar menasihati saya agar maid dipindahkan ke Hospital Kerajaan. Kos rawatan sangat tinggi jika meneruskan rawatan di situ. Setelah urusan discaj, bil rawatan selama 4 hari mencecah RM 5,500.00. Doktor menyediakan surat rujukan untuk meneruskan rawatan di hospital kerajaan. Satu saja yang hospital pakar sembunyikan mereka tak nak bagitahu kenapa gangren boleh terjadi. Mereka suruh saya tanya pakar di hospital kerajaan. Doktor pakar menasihati saya mesti dibawa menerima rawatan segera dan jangan sekali kali bawa pulang ke rumah.

Memandangkan maid memang sakit dan lemah, terus saya bawa dari Hospital Pakar Johor ke Hospital Sultanah Aminah. Saya sudah tidak kira lagi kos rawatan yang perlu saya tanggung demi membantu orang yang sakit. Memang kena bayar deposit sebab maid warga asing.

Baru 2 hari duduk dalam wad, doktor pakar perubatan dan doktor pakar kulit HSA sudah memanggil saya datang untuk menerangkan kenapa kaki maid jadi gangren dan rawatan selanjutnya.

Doktor menerangkan kaki maid jadi gangren, sel sel mati disebabkan maid saya telah dijangkiti kusta. Kusta ini bukan baru tetapi telah ambik masa bertahun tahun berada dalam tubuh maid cuma tidak aktif. Maid terjatuh telah merangsang kuman aktif dan menyebabkan sel sel dikaki mati. Pendek kata kuman ni serang kaki dulu. Sebenarnya kuman tu telah berada diseluruh tubuh tapi yang lain masih tidor. Jelas kelihatan kulit dibeberapa bahagian menebal dan hilang deria rasa. Itu pun kami tahu setelah doktor pakar memeriksa secara terperinci disetiap bahagian tubuh maid saya. Banyak lagi simpton lain yang mengesahkan maid saya mengidap kusta.

Kusta bukan alang alang penyakit. Penyakit kusta ada tercatat dalam kisah nabi Musa. WHO telah mengistiharkan mana mana kawasan atau sesiapa yang terkena penyakit kusta perlu diasingkan/ dikuarantin. Hidup dalam pengasingan. Dulu di Sg Buluh, Selangor ada sebuah Hospital untuk merawat orang orang yang berpenyakit kusta. WHO juga telah mengistiharkan rawatan untuk orang sakit kusta adalah percuma.

Plan rawatan awal yang doktor maklumkan kepada saya ialah menjalani pembedahan plastik keatas kaki maid. Bermakna daging daging kaki semuanya dibuang termasuklah kulit kulit kaki. Asalnya jatuh terseliuh tu sebelah kaki saja, tetapi terjadi gangren dikedua dua belah kaki. Pembedahan plastik dilakukan dikedua dua belah kaki dari buku lali hingga ke lutut. Doktor kata kuman tu baru merosakkan sel sel dalam daging saja belum masuk ke tulang, jadi tidak perlu potong kedua dua kaki.

Plan seterusnya doktor menasihati selepas pembedahan dijalankan, ubat diberikan maid mesti diha

ntar pulang ke negara asalnya. Saya akur kerana ini adalah perintah Kementerian Kesihatan Malaysia apabila laporan diberikan terdapat seorang pesakit kusta warga asing berada di Malaysia. Tahun 2002 Malaysia sudah diistiharkan negara bebas kusta. Jadi bila ada kes  yang melibatkan warga asing, kerajaan dibawah Kementerian Kesihatan Malaysia mengarahkan warga asing itu mesti dihantar pulang setelah diberikan rawatan.

Selama 56 hari maid menerima rawatan di HSAJB. Hari hari saya melawat dan menjaga maid. Semua kos rawatan di hospital swasta saya tanggung. Baru saya tahu kenapa hospital swasta tidak mahu memaklumkan kepada saya tentang penyakit sebenar kerana saya boleh memohon pengecualian kos rawatan. Sebaliknya selepas saya bayar semua bil rawatan, saya dinasihatkan masukkan maid ke hospital kerajaan.

Ikut kiraan kos rawatan warga asing di hospital kerajaan selama 56 hari, dengan pembedahan plastik lagi jumlah boleh mencecah RM 10,000.00. Tetapi kerana kusta dibawah pemantauan WHO maka kos rawatan dikecualikan. Sebaik keadaan maid stabil, berbekalkan ubat ubatan untuk sebulan surat dari KKM telah dikeluarkan agar dihantar pulang ke negara asal. Saya terpaksa menghantar maid pulang melalui jalan laut. Bantuan imegresen dan kastam maid ditemani saudara pulang. Bila sampai negaranya maid perlu dimasukkan semula ke hospital dinegaranya. Bukan pulang ke rumah. Jika ikutkan saya , saya tak mahu hantar maid pulang ke negara asalnya sebab nanti maid tentu tidak mampu biaya rawatan di sana dan tidak ada siapa yang akan ambik peduli kesihatan dan rawatannya.

Benar maid ini bukan orang kaya. Kos rawatan kesihatan dinegaranya tinggi. Ubat ubatan yang KKM bekal untuk sebulan telah habis. Untuk membeli ubat lagi maid tidak mampu. Beberapa bulan selepas itu saya mendapat khabar, bekas maid saya ini telah meninggal dunia. Kuman kuman telah menyerang seluruh anggota tubuhnya menyebabkn daging daging busuk. Banyak sel sel tubuh mati. Tanpa rawatan yang sepatutnya kaki dulu tu dipotong menyebabkan kuman aktif dan bermaharajalela.

Kesan keatas keluarga saya ialah kami semua telah dikehendaki menjalani pemeriksaan kesihatan di bawah klinik pakar kulit HSA selama beberapa tahun. Oleh kerana ketika maid mula bekerja di rumah saya, saya sedang mengandung anak bongsu, anak bongsu lahir dia yang menjaga ketika saya keluar bekerja. Maka anak bongsu yang paling kerap bersama maid sepanjang setahun maid bersama saya. Anak bongsu diletakkan bawah pemantauan doktor pakar kulit selama 10 tahun. Siapa saja yang pernah tinggal bersama saya dalam tempoh maid tinggal dengan saya perlu menjalani pemeriksaan kesihatan berkala.  Sehingga kami diistiharkan bebas dari jangkitan kusta.

Saya hampir hilang kewarasan dalam bertindak kerana rasa tertekan. Seluruh ahli keluarga terdedah dengab kuman kusta. Kuman kusta ini bukan bertindak cepat sebalik pasif sehingg tiba saat diaktifkan dan apabila sudh aktif tidak dapat dihentikan lagi. Walaupun doktor menerangkan keadaan keluarga saya terkawal kerana maid sempat diberikan ubat ubatan. Tetapi sebelum maid menerima rawatan seluruh keluarga saya terdedah dengan penyakit itu. Anak anak saya masih kecil ketika itu.

Sungguh Allah yang Maha Berkuasa menjaga keluarga saya dari terkena jangkitan kuman kusta. Keluarga saya sudah melepasi tahanan kawalan. 14 tahun telah berlalu. Tidak lagi keluarga saya perlu menjalani pemeriksaan pemantauan penyakit kusta.  

Ini saya kongsikan agar kita tidak khilaf menuduh seseorang yang menyebabkan gangren dan kaki terpaksa dipotong.  Sebatan getah paip mungkin asbab kuman dalam tubuh aktif dan menyerang sel sel.  Tapi bukan orang itu yang mencelakakan hingga kaki dipotong.

Takut takut dosa membuat tuduhan membukit nanti dan payah kita mencari orang yang kita tuduh untuk memohon maaf.

Melihat sel sel kaki mati, daging busuk boleh muntah. Saya pernah membawa anak melawat maid di hospital, anak saya terus muntah kerana tidak tahan bau dan ngeri. Kulit terkoyak dan daging tu jatuh sendiri sebelum pembedahan plastik dijalankan.

Ambillah pelajaran dan iktibar bahawa setiap be

rlaku ada asbabnya sedang itu memang sudah tertulis sejak azali.

Wahai anak anak, Ahmad Ali Aqbar, Ali Gaban, Dr Najdah Othman , Dr Amiratun Nazihah,
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-4-2017 11:41 PM | Show all posts
allhaillll replied at 26-4-2017 11:37 PM
ya i pun rasa kesian budak umur tu kena tinggal asrama penuh. taktau urus diri lagi.
dan dan l ...

kann? why PLKN atau apa saja institusi tu start not from 10-11 years old? sebab budak umur tu mana lar dia tahu nak urus diri dia? entah2 jenis anak yg manja tidur berkepit dgn mak, bila mak pak kerasukan nak 'anak berdikari' tiba2 di campak to strangers, shin tak boleh nak baca luahan hati arwah, mcm rasa nak pergi depan muka mak pak dia and tepuk tangan jer
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2017 11:43 PM | Show all posts
atira replied at 26-4-2017 11:38 PM
mak dia dah fefeeling masuk syurga ka?
senang je la jadi mak pak caprut kat malaysia ni...

arwah anak syurga katanya Tira, mesti lar mak pak confirm masuk syurga kan?




Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2017 11:43 PM From the mobile phone | Show all posts
eyansss replied at 26-4-2017 05:20 PM
setuju... paed aku pun pesan menda yang sama... biar la orang kata kita poyo la, paranoid la, meng ...

Atuk saudara me pon koma setelah mkn ubat kawan..sbb ubatnya dah habis.. igtkn ubat sama jer....

So apa2 pon kenalh ambil ikut dr...  setakt panadol tu ok je
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2017 11:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Umur 10 - 13 tu mcm kecik sgt dan xtahu fikir.. yg rs kuat skit asyik nk membuli je kejenya
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2017 11:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Takziah utk keluarga mangsa.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-4-2017 11:58 PM | Show all posts
JOHOR BAHRU 26 April - Jenazah Mohamad Thaqif Amin Mohd. Gaddafi meninggalkan Jabatan Perubatan Forensik Hospital Sultan Ismail (HSI) di sini pukul 10.50 malam ini.

Jenazah pelajar madrasah tahfiz swasta yang meninggal dunia pada pukul 2.05 petang tadi selesai dibedah siasat bermula pukul 6 petang tadi.

Arwah dibawa pulang ke kediaman keluarga di Felda Bukit Aping Timur, Kota Tinggi sebelum dikebumikan di tanah perkuburan Islam di situ. - UTUSAN ONLINE



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/ ... 74471#ixzz4fN6iZ1uq
© Utusan Melayu (M) Bhd
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2017 01:00 AM From the mobile phone | Show all posts
OsHiN_hOnEy replied at 26-4-2017 11:41 PM
kann? why PLKN atau apa saja institusi tu start not from 10-11 years old? sebab budak umur tu mana ...

luahan hati yang arwah cakap nak pindah sekolah tu ke?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-4-2017 01:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Mak bapa yg hantar anak2 bsekolah di sekolah kerajaan percuma sgt cerewet bbagai perkara. Cuit pun nk kecoh 1 kg.

Camana mak bapa boleh hantar anak2 kat sekolah sek2 spt ini d mana silibus pembelajarannya pun x seragam antara tahfiz. Sek2 tahfiz ni bukan murah. Bukan percuma so called agama sgt. Kat kg hubby ai busuuk2 pun bulanan 3xx.

Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2017 02:20 AM From the mobile phone | Show all posts
mommymonster82 replied at 26-4-2017 11:40 PM
Xtaula dah ada org tepek belum ni...



Orang ni nak ckp arwah kena kusta ke? Tp katanya malaysia dah bebas kusta kan? Seramnya penyakit ni.. minta dijauhkan. Dahla ramai foreigner merata2 jenis bwk penyakit
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2017 02:49 AM | Show all posts
kesiannya......


Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2017 05:12 AM From the mobile phone | Show all posts
Ustaz tu pukul mybbkan melecet n jangkitan kuman. Parents bwk balik budak ni ke rumah n perap 20 hari kat rumah sehingga jangkitan tu merebak. Dah merebak baru lah parents tu bwk anak ke hospital. Aku rasa parents ni negligent. Mereka juga bersama2 mybbkan thaqif tak di rawat dgn segera. Most likely kalo terus bwk ke hospital budak ni dpt di selamatkn.
Kita juga xtau samada selepas di bwk balik , thaqif do sebat pula oleh bapanye sbb thaqif x mau balik asrama. 20 hari semasa thaqif di perap di rumah tanpa rawatan perubatan mgkn juga kunci misteri kenapa kes ini berakhir dgn tragik.
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2017 05:18 AM From the mobile phone | Show all posts
kittycomel replied at 27-4-2017 05:12 AM
Ustaz tu pukul mybbkan melecet n jangkitan kuman. Parents bwk balik budak ni ke rumah n perap 20 har ...

Mungkin juga.. Mungkin juga disebat pula oleh bapanya sebab orang melayu selalu cakap

"Aku kena sebat/rotan dgn cikgu kat sekolah balik rumah kalau bagitau Mak bapak aku, aku kena sebat lagi"

Tu mmg ayat favourite org melayu bila sembang pasal kena sebat/rotan kat sekolah
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2017 06:22 AM | Show all posts
white_musk replied at 27-4-2017 05:18 AM
Mungkin juga.. Mungkin juga disebat pula oleh bapanya sebab orang melayu selalu cakap

"Aku ken ...

Anak2 aku sekolah cina dulu.  Anak2 cina tak tunggu balik rumah, depan2 cikgu dan mak bapak lain dah kena sebat dengan apak dia pulak.
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2017 07:11 AM From the mobile phone | Show all posts
aurorae replied at 27-4-2017 06:22 AM
Anak2 aku sekolah cina dulu.  Anak2 cina tak tunggu balik rumah, depan2 cikgu dan mak bapak lain d ...

Sebat je? Awat tak bunuh terus  
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2017 07:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku sedih sedih x terhingga walau bukan anak aku.  Sejak aku tgk kaki dia dan kena potong aku dah menangis. Syukur kamu pergi adik dari kamu tersiksa tiada kaki.  Siyal mak pak dan warden yg x prihatin tentang anak2.  Mmg Siyal. Harap semua dihukum :
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-4-2017 08:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Jangan dipukul di tapak kaki, kat situlah main point urat saraf dalam badan kita.ingatlah kalau nak pukul anak sendiri oun, jangan usik tapak kaki.
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2017 08:39 AM From the mobile phone | Show all posts
sarahmirza replied at 26-4-2017 09:32 PM
Sebenarnya kaedah rotan di tapak kaki tu boleh ke?
Ikut ilmu sains ada kesan ke?
Penggunaan rotan  ...

Ada, tak ingat exactly apa tapi yang I ingat my lec bagitau, sebab kat tapak tangan kita banyak nerve, saraf- saraf jadi bahaya pukul di situ.
Instead pukul dekat bahagian punggung, tapi pukul pun berpada- pada bukan main sebat.
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2017 08:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Innalillah, takziah kepada keluarga arwah.
Moga ditempatkan di syurga adik.
Sedih baca coretan adik tu.
Sebab tu parents jangan ambil sambalewa ja bila anak tu mengadu ke apa.
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2017 08:53 AM From the mobile phone | Show all posts
knnk replied at 27-4-2017 08:40 AM
Innalillah, takziah kepada keluarga arwah.
Moga ditempatkan di syurga adik.
Sedih baca coretan adi ...

Ehhh tak bolehhh... Kalau anak mengadu APA APA, cikgu rotan ke APA tak perlu dgr.. Terus capai APA yg nampak, kuali ke cangkul ke, tangga ke libas je anak tu. Klau boleh pukul sampai separuh nyawa. Biar dia ingat akan hukomannya Dan tidal mengadu lagi. Almaklumlah budak2 kan manja.



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 05:13 AM GMT+8 , Processed in 0.066944 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list