CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 490|Reply: 2

[Tempatan] Rasuah : seorang pekerja asing dapat RM700, kalau 3 juta pekerja asing? Kaya! ka

[Copy link]
Post time 27-4-2017 10:58 PM | Show all posts |Read mode
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menahan 12 orang awam termasuk dua wanita yang berperanan sebagai orang tengah atau ejen bagi pekerja asing dalam urusan memperbaharui Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS).

Pembongkaran sindiket itu merupakan satu usahasama SPRM dengan MyEG Services Berhad (MyEG) selepas mendapati wujudnya kegiatan rasuah dalam proses memperbaharui PLKS secara atas talian menerusi portal syarikat tersebut.

Difahamkan, selepas permohonan dibuat secara atas talian, hanya majikan kepada pemohon tersebut sahaja yang dibenarkan untuk mengambil permit tersebut.
Bagaimanapun, ejen-ejen ini dikatakan akan menghulurkan sejumlah wang kepada pegawai-pegawai yang bertanggungjawab untuk menyerahkan permit tersebut tanpa perlunya kehadiran majikan.

Menurut sumber ejen-ejen ini dipercayai menawarkan wang rasuah berjumlah antara RM50 hingga RM700 bagi setiap permohonan agar proses penerimaan PLKS bagi pihak pekerja asing tersebut boleh dilakukan tanpa mengikut prosedur yang ditetapkan.

Tangkapan ke atas semua suspek tersebut dibuat dalam satu operasi serentak yang dilancarkan oleh SPRM kira-kira pukul 11 pagi di Selangor, Perak, Pulau Pinang dan Johor hari ini.

Seramai enam individu ditahan di Selangor, dua di Pulau Pinang, tiga di Johor dan seorang di Perak.

Kesemua mereka yang berusia lingkungan 33 hingga 50 tahun itu akan disiasat mengikut Seksyen 16 (b)(A) Akta SPRM 2009.

Pengarah Siasatan SPRM, Dato' Simi Abdul Ghani ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut dan berkata kesemua mereka akan direman untuk membantu siasatan SPRM.

“SPRM memandang serius perbuatan suspek-suspek ini kerana perkara sedemikian boleh mengundang kejadian yang tidak diingini sehingga mengugat keselamatan negara,” ujar beliau ketika dihubungi.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-4-2017 11:56 PM From the mobile phone | Show all posts
elok dihukum gantung sampai mati semua pengkhianat negara & pengkhianat amanah tu:
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2017 01:05 AM | Show all posts
nie bukan rasuah...... nie saguhati   
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

16-4-2024 02:36 PM GMT+8 , Processed in 0.054497 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list