CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 13916|Reply: 160

[Jenayah] (Update: STATEMENT BAPA MANGSA + video #1) Geng PELAJAR PENGHIDU gam, PEGANG kak

[Copy link]
Post time 28-4-2017 06:41 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Kentang.Goreng at 4-5-2017 03:12 PM

Thursday, 4 May 2017      
‘My son was forced to drink poison’


Difficult time: Chong consoling Pravin’s parents Selvaraja and R. Devani, 45, when he went to pay his respects at their home in Nilai.

NILAI: M. Selvaraja will live with regret for not believing his son’s story that he was attacked by glue-sniffing schoolboys and forced to drink poison.

Selvaraja, 51, who is a rubber tapper, said he was at home when his son S. Pravin, 15, came home drenched last Wednesday.

“When I asked him what had happened, he told me that a group of boys had pinned him down outside his school and forced him to swallow some liquid.

“Then they threw him into a stream,” he said when met at his son’s wake yesterday.

He said he had doubts about his son’s story as he could smell glue on Pravin’s body.

He added that his son had once indulged in glue-sniffing.

“I actually stopped my son from going to school in late March as he used to mix with boys who smoked as well as sniffed glue,” he said.

He said during that time, he was looking to move his son to another school.



Selvaraja said his son went to bed after telling him about the incident.

However, when he woke up the following morning, Pravin complained of severe stomach pain and vomited.

“I saw blueish traces in his vomit. I then rushed him to a clinic,” he said, adding that the boy was then transferred to the Tuanku Ja’afar Hospital (TJH) in Seremban.

Selvaraja said while at the hospital, Pravin wrote on a piece of paper telling his story of how he was assaulted by boys wearing school uniforms with red ties.

“He gave it to the policemen who came to record his statement. My son could not talk as his throat was swollen,” he added.

Sadly, Pravin, died on Tuesday night.

Selvaraja hopes the authorities will do more to curb disciplinary problems in the school.

Deputy Education Minister Datuk Chong Sin Woon, who paid his respects to Pravin at the family house yesterday, called on the people to help prevent disciplinary problems of schoolchildren instead of leaving the matter to the school authorities alone.

“I have pledged to the father that we will investigate the matter. We want to know the condition of the school, whether there are disciplinary issues or external forces influencing the school environment,” he added.

Nilai OCPD Supt Zaludin Zaldino said police have managed to get a few leads on the attack.

During the incident, a group of youths apparently pinned Pravin down and forced him to consume a liquid believed to be insecticide after he allegedly chided them for sniffing glue.
Berita sebelumnya...

OMG... so sad...

Pelajar dipaksa minum racun meninggal dunia
3 Mei 2017 @ 2:29 PM

Seremban: Pelajar lelaki yang dipercayai dipaksa minum racun oleh sekumpulan pelajar lain minggu lalu, meninggal dunia di Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ) di sini, malam tadi.

Mangsa, S Pravin, 15, meninggal dunia 8.30 malam ketika dirawat di hospital berkenaan.

Ketua Polis Daerah Nilai Superintendan Zaldino Zaludin ketika dihubungi mengesahkan kematian mangsa dan siasatan lanjut masih diteruskan.

Dalam kejadian jam 5.30 petang Rabu lalu, mangsa dipercayai menegur kumpulan pelajar terbabit yang sedang menghidu gam di Pekan Nilai, di sini.

Kumpulan terbabit berang lalu bertindak memegang kaki dan tangan mangsa serta menuang cecair ke dalam mulut.

Mangsa mengadu sakit perut dan muntah kepada bapanya sebelum dibawa ke Klinik Kesihatan Nilai lalu dirujuk ke HTJ.


Lokasi kejadian mangsa dipaksa minum racun. - Foto Sinar Harian

Pelajar dipaksa minum racun selepas tegur hidu gam
28 April 2017

NILAI – Hanya kerana menegur perlakuan sekumpulan pelajar lelaki yang sedang menghidu gam, seorang pelajar lelaki berusia 15 tahun dipaksa minum racun serangga.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Zaldino Zaludin berkata, polis menerima laporan berhubung kejadian itu daripada ibu mangsa selepas anaknya mengadu tidak sihat Rabu lalu.

Mangsa telah beritahu ibunya yang dia mengalami sakit perut dan muntah selepas dipaksa minum racun oleh sekumpulan pelajar di Pekan Lama Nilai.

Dia dipaksa minum dengan cara kaki dan tangannya dipegang sebelum cecair dituang ke dalam mulutnya,” katanya.

Menurutnya, pada keesokannya mangsa sekali lagi mengadu mengalami sakit tekak dan perut menyebabkan dia dibawa oleh ibunya ke Klinik Kesihatan Nilai sebelum diminta rujuk ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS).

Beliau berkata, doktor yang merawat memaklumkan yang mangsa tidak sihat disebabkan oleh cecair yang diminum.

Berdasarkan kepada sakit yang dialami oleh mangsa, cecair tersebut dipercayai racun serangga.

“Kita dalam proses mengenal suspek dan kes disiasat mengikut Seksyen 328 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan cedera dengan menggunakan racun,” katanya.

Jumaat, 28 April 2017 @ 5:59 PM
Pelajar dakwa dipaksa minum racun serangga

KUALA LUMPUR: Seorang pelajar tingkatan 3 sebuah sekolah menengah di Nilai, Negeri Sembilan, mendakwa nyaris maut selepas dipaksa minum racun serangga oleh sekumpulan pelajar lelaki sekolah lain Bandar Lama Nilai, Rabu lalu.

Dalam kejadian sekitar jam 5.30 petang itu, mangsa terlihat sekumpulan pelajar yang memakai seragam sekolah sedang menghidu gam berhampiran sebuah pasar raya sebelum bertindak menegur mereka.

Kumpulan pelajar terbabit kemudian menahan mangsa serta memegang tangan dan kakinya sebelum bertindak memasukkan cecair berwarna hijau ke dalam mulut mangsa sehingga mangsa tidak sedarkan diri.

Mangsa yang tersedar sekitar jam 6 petang kemudian menuju ke tempat kerja ibunya di sebuah kedai pakaian berhampiran dan memaklumkan dia diracun.


Sehari kemudian, ibu mangsa membawanya ke klinik selepas pelajar berkenaan mengadu sakit tekak dan perut sebelum dia dirujuk ke Hospital Tuanku Jaafar, Seremban.


Mangsa dirawat di Unit Kecemasan Zon Merah selepas doktor yang merawatnya mengesahkan terdapat racun serangga dalam perut mangsa.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Zaldino Zaludin, ketika dihubungi BH sebentar tadi, mengesahkan kejadian dan sedang menjalankan siasatan lanjut.

Katanya, pada masa ini mangsa masih belum dapat memberikan butiran terperinci kerana sakit tekak dan sukar bercakap.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-4-2017 06:52 PM | Show all posts
bongok punya mak,

sampai seharian biar anak dengan racun dlm perut..

mujur umur panjang..
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2017 06:53 PM | Show all posts
wow ibu tunggu 24 jam?

okay ...wow...speechless.
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2017 07:07 PM | Show all posts
ibu derhaka.. pecah belang pecah bertangkuk.. ibu kena sumpah jadi ikan tembakul
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2017 07:16 PM From the mobile phone | Show all posts
hebat pelajar skrg...semua ada..kes rogol, cabul, rompak, belasah, terkini cubaan bunuh...bukti ibu bapa mengajar anak2 dgn baik..pelajar skrg tak blh ditegur disentuh atau dirotan
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2017 07:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Nape la ditunggu sampai 24 jam..

Bebudak penghidu gam tuh, kalau la dapat, memang iols bagi lempang sesekor...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-4-2017 07:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Adoila...na'uzubillah..moga dijauhkan anak2 kita dari manusia gila mcm ni
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2017 07:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Perangai budak2 zaman la ni mmg lain ncm sikit... naik van pun kna buli. Nk p kantin pun kna buli...   semoga di jauhkan.....  kna latih anak2 jd mat kantoi... klu ada apa2 cepat2 report cikgu...  
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 28-4-2017 09:55 PM | Show all posts
Edited by Kentang.Goreng at 28-4-2017 10:03 PM

Tegur pelajar hidu gam, pelajar pengsan dipaksa telan racun













Seorang pelajar yang dipaksa menelan racun serangga masih sakit tekat dan sukar bercakap ketika dirawat di Hospital Tuanku Jaafar, Seremban






KUALA LUMPUR, 28 April — Seorang pelajar dipaksa menelan racun serangga oleh sekumpulan pelajar sekolah lain setelah menegur mereka menghidu gam.

Dalam kejadian 5.30 petang Rabu lalu, lapor Berita Harian, remaja tingkatan 3 di Nilai ternampak mereka yang masih berseragam sekolah menghidu gam.

Tidak berpuas hati, mereka yang belajar di Nilai Lama memasukkan cecair hijau ke dalam mulut pelajar itu sehingga mangsa pengsan.  

Setengah jam kemudian, selepas tersedar, pelajar memberitahu ibunya yang bekerja di sebuah kedai pakaian tentang kejadian tersebut.

Wanita itu membawa anaknya ke klinik pada esoknya setelah mangsa mengalami sakit tekak dan perut sebelum dihantar ke Hospital Tuanku Jaafar, Seremban.

Perut mangsa, yang dirawat di unit kecemasan, disahkan mengandungi racun serangga oleh doktor yang merawatnya.

Polis Nilai dilaporkan belum dapat mengambil keterangan mangsa buat masa ini kerana masih mengalami sakit tekak dan sukar bercakap.
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2017 10:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Adui perangai budak skrg.. nmpk tera sgt.. kena libas dgn cikgu ngelupor pulak
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2017 10:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Jahatnye budak sekarang ni...
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2017 10:10 PM From the mobile phone | Show all posts
harap mampos la budak2 yg memaksa minum racun tue. kalo besar pun mesti membesar jadik penjenayah..
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2017 10:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Bangang betul samseng2 laknat sekarang ni. Apa kata tangkap samseng2 ni dan liwat ramai2 smpai jubo longgar!!::
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2017 10:47 PM | Show all posts
Nakal sungguh anak-anak sekolah sekrg... Masih sekolah lg dh berani buat yg bukan2... YaAllah jauhkanlah perangai n ahlak buruk mereka ni
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2017 10:49 PM | Show all posts
Emak si mangsa ni pun adoiiilah... Ank dh bgttau diracun napa ler x cepat2 gi spital...
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2017 10:52 PM | Show all posts
camne la gaya budak2 akan datang... skang pun dah skeri...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-4-2017 01:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Yang hisap gam tu memang saja rosakkan otak. Apa nak jadi budak zaman skang ni?
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2017 02:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Yg mak pun dah kenapa pandai sgt? Sehari tunggu baru hantar anak klinik? Sila jgn jadi mak :
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2017 04:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Mak yang banggang. Beranak pandai. Jaga anak bodoh.
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2017 04:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Gam jenama apa ? Paper Mate ka ?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 08:28 PM GMT+8 , Processed in 0.090034 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list