CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 13341|Reply: 131

[Tempatan] (Update: video IBU SALAHKAN caterer & REPORT polis + KOMEN CATERER #1) Budak

[Copy link]
Post time 29-4-2017 09:00 AM | Show all posts |Read mode
Edited by Kentang.Goreng at 30-4-2017 06:18 PM


Budak 5 Tahun Koma, Jatuh Bermain Inflatable Bouncer
Published on Apr 30, 2017

GEORGETOWN – Seorang kanak-kanak berusia lima tahun kini koma selepas terjatuh dari ketinggian hampir mencecah 10 meter ketika bermain inflatable bouncer (gelongsor belon), lapor Harian Metro.

Dalam kejadian di kediaman mereka di Persiaran Sungai Gelugor, Ahad lalu, Syarul Ariel Fifqi Mohd Azriq, 5, terjatuh ketika bermain permainan berkenaan yang disewa khas daripada sebuah syarikat katering.

Ibu mangsa, Norsyaliza Yahaya, 32, berkata, dia mengadakan majlis sambutan hari jadi untuk bapanya dan menyewa peralatan permainan berkenaan untuk kanak-kanak yang dipasang di hadapan rumah mereka oleh pekerja katering pada jam 3 petang.

Kemudian Syarul Azriel bersama sepupu yang lain bermain peralatan gelongsor berkenaan.

“Bagaimanapun setengah jam selepas itu, anak saya terjatuh kerana alat permainan itu terbalik dan kepalanya terhentak di atas tar dan menyebabkan dia tidak sedarkan diri.

“Dalam keadaan kelam kabut itu, saya terus membawa anak ke hospital dan dia menjalani ujian MRI sebelum doktor mengesahkan ada keretakan serta pendarahan di kepalanya,” katanya.

Mangsa kini masih dalam keadaan koman di Unit Rawatan Rapi Hospital Lam Wah Ee.

Menurut Norsyaliza, berikutan kejadian itu, Syarul Azriel menjalani dua pembedahan di otak kiri dan kanan pada hari yang sama dan kini masih belum sedarkan diri.

“Doktor memberitahu tempurung kepala anak saya pecah serta sebahagian daripada otaknya rosak dan saya tidak tahu apa yang bakal berlaku kepada anak saya selepas ini,” katanya.

Norsyaliza kesal dengan syarikat katering berkenaan yang dilihat cuba mengambil sikap lepas tangan kerana pekerja yang memasang peralatan berkenaan tidak melakukannya dengan betul.

“Saya difahamkan, sepatutnya pekerja yang memasang peralatan terbabit mengikat tali untuk mengelak daripada terbalik. Namun mereka tidak melakukannya.

“Selain itu saya turut kesal kerana pihak syarikat terbabit langsung tidak bertanya khabar dan bersemuka dengan kami untuk berbincang bagi menyelesaikan masalah itu,” katanya.

Ekoran kejadian itu, Norsyaliza membuat laporan polis dan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pemilik syarikat katering berkenaan.

Sementara itu, pihak katering telah memberi keterangan kepada pihak polis dan berserah kepada mereka untuk mengambil tindakan undang-undang kerana kejadian yang berlaku sebenarnya adalah kemalangan dan bukan kecuaian mereka.

Pemilik syarikat katering yang tidak mahu didedahkan nama itu berkata, sepatutnya pengawasan kanak-kanak ketika bermain peralatan itu adalah tanggungjawab ibu bapa dan pihak katering tidak sepatutnya dipersalahkan.

Semua perjanjian itu memang sudah ada dalam syarat ditetapkan pihak syarikat dan tugas kami hanya memasang peralatan tersebut.

“Pekerja kami sudah melakukan apa yang termampu dan saya rasa kejadian ini berlaku mungkin disebabkan aksi kanak-kanak terbabit yang aktif ketika bermain sehingga membuatkan peralatan itu terbalik.

“Jika terlalu ramai kanak-kanak bermain, memang mereka sukar dikawal dan disebabkan itu kami meletakkan syarat meminta penjaga mengawasi tingkah laku anak-anak mereka sendiri dan tidak menyerahkan tugas itu kepada pekerja syarikat,” katanya.

Dalam kenyataan kepada Harian Metro itu, pemiliknya turut menjelaskan pihaknya ada menghubungi keluarga mangsa untuk bertanya khabar serta mengetahui perkembangannya.

Namun buat masa ini mereka enggan bertemu dengan keluarga berkenaan kerana sudah menyerahkan kes itu kepada polis untuk siasatan lanjut.

“Jika keluarga berkenaan mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap kami, itu terserah kepada mereka kerana bagi saya, pekerja mengikut prosedur ditetapkan ketika memasang peralatan terbabit,” katanya lagi


Siapa salah? Nak saman siapa?

Suka bertukar duka

Sabtu, 29 April 2017 @ 6:39 AM

Georgetown:  Luluh hati seorang ibu apabila   melihat anak lelaki yang dulunya aktif kini terlantar dan bertarung nyawa selepas terjatuh ketika bermain ‘inflatable bouncer’ (pemantul boleh kembung) di rumah mereka di Persiaran Sungai Gelugor, di sini, Ahad lalu.

Kakitangan swasta, Norsyaliza Yahaya, 32, berkata, anak bongsunya,  Syarul Ariel Rifqi Mohd Azriq, 5, kini koma dan   berada di Unit Rawatan Rapi Hospital Lam Wah Ee kerana jatuh dari ketinggian hampir mencecah 10 meter ketika bermain inflatable bouncer yang disewa khas daripada  sebuah syarikat katering.

Menceritakan kembali kejadian itu, Norsyaliza berkata, dia mengadakan majlis sambutan hari jadi untuk bapanya dan menyewa peralatan permainan untuk kanak-kanak itu daripada  syarikat katering di Kulim, Kedah.

Menurutnya, permainan terbabit dipasang di hadapan rumah mereka oleh pekerja katering jam  3 petang dan anak lelakinya bersama sepupu yang lain bermain peralatan gelongsor berkenaan.

“Bagaimanapun, setengah jam selepas itu, anak saya terjatuh kerana alat permainan terbabit terbalik dan kepalanya terhentak di atas tar hingga membuatkan dia tidak sedarkan diri.


Kanak-kanak lima tahun koma tercampak dari 'inflatable bouncer'            
April 29, 2017 23:09 MYT
                 

GEORGE TOWN: Seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun kini terlantar koma sejak seminggu lalu selepas terjatuh ketika bermain permainan ‘inflatable bouncer’ di kediamannya di Persiaran Sungai Gelugor, George Town, Ahad lalu.

Akibat kejadian itu, Syarul Ariel Rifqi Mohd Azriq mengalami kecederaan di kepala dan terpaksa melalui dua kali pembedahan bagi membuang darah beku di bahagian kiri dan kanan kepalanya.

Ibu kanak-kanak itu, Norsyaliza Yahaya, 32, anak bongsu dari dua beradik itu terjatuh dari ketinggian mencecah 10 meter dan kini sedang menerima rawatan di sebuah hospital swasta di Pulau Pinang.

Menceritakan peristiwa itu, Norsyaliza berkata dia mengadakan majlis sambutan hari jadi untuk bapanya dan menyewa peralatan permainan untuk kanak-kanak itu daripada sebuah syarikat katering di Kulim, Kedah.

Menurutnya, permainan itu dipasang di hadapan rumah mereka oleh pekerja katering pada petang hari kejadian apabila anak lelakinya bersama sepupu bermain peralatan gelongsor itu.

Peralatan itu dipasang terbalik. Apabila beberapa orang kanak-kanak naik ke atasnya, sekali gus ia jadi tak stabil,” kata Norsyaliza.

Berikutan kejadian itu, mereka membawa Ariel Rifqi ke hospital untuk rawatan sebelum doktor memaklumkan perlu melakukan pembedahan segera bagi membuang darah beku di kepalanya.

Katanya, selepas pembedahan di bahagian kanan kepala anaknya selesai, doktor kemudian memaklumkan terdapat masalah lain di bahagian kiri kepala mangsa menyebabkan satu lagi pembedahan terpaksa dilakukan.

Kata Norsyaliza, beliau kesal apabila alat permainan itu dipasang tanpa mengikut piawaian ditetapkan kerana tidak diikat dengan tali sekali gus menyebabkannya mudah terbalik.

Katanya, satu laporan polis turut dibuat selepas kejadian itu.               

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-4-2017 09:02 AM | Show all posts
Saman diri sendirilah..
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2017 09:03 AM From the mobile phone | Show all posts
Aduh siannya
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2017 09:04 AM | Show all posts
Note: Thread has been banned by manager
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2017 09:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Selalu orang letak ni atas kawasan berumput kan?
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2017 09:16 AM | Show all posts
boleh saman orang katering tu sebab sepatutnya mendalah ni kena firm dan tak terbalik...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-4-2017 09:17 AM | Show all posts
bouncer tu tak di ikat mcm camping tent ker?  
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2017 09:25 AM From the mobile phone | Show all posts
buatla doa selamat lebih selamat
daripada sambutan birthday separa pprt separa urban sebegini
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-4-2017 09:45 AM | Show all posts
vanillaninja replied at 29-4-2017 09:15 AM
Selalu orang letak ni atas kawasan berumput kan?

asal base tu rata. x kira atas simen ke rumput ke

Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2017 09:56 AM From the mobile phone | Show all posts
pooh~key replied at 29-4-2017 09:04 AM
adik tu dah boleh nampak bayangan2 bidadari syurga belum sister?

Perlukah buat soalan mcm tu di kala orang lain hadapi musibah yg mempertarungkan nyawa anak?   Mana adab dn perikemanusiaan u?
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2017 09:58 AM | Show all posts
Note: Thread has been banned by manager
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2017 09:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Kakak ni kene study dulu ttg safety play equipment dan material yg sepatutnye.  Biase play area supplier akan letak play equipment atas EPDM bukan atas tar.  Pasir pun org dah lama x apply untuk playground.  Moge anak ni sembuh sepenuhnye.
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2017 10:00 AM From the mobile phone | Show all posts
pooh~key replied at 29-4-2017 09:58 AM
ada berapa bilangan pepet yang adik tu dah nampak untuk ditala, sister nolya?

Sorry, I do not have the answer to ur question.  Maybe u know better.
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2017 10:06 AM | Show all posts
nolya replied at 29-4-2017 10:00 AM
Sorry, I do not have the answer to ur question.  Maybe u know better.

sister janganlah sentap dengan ajaran anutan sister sendiri iya. nah lagu untuk merawat hati sis yang berduka lara.

Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2017 10:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Yg supply inflatable bouncer ni patut kena ada insurance kan? Ke mmg takde?
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2017 10:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Note: Thread has been banned by manager
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-4-2017 10:14 AM | Show all posts
sebu1 replied at 29-4-2017 09:58 AM
Kakak ni kene study dulu ttg safety play equipment dan material yg sepatutnye.  Biase play area supp ...

Betul Bu.. Akak malas nak tulis pjg. Baiknya yg kena ank sendiri. Kalau ank jemputan?
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2017 10:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Kesian pulak.. mula mula nak bergembira tapi duka yg dapat..
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2017 10:19 AM From the mobile phone | Show all posts
pooh~key replied at 29-4-2017 10:06 AM
sister janganlah sentap dengan ajaran anutan sister sendiri iya. nah lagu untuk merawat hati sis y ...


Sbg seorang muslim, agama saya mementingkan akhlak yg baik, wajar untuk miliki sifat empati dn simpati.  Saya  sekadar kesal  kenapa harus ada insan lain memberi komen memperlekehkan kecelakaan yg dialami seseorang. Tidak dpt banyak membantu, berilah doa semoga cepat sembuh sekalipun kalau yg kecelakaan itu tidak seiman. Sembunyikanlah rasa sombong kita kerana mungkin sje esok lusa, jgn kita atau sanak sdra ditimpa malang yg lebih parah lagi.
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2017 10:24 AM | Show all posts
nolya replied at 29-4-2017 10:19 AM
Sbg seorang muslim, agama saya mementingkan akhlak yg baik, wajar untuk miliki sifat empati dn s ...

maaf, bukankah akak sedang memberi semangat kepada mangsa tadi?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 08:40 AM GMT+8 , Processed in 0.148811 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list