CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 1653|Reply: 30

[Tempatan] Mufti setuju pelaksanaan GST haram.

[Copy link]
Post time 29-4-2017 11:53 AM | Show all posts |Read mode


http://www.sinarharian.com.my/mo ... rah-kiblat-1.666146


Tidak wajar kenakan cukai kepada rakyat
WARTAWAN SINAR HARIAN
29 APRIL 2017

[url=]
[/url]








Harussani Zakaria


SHAH ALAM - Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berpendapat, pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) tidak sewajarnya dikenakan kepada rakyat negara ini berikutan kaedah tersebut hanya membebankan.

Beliau berkata, kaedah pencukaian sebenarnya tidak wujud dalam hukum syarak dan kerajaan tidak sewajarnya mengenakan GST kepada rakyat yang terbeban dengan pelaksanaan itu bagi memberi keuntungan kepada negara.
“Walaupun ia menguntungkan kerajaan, namun ia telah membebankan rakyat dan kaedahnya adalah tidak kena,” katanya, semalam.

Harussani berkata, sekiranya kerajaan ingin melaksanakan GST, ia sewajarnya hanya dikenakan kepada peniaga tanpa melibatkan rakyat negara ini.



“Jika nak laksanakan GST, sewajarnya ia dikenakan kepada golongan peniaga dan usahawan.
“Jangan kenakan kepada pembeli kerana mereka akan semakin terbeban dengan pelaksanaan oleh kerajaan ini,” katanya.









Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-4-2017 11:55 AM | Show all posts
pasnie takyah laa bayar gaji mufti...... bagi pahala dah   
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2017 11:56 AM | Show all posts
apa sumbangan ekonomi & kemajuan teknologi daripada para agamawan?  
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-4-2017 11:56 AM | Show all posts



Mufti setuju pelaksanaan GST haram
ASYRAF MUHAMMAD
29 APRIL 2017

[url=]
[/url]








Dr Wan Salim


SHAH ALAM – Pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) oleh kerajaan pada masa kini telah menimbulkan banyak masalah dan menyukarkan kehidupan golongan berpendapatan rendah.

Mufti Pulau Pinang, Datuk Dr Wan Salim Wan Mohd Noor berkata, sebarang tindakan dan polisi membebankan serta menganiayai rakyat adalah haram kerana bercanggah dengan nilai keadilan yang dikehendaki Islam seperti diperintahkan oleh ALLAH SWT kepada kerajaan untuk menegakkannya.
“Seperti yang semua sedia maklum, memang kita sering mendengar rungutan terhadap sistem percukaian sedemikian (GST) sejak awal ia diperkenalkan lagi.

“Secara umum, saya bersetuju. GST seperti dilaksanakan pihak kerajaan telah menimbulkan masalah dan menyukarkan kehidupan golongan berpendapatan kecil,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.


Kelmarin, Dewan Ulamak Pas melalui ketuanya, Datuk Dr Mahfodz Mohamed berkata, GST perlu dihapuskan kerana kaedah pencukaiannya adalah haram dan tidak menepati syariat Islam.

Oleh itu, Wan Salim berkata, dari perspektif Islam, cukai tidak harus dikenakan ke atas golongan miskin dan berpendapatan rendah.

“Sebaliknya, antara tujuan cukai dipungut ialah untuk membantu meningkatkan taraf hidup rakyat jelata yang memerlukannya, di samping melaksanakan pembangunan negara dalam pelbagai sektor,” katanya.
Sehubungan itu, Wan Salim mencadangkan agar pelaksanaan GST dapat dikaji semula supaya ia lebih adil dan tidak membebankan golongan berpendapatan kecil.

Beliau berkata, cukai seperti itu sepatutnya dihadkan hanya kepada golongan kaya, termasuk syarikat-syarikat korporat.
“Pihak kerajaan perlu menentukan had minimum pendapatan individu dan syarikat untuk dikenakan GST,” katanya.






Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-4-2017 11:57 AM | Show all posts
Lobai_Sabbath replied at 29-4-2017 03:56 AM
apa sumbangan ekonomi & kemajuan teknologi daripada para agamawan?

Mereka membaea ummah malaya ke syurga!
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2017 11:58 AM | Show all posts
peniaga dan usahawan jugak adalah seorang pembeli.


Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-4-2017 12:02 PM From the mobile phone | Show all posts
engkau kenakan kpd peniaga sahaja...bukan peniaga tak boleh naikkan hrga barang nak cover cost... ujung2 consumer juga terbeban... mufti tu tak terfikir yg tu ka
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2017 12:03 PM | Show all posts
FOTHER-MUCKER replied at 29-4-2017 11:57 AM
Mereka membaea ummah malaya ke syurga!

takbir   
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-4-2017 12:13 PM | Show all posts
Lobai_Sabbath replied at 29-4-2017 11:55 AM
pasnie takyah laa bayar gaji mufti...... bagi pahala dah

Jawapan yang tak berapa nak cerdik..

Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2017 12:15 PM | Show all posts
Azhargoth replied at 29-4-2017 12:13 PM
Jawapan yang tak berapa nak cerdik..

camne baru dikatakan cerdik ikut standard kau?  
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2017 12:18 PM | Show all posts
jetrofa replied at 29-4-2017 12:02 PM
engkau kenakan kpd peniaga sahaja...bukan peniaga tak boleh naikkan hrga barang nak cover cost... uj ...

fuhhhh satu kenyataan yang berani
dengan GST harga barang akan turun
saya berani jamin
kenapa mereka takut dengan GST?
kerana akhirnya harga barang akan turun



dengan GST kita akan dpt mengesan peniaga yang menipu

GST cukai terbaik diiktiraf IMF


perghhhhhh



Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2017 12:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Lobai_Sabbath replied at 29-4-2017 11:55 AM
pasnie takyah laa bayar gaji mufti...... bagi pahala dah

Kalau tak ingin membayar gaji maka jgnlah menggaji.  Engkar membayar gaji dikira sudah merampas hak khidmat yg sudah diberikan.  Malah seharusnya  upah atau gaji dibayar sebelum keringatnya kering.
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2017 12:32 PM | Show all posts
nolya replied at 29-4-2017 12:30 PM
Kalau tak ingin membayar gaji maka jgnlah menggaji.  Engkar membayar gaji dikira sudah merampas ha ...

pahala boleh membawa kamu ke syurga   
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2017 12:33 PM From the mobile phone | Show all posts
kaktom8 replied at 29-4-2017 11:58 AM
peniaga dan usahawan jugak adalah seorang pembeli.

Peniaga dn usahawan, mereka membeli kemudian menjual dgn keuntungan.  Pembeli hanya membeli dgn tanggungan dan bebanan.
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2017 12:36 PM | Show all posts
ia mungkin menyusahkan rakyat tapi memberi kemudahan dan kelegaan kepada kerajaan.
Najib sendiri dah akui GST telah menyelamatkan negara.
Jadi janganlah mudah sangat nak menjatuhkan hukum. Ia tak baik kepada sebelah pihak, tapi membawa banyak kebaikan pada pihak lain.
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2017 12:38 PM | Show all posts
nolya replied at 29-4-2017 12:33 PM
Peniaga dn usahawan, mereka membeli kemudian menjual dgn keuntungan.  Pembeli hanya membeli dgn ta ...

kau jangan jadi bodoh dik, peniaga ikan beli plastik untuk bungkus ikan, peniaga plastik beli ikan untuk goreng. peniaga pisau cukur beli spender tuk cover bopley, peniaga spender beli pisau cukur tuk cukur bulu bopley.




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-4-2017 12:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Lobai_Sabbath replied at 29-4-2017 12:32 PM
pahala boleh membawa kamu ke syurga


InnsyaAllah pahala  disemai  sbg bekalan ke akhirat.  Tetapi tuntutan Islam tidak begitu. Harus seimbangan mencari dunia dn akhirat.  Tak mendapat upah atau gaji, muslimin tak akan dpt meniti ke jalan yg Allah diredhai. Gaji dn upah = nafkah.  Ada nafkah baru rukun Islam dpt dipenuhi: solat dgn pakaian yg menutup aurat, membayar zakat dan berhaji. Konsep Islam juga tidak suruh mencari pahala akhirat  semata atau dunia shj. Akhirat wajib dijunjung  sedangkan dunianya harus dikelek.
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2017 12:56 PM | Show all posts
nolya replied at 29-4-2017 12:53 PM
InnsyaAllah pahala  disemai  sbg bekalan ke akhirat.  Tetapi tuntutan Islam tidak begitu. Harus  ...

sembang yer kau dik, apa kes dengan beri rasuah untuk mudahkan urusan kau dik?


Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2017 12:56 PM From the mobile phone | Show all posts
kaktom8 replied at 29-4-2017 12:38 PM
kau jangan jadi bodoh dik, peniaga ikan beli plastik untuk bungkus ikan, peniaga plastik beli ikan ...

Ya, ya....kaktom bijak menjawab.
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2017 12:58 PM From the mobile phone | Show all posts
dalam. islam tadak cukai
hanya ada zakat
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 10:48 PM GMT+8 , Processed in 0.076250 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list