CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 971|Reply: 10

[Tempatan] 23 NGO mahu para pendatang yang diberi kerakyatan Malaysia dr 1957 hingga 1970 d

[Copy link]
Post time 27-4-2017 11:05 AM | Show all posts |Read mode
23 NGO tubuh badan bertindak tentang Hindraf                                                                                                                                                        
                        
KUALA LUMPUR 26 April – Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) dan 22 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) hari ini bersetuju menubuhkan Badan Bertindak Melayu Islam (Bertindak) untuk menyeru semua umat Islam bangkit menentang kebiadaban pertubuhan haram Hindraf.

                       
Bertindak yang diketuai peguam dan aktivis, Mohd. Khairul Azam Abdul Aziz berkata, Hindraf sering mencabar dan menghina kedaulatan agama Islam di negara ini tanpa memikirkan soal sensitiviti umatnya.

“Sudah banyak kali mereka memalukan Islam dan terbaharu, mempertikaikan keputusan kerajaan memberi taraf penduduk tetap kepada pendakwah kontroversi, Dr. Zakir Naik yang dikatakan sebagai ancaman keselamatan negara.

“Sehubungan itu, Bertindak juga mahu mencabar Hindraf menerusi desakan kepada kerajaan untuk menyemak semula taraf kewarganegaraan ahli-ahlinya sama ada mengikut Perlembagaan atau sebaliknya berdasarkan Perkara 17 dan Jadual 1 Perlembagaan Persekutuan,” kata­nya dalam sidang akhbar di sini.

Yang turut hadir, Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali dan Presiden Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibah Malaysia (MJMM), Abdul Rani Kulup.
Selain Perkasa dan MJMM, NGO lain yang turut terlibat me­nubuhkan Bertindak antaranya Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (Muafakat), Pertubuhan-pertubuhan Pem­bela Islam (Pembela), Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dan Yayasan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung.
Dalam pada itu, Mohd. Khai­rul Azam menyatakan cabaran itu dibuat berdasarkan ahli-ahli Hindraf tergolong dalam 1.75 juta penduduk Malaysia bukan Me­layu yang diberi taraf kewarganegaraan dari 1957 hingga 1970.
Jelas beliau, dalam tempoh tersebut, sesiapa yang diberi taraf kewarganegaraan perlu melakukan upacara angkat sumpah dan difahamkan mereka tidak menjalankan prosedur tersebut.

Hasan Ali
Son of the soil (bumiputra)
Kpg Baru,kl
        
              

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-4-2017 11:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Power sungguh Zakar Naik ni. Dah sampai tahap Nabi dah. Sampai org sini sanggup bermati-matian untuk dia.
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2017 11:33 AM | Show all posts
123456 replied at 27-4-2017 11:14 AM
Power sungguh Zakar Naik ni. Dah sampai tahap Nabi dah. Sampai org sini sanggup bermati-matian untuk ...

hmmm.. tu lah..   
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2017 11:37 AM From the mobile phone | Show all posts
Bangang sgat. Harap jawa2 sundal pon dilucut kewarganegaraan @mimiquee:
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2017 11:39 AM | Show all posts
Edited by dcruins at 27-4-2017 11:42 AM

Dr Zakir Naik dijadikan mimpi ngeri untuk puak2 evangelist,non muslim yg giat menghina islam di Malaysia.....

Kalau di barat ada Edward Snowden, Jullian Assange etc yg lari ke negara lain untuk berlindung gara2 dah huru hara kan rahsia2 negara lain, Malaysia ada pendebat hebat macam Dr Zakir Naik yg telah menghuru hara kan non-muslim yg tak habis2 nak menghina diseluruh dunia...

simple jerrr chess move ni, kalau mentaliti korang tak politikal sangat laaaa....





Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2017 11:53 AM | Show all posts
Sarawak & Sabah tak nak Dr Zakir Naik datang tak perrr, toleransi agama kat negeri ni tip top!! so tak perlu dia, yg problem nya kat Semenanjung....siapa nak sembang kencang, boleh laaa menghadap dengan Zakir Naik, lawan debat...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-4-2017 01:20 PM | Show all posts
Kekurangan alim ulama yg sedia ada kat malaysia ni adalah berdakwah... itu kelebihan dr zakir naik... alim ulama kita cuma keluarkan fatwa bila ada isu & berbahas pasal agama sesama mereka
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2017 03:28 PM | Show all posts
puak-puak kafirun rasa tercabar....apakan tidak setiap kali ceramah Dr. zakir...ramai yang peluk Islam...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-4-2017 03:29 PM | Show all posts
Minami2013 replied at 27-4-2017 01:20 PM
Kekurangan alim ulama yg sedia ada kat malaysia ni adalah berdakwah... itu kelebihan dr zakir naik.. ...

puak kafirun gagal sediakan pasukan yang hebat untuk berdebat dengan Dr. Zakir...macam Ahmad Dedat belasah paderi2 barat dulu..tu yang marah sangat..
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2017 12:36 AM | Show all posts
mereka yg lahir pada 1957 pun sudah umur 60 tahun kalau masih hidup  
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2017 12:37 AM | Show all posts
gede-bab replied at 27-4-2017 07:29 AM
puak kafirun gagal sediakan pasukan yang hebat untuk berdebat dengan Dr. Zakir...macam Ahmad Dedat ...

mau debat percanggahan dalam al quran?  
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 08:02 AM GMT+8 , Processed in 0.100952 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list