CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 965|Reply: 0

Kembali Beraksi, Neymar Ditemui Menjalani Rawatan Bekam

[Copy link]
Post time 27-4-2017 11:51 AM | Show all posts |Read mode


Baru-baru ini, bintang Barcelona, Neymar ditemui menjalani kaedah rawatan alternatif yang dikenali sebagai bekam di Indonesia.


Pemain Brazil itu sudah tidak hadir dalam tiga perlawanan terakhir Blaugrana selepas menerima kad merah dalam perlawanan menentang Malaga.


Neymar setakat menjadi penonton apabila pasukannya menang 3-2 ke atas Real Madrid di Bernabeu minggu lepas.


Walau bagaimanapun, pemenang pingat emas pada Olimpik 2016 itu akan dapat bermain lagi apabila Barca menghadapi Osasuna pada perlawanan La Liga pada selepas ini.


Justeru bagi memastikan dirinya berada dalam keadaan yang terbaik, bekas pemain Santos itu melakukan terapi bekam.


Bagi mereka yang tidak biasa, jenis terapi tersebut bertujuan untuk membantu melancarkan pengaliran darah, sekali gus mempercepatkan proses pemulihan tenaga badan.


Jenis terapi itu juga telah pernah diamalkan oleh perenang terkenal Amerika Syarikat, Michael Phelps ketika Sukan Olimpik 2016 di Rio de Janeiro, Brazil.- CARI

sumber : internet
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 07:52 AM GMT+8 , Processed in 0.425435 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list