CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 449|Reply: 2

[Tempatan] Muktamar : PAS jemput PKR, tak ajak BERSATU

 Close [Copy link]
Post time 26-4-2017 07:03 PM | Show all posts |Read mode
Edited by rashiman at 26-4-2017 07:33 PM


Mungkin PAS nak ngorat PKR agar meninggalkan Pakatan Harapan, Join Gagasan Sejahtera
Siapa yang bakal hadir, DS Wan Azizah atau hantar Si Rafizi jadi wakil PKR

Muktamar: PAS jemput PKR, tak ajak BERSATU
Hari ini, 6:14 petang      Hari ini, 6:19 petang


Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, pihaknya tidak menjemput Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) bagi menghadiri muktamar tahunan ke-63 parti Islam itu yang akan berlangsung mulai 29 April i



Beliau turut mengesahkan PAS menjemput kepemimpinan PKR yang merupakan salah satu daripada parti komponen dalam Pakatan Harapan (HARAPAN).

Selain PKR, parti Islam itu turut menjemput Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan), Parti Cinta Malaysia (PCM), Barisan Jemaah Islamiah Malaysia (BERJASA) dan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA).
Jelas Takiyuddin, tindakan itu adalah selaras dengan keputusan parti yang menetapkan hubungan dengan BERSATU ‘digantung sementara’.
“Kita juga tidak lagi mengadakan program bersama BERSATU dan tiada lagi rundingan antara kedua-dua parti,” katanya dalam sidang akhbar hari ini, memetik laporan Utusan Online.
PAS akan mengadakan muktamar tersebut di Kompleks PAS Kedah, Kota Sarang Semut di Alor Setar mulai 29 April hingga 1 Mei akan datang.


Muktamar itu dijangka menarik walaupun ia nampak bebas daripada kontroversi seperti sebelum ini dengan beberapa perkara berbangkit yang perlu diputuskan oleh parti menjelang pilihan raya umum (PRU) ke-14.
Antaranya ialah hubungan dengan BERSATU, Umno, dasar Melayu, RUU355, PRU14, kepimpinan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang sudah meneraju PAS selama kira-kira 15 tahun dan nasib Datuk Mahfuz Omar yang begitu lantang mengkritik kepimpinan dan hala tuju parti itu kebelakangan ini.
Pada masa yang sama, muktamar kali ini merupakan medan terbaik untuk memutuskan kedudukan ahli dewan undangan negeri (ADUN) PAS di Selangor.






Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-4-2017 07:28 PM | Show all posts
Whatever la..
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2017 07:41 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 04:55 AM GMT+8 , Processed in 0.066467 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list