View: 3369|Reply: 36
|
[Tempatan]
Keahlian UMNO meningkat mendadak - PM Najib
[Copy link]
|
|
Najib yang juga Perdana Menteri menjelaskan selain keahlian UMNO, mesyuarat agung tahun parti itu diperingkat cawangan dan bahagian juga berjalan lancar. - Foto Astro AWANI / SHAHIR OMAR
KUALA LUMPUR: Keahlian UMNO meningkat mendadak tahun ini berbanding masa-masa lalu, kata Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Najib yang juga Perdana Menteri menjelaskan selain keahlian UMNO, mesyuarat agung tahun parti itu diperingkat cawangan dan bahagian juga berjalan lancar.
"Mesyuarat di peringkat cawangan berjalan lancar dan saya dimaklumkan jumlah keahlian baru yang didaftar di ibu pejabat meningkat mendadak berbanding masa-masa lalu," katanya dalam sidang media selepas mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO malam tadi.
Turut hadir Naib Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang menjalankan tugas timbalan presiden, Naib Presiden Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein, Setiausaha Agung Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, Ketua Penerangan Tan Sri Annuar Musa dan Ketua Pergerakan Wanita Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil.
Sementara itu ketika mengulas sambutan ulangtahun UMNO ke-71 yang akan diadakan di Stadium Bukit Jalil, Najib berkata parti itu yakin 'Gelombang Merah' akan memenuhi stadium nasional itu pada 11 Mei nanti.
Beliau menjelaskan UMNO meletakkan sasaran 100,000 ahli akan hadir ke perhimpunan raksaksa itu yang sepatutnya dibuat tahun lepas.
"Kita terpaksa menangguhkan sambutan yang sepatutnya dibuat tahun lepas akibat tragedi yang menyayat hati yang berlaku kepada dua pemimpin UMNO.
"Jadi tahun ini kita adakan sambutan ulangtahun ke 71, sepatutnya kita buat tahun lepas yang ke 70.
"Setiap negeri telah memberikan komitmen untuk menghantar ahli menyertai perhimpuna raksaksa itu dan kita yakin gelombang merah akan memenuhi stadium Bukit Jalil," katanya.
Sebelum itu, Najib mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO di Menara Dato Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).Mesyuarat yang bermula 8.30 malam itu membincangkan beberapa perkara antaranya persiapan Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by wajevo at 27-4-2017 11:38 AM
Mendadak ke mendedak?
@dodolgemok |
|
|
|
|
|
|
|
pm Najib saya mesti pilih |
|
|
|
|
|
|
|
mendadak psl ada berita angin geran bantuan perniagaan umno tu
smpai ramai benar wat salinan ssm, ic, buka bsn, dftar bagai, konon2 dpt bntuan bape ribu sblum PRU
tapi rupenya berita palsu, ramai tertipu,
dh jadi kes polis, psl ada yg report slm kt balai, ada yg fitnah umno yg buat,
aku pn tak tau sapa punye kerja,
ada yg tawarkan aku join, tapi benda bantuan ni tarak borang apa, mana leh caya.
main org tgh pass salinan dokumen bagai, bahaya tul. |
|
|
|
|
|
|
|
Beliau menjelaskan UMNO meletakkan sasaran 100,000 ahli akan hadir ke perhimpunan raksaksa itu yang sepatutnya dibuat tahun lepas.
"Kita terpaksa menangguhkan sambutan yang sepatutnya dibuat tahun lepas akibat tragedi yang menyayat hati yang berlaku kepada dua pemimpin UMNO.
"Jadi tahun ini kita adakan sambutan ulangtahun ke 71, sepatutnya kita buat tahun lepas yang ke 70.
apakah maksud beliyau ?
|
|
|
|
|
|
|
|
wajevo replied at 27-4-2017 11:37 AM
Mendadak ke mendedak?
@dodolgemok
Mendedak lah sudah pasti! |
|
|
|
|
|
|
|
kami pergi berhimpun di stadium bukit jalil 11 mei ini
|
|
|
|
|
|
|
|
kena haram masa tahun 80an itu ari still kira 71 ker??? |
|
|
|
|
|
|
|
whitemagic replied at 27-4-2017 12:28 PM
kami pergi berhimpun di stadium bukit jalil 11 mei ini
Dpt apa pulak nanti? |
|
|
|
|
|
|
|
Dana Usahawan kan?
antara syaratnya kena jadi ahli Umno
tawaran lumayan, siap dgn SSP di BSN
|
|
|
|
|
|
|
|
dapat plag penghargaan sokongan ke atas umno
|
|
|
|
|
|
|
|
dia kira budak2 balum baligh lagi ke?> |
|
|
|
|
|
|
|
wowwww bangga bg pihak jibby! |
|
|
|
|
|
|
|
Insya Allah BN menang besar pru14...tanda tanda awal..
|
|
|
|
|
|
|
|
Sembang kencang politik sempena nak dekat PRU................. |
|
|
|
|
|
|
|
Alhamdulillah.....mesti 'pilih' piyem Jibby.... |
|
|
|
|
|
|
| |
|