CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 7961|Reply: 50

Suami Baru Meninggal Dunia. Apa Aku Temui Di Laci Ofisnya Buat Aku Terus REBAH !

[Copy link]
Post time 27-4-2017 12:37 PM | Show all posts |Read mode




Terima kasih admin sbb approve kisah aku ni. Nama aku Farhana. Suamiku kini telah tiada tetapi penyesalanku akan terus mengharu jiwaku, Ini adalah kisah benar di dalam hidupku. Seorang suami yang kucintai, kini telah tiada. Begitu besar pengorbanan suamiku pada keluargaku. Begitu tulus kasih sayangnya untukku dan anak-anakku. Suam#iku adalah seorang yang bekerja keras. Dia bersungguh-sung#guh berusaha membina kehidupan yang sebaiknya untuk kami sekeluarga. Kehidupan yang kami tempuh akhirnya adalah suatu yang lebih baik dari kebanyakan orang lain. Ianya adalah suatu yang kami rasa sudah leb#ih dari cukup.

Hari ini, setelah suamiku tiada, aku kembali mengingatinya. Aku malah tidak dapat melupakannya. Aku merasa sangat berdosa ketika teringatkan bagaimana satu hari, suamiku pulang dari tempat kerjanya dan aku men#yambutnya dengan keadaan yang amat marah. Ianya suatu yang tidak sepatutnya. Mengenangkannya aku jadi m#alu sendiri. Aku tidak dapat maafkan diriku yang berkelakuan begitu terhadap seorang suami yang sangat baik. Bukan sekali dua sebaliknya itulah watakku terhadap suamiku. Panas baran, mengherdik, meleter dan memarahi suami adalah kebiasaaanku.

Aku masih ingat betapa aku memarahi suami malah menengkingnya hanya kerana dia lambat pulang untuk membawaku ke rumah ibuku yang mahu berangkat ke tanah suci. Aku sedar, suam#iku pada hari itu – seperti kebiasaaannya lambat pulang kerana urusan kerja. Dan aku pun tidak perlu tergesa-gesa sebab ibuku hanya akan ke tanah suci 5 hari lagi.

Tetapi itulah watak diriku. Aku selalu menempelak suamiku bahawa dia lebih mementingkan kerjanya berbanding diriku sedangkan aku sangat yakin suamiku tidak melakukan apa pun melainkn demi untuk membahagiakan kami sekeluarga. Sepatutnya aku boleh bertolak ansur walaupun aku sudah berjanji dengan ibuku. Inikan suami ku. Dia lebih patut dan wajib aku utamakan dari ibuku!!

Apapun aku sebenarnya dilanda cemburu. Aku bimbang suamiku dipikat oleh wanita lain di tempat kerjanya atau oleh kenalannya atau oleh siapa saja. Ianya berasas kerana sua#miku kacak dan menarik sedangkan aku sendiri terasa sudah mula berusia dan semakin tidak menarik. Wajahku pun bukanlah cantik.

Hakikatnya aku tidak rela dimadukan. Aku tidak sanggup berdepan dengan situasi suamiku berkahwin lain. Aku lebih rela diceraikan daripada berkongsi suami dengan orang lain. Itulah akibatnya bila aku didorong nafs#u untuk bertindak sebegitu terhadap suamiku.

Tapi kini aku tahu. Semua ucapan dan tindakanku selama ini salah dan hanya menjadi penyesalanku karena suamiku telah tiada. Setelah 2 hari kematiannya, seorang rakan kerjanya mengatakan padaku bahawa rupanya suamiku selalu membanggakan aku – isterinya dan anak-anaknya di depan rakan-rakan sekerjanya. Tidak ada yang negatif tentang diriku dan anak-anak melainkan semuanya hal-hal yang baik dan yang sangat dihargainya terhadap keluarganya.

En Ramli, rakan sekerja suamiku itu berkata, “Abang Ha***** sangat positif orangnya. Beliau selalu menyebut bahawa keluarganya adalah suatu yang amat bermakna di dalam hidupnya. Sebab itu kami tengok dia sanggup bersusah payah demi kebahagiaan keluarganya”.

Aku sedar, itulah diri suamiku. Aku memang mengenalinya begitu tetapi aku tidak mampu bermujahadah melawan nafsu. Akibatnya aku selalu menyakitkan hatinya. Ada saja yang aku bebelkan di depannya. Kada#ng-kadang ketika bersama jiran atau di depan keluarga pun, aku masih sanggup mengeluarkan kata-kata yang mengguris hatinya. Teruknya aku!!

Kata En Ramli lagi’ “Abang Ha**** bukan jenis orang biasa. Jiwanya sangat kuat dengan Tuhan. Ibadahnya sangat dijaga. Dia merupakan seorang pemimpin di tempat kerja yang berwibawa. Kata-katan#ya dituruti, pandangannya dan buah fikirannya selalunya tepat dan dapat memberi penyelesaian atas apa saja masalah syarikat. Begitu juga, kami selalu mendapatkan nasihatnya kalau kami menghadapi masalah peribadi atau keluarga”.

Aku pun tertegun, memang aku sepatutnya menghargai suamiku sepenuh hati melebihi orang lain. Tetapi apakan daya. Nasi sudah menjadi bubur. Dia sudah pergi buat selama-lamanya. Aku menahan air mataku kare#na aku tidak ingin menangis di hadapan En Ramli. Aku sedih kerana penyesalanku sudah tidak bermakna.

Jenis isteri apakah aku ini sebenarnya?

Aku sesungguhnya hairan dengan sikap penyabar suamiku. Sabarnya luar biasa. Apa yang aku pasti, suamiku banyak menghabiskan malamnya dengan solat dan menangis. Cuma hatiku yang masih keras. Aku tidak berubah dari terus membentak dan memarahinya. Mungkin jiwaku yang sangat sensitif menjadikan aku tidak berupaya menahan rasa marah kalau hajatku tidak dilayan oleh suami. Pernah den#gan kasar aku menyuruh suamiku membancuh air minumnya sendiri. Aku malas, itulah alasanku.

Sekarang, aku teringat betapa hancurnya perasaan suamiku ketika itu. Tapi dia memang manusia luar biasa. Dia hanya diam saja. Malah sambil tersenyum dia pergi ke dapur me#mbuat teh atau kopi yang dihajatkannya sendiri. Sedangkan aku sendiri sedar, sebagai ketua keluarga, aku tidak sepatutnya melayan suamiku sedemikian.

Aku teringat kerapnya aku memarahi suamiku, dengan hamburan kata-kata bahawa dia selalu menyibukkan diri dengan pekerjaannya – sehingga tidak peduli dengan anak-anak. Namun itu semu#a salah. Ianya hanya sangkaan jahat dari seorang isteri yang jahat sepertiku. Mengejutkan bila En Ramli meninggalkanku dengan beberapa dokumen peribadi suamiku yang ada di dalam laci meja kerjanya. Ketika membacanya, aku tidak dapat menahan tangis.

“Ke hadapan isteriku yang tersayang!
abang telah disahkan mengidap sakit darah tinggi.
Itulah penyebab abang selalu pening dan rasa hendak pitam.
Abang bimbang dengan keadaan abang sebegini…..
apapun kepada Tuhan abang berserah..
Abang akan berusaha menjaga kesihatan.
Apa yang abang ingin sampaikan di dalam catatan ini ialah
abang sangat mencintai sayang. Abang doakan sayang berubah
menjadi isteri yang lebih baik dan solehah.
Perjalanan kita masih panjang dalam mendapatkan kasih sayang Tuhan.
Kita begitu memerlukan Tuhan. Keluh kesah, merungut dan mengeluh
adalah tanda hati kita masih jauh dengan Tuhan.
Sepatutnya sebagai hamba Allah, kita sangat merendah diri
dan tahu untuk bersyukur atas segala nikmat Tuhan kepada kita.
Bersikap redhalah dengan apa jua ketentuanNya.
Itulah kebahagiaan kita yang hakiki.
Sukalah abang nyatakan di sini:
Apapun yang sayang lakukan terhadap abang,
abang telah maafkan. Kalaupun abang tidak dapat berikan semua hajat
dan hasrat yang diminta oleh sayang selama ini, tetapi abang hadiahkan
keampunan dan keredaan dunia akhirat dari abang terhadap sayang.
Jika abang pergi terlebih dahulu, sayang pasti tahu, tidak mudah bertemu
dengan orang seperti abang di dunia ini!
Mohon ampunkan abang dan redhalah dengan apa jua
kelemahan serta kekurangan abang!! – suamimu Abdul **** Bin Haji Abdul *****.

Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna!! Aku hanya mampu membiarkan air mataku mengalir semahu-mahunya. Aku menyesal tapi apakah lagi yang mampu aku berbuat melainkan sebanyak-banyaknya meminta ampun dengan Allah swt. Tidak ada lagi kebahagiaan atau keceriaan di dalam hidup#ku kini dan selamanya. Moga Tuhan ampunkan aku dan moga benar-benarlah aku berpeluang mendapat redha suamiku.

Akhirnya aku berpesan kepada anda semua para isteri dan para suami;
Untuk para suami, Jadilah seperti suamiku! Teruslah bersabar dengan karenah isteri. Kami memang dilahirkan tidak sempurna. Watak kami lemah dan mudah tunduk dengan godaan nafs#u dan syaitan. Jiwa kami mudah mengalah dengan kesempitan dan kesulitan walaupun ramai wanita pilihan yang berjaya menjadi wanita solehah atau wanita contoh. Kami hanya orang biasa. Sukarnya kami untuk merendah diri.

Ampunkanlah kami dan teruslah pimpin kami. Didiklah kami dengan iman dan Islam. Bantulah kami untuk merasai kebesaran Allah swt. Kami perlukan suami yang tidak mudah putus asa dalam mendidik kami. Kami akan sanggup bersusah payah untuk membahagiakan suami jika nafsu kami berjaya dijinakkan oleh suami. Jadilah mod#el seperti suamiku di dalam rumah tangga kami (walaup#un aku sendiri tidak menghargainya sepanjang hidupnya) dan….. memang benar kata-kata suamiku, aku memang sukar mencari seorang lelaki sehebatnya di dunia ini!!

Untuk para isteri, berubahlah apabila anda membaca kisah sedih aku ini. Kita para isteri yang kurang ajar dan menderhakai suami kita memang patut menerima keperitan dan kesakitan. Tuhan pasti aka#n menghukum kita dengan berbagai cara. Yang pastinya ianya perit untuk kita tanggung jika kita belum mampu mendidik nafsu kita.

Bayangkan hukuman Tuhan di dalam kubur dan di akhirat!! Bagi yang masih ada suami, jadikanlah suami anda benar-benar sebagai pemimpin anda. Jadik#an beliau tempat anda merujuk dan bertanyakan panduan serta meminta pimpinan. Buanglah ego sejauh-jauhnya untuk tunduk berkhidmat setulus hati terhadap suami a#nda. Banggalah dengan suami anda kerana itulah jodoh yang telah disusun Tuhan untuk anda. Terimalah suami seadanya. Mungkin dia ada kelemahan tetapi kelemahan kita sebagai isteri berganda-ganda lagi banyaknya.

adikanlah suami sebagai jambatan mendapatkan Tuhan menuju keselamatan dunia dan akhirat. Aku sebenarnya malu menyampaikan nasihat ini tetapi ak#u rasa didorong-dorong untuk menulis#kan sebagai tatapan orang lain. Semoga penyesalanku menjadi iktibar untuk orang lain. Tuhan ampunkanlah aku!!!!


– Isteri yang berdosa.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-4-2017 12:42 PM | Show all posts
jujurin, memang sedih karya nih.. harap-harap bukan nukilan kak hasanah..
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2017 12:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Kategori isteri neraka jahanam
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2017 01:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Kadang orang laki ni tulis atau mulut jer kata dia mahapkan. Praktislah melibas diri sendiri dengan ekor pari. Nanti malaikat libas kat alam barzakh tak lah trauma. Tak gitu
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2017 01:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Abang hasanah ke yg tulis cerita ni ,
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2017 01:40 PM | Show all posts
Salah satu penyertaan pertandingan cerpen radio ke ni?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-4-2017 01:41 PM | Show all posts
kalau kisah ni btl, ak nk tahu nama sebenar. supaya bukan versi hasanah.
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2017 01:51 PM | Show all posts
baca dh lebih separuh..makin ku baca makin kuat bau hasanah kisah ini.

mungkn niat penulis nk bagi pengajaran kpd isteri2 supaya layan suami baik2, lemah lembut, tidak syak wasangka pada suami, percaya 100%. lelaki yg pencurang senang lah hati dpt isteri berciri seperti ini..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-4-2017 01:55 PM From the mobile phone | Show all posts
jiwarasa replied at 27-4-2017 12:37 PM
Terima kasih admin sbb approve kisah aku ni. Nama aku Farhana. Suamiku kini telah tiada teta ...

macam mma nk minta ampun pada orang yang dah tiada?
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2017 02:14 PM | Show all posts
baca je la buat teladan..
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2017 02:17 PM | Show all posts
walaupun ada kata kisah hasanah...tpi boleh lah di buat pengajaan dan iktibar...

semoga kakak tu tabah lah ye....
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2017 02:19 PM From the mobile phone | Show all posts
aku xcya langsung.siap tulis Surat lagi..pooodah ceit.
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2017 02:43 PM | Show all posts
Themilo replied at 27-4-2017 12:42 PM
jujurin, memang sedih karya nih.. harap-harap bukan nukilan kak hasanah..

kau bila nak tukar avvy????
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2017 02:48 PM | Show all posts
aku terkesan lps baca cite ni...
sbb aku mmg kategori bini cmni..tp aku x penah herdik laki aku la..
aku just buat muka kalau laki aku mntak air...wakakaa...
tp laki aku tetap layan baik..x penah die nak bising2..tmbah2 kalau dpn orang sume...
sedihnyee..
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2017 02:51 PM | Show all posts
zorrro_03 replied at 27-4-2017 06:43 AM
kau bila nak tukar avvy????

tak mo.. avvy iols ni adalah persis cerminan imej akak-akak kepam..
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2017 02:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Cam bese la ramai kak hasanah yg banyak masa terluang nk beri kesedaran pada adik2 yg jauh terkeluar dari landasan..jadikan iktibar jela
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-4-2017 03:18 PM | Show all posts
wujudnya suami jenis itu di muka bumi?
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2017 03:20 PM | Show all posts
ingatkan dia jumpa duit or emas berkoyan dalam laci tu sampai rebah..
koman-koman geran tanah rumah or insurance..
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2017 03:30 PM | Show all posts
amboi panjang nya! nanti lah akak baca
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2017 04:27 PM | Show all posts
Themilo replied at 27-4-2017 02:51 PM
tak mo.. avvy iols ni adalah persis cerminan imej akak-akak kepam..

tak payah cermin2 sgt laaa pacit oiiii.  juling mata aku tgk avvy kau ni......  
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 12:59 AM GMT+8 , Processed in 0.089329 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list