|
lesap ghaib, kan kaktom dah pesan dulu auntie, jangan berurusan dengan dorang, tapi auntie degil tak dengar kata. kan dah lesap latus libu luit simpanan bekalan hali tua.
auntie tutup muka kinapa, sikalang talak musim jelebu ler auntie.
IPOH - “Duit itu saya kumpul dan simpan untuk persiapan hari tua, sekelip mata habis, satu sen pun tak tinggal,” kata Kan Wai Leng, 71, yang menjadi mangsa pukau menyebabkannya kehilangan wang berjumlah hampir RM117,000.
Wai Leng berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 11 pagi Rabu lalu ketika dia dihampiri dua wanita di Pasar Besar Ipoh, sebelum dibawa ke sebuah lokasi di bandar raya ini.
Menurutnya, dua wanita terbabit mengumpannya supaya menyerahkan sejumlah wang kononnya untuk aktiviti menghalau hantu.
“Saya pada awalnya tidak mahu ikut mereka, tapi mereka bertindak memegang tangan dan bawa saya ke sebuah rumah kedai di Pekan lama. Di sana mereka kata saya ada masalah hantu dalam badan dan minta saya keluarkan wang simpanan untuk dibuat sembahyang halau hantu.
“Saya ketika itu seolah-olah tidak sedar dan hanya menurut apa yang mereka katakan,” katanya ketika ditemui pada sidang media di Wisma DAP, semalam.
Dia berkata, dengan dihantar wanita berusia lingkungan 30 tahun itu, dia kemudiannya mengeluarkan wang berjumlah RM115,600 dari sebuah bank dan RM1,000 dari bank yang lain.
Katanya, sebaik menyerahkan wang berkenaan kepada dua wanita itu, dia diberikan satu bungkusan plastik hitam.
“Bila sampai di rumah baharu saya tersedar dan segera buka bungkusan hitam itu, saya mengharapkan duit saya ada dalam plastik itu, rupanya tidak, yang ada hanyalah dua botol mineral dan sebungkus garam,” katanya.
Wai Leng yang bekerja sebagai pelayan restoran berkata, dia kini sudah tidak mempunyai duit simpanan kerana sebahagian wang yang diserahkan itu merupakan duit Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang dikeluarkan.
|
|