CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 10199|Reply: 34

Suami Mimpi Isteri Kahwin Lain. Apa Yg Berlaku Selepas Dia Jaga Dr Tidur Buat Is

[Copy link]
Post time 26-4-2017 04:24 PM | Show all posts |Read mode



Saya seorang suami kepada 2 orang cahaya mata. Baru-baru ini saya bermimpi Isteri saya bernikah lagi satu dengan seorang lelaki dengan erti kata lain, saya telah dimadukan oleh Isteri saya sendiri. Di dalam mimpi itu Isteri saya memakai pakaian pengantin dan sedang bersiap hendak bernikah.



Gambar Sekadar Hiasan

Dia mengarahkan saya untuk menjaga anak kami yang masih kecil. Kemudian setelah Isteri saya dan lelaki itu selesai dan selamat bernikah mereka pulang ke rumah yang saya tinggal sekarang dengan pakaian pengantin. Isteri sekali lagi mengarahkan saya untuk menjaga anak kami sementara Isteri hendak bersama dengan suami barunya.

Isteri berpesan supaya jangan ganggu ketika mereka tengah bersama dan mereka terus masuk ke bilik dan menguncinya. Ketika saya sedang menonton TV dekat ruang tamu saya terdengar gelak ketawa mereka di dalam bilik dan kadang-kadang bunyi suara merengek. Hati saya ketika itu sudah panas. Hanya Allah yang mengetahui betapa sakitnya hati ini. Saya dengan penuh rasa geram dan terus menolak pintu bilik dengan sekuat hati Bertambah geram dan marah apabila melihat mereka sedang bercumbuan di atas katil. Mengigil tubuh badan saya menahan marah. Tersedar dari Tidur dan mimpi itu saya mengucap panjang.

Tersedar dari tidur saya bangun dan lihat Isteri di sebelah saya terus cubit-cubit, tampar Isteri sambil menjerit. Walaupun saya tahu saya hanya bermimpi tapi saya tidak dapat menahan sakit hati. Saya tampar isteri sebab nak balas dendam sebab saya sakit hati. Isteri saya yang tengah sedap tidur terkejut dengan tindakan saya.

Walaupun kejadian ini sudah pun seminggu berlalu namun masih terasa sakit hati itu sehingga ketika menulis perkongsian ini pun hati masih lagi sakit. Allah, lamanya nak hilangkan sakit hati ini. Sekarang barulah saya sedar kenapa ramai wanita marah bila suami hendak berkahwin lain. Saya sudah merasainya walaupun hanya dalam mimpi. Kalaulah ditakdirkan wanita boleh berkahwin lebih dari satu rasanya saya tak sanggup. Ya Allah, betul-betul tak sanggup, mungkin ramai lelaki akan meroyan apabila perempuan boleh berkahwin lebih dari satu.

Jadi sedarlah suami-suami diluar sana, hati perempuan mana sanggup melihat suaminya bersama insan lain. Kalaulah ditakdirkan Isteri boleh bernikah lebih dari satu, anda pun tak sanggup rasanya melihat isteri bersama lelaki lain.

Sekadar luahan hati seorang suami. Jangan kecam saya, sekadar kongsi mimpi yang saya alami.


Sumber : KRT

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-4-2017 04:27 PM | Show all posts
Betul tiada mana-mana jantina pun di dunia ini yang rela dimadukan dan dicurangi.
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2017 04:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Moral of d story tu mmg patut dipuji.. Tp yg ko pi cubit2 n penampar bini yg tgh sedap tido kt sebelah tu apa hal??
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2017 04:39 PM | Show all posts
aku penah mimpi laki aku kawen lain... bukan main happy lagi dia bila aku cerita pasal mimpi aku
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2017 04:42 PM | Show all posts
kikuri replied at 26-4-2017 04:39 PM
aku penah mimpi laki aku kawen lain... bukan main happy lagi dia bila aku cerita pasal mimpi aku :cu ...

hehehe
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-4-2017 04:47 PM | Show all posts
kikuri replied at 26-4-2017 04:39 PM
aku penah mimpi laki aku kawen lain... bukan main happy lagi dia bila aku cerita pasal mimpi aku :cu ...



mimpi sebelum subuh ke dah siang? jaga2


Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 26-4-2017 04:49 PM | Show all posts
WhiskeyScotch replied at 26-4-2017 04:27 PM
Betul tiada mana-mana jantina pun di dunia ini yang rela dimadukan dan dicurangi.



ada je yang berpoligami dan rela. niat kerana Allah mesti x kan timbul rasa x rela...


Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2017 04:54 PM | Show all posts
chacon replied at 26-4-2017 08:49 AM
ada je yang berpoligami dan rela. niat kerana Allah mesti x kan timbul rasa x rela...

Ye la tu. Paksa rela banyaklah.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-4-2017 05:22 PM | Show all posts
sila la para-para isteri tiap malam tumbuk telo suami..
alasan mimpi beliau kawin lain
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2017 05:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Macam bapuk plak, tampor2 cubit bini dia. Buatnya bini karate black belt, masaklah ko
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2017 06:11 PM | Show all posts
few days back my husben mengigau menjerit tgh2 malam

akak bukak mata tgk dia tgk akak terkebil2

lps tu dia macam nak cubit pipi akak

akak terus tepis tangan dia, aperhal lak akak kena cubit kan?

esoknya akak tny knp menjerit tgh malam, dia kata mimpi jumpa perempuan ada taring

dia nak cek akak ade taring ker tak ......huhuhu
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2017 07:02 PM From the mobile phone | Show all posts
off topic husb i sll mengigau takbir takbir.fisabillah la bagai. no no husb i bkn org pas.dia umno totok (skrg je x brp totok). nape eh
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2017 07:30 PM From the mobile phone | Show all posts
noraidil_06 replied at 26-4-2017 07:02 PM
off topic husb i sll mengigau takbir takbir.fisabillah la bagai. no no husb i bkn org pas.dia umno t ...

lawaknya.. ntah2 jd pejuang isis.  
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2017 07:35 PM From the mobile phone | Show all posts
laki aku kalau ngigau tu aku hangin lah juga.. tp lawak.

ada sekali tu dia ngigau siap buka kunci luar, aku ngt dia sedar.. dia boleh nak pg kencing kat paip luar. xlama kemudian jiran balik. nasib aku tegur.. kalau x dh viral laki aku. kihkih..

lepastu yg sekali kejut dia.. dia bangun. tp boleh tekan tutup tekan tutup lampu bilik sambil diri. dah tu aku cakap pa bangun lah, kata nak solat.. aku bangun pukul 6 pg kejut anak aku, tetiba nmpk bekas air milo, pelik aku.. sekali lupanya tgh malam tu dia kejut suruh anak aku mandi g sekolah..anak aku dh pakai baju swkolah, siap minum milo. dia dh nk keluar anak aku cakap papa tengah malam lah. ada sekali tendang aku dr katil.menjerit aku tolak dia balik.
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2017 07:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Super-M replied at 26-4-2017 07:30 PM
lawaknya.. ntah2 jd pejuang isis.

Kami dh kawin dr zmn isis x ujud lg.so x mgkn la   dulu i sorang je dengar n nobody believe me.sekali ank2 pernah terdengar baru derang tau

Ampun TT off topic ke laut
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2017 07:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Super-M replied at 26-4-2017 07:35 PM
laki aku kalau ngigau tu aku hangin lah juga.. tp lawak.

ada sekali tu dia ngigau siap buka kunc ...

Mak ai.tp bahaya gak.nanti sleep walking
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-4-2017 08:26 PM From the mobile phone | Show all posts
noraidil_06 replied at 26-4-2017 07:48 PM
Mak ai.tp bahaya gak.nanti sleep walking

sleep walking ni ada tgk kat ci dulu.. lelaki ni siasat kes pembunuhan, tembak org waktu malam. lelaki ni polis.. lupanya dia siasat2 baru sedar tu dia.. dia bjalan dlm tido.
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2017 08:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Suami sy penah mgigau,keluar bunyi motor dr mulut.pastu ckp,yang pegang abg rapat2.sbb siang tu br dpt motor n esoknya plan nk beli helmet/baju/kasut. X sabo gamaknya nk ride hujung minggu.
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2017 10:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesian bini dia kena cubit2 tampar2 padahal dia mimpi je
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2017 10:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Super-M replied at 26-4-2017 07:35 PM
laki aku kalau ngigau tu aku hangin lah juga.. tp lawak.

ada sekali tu dia ngigau siap buka kunc ...

Yang kejut anak tgh mlm suruh gi sekolah tu kelakar  
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 10:13 PM GMT+8 , Processed in 0.092639 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list