CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2089|Reply: 4

[Tempatan] Sampai KB Cari Donation, Rumah Autism

[Copy link]
Post time 27-4-2017 06:52 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Lagubestbest at 27-4-2017 07:23 PM

Sampai kelantan NGO Persatuan Insan Istimewa Cheras, Selangor ni datang cari donation. Walaupun bila tengok list tak banyak derma pun dia dapat, tapi suka tengok orang macam ni gigih round dari satu rumah ke satu rumah, dengan niat untuk tolong orang lain. Jadi, kita tolong taip sikit lah sebab aku tau ramai je kot warga CARI FORUM ni yang dah lama capai status kaya raya sejak generasi datuk nenek lagi, takpun dah memang tergolong dalam golongan yang niat pergi balik kerja setiap hari sebab nak kejar tambah pahala berlumba-lumba jadi dermawan untuk keberkatan hidup di dunia dan ketenangan abadi di akhirat sana, kan? Kalau hidup cukup makan saja pun, statistik dunia kata sebenarnya cuma 10% dari manusia seluruh dunia yang mampu hidup aman damai dan bekerja untuk kejar kemahuan tanpa perlu banyak fikir pasal masalah hidup eg: perang, kemarau, konflik politik etc. Jadi kita patut bersyukur dan menjadi lebih pemurah, tak perlu kaya pun untuk jadi dermawan, kualiti derma tu yang penting, bukan sekadar kuantiti. So.. baca, fahami dan silalah derma okay. Come on, derma saja lah, okay? Derma, pahala, derma, pahala, derma, pahala, derma, pahala, derma, pahala.


PERSATUAN INSAN ISTIMEWA CHERAS SELANGOR (PIICS)
Kami Mengadopsi, Kami Menjaga, Kami Melatih & Mendidik, Semua Kanak-Kanak Cacat
HOME FOR SPECIAL PEOPLE CHERAS SELANGOR (PIICS)
We Adopt, We Take Care, We Train & Educate, All Handicapped Children.
Reg. no: 1763-09-SEL

Misi:
Memberi perkhidmatan, jagaan dan perlindungan kepada golongan kanak-kanak yang kurang upaya eg: down sindrom, spastik, cerebral palsy, hyperaktif dan autisme tanpa mengira bangsa dan agama.
Perkhidmatan:
Menjaga dan memberi latihan kemahiran kehidupan seharian eg: berpakaian, mandi, makan, bergerak dan pemulihan kawalan terhadap fizikal badan.
Melatih dan mendidik golongan kanak-kanak yang kurang upaya mengikut kemampuan dan kebolehan masing-masing supaya mereka dapat hidup berdikari dalam masyarakat di masa depan.
PIICS ialah..
pertubuhan sukarela dan tidak berorientasi keuntungan. Sumber keseluruhan kewangan pertubuhan adalah daripada bantuan dan sumbangan badan-badan bukan kerajaan, pertubuhan-pertubuhan, syarikat-syarikat swasta dan juga daripada individu-individu untuk menanggung segala perbelanjaan PIICS. Sebarang sumbangan walaupun kecil sangat berharga boleh dibuat macam-macam bagi kami.

Mission
To adopt and take care of mentally retarded and physically handicapped children eg: down syndrome, spastic, cerebral palsy, hyperactive and autism, irrespective of race and religion.
Service
To take care and train them on their activities of daily living eg: dressing, bathing, eating, mobility and continence.
To train and educate each child according to their special ability so that they will be able to live independently in future.
PIICS is..
a voluntary and non profit organization under public donation. Totally depend on donation from various non-government associations, societies, companies and also individuals to meet the expenditure of PIICS. Any little contribution from you goes a long way for us.



DERMA/ DONATE:
Monthy, Half-Year, YearlyBulanan, Setengah tahun, Tahunan
KE/ TO,

Persatuan Insan Istimewa Cheras, Selangor
Am Bank A/C No: 2502012004570
piics.org.my/help

Contact PIICS
piics09@hotmail.com
+603-8733 7611
+603-8734 4611
No 35 Jalan Rakan 11, Taman Rakan, Cheras 43000 Kajang Selangor.

piccs09.org.my
fb.com/PersatuanInsanIstimewaCherasSelangor

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-4-2017 08:29 PM From the mobile phone | Show all posts
bagus lah
tmpt iols ni ada dua tiga kali rumah istimewa kat ipoh mai sini...
ada sikit iols sumbangkan...
yang termampu
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2017 08:51 PM | Show all posts
shernazz replied at 27-4-2017 08:29 PM
bagus lah
tmpt iols ni ada dua tiga kali rumah istimewa kat ipoh mai sini...
ada sikit iols sumban ...

hek eleh, bagi tangan kanan, satu badan kecoh sekampung nak bagitau lu menderma.

peygidahhhh.




Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2017 08:56 PM From the mobile phone | Show all posts
cucuknasi replied at 27-4-2017 08:51 PM
hek eleh, bagi tangan kanan, satu badan kecoh sekampung nak bagitau lu menderma.

peygidahhhh.

kau hado?
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2017 08:58 PM | Show all posts

derma biar ikhlas, dah derma lupakan, jgn riak takabur eksyen nak bagitau orang. tu semua sebab lu termakan hasutan setan.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 12:55 PM GMT+8 , Processed in 0.062267 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list