CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1117|Reply: 3

Mampu Jana Pendapatan RM1.74 Juta, Hanya Lakukan Kerja Kitar Semula

[Copy link]
Post time 28-4-2017 11:27 AM | Show all posts |Read mode
Tidak kiralah apa jua sekalipun pencarian rezeki yang anda perolehi sekalipun. Ada cara mudah dan ada cara yang susah, yang penting usaha dalam mencari rezeki yang berkat itu penting. Tiada istilah rezeki datang bergolek tanpa sebarang usaha.


Dengan hanya mengitar semula surat khabar dan majalah lama, seorang lelaki berusia 86 tahun yang berasal dari Amerika Syarikat telah berjaya mengumpul wang sebanyak USD400,00 (RM1.74 juta).


Memetik laporan CNN, kerja-kerja pengumpulan barangan terpakai itu mula dilakukan warga emas tersebut yang dikenali sebagai Johnny Jennings sejak 32 tahun lalu.


Difahamkan, amalan kitar semula itu dilakukannya adalah untuk mendidik anaknya agar sentiasa menabung dan mengurus kewangan dengan baik.


Jelasnya, hasil aktiviti kitar semula yang dilakukan itu telah menjalinkan hubungan erat dengan anaknya menerusi kerjasama mengumpul barangan terpakai yang boleh dikitar semula sambil menjana pendapatan buat keluarga mereka hasil jualan barangan  terpakai itu.


Pada tahun 2016, wang yang dikumpul oleh Johnny hasil daripada jualan barangan terpakai adalah berjumlah USD 32,040 (RM139,325). Dia kemudian memilih untuk menderma wangnya kepada badan kebajikan iaitu Rumah Kanak-kanak dan Keluarga Georgia.- CARI

sumber : http://abcnews.go.com
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-4-2017 03:23 PM From the mobile phone | Show all posts
bagus nya..keep it up atuk...
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2017 03:30 PM | Show all posts
Sangat bagus. Cintailah alam sekitar. Good job grandpa.
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2017 03:41 PM From the mobile phone | Show all posts
moga wartawan cari yg berada dikelas tersendiri mencontohi atok ini
jangan asyik dok kitar semula berita jer
kitar semula barang boleh dapat status jutawan. kalau kitar semula berita yg dah ada forumer bukak thread dulu, hanya dapat hencapan berjemaah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 05:55 PM GMT+8 , Processed in 0.060933 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list