CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1821|Reply: 9

King Salman International Centre for Peace - Pusat Keamanan Antarabangsa Raja Sa

[Copy link]
Post time 30-4-2017 06:00 PM | Show all posts |Read mode
Edited by mbhcsf at 30-4-2017 06:01 PM

KSCIP: Agenda promosi keamanan
Dr. Asyraf Wajdi Dusuki


http://www.utusan.com.my/rencana/utama/kscip-agenda-promosi-keamanan-1.475615
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 30-4-2017 06:01 PM | Show all posts
Ramai teruja tatkala mendengar pengumuman penubuhan Pusat Keamanan Antarabangsa Raja Salman atau King Salman Centre for International Peace (KSCIP) pada 1 Mac 2017 yang lalu dalam kenyataan bersama secara rasmi antara Kerajaan Malaysia dan Arab Saudi sempena lawatan rasmi Raja Salman Abdulaziz Al-Saud Pemelihara Dua Kota Suci.

Kenyataan yang dikeluarkan pada hari terakhir lawatan Raja Arab Saudi ke Malaysia pada 26 Februari hingga 1 Mac lalu itu turut meletakkan 90 hari sebagai tempoh masa pembentukan KSCIP tersebut yang mengamanahkan Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein selaku menteri bertanggungjawab mengawal selia inisiatif besar ini.

Penulis sendiri telah diberikan mandat oleh pihak kerajaan khususnya Datuk Seri Hishammuddin bagi mengetuai jawatankuasa khas untuk memperhalusi segala aspek pengoperasian dan pembentukan KSCIP bersama dengan wakil kerajaan Arab Saudi.



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-4-2017 06:05 PM | Show all posts
Dalam tempoh hanya tidak sampai dua bulan, sudah diadakan tidak kurang daripada 20 kali sesi perbincangan termasuk di Riyadh, Mekah dan Kuala Lumpur. Institusi-institusi yang diberi tanggungjawab merealisasikan penubuhan KDCIP ini termasuklah Kementerian Pertahanan Malaysia dan Arab Saudi, Liga Dunia Islam (Rabitah Al-Alam Al-Islami), Institut Pertahanan dan Keselamatan Malaysia (MIDAS), Ideology Warfare Centre Arab Saudi (IWC) dan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).

Sebagaimana yang dinyatakan oleh Perdana Menteri, tidak pernah berlaku dalam sejarah perhubungan diplomatik Malaysia dengan mana-mana negara sebelum ini di mana persepakatan untuk menubuhkan sesebuah institusi bertaraf antarabangsa dengan agenda yang begitu besar bukan sahaja dicapai dan ditetapkan untuk satu tempoh yang singkat tetapi begitu pantas.


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-4-2017 06:09 PM | Show all posts
Lebih mengujakan Malaysia diberi kepercayaan tinggi untuk mengepalai penubuhan sebuah pusat bertaraf antarabangsa ber-pera-nan mempromosi keamanan dan keharmonian sejagat berteras kefahaman Islam tulen.

Bukan itu sahaja peranan KSCIP juga sebagaimana yang dihasratkan kedua-dua buah negara mampu mempromosi dan menjelaskan Islam berteraskan prinsip-prinsip asasnya yang asli seperti wasatiyah, kesederhanaan, toleransi dan keadilan.

Asas-asas ini penting untuk difahami, diperhalusi dan dipromosi secara meluas agar salah faham dan salah tanggap masyarakat global terhadap kesucian agama Islam dapat dijernihkan lantaran penyimpangan dan penyelewengan yang dilakukan oleh kumpulan-kumpulan pelampau seperti Daesh, ISIS, Jemaah Islamiyah dan pelbagai kelompok pengganas yang seringkali memanipulasi Islam mengikut kepentingan politik mereka.








Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-4-2017 06:12 PM | Show all posts
Hakikat yang tidak boleh disangkal lagi, pendekatan Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak dalam mempelopori dan mengemudi agenda Wasatiyah dan agenda mempromosi ketulenan Islam di dalam dan luar negara kini sudah semakin diterima bahkan diiktiraf di peringkat antarabangsa tidak kira dari kalangan negara Islam atau bukan Islam.

Penubuhan KSCIP ini merupakan salah satu manifestasi dan bukti pengiktirafan sedemikian. Masih terngiang-ngiang di telinga penulis titah Raja Salman Abdulaziz Al-Saud yang disampaikan kepada Perdana Menteri melalui Penasihat Khasnya sendiri, Sheikh Dr. Muhammad Abdul Karim Al-Issa yang datang bertemu Datuk Seri Najib pada hari Rabu, 13 April 2017.

Katanya: “Arab Saudi boleh sahaja menubuhkan Pusat ini (merujuk kepada KSCIP) di negara kami atau mana-mana negara Arab lain kerana Islam lahir dari bumi ini dan al-Quran diturunkan di Tanah Arab.

Namun kenapa kami memilih Malaysia? Ini kerana Islam ada di Malaysia. Semua ciri-ciri utama Islam seperti keamanan, keharmonian, wasatiyyah, kesederhanaan dan toleransi antara kepelbagaian agama wujud di Malaysia.”

Sebab itulah jelas Sheikh Dr. Al-Issa, Raja Salman bersungguh-sungguh mahu memastikan KSCIP ini dibangunkan di Malaysia dengan segala dokongan dan sokongan daripada kerajaan Arab Saudi atas kredibiliti Malaysia yang mengamalkan segala prinsip Islam sejati dan bukan sekadar omongan kosong.



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/rencana/utama/kscip-agenda-promosi-keamanan-1.475615#ixzz4fj415UKU
© Utusan Melayu (M) Bhd
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-4-2017 06:13 PM | Show all posts
Mempelopori

Kedatangan Sheikh Dr. Al-Issa selama tujuh hari bermula pada April lalu bersama delegasi daripada Kerajaan Arab Saudi seramai 14 orang selepas hanya 42 hari pengumuman penubuhan KSCIP dibuat juga menandakan keseriusan Kerajaan Arab Saudi terhadap gagasan KSCIP tersebut.

Untuk makluman, Sheikh Dr. Al-Issa yang dihantar khas oleh Raja Salman selaku Penasihat Kanan Raja untuk berbincang dengan penulis selaku wakil kerajaan Malaysia merupakan Setiausaha Agung Liga Dunia Islam. Beliau juga merupakan bekas Ketua Hakim Kerajaan Arab Saudi dan Menteri Keadilan dan Kehakiman Arab Saudi selama hampir 10 tahun.

Sesungguhnya KSCIP merupakan satu inisiatif besar yang bukan sahaja mampu melonjakkan nama Malaysia di persada antarabangsa tetapi bertindak sebagai negara Islam utama yang mempelopori gagasan wasatiyah dan keamanan sebagaimana yang diasaskan oleh Datuk Seri Najib.



Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 30-4-2017 06:14 PM | Show all posts
Dunia hari ini hakikatnya masih tercari-cari formula terbaik bagi menangani pelbagai unsur-unsur keganasan dan ekstremisme yang begitu mengakar dan membarah dalam masyarakat terutamanya dalam kalangan generasi muda.

Kepesatan dan kecanggihan sistem teknologi maklumat dengan segala perisian masa kini turut menyumbang kepada penyebaran ideologi-ideologi dan pemikiran-pemikiran songsang yang begitu mudah menyerap masuk dalam minda muda-mudi.

Sebab itulah ideologi keganasan dan ekstremisme tidak hanya boleh ditangani dengan cara ketenteraan mahupun pendekatan konvensional menggunakan kekerasan. Ideologi dan pemikiran songsang hanya boleh diubati dengan menyediakan naratif-naratif atau jawapan-jawapan yang rasional berteraskan suluhan ilmu yang benar dan asli.

Justeru KSCIP merupakan inisiatif unik kerana buat pertama kali satu institusi dibangunkan secara kerjasama strategik dengan memanfaat strategi lautan biru menggabung organisasi berorientasi pertahanan ketenteraan dan institusi akademik dan pusat kecemerlangan ilmu.

Penglibatan bersama Kementerian Pertahanan dan institusi pengajian tinggi seperti USIM yang mewakili pusat kecemerlangan ilmu diharapkan dapat mengkoordinasi dan menggembleng para pemimpin besar dunia, cendekiawan-cendekiawan, ulama dan individu berpengaruh dalam dan luar negara bagi membawa mesej sama iaitu keamanan sejagat dan kesederhanaan berorientasi prinsip wasatiyah Islam yang hakiki.





Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-4-2017 06:15 PM | Show all posts
Manhaj atau orientasi wasatiyah yang kini sudah menjadi dasar utama negara sewajarnya dikongsi kepada dunia agar usaha menangani ideologi ekstremisme dan keganasan dapat dilakukan dengan lebih berkesan.

Inilah juga manhaj atau pendekatan yang digunakan oleh Rasulullah SAW tatkala membina negara bangsa di bumi Madinah di tengah-tengah kegawatan masyarakat Arab yang bobrok akhlak dan dangkal nilai lantaran kejahilan. Namun Islam datang sebagai agama rahmat yang menyeru kepada keamanan dan kedamaian hakiki berteraskan prinsip dan nilai kesederhanaan dalam segenap segi.

Apa yang lebih mustahak penubuhan KSCIP ini diharapkan mampu menggerakkan usaha secara lebih bersepadu di peringkat antarabangsa untuk menangani gejala ekstremisme dalam masyarakat global dengan membawa formula wasatiyah berteras kefahaman Islam hakiki.

Moga-moga visi dan misi KSCIP sebagaimana yang dihasratkan dan digagaskan oleh kedua-dua negara iaitu Malaysia dan Arab Saudi ini mampu direalisasikan sekali gus menjadi titik-tolak penting ke arah mewujudkan persekitaran dunia yang lebih aman dan damai.





Penulis ialah timbalan menteri jabatan perdana menteri (hal ehwal agama)



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/rencana/utama/kscip-agenda-promosi-keamanan-1.475615#ixzz4fj6acxta
© Utusan Melayu (M) Bhd
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 30-4-2017 06:17 PM | Show all posts
#rahmatan lil alamin

bersatu , kita jayakan apa sahaja...

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-5-2017 01:22 AM | Show all posts
upkan ...........................
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 06:33 PM GMT+8 , Processed in 0.057251 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list