CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 311|Reply: 0

[Tempatan] Calon pembangkang sebagai perdana menteri adalah orang Melayu-Islam iaitu Anwar

[Copy link]
Post time 28-4-2017 11:41 PM | Show all posts |Read mode


kata lim guan eng, bekas banduan merangkap ketua menteri penang yang akan kemahkamah kerana ada kes rasuah.


dengan berita segembira ini ini, kaktom rela mengundi pakatan harapan pru depan.

kah kah kah. lawak mega tahun ini. nuar tu, nuarrrrr. idola kaktom tu. kah kah kahak ptuiiii.








Tidak ada bukan Islam mahu jadi PM, kata Lim kepada PAS

Tiada pemimpin bukan Islam yang mahu menjadi Perdana Menteri , kata Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng.

Lim mengulas usul Dewan Ulama PAS yang pada muktamar semalam mendesak supaya Perlembagaan Persekutuan dipinda supaya hanya pemimpin Melayu-Islam boleh menjadi perdana menteri.

"Saya sedih dengan usul di muktamar PAS di Kedah yang seolah-olah cuba menimbulkan sentimen perkauman bahawa seseorang perdana menteri mestilah berbangsa Melayu dan beragama Islam, seolah-olah ada pemimpin bukan Islam yang mahu jawatan itu .

"Saya rasa perkara seperti ini tidak sepatutnya dijadikan isu kerana tidak ada pemimpin bukan Islam yang mahu menjadi perdana menteri. Calon pembangkang sebagai perdana menteri adalah orang Melayu-Islam iaitu Anwar Ibrahim.

"Sebab itu, tindakan PAS ini kelihatan seperti mereka hanya mahu menimbulkan kebencian dan ketakutan di kalangan orang Melayu-Islam terhadap bangsa lain," kata Lim dalam rakaman sebuah video yang disiarkan di Facebook beliau hari ini.

PAS mungkin mewakili sebahagian penduduk Melayu-Islam, tetapi Lim berkata, usul mereka itu bukan dilakukan dengan semangat Malaysia.

Malaysia, kata Lim, adalah sebuah negara berbilang kaum, dan tindakan itu tidak sihat, terutama kerana ada pemimpin yang menghina pemimpin bukan Melayu dan bukan Islam.

Menurutnya, negara ini seharusnya menuju ke arah persekitaran berdasarkan keadilan dan kebebasan serta menentang gejala rasuah.

Semalam, Dewan Ulama PAS dilaporkan meluluskan usul bahawa perdana menteri mestilah seseorang yang berbangsa Melayu dan beragama Islam.





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 08:16 PM GMT+8 , Processed in 0.061664 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list