View: 2897|Reply: 39
|
[Tempatan]
Ibu dan anak maut..kereta ditembusi besi penghadang.
[Copy link]
|
|
http://www.sinarharian.com.my/se ... penghadang-1.664670
Ibu, anak maut, kereta ditembusi besi penghadang
RAIHAM MOHD SANUSI
24 APRIL 2017
[url=]
[/url]
Kereta yang dinaiki mangsa empat beranak ditembusi besi penghadang lebuh raya sehingga ke bahagian belakang. - Foto Sinar Harian
KEMAMAN - Seorang ibu dan anak bongsunya yang berusia tiga tahun maut selepas kenderaan yang dinaiki mereka ditembusi besi penghadang lebuh raya dalam kemalangan di Kilometer 264 Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) berhampiran Perasing, di sini, petang tadi.
Kejadian berlaku kira-kira jam 1.15 petang ketika mangsa empat beranak dalam perjalanan pulang ke Damansara, Selangor selepas pergi bercuti ke Pulau Redang, Setiu.
Peniaga, Fatimah Al Zahrah Zainol Abidin, 32, yang duduk di kerusi penumpang hadapan dan anaknya, Al Fateh Mohd Shahrulnizam, 3, meninggal dunia di lokasi kejadian setelah mengalami kecederaan parah ekoran besi penghadang lebuh raya menembusi bahagian tempat duduk mereka.
Akibat kejadian itu, seorang lagi anak Fatimah, Al Faris Mohd Shahrulnizam, 6, mengalami kecederaan parah manakala suaminya yang memandu, Mohd Shahrulnizam Alias, 32, cuma mengalami kecederaan ringan.
Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Mohd Said Ibrahim berkata, kemalangan dipercayai belaku selepas kereta Proton Saga BLM yang dinaiki empat sekeluarga itu terbabas ke bahu kiri jalan ketika tiba di lokasi kejadian.
"Kereta itu kemudiannya merempuh besi penghadang jalan menyebabkan dua mangsa meninggal di lokasi kejadian.
"Mayat kedua-dua mangsa dikeluarkan orang awam manakala dua lagi mangsa yang masing-masing parah dan cedera ringan dikejarkan ke Hospital Kemaman untuk mendapatkan rawatan," katanya.
Menurutnya, anak pasangan itu yang berusia enam tahun mengalami patah paha dan kaki kiri.
Mayat Fatimah dan Al Fateh turut di bawa ke hospital sama untuk bedah siasat dan tindakan lanjut.
Kata beliau, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Difahamkan Allahyarham Fatimah empat beranak pergi bercuti ke Pulau Redang bersama keluarga adiknya yang menaiki kenderaan lain dan mereka pulang semula ke Selangor secara berasingan.
|
|
|
|
|
|
|
|
Tolong servis kerete sblm memulakan perjalanan jauh. Takziah |
|
|
|
|
|
|
|
Pastikan keadaan tayar baik. Masih elok bungenye. . |
|
|
|
|
|
|
|
Ini kejadian awal minggu lepas kan? Ank pengarah apa tah...
|
|
|
|
|
|
|
|
Dan jangan lupa juga. Pemandu juga harus di servis mental dan fizikal supaya sentiasa berada didalam keadaan sihat!
|
|
|
|
|
|
|
|
FOTHER-MUCKER replied at 29-4-2017 12:53 PM
Dan jangan lupa juga. Pemandu juga harus di servis mental dan fizikal supaya sentiasa berada didal ...
Iye tu plg penting |
|
|
|
|
|
|
|
Kejadian berlaku pd waktu thari... Adakah sbb pemandu tu mengantuk? |
|
|
|
|
|
|
|
Dah tiba masa besi penghadang tu tukar dgn benda lain... ngeri lah |
|
|
|
|
|
|
|
kalau ikut kepercayaan meleis tahyul, ldp perasing kawasan berhantu.
hakikatnya, jalan lurus + kereta tak banyak + pecut = kemalangan
|
|
|
|
|
|
|
|
percutian dh bertukar maut.. |
|
|
|
|
|
|
|
harisbee replied at 29-4-2017 01:40 PM
Dah tiba masa besi penghadang tu tukar dgn benda lain... ngeri lah
Betul tu.diharap jurutera lebuhraya dpt cari penyelesaian lain.tanam pokok pisang ka tepi2 jalan.kalau terbabas ke tepi jalan pun pokok tu boleh slow down kereta.impak pun dpt dikurangkan. |
|
|
|
|
|
|
|
FOTHER-MUCKER replied at 29-4-2017 12:53 PM
Dan jangan lupa juga. Pemandu juga harus di servis mental dan fizikal supaya sentiasa berada didal ...
last 2 week lalu perasing... dlm kul 11 pg.. lebih kurang kul 1 ade accident.... tak tahu brp laju diorg bawak.... sbb tetiba terbabas.... mmg faktor jln beralun tuh....
iols bwk 120 km/j.... biar org kata bwk slow pun....
dah bwk 160 km/j dgn ko tak tahu mana ade bonggol mcm perut mak lava boyot |
|
|
|
|
|
|
|
~boolean replied at 29-4-2017 01:56 PM
kalau ikut kepercayaan meleis tahyul, ldp perasing kawasan berhantu.
hakikatnya, jalan ...
rnr perasing tu sendu sis.... klau memalam
mmg takde yg nak singgah le..... dah la jauh ke dlm.... bkn btul2 sblh highway |
|
|
|
|
|
|
|
Takziah. Ajal maut di tangan tuhan... |
|
|
|
|
|
|
|
i selalu singgah perasing, tapi sejak kawan i bagitahu perasing tu ber ehem, i tak singgah sudah.. seremm... |
|
|
|
|
|
|
|
Jalan lurus ni boring. :zz |
|
|
|
|
|
|
|
~boolean replied at 29-4-2017 01:56 PM
kalau ikut kepercayaan meleis tahyul, ldp perasing kawasan berhantu.
hakikatnya, jalan ...
Satu lagi kepercayaan bangang org malaysia....kena bawak laju ..klu x mengantuk |
|
|
|
|
|
|
|
pengadang highway ni baik tukar nama jd pedang highway je..kalo xde pengadang pembunuh ni selamat je keta ni tebabas di kaki bukit tu.. |
|
|
|
|
|
|
|
salah penghadang pulak... agaknya penghadang tu la yg "pegang" stereng & tekan minyak laju2 smpai terbabas kot |
|
|
|
|
|
|
| |
|