CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1763|Reply: 12

[Tempatan] Saiful Nang : Tahfiz setaraf dgn Henry Gurney?

 Close [Copy link]
Post time 28-4-2017 08:49 AM | Show all posts |Read mode
Zaman Dulu Budak Nakal Hantar Ke Henry Gurney, Zaman Sekarang Budak Nakal Mak Bapak Hantar Ke Tahfiz.

Oleh : Saiful Nang
ADA BEZA MEROTAN DAN BELASAH
Sebelum itu kita sama-sama panjatkan doa kepada Allah semoga Allayarham Adik Thaqif Amin dicucuri rahmat Allah dan mendapat kesudahan terbaik di tempat terbaik di sisi kekasih-kekasih Allah.


Sultan Mehmet Alfateh dan Hitler ada 1 persamaan yang nyata. Kedua-dua dibentuk DENGAN ROTAN. Alfateh dibentuk dengan rotan untuk mendidik tetapi Hitler dari kecil dirotan kerana MARAH dan melepaskan geram. Akhirnya, yang seorang menjadi sebaik-baik raja dan seorang lagi menjadi sekejam-kejam manusia.

Nampak tak bezanya?

Melayari newsfeed hari ini ada pelbagai cara manusia melepaskan kemarahan kepada warded yang memukul arwah dengan menggunakan getah hos air. Carut dan maki memang berbakul-bakul berlori-lori keluar. Tak mengapa, itu tanda mereka masih punya rasa marah yang normal pada satu penindasan kemanusiaan.

Ada beza MEROTAN untuk mendidik dan BELASAH kerana marah.

Cuma saya nak ajak semua berfikir juga pada sudut lain. Tahukah dan sedarkah kita semua ni, nak jaga anak 1 orang bila isteri masuk hospital sekejap pun dah naik darah tinggi. Itu baru seorang dan anak sendiri yang kira mana marah sekalipun tak sampailah kita ambil penyodok tanah dan pukul darah daging sendiri. Lebih-lebih jika anak tu tumpahkan sup ayam atas sofa yang baru kau beli dengan duit yang sepatutnya bayar PTPTN tu, perasaan menyirap memang ada tapi masih berimbang dengan sayang kepada anak. Cuba anak umur yang sama dengan anak kita tapi anak jiran sebelah yang buat. Lain macam marahnya kan?

Ini zaman bukan macam dulu lagi. Zaman dulu yang masuk tahfiz semua budak-budak baik yang terpilih. Tapi sekarang disebabkan terlalu banyak tahfiz yang ada, dan orang hantar anak ke tahfiz bukan lagi untuk anak itu jadi hafiz quran tetapi sebahagiannya dah penat dengan perangai anak yang tak boleh nak dibentuk lagi. Dari anak main basikal malam-malam sampai ke pagi, baik belanja sikit hantar ke tahfiz. Untung-untung dapat jadi pendakwah YouTube satu hari nanti.

Zaman dulu budak nakal hantar ke Henry Gurney, zaman sekarang budak nakal hantar masuk tahfiz. Merotan ialah sunnah nabi yang kita tak boleh pertikaikan, tapi bukan "belasah atau rembat" sesedap rasa. Merotan untuk mendidik bukan kerana amarah. Saya tidak membela warden yang merotan dan jangan salah sangka. Yang salah tetap salah.

“Suruhlah anak-anak kamu bersolat ketika mereka berusia tujuh tahun, dan pukul kerana meninggalkan solat ketika berusia sepuluh tahun” (Riwayat Abu Daud, sahih).

Baca baik-baik hadith ini, disuruh solat umur 7 tahun tapi kalau 10 tahun masih tak mahu juga baru boleh nak merotan untuk mendidik. Ada 3 tahun untuk kita main segala psycho pendidikan dgn ilmu supaya umur 10 tahun ke atas nanti tak jadi degil. Tapi kalau kita jadi mak bapak bagi longgar sangat sampai masanya tak dirotan walaupun tak solat, jangan marah bila cikgu pula yang merotan. Kalau betul-betul kita ni buat ikut sunnah ini, umur 10 tahun tak payah rotan pun anak dah pandai buat apa yang wajib.

Lagi satu, tahfiz ni memang satu kebangkitan alternatif pendidikan sedia ada. Jika sekolah biasa dah tak larat nak bilang berapa ramai yang mati kena belasah, overdose, rempit, kena libas dengan GI pipe dan macam-macam lagi dan surat khabar dah tak larat nak report. Tapi kalau tahfiz, kena jentik pun masuk news. Apa lagi kalau kena libas getah paip. Boleh kita nak laknat warden yang bermasalah tu, tapi kita juga perlu muhasabah diri sendiri jika kita berada di tempat mereka adakah kita juga akan lakukan yang sama atau lebih teruk lagi? Macam perbandingan saya antara anak jiran dan anak sendiri tadilah cuma bezanya...bayangkan rumah kita ada 100 orang anak jiran yang nakal.

Ada kala saya fikir, kenapa mula banyak cerita yang menakutkan tentang maahad tahfiz? Kita boleh fikirkan sendiri.

Hari ini orang marah sampai kalau boleh sunnah nabi MENDIDIK dengan rotan pun dia kalau boleh nak mansuhkan. Bawa berpadalah bila marah sekalipun. Juga pesanan kepada penjaga anak-anak tahfiz ni, didik mereka macam anak sendiri. Jangan anak sendiri rotan titik-titik di tapak tangan tapi anak orang kau libas tak ingat dunia.

Saya menyokong penuh tahfiz pakai rotan sekadar pendidikan tapi bukan BELASAH. Janganlah kena rotan sikit pun tak boleh. Kita hantar anak masuk tahfiz nak jadi mujahid agama tapi rotan sikit pun tak bagi tapi kau boleh hantar anak kau masuk RMC kena sepak terajang, benam dan hempuk semua tak mengapa. Patutnya yang masuh tahfiz ni kena lagi kental dari Komando.

Semoga Allayarham Adik Thaqif Amin dicucuri rahmat Allah. Semoga tenang kau di sana. Amin


Read more: http://sozcyili.blogspot.my/2017/04/zaman-dulu-budak-nakal-hantar-ke-henry.html#ixzz4fV6YAlha



saiful nang nie sewel kaa? henry gurney jauh lagi bagus drpd tahfiz   
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-4-2017 09:02 AM | Show all posts
betul2..memang byk aku dengar tempat makpak hantr anak2 bermasalah belajar tahfiz..masaklah..mana anak2 yg naive kena gulai kt situ. si amy search tu pon ada bukak tahfiz..sendiri macam kaki ronggeng bukak tahfiz..
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2017 09:38 AM From the mobile phone | Show all posts
bila dah fed up sbb gagal didik anak sendiri terus campak tahfiz nk suh orang lain didik.
Tak payah beranak, boleh?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-4-2017 09:39 AM | Show all posts
ffbeauties replied at 28-4-2017 09:38 AM
bila dah fed up sbb gagal didik anak sendiri terus campak tahfiz nk suh orang lain didik.
Tak payah ...

beranak tu sunnah      


Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2017 09:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Johan asari muka rempit, gangster tu pun pelajar tahfiz.. Mesti dulu2 nakal, sampai mak pak hantar tahfiz soh berubah.. Skrg dah berubah jadi mat kasanova
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2017 09:53 AM | Show all posts
rospinki replied at 28-4-2017 09:02 AM
betul2..memang byk aku dengar tempat makpak hantr anak2 bermasalah belajar tahfiz..masaklah..mana an ...

kan? si amy tu sendiri tertongeng leh lak buka pusat tahfiz, duit ader aper jer boleh..

ramai sgt penungang agama akhir zaman ni

sian kt anak2, mmg ada pun yg mcm tu, kelurga sndiri bermasalah, x nak selesai campak anak kt skolah asrama mcm ni..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-4-2017 09:54 AM | Show all posts
kadang2 mak bapak pilih jalan mudah hantar anak ke asrama. bila dah berkumpul ramai2 gitu pasti macam2 perangai yg ada. cikgu atau warden pulak jenis yg memukul, baran secara tak langsing kes2 sebegini terjadi
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2017 09:56 AM | Show all posts
kaktom yakin selepas ini ramai lagi ibu bapa yang anak2 tak menjadi sebab tidak dididik dgn asas ugama akan masuk lift beramai2 mencela tahfiz2.

ini sifat alam semulajadi manusia. sifat natural ibubapa yang dengki dan iri terhadap anak2 orang lain yang lebih sempurna, lebih berakhlak, lebih bersopan santun dan lebih alim lagi lebih warak dari anak2 mereka.





Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-4-2017 09:58 AM | Show all posts

pakar mana nih
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2017 10:25 AM | Show all posts
Saya menyokong penuh tahfiz pakai rotan sekadar pendidikan tapi bukan BELASAH. Janganlah kena rotan sikit pun tak boleh. Kita hantar anak masuk tahfiz nak jadi mujahid agama tapi rotan sikit pun tak bagi


Kenapa nak belajar hafal Quran, kitab suci agama Islam yang mengajar kebaikan tapi kena berkorban diri dirotan? Kalau tak kena rotan tak boleh jadi hafiz ke? Aku tak faham apa yang Saiful bodoh ni cuba sampaikan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-4-2017 10:27 AM | Show all posts

pakar kencing unta   

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2017 10:52 AM | Show all posts
manehnya replied at 28-4-2017 09:53 AM
kan? si amy tu sendiri tertongeng leh lak buka pusat tahfiz, duit ader aper jer boleh..

ramai s ...

pada dia janji publisiti dan nama diguna sebaik...apa dia tahu tanggunjawab utama. zmn sekarang smua bole buat janji ada duit dan nama..yg jadi mangsa anak2 yg tak bersalah oleh kebodohan ibubapa atas nama AGAMA.
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2017 11:01 AM | Show all posts
Edited by NAT_11 at 28-4-2017 11:03 AM
akik replied at 28-4-2017 10:25 AM
Kenapa nak belajar hafal Quran, kitab suci agama Islam yang mengajar kebaikan tapi kena berkorba ...

Memang berbelit-belit.
Tapi nampaknya dia sokong pendidikan Hafiz guna kekerasan............
Semua blogger takut tka maw sokong, takut dituduh TAK ISLAM.............
Padahal, dalam Quran pun takda ayat pasal HAFIZ Quran
boleh masuk sorga. Bahkan tiada ayat pun, mintak penganut
jadi Hafiz Quran. Kat Malaysia je orang menggila nak jadi Hafiz.
Pada aku OK je nak Hafiz, asalkan pendidikan yang diterima seimbang untuk dunia dan akhirat.




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 05:32 AM GMT+8 , Processed in 0.055741 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list