CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 782|Reply: 5

[Tempatan] saman tun terhadap najib ditolak mahkamah, tun kena bayar kos pulak. + dua orang

[Copy link]
Post time 29-4-2017 12:14 AM | Show all posts |Read mode
Edited by kaktom8 at 29-4-2017 12:20 AM

kaktom kasi goreng itu kentang goreng.





Najib berjaya batalkan saman Tun M


KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan permohonan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk membatalkan saman yang difailkan Tun Dr Mahathir Mohamad, dan dua lagi berhubung dakwaan salah guna kuasa dalam jawatan awam.
Keputusan itu dibuat Hakim Abu Bakar Jais dalam kamar, hari ini.


Peguam Datuk Mohd. Hafarizam Harun memberitahu pemberita,  dalam keputusannya itu berkata, mahkamah berpendapat bahawa Najib bukan seorang penjawat awam dalam jawatan awam.
Mahkamah turut memerintahkan Mahathir, bekas Naib Ketua Umno Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan, 54, dan bekas ahli Wanita Umno Langkawi Anina Saadudin, 41, selaku plaintif membayar kos RM30,000.
Najib, pada 19 April 2016, memfailkan permohonan untuk membatalkan saman ketiga-tiga mereka atas alasan tidak terdapat elemen perbuatan salah laku dan pecah amanah sebagai penjawat awam seperti didakwa oleh ketiga-tiga plaintif.
Kesemua plaintif memfailkan saman terhadap Najib atas dakwaan salah laku di pihak perdana menteri melibatkan dana pembangunan strategik 1MDB.
Melalui saman yang difailkan pada 23 Mac tahun lepas, mereka mendakwa defendan, dengan sengaja mengganggu siasatan terhadap dakwaan kewangan berkenaan 1MDB dan syarikat- syarikat  berkaitan, serta siasatan aliran masuk wang RM2.6 bilion dan RM42 juta daripada SRC International ke dalam akaun peribadi perdana menteri itu.
Mereka mendakwa Najib telah melakukan tindakan dan langkah sehingga menyebabkan beliau dapat mengelak daripada berhadapan dengan kesan dan akibat di sisi undang- undang atas segala dakwaan salah laku atau perbuatan jenayah.
Mereka juga menyatakan perlantikan empat ahli jawatankuasa kira-kira (PAC) ke jawatan menteri dan timbalan menteri atas arahan Najib telah menyebabkan siasatan 1MDB terhenti.
Najib turut didakwa memberi nasihat dan representasi yang tidak telus kepada Yang Dipertuan Agong berhubung keadaan kesihatan Peguam Negara ketika itu, Tan Sri Gani Patail bagi menyingkirkannya supaya tidak dapat meneruskan hasil siasatan telus serta bebas terhadap dakwaan kepada Perdana Menteri.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-4-2017 12:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Camne pulak bos besau bukan penjawat awam? Abistu macai2 jela penjawat awam?
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2017 12:28 AM | Show all posts
berusjamban replied at 29-4-2017 12:24 AM
Camne pulak bos besau bukan penjawat awam? Abistu macai2 jela penjawat awam?

Bukan ler,
Gaji beliau bukan dari duit kerajaan kan
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2017 12:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Patotla ada pemberita tadi.
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2017 08:53 AM | Show all posts
berusjamban replied at 29-4-2017 12:24 AM
Camne pulak bos besau bukan penjawat awam? Abistu macai2 jela penjawat awam?

beliau tak makan gaji hasil kerajaan mcm trump la gaji kasi sedekah
beliau makan hasil sendiri kaya keturunan katanya

pardon me if im wrong

Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2017 08:57 AM | Show all posts

Zaman Dia Dulu Pon Sama Gak

Berape gantang saman Ketum terhadap dia.  Ade yang menang ke?

Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 06:46 AM GMT+8 , Processed in 0.273683 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list