View: 946|Reply: 2
|
Mykad Palsu Dijual Sehingga Mencecah Harga RM10,000
[Copy link]
|
|
Selama 10 tahun berkhidmat dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), seorang lelaki didakwa menjalankan kegiatan penjualan MyKad dan dokumen kewarganegaraan kepada pendatang haram serta warga asing yang menetap di negara ini.
MyKad palsu yang dijual kepada ramai warga asing itu dikenakan bayaran antara RM4,500 dan RM10,000.
Memetik laporan The Star yang wartawannya menyamar dan berhubung dengan lelaki berkenaan, dengan bangganya dia memberitahu bahawa dia telah banyak membantu warga Indonesia dan Kemboja mendapatkan MyKad dan dokumen kewarganegaraan asli secara haram semasa berkhidmat di JPN.
Menerusi perbualan telefon yang direkodkan The Star dengan berpura-pura sebagai pendatang Indonesia, lelaki berkenaan meminta bayaran RM4,500 untuk permohonan kewarganegaraan dan menawarkan diskaun jika ‘pemohon’ dapat mencari lebih ramai ‘pelanggan’.
Dia juga meminta empat keping gambar pemohon dan pemohon perlu mengisi borang permohonan kewarganegaraan dari JPN.
Setelah permintaannya ditolak, lelaki itu cuba memujuk wartawan untuk mengadakan pertemuan dan mengemukakan dokumen-dokumen kewarganegaraan, dengan mendakwa bahawa ibu pejabat di Putrajaya akan mempercepatkan permohonan.
Bagaimanapun wartawan tidak memberikan sebarang tindak balas selanjutnya.
Kewujudan sindiket itu diperolehi menerusi maklumat intipan kumpulan bukan berasaskan keuntungan, Persatuan Kebajikan dan Sosial (Perbak). - CARI
sumber : www.wanista.com |
|
|
|
|
|
|
|
untung laaa...klu 10 org dh brape...klu sebulan? isu nie mmg pnh disebut sebelum nie...berlambak warga asing pkai ic plsu... |
|
|
|
|
|
|
|
cari lah rezeki halal dlm bekerja.. jgn jadikan duit haram sebagai darah daging kita dan keturunan kita |
|
|
|
|
|
|
| |
|