CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 519|Reply: 0

[Jenayah] Bakal teroris dipenjara 5 tahun

[Copy link]
Post time 28-4-2017 12:53 AM | Show all posts |Read mode
RABU, 26 APRIL 2017 @ 8:28 PM
Siti Noor Aishah dipenjara 5 tahun
Oleh Farah Marshita Abdul Patah farahmarshita@bh.com.my


SITI Noor Aishah dijatuhi hukuman penjara lima tahun, selepas didapati bersalah memiliki 12 buah buku berkaitan kumpulan pengganas, Mac tahun lalu.

KUALA LUMPUR: "Mahkamah ini sangat kecewa dengan sikap tertuduh, orang bijak pandai, lulusan universiti, sepatutnya menjadi kebanggaan ummah, tapi sebaliknya kamu melakukan perbuatan yang sangat sia-sia dan menyalahi undang-undang.

"Diharapkan awak benar-benar bertaubat dan jadi orang lebih baik dan berguna di masa akan datang, ketahuilah perbuatan awak ini adalah jihad yang sia-sia," tegas Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Mohamad Shariff Abu Samah, sebelum menjatuhkan hukuman ke atas bekas pelajar Universiti Malaya (UM), Siti Noor Aishah Atam.

Siti Noor Aishah, 30, dijatuhi hukuman penjara lima tahun, selepas didapati bersalah memiliki 12 buah buku berkaitan kumpulan pengganas, Mac tahun lalu.

Mohamad Shariff membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pembelaan gagal membangkitkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.

Terdahulu, tertuduh yang berbaju kurung dan memakai tudung ungu, kelihatan tenang sebaik Mohamad Shariff membacakan keputusan memerintahkan dia menjalani hukuman penjara bermula dari tarikh tangkap pada 22 Mac 2016.

Mahkamah turut memerintahkan 12 buku berkaitan kumpulan pengganas Daesh, Al-Qaeda dan Jemaah Islamiyah (JI) dilucutkan hak kepada kerajaan untuk dilupuskan.

Sepanjang prosiding yang bermula seawal jam 9 pagi, selain ibu bapa tertuduh, turut kelihatan beberapa ahli keluarga terdekat berada di galeri awam.

Bagaimanapun, ketika ditemui di luar mahkamah, ayah tertuduh dilihat menangis dan enggan memberi sebarang kenyataan kepada pihak media.

Pada 19 April 2016, Siti Noor Aishah didakwa di Mahkamah Majistret Kemaman atas tuduhan memiliki 12 buah buku berkaitan kumpulan pengganas di Lot 1241, Jalan Lapangan Terbang Sura, Dungun, Terengganu, jam 12.25 tengah hari, pada 22 Mac 2016.

Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Nazneen Zulkifli, mengemukakan pendakwaan terhadapnya mengikut Seksyen 130JB(1)(a) Kanun Keseksaan, yang boleh dihukum penjara maksimum tujuh tahun atau denda dan boleh dilucutkan hak terhadap bahan itu.

Pada 29 September 2016, Mahkamah Tinggi melepas dan membebaskan Siti Noor Aishah daripada tuduhan itu selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadapnya.

Bagaimanapun, pada 27 Mac lalu, Mahkamah Rayuan memerintahkan tertuduh yang diwakili peguam bela, Mohd Kamaruzaman A Wahab, membela diri selepas membenarkan permohonan pendakwaan terhadap perintah pelepasan dan pembebasannya oleh Mahkamah Tinggi.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/276179
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 06:07 AM GMT+8 , Processed in 0.087839 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list