CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1047|Reply: 2

Mulai 26 April, Bayaran Tol Secara Elektronik Di Semua Plaza Tol PLUS

[Copy link]
Post time 26-4-2017 06:21 PM | Show all posts |Read mode
PLUS Malaysia Berhad (PLUS) mulai hari ini melaksanakan sistem pembayaran tol secara elektronik sepenuhnya di semua plaza tol seluruh negara.


Tiada lagi bayaran tol secara tunai akan dikendalikan di plaza tol dan pengguna perlu membayar tol menggunakan kad PLUSMiles, kad Touch ‘n Go atau SmartTAG.


Difahamkan, syarikat PLUS mempunyai sebanyak 94 plaza tol di seluruh negara, terdapat 23 plaza tol telah melaksanakan sistem pembayaran tol secara elektronik, manakala 71 plaza tol yang selebihnya itu akan melaksanakan pembayaran tol secara elektronik mulai hari ini iaitu 26 April agar masalah aliran trafik dapat diselesaikan.


Kira-kira 200,000 pengguna jalanraya menggunakan wang tunai setakat ini, kerja-kerja meningkatkan kesedaran pengguna terhadap pelaksanaan sistem kutipan tol secara elektronik termasuk promosi dan pemasangan papan tanda telah giat dijalankan di seluruh negara.


Pihak PLUS turut menyediakan perkhidmatan tambah nilai di semua pusat khidmat pelanggan dan plaza tol, malah di semua kawasan rehat (R&R), petrol stesen dan di 9200 kawasan di seluruh negara turut menawarkan perkhidmatan tambah nilai.


Bagi memudahkan lagi khidmat tambah nilai, 7 kawasan rehat (R&R) di seluruh negara turut menyediakan Self- Service Kiosk, kemudian ianya akan diperluaskan ke 9 kawasan rehat yang baru.- CARI

sumber : internet
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-4-2017 04:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Mcm menyusahkan kalau nk topap kang kaunter x buka
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2017 04:57 AM From the mobile phone | Show all posts
meols trlupa..nasib ic boleh pkai tng..aisehhh
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 02:21 AM GMT+8 , Processed in 0.053389 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list