CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4640|Reply: 10

[Tempatan] Myvi VS Honda EX5 lawan arus, penunggang EX5 tewas!

[Copy link]
Post time 28-4-2017 11:18 PM | Show all posts |Read mode



KEADAAN kereta Perodua Myvi yang remuk di bahagian depan selepas bertembung dengan motosikal Honda EX5 yang ditunggang Mohd Suhaidi Shukur dalam kemalangan di KM 129 Jalan Kuala Terengganu-Kuantan, dekat Kampung Meraga Beris, Kijal, pagi tadi. - Foto Shamsudin Husin

CHUKAI: Akibat menunggang motosikal melawan arus, seorang pemuda maut apabila dirempuh sebuah kereta dari arah bertentangan di Kilometer 129 Jalan Kuala Terengganu-Kuantan dekat Kampung Meraga Beris, pagi tadi.

Dalam kejadian jam 10 pagi itu, Mohd Suhaidi Mohd Syukur, 35, yang menunggang motosikal Honda EX5 bertembung dengan sebuah kereta Perodua Myvi.

Mangsa yang mengalami kecederaan parah di kepala, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Bagaimanapun, pemandu Myvi, Katialisa Kamaruddin, 31, dan penumpangnya, Kasmaruby Kamaruddin, 39, tidak mengalami kecederaan.

Difahamkan, mangsa yang tidak bekerja keluar dari rumahnya di Seri Bandi, Kemaman pada jam 9 pagi dikatakan mahu mengambil ubat di sebuah klinik di Kijal.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Mohd Said Ibrahim ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.

Katanya, mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Kemaman untuk bedah siasat.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.


This image has been resized. Click this bar to view the full image. The original image is sized 733x468.

This image has been resized. Click this bar to view the full image. The original image is sized 720x960.


http://www.bharian.com.my/node/276965



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-4-2017 11:39 PM | Show all posts
takziah           
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2017 11:45 PM | Show all posts
Pelik sungguh...tunggang melawan arus ...
bawa motor ikut tepi jalan ke tengah jalan sampai boleh bertembung dengan myvi...
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2017 12:00 AM | Show all posts
Kau ingat kau bawak motor kat LA ke dik
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2017 12:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Mujur ko yg mati...kalau org dlm myvi tu yg mati hadaplah ko dgn cercaan
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2017 12:48 AM From the mobile phone | Show all posts
menyusahkan orang je..
tak pasal-pasal kereta jahanam..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-4-2017 12:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by senahitam at 29-4-2017 12:44 PM

Kwn aku ni driver myvi ni. Katanya blk ganu nk ziarah mak sedara meninggal....dah dia lak yg eksiden. Sib baik dia x cedera.
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2017 12:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Takziah..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-4-2017 12:29 PM | Show all posts
Biasalah mentaliti kampung. Lawan arus bawa tepi jalan. Bila masuk bandar puak ni akan bawak motor atas laluan pejalan kaki.
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2017 05:28 PM | Show all posts
menempah maut..
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2017 06:38 PM | Show all posts
X memasal jer
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 11:53 AM GMT+8 , Processed in 0.255689 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list